Jumaat, 21 April 2017

IMVU Forum Kini Berubah Kepada IMVU Discussion

Hola! Apakhabar kawan2? Dah lama I tak update blog ini. Sorry, semenjak dua menjak ni I dah jarang open google account ni, jadi susah sikit nak update blog. But, I dah buat some adjustment kat sini. Insha Allah, mungkin lepas ni rajin la skit kot.

Untuk pengetahuan korang, kepada yang suka baca forum IMVU kalau korang perasan IMVU dah transfer IMVU Forum kepada Discussion. Korang boleh semak kat bahagian support Buat sementara ni, Korang masih boleh baca topik-topik di Forum sebab IMVU belum shutdown Forum mereka lagi. Ini mungkin disebabkan permintaan terhadap topik-topik penting terutama sekali tips and tutorials yang disumbangkan oleh senior Developers dan Creators sedang dikumpulkan semula untuk diterbitkan semula. Tapi nampaknya mereka tak berminat dengan Discussion yang dibangunkan oleh IMVU. 

I sendiri dapat tahu lewat berita tak best ni, walaupun tak aktif menggunakan client. I masih juga buka Forum IMVU untuk membaca topik semasa dan juga tips menggunakan aplikasi grafik seperti paint.net (aplikasi kegemaran) gimp & photoshop. Lewat sebulan  I baru baca mesej daripada ex-moderator forum memaklumkan hal ini dan meminta I untuk transfer tutorials yang I pernah post kat dalam forum IMVU ke forum community baru yang dibangunkan oleh Keef. Pendek cerita I dijemput untuk menyertai Forum community IMVU di website lain - Pixel Pusher Community. Kecil tapak tangan, nyiru kutadahkan. I terus daftar untuk jadi ppcommunity members.

Pixel Pusher Community (ppcomunnity) diasaskan oleh pioneer IMVU - Keef. Keef merupakan antara pioneer developer + creator IMVU. Joined IMVU since 2005. Merupakan moderator forum dan pernah menjadi ketua moderator forum. Selain itu beliau juga bekas panel IMVU’s Content Creator Counsel (kebanyakan Creator tutorials ikut gaya Keef), panel IMVU’s Access Pass Council and the Customer Advisory Board dan juga mengetuai getting IMVUs Creator Help Room up and running. I dapati kebanyakan yang joined community ni terdiri daripada moderator, ex-moderator, ex-IMVU staff dan well known developers + creators. 

Memikirkan tips yang I kongsikan kat forum IMVU dulu tu sememangnya berguna untuk sesiapa saja yang berminat nak guna aplikasi Paint.NET. Rasa bertuah pun ada sebab bukan sebarang geng yang invite I joined community ni. Walaupun terasa macam alahai apalah sangat tutorial yang I sumbangankan tu?!!  Tapi to be part of them is some level!

Untuk sertai community ni, perlu dapatkan approval dari Keef sendiri dan rasanya dia ada beberapa orang moderator yang kendalikan forum dari semasa ke semasa. Setakat ini I dah buka topik Tips and Tutorials using Paint.NET untuk peminat aplikasi tersebut dan dah update beberapa tutorials untuk rujukan. Semoga ia berguna untuk kawan-kawan nanti. Jadi kepada yang ingin menjadi ahli ppcommunity boleh visit ke website ini > pixelpushercommunity

Berkenaan dengan Discussion, mungkin korang tercari-cari kat mana nak join, boleh click kat sini help.imvu.com (sama dengan support page sebenarnya). Korang boleh create korang punya colum Discussion sendiri atau boleh sertai mana-mana community. (Rasanya lepas ni, IMVU group pon akan dimansuhkan untuk menggalak users menggunakan Discussion ni). I belum habis explore lagi Discussion tu. Macam malas nak ambil port pun ye jugak (Sombong pulak kan sebab joined ppccommunity masih dapat main-main dengan BBCode). Ah, bila ada kelapangan nanti I check it out discussion tu ye.

Enjoy!