Khamis, 28 Februari 2013

IMVU - CREATION TOOLS (RECOMMENDATION ONLY)

Semalam I dah share basic knowledge berkenaan dengan create mode. Korang boleh dapat lebih banyak ilmu di Creator Center atau pun forum yang disediakan oleh IMVU untuk users berkongsi info. Tapi kalau korang nak bertanya dengan I, bila-bila masa korang boleh inbox atau jumpa I di mana room I berada. I akan cuba bantu seboleh yang mungkin. 

Main Album

Korang mesti juga tertanya tanya macam mana nak resize texture? nak edit photo? nak guna application apa? Download macam-macam tapi tak tau macam mana guna. Nak guna lagak yang professional guna tapi masih tak tahu guna sebab.............. tak ada basic... itu aje masalah besar korang. Nak tahu tak?.... sebenarnya tak perlu fikir untuk gunakan software yang complicated untuk edit photo atau pun resize photo. Begitu juga dgn texture mentah yang korang download daripada website. Paling ngok ngek korang boleh guna paint tool yang ada dalam PC atau Lappy korang. Korang juga boleh guna powerpoint asalkan project korang save dalam bentuk file yang boleh dibaca oleh client. Biasanya kalau texture atau gambar, korang save dalam jpg atau png atau yang sewaktu dengannya. 

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTQKpbUN6Kuq0AMO53FD1WmDOGF_QDv3uRD9Tcvk5LiTcp_5yLI 

Kebanyakan creator lebih suka menggunakan gimp kerana gimp merupakan free software application untuk editing. Cuma ..... ye lah kebanyakan tutorial mengenai gimp dalam bahasa inggeris menjadi kesukaran untuk korang memahami. I? I pon tak berapa faham tapi dictionary dan google translate kan ada.... heheheheeee. Nak download gimp bolehlah click kat hyperword gimp ni. Jangan lupa sebaik sahaja korang download korang kena baca tutorial gimp supaya korang faham sedikit sebanyak tools yang dalamnya. I ada buat sikit tutorial menggunakan gimp, korang boleh join group page CAD (klik) untuk mempelajari asas menggunakan gimp  ( I dah lama tak update tutorial di sana tapi kalau ada permintaan I akan cari info dan translate dalam Bahasa Melayu korang boleh inbox dan inform dalam group tersebut). Selain daripada CAD group tu, I juga member WOMAD group. Di situ lebih banyak tutorial yang boleh korang pelajari... lain-lain group juga ada seperti Malaysian Developer Club yang sangat aktif. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGDCdH-eD4H5vZOMMlWV9o5c9anguzFu1BZ9RV5irbzD1CjbXSOFV0OutAfZU9n2x-OwdAidxAx_oYPVdnlEDE80lLWcsnsGC_XQo6N8mtIXoMV0Ppu2WMvj0Sb0e1OHvbqxjNT0Ay4Q4/s1600/PhotoScape_Logo_Black.png

Korang mesti suka tengok display profile (dp) yang telah diedit oleh kawan-kawan korang. Haaa.... kat sini I boleh recommend software yang simple, photoscape. Selalunya i gunakan untuk buat catalog icon ataupun product banner. Antara catalog icon yang I edit untuk shop:-

   



Walaubagaimanapun, untuk develop and editing texture I lebih suka menggunakan paint.net berbanding gimp. Bukan bermaksud ia lebih baik kerana setiap software atau application ada kelebihan tersendiri. Application paint.net sebenarnya lahir daripada paint dan diberi sentuhan gaya photoshop. I selalu refer kepada forum mereka untuk mendalaminya. Application ini agak baru kerana ia released pada tahun 2004. Kalau korang ingin mencuba, boleh click hyperword dan download. 

Compliment to: gimpphotoscapepaint.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan