Isnin, 8 Julai 2013

IMVU - TIPS AND TUTORIAL (HAIR TEXTURE)

Hai kawan-kawan, kali ini I nak berkongsi tutorial dengan creator-creator yang berminat nak buat texture sendiri, bagaimana nak buat texture rambut menggunakan Paint.Net. Untuk pengetahuan korang, step yang I akan kongsikan dalam blog kali ini boleh juga dicuba dalam sofware yang lain seperti GIMP dan PS. Sangat mudah sekali membuatnya. Pastikan software korang mempunyai effects seperti berikut:-

  • motion blur
  • add noise
  • jitter

1. Mula-mula, open canvas 256 x 256 - tuangkan (fill) warna pilihan korang. Sebagai contoh I pilih hitam sebagai color base;



2. Pergi ke Effect>Noise>Add Noise, ikut setting dalam gambar di atas ataupun ikut citarasa korang sendiri;



3. Kemudian pergi ke Effect sekali lagi, Effect>Blur>Motion Blur. Ikut setting dalam gambar di atas ataupun ikut citarasa sendiri; korang dah nampak efek seperti urat-urat rambut yang lurus kan? Korang boleh guna ctrl + F untuk repeat action tersebut dan menambah efek kepada canvas. 



4. Sekarang kita nak tambah efek kepada tone warna texture rambut yang kita buat tadi. Pergi ke Layer>Add New Layer untuk tambah 1 layer. Gunakan line/curve tool, pilih warna yang lebih terang sedikit daripada colorbase. Buat 2 line melintang seperti gambar di atas.





5. Kemudian pegi ke Effect>Distort>Jitter. Ikut setting dalam gambar di atas.




6. Kemudian gunakan teknik motion blur sama seperti kita lakukan pada colorbase tadi. Effect>Blur>Motion Blur. Korang boleh adjust distance scale untuk dapatkan efek yang kasar atau lebih halus. 



7. Korang boleh repeat step 4 hingga 6 mengikut cara korang sendiri untuk menambah efek. Pastikan korang menggunakan layer yang baru untuk menambah efek keatas texture. Apabila save, pastikan korang save dalam .png atau .jpg file supaya dapat digunakan dalam editor mode. 



8. Ini hasil texture rambut warna hitam. 

Mudahkan? I harap tips ini dapat membantu creator baru menghasilkan texture sendiri. Kalau ada pertanyaan berkenaan dengan tips tutorial ni, korang boleh PM account IMVU@vienaxia atau tinggalkan comment di bawah ini. 

SELAMAT MENCUBA!

1 ulasan: