Selasa, 26 Julai 2016

Change Name Log History - Starting fresh vs Stalker

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Selamat hari raya Aidilfitri kepada yang membaca blog I ni. Tak lupa kepada kawan-kawan I yang kot ada membaca blog ni jugak. Missed you guys so much! Huhuhu... jangan ditanya, bila nak online?..Sehingga kini, jika ada salah dan silap I mohon keampunan dan kemaafan. Semoga kehidupan korang semua semakin baik dan diberkati Allah S.W.T



Korang perasan tak IMVU dah remove Change name log history dari homepage korang? Dah lama dah mereke remove kemudahan ni dari Homepage kita. Since August 2015, kat setahun dah kan? I perasan juga. Just tak sempat nak update blog, uhuksss... Sekarang ni, susah la penyiasat-penyiasat tegar nak check history name korang. Adakah ini berita gembira atau berita sedih? Senang atau menyusahkan korang? Senang pada yang nak starting fresh tapi mungkin sukar bagi kita, bila ada kawan-kawan kita yang tukar nama. Especially yang ada dalam friendlist kita. Macam I yang dah lama tak online ni. Bila check message, dapat marriage message dari ntah sape-sape ntah... dah tak cam ID kawan-kawan yang mana satu... I wish bila tukar nama tu IMVU provide option blast message if korang nak maklumkan pada kawan-kawan terpilih kan?...

Announcement dari Varsha. Wahhh... makin lama makin vogue minah ni ye. Kemain!
Seperti mana yang Varsha umumkan, IMVU dah remove change name log history dari homepage masing-masing. Katanya, setiap IMVUians yang tukar nama, mereka ada sebab-sebab tertentu. Jadi, kita patut hormati keputusan mereka untuk tidak mendedahkan asal-usul nama ID mereka yang lalu. Sama ada disebabkan nak tukar karakter role-play atau nak starting fresh atau...yang couple tu nak match nama dengan pasangan mereka atau ikut family clan la dan macam-macam lagi. Untuk tujuan account information or tracing back old friends, problem la skit ek. Tak dapatlah check it out asal usul ID orang tersebut. Tapi kalau dia still nak kawan dengan kita, dah tentu dia bagitau kita. Yang menjadi isu hangat kat forum ialah annoying enemy, stalker and the busybody gangs. Orang macam ni bila dah tukar nama payah lah kita nak aware kewujudan beliau. Tak kurang juga mereka yang suka cari pasal dengan semua orang sampai kena black list. Kemudian ada hati starting fresh dengan tukar nama. At the end, buat perangai yang sama juga. Tukar nama lagi... buat hal lagi... macam tu lah selama-lamanya beliau dalam IMVU tu. Orang macam ni... memang la kita terpaksa keep on track change name log history dia. This is for precaution actually... and will be difficult for us to beware with these kind of people bila dah tak boleh check. Dulu biasanya I akan check change name log history ni melalui website gaf210. Cara begitu I tak perlu access homepage seseorang tu untuk check information beliau. Just masukkan ID name atau ID number untuk check change name log history beliau. Sekarang kat gaf210 pon dah tak boleh check change name log history sape...sape

Apapun I terima saja announcement Varsha,Change name log history dah removed dari homepage semua user. Hanya staff saja yang boleh access log tersebut. Bila dah tukar nama, terpulang pada beliau nak sama ada nak maklumkan kepada friendlist dia atau tidak. Jika mereka pilih untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa atas sebab tersendiri, IMVU nasihatkan kita patut hormat kehendak mereka. Ini mungkin salah satu cara IMVU menjaga privasi setiap IMVUians.



Kat forum Varsha mengingatkan IMVUian, jika ada any kind of harrassment yang mungkin menyalahi polisi IMVU, korang boleh flagged dan report kepada mereka. I nak tambah, bila dah flagged to korang print screen dan attached sekali dalam report korang tau. Tak kira sama ada message, pulse ataupun photo stream. Malah chat conversation pon korang boleh snap sebagai bukti chatters behaviour dalam sesuatu room tu. Cuma I tak pasti berapa kali warning yang IMVU akan bagi pada mereka yang giler ni sebelum kena penalti seperti account temporary disabled. Tengok setan-setan ni aktif macam biasa jugak... melalak... mencarut macam tu jugak... Mungkin sebab tak faham bahasa Melayu kot. Biasanya, IMVU akan advise kita block saja ID untuk elak gangguan mental berterusan. Dia ingat harrassment tu takat message, pulse, photostream dalam IMVU je ke?

Rata-rata kurang bersetuju dengan tindakan IMVU ni. Ini disebabkan sesetengah developers dan creators menggunakan cara begini nak tracking thieves. Ada juga beranggap cara begini tidak membantu IMVUians prevent masalah stalker. Sebab stalker ada pelbagai cara nak stalk mangsa mereka. Selain dari stalking change name log histroy mangsa, stalker boleh create new fake id menggunakan email lain dan terus menganggu mangsa. Tak dapat check change name log, homepage... stalker boleh guna ID fake masuk ke dalam room mangsa atau kawan-kawan mangsa untuk gather maklumat dan terus menggaunggu mangsa. Itu taktik basi, tapi berkesan jugak. Orang boleh kite dah tukar nama kannn... cara kite berbual tetap sama pe. Especially bila lepak dengan rakan-rakan kita. Ada berpendapat isu lain akan timbul terutama sekali dari segi parental control.

dari my previous album

Jika tujuan IMVU untuk menjaga privasi IMVUian yang nak tukar nama with so ever reason pon. Kita patut hormati privasi mereka tukar nama untuk terus online dan mahu mencari perubahan dalam terus ber-3D sosial. Jikalau ada aib yang beliau nak tutup, sembunyikan atau lupakan, apasalahnya kita maafkan dia dan hormati kehendak beliau jika beliau mahu dikenali sebagai 'orang lain'. Sesungguhnya selagi kita tidak dedahkan aib orang, selagi itulah Allah S.W.T menjaga keperibadian kita. Bukan senang menjadi 'The Secret Keeper' ni tau. Bebannya hanya Allah saja yang tahu.

Oklah, jika korang nak berkongsi pendapat korang. Boleh post komen korang kat bawah ni ya. Apapun kita enjoyyy!