Khamis, 7 Februari 2013

IMVU - GUEST_WHO?

Mula-mula korang joined IMVU sebagai noob/newbie, nama korang mesti ada guest_ pada pangkal nama tu. Lepas tu korang tengok ada nama yang tak ada guest_ , mesti korang tertanya macam mana nak hilangkan guest tersebut supaya nama korang nampak solid. Bila hilang guest tu tak adalah orang nak layan lebih kurang... tak lah kena boot tanpa sebab lagi. Mudahlah korang nak join mana-mana room asalkan korang jaga perangai korang. Mesti korang ingat kalau jadi VIPs akan hilangkan guest korang tu.... maaf itu hanya sementara bila VIP tamat, nama korang akan kembali ada guest_ . Jadi.... agaknya mana satu pilihan korang? yang sementara ke atau hilangkan terus title guest_ dan memiliki nama yang solid (tanpa guest_)

Masa zaman I dulu, memang beli VIP semata-mata untuk hilangkan guest_ sebab package VIP masa tu termasuklah token regsitered name(reg. name). Daripada beli token lebih baik beli VIPs, selain dapat hilangkan terus guest_ dapat enjoy benefit yang lain dalam masa yang sama. Jadi masa tu, ramai yang hanya beli 1 month VIP untuk hilangkan guest_ pada pangkal nama masing-masing. Nowadays package macam tu dah tak ada sebab IMVU tahu dorang boleh buat profit dengan reg. name token. 

misc

Kalau korang nak hilangkan terus title guest_ daripada nama korang, I advise beli saja reg. name token daripada beli VIP yang hanya hilang dalam tempoh korang sebagai VIP dorang saja. Walaubagaimanapun dengan VIP korang boleh enjoy untuk perkara yang lain seperti

  • Kelebihan untuk open 10 public room (itu kalau korang banyak room dan rasa nak ajak kawan lepak kat semua room yang korang ada, kalau boleh korang pun nak ada dalam semua room dalam satu masa.... sudahnya crash. Padan muka)
  • 5% discount on purchase in the Shop (ermmmm dulu rasanya 10%.... sekarang 5%... mungkin benefit lain lebih baik)
  • More and more discount offer on purchasing credit (VIP selalu dapat offer beli credit up to 45% - murah tu... tapi I lebih suka beli kat first meta exchange kalau time sales nie... dorang jauh lebih murah)
  • Setting on people action - ini paling orang suka sebab VIP boleh control action orang terhadap avi dia. Kalau korang cuba nak hug avi dia (yang bukan dalam friendlist), automatic avi dia karate avi korang. Ada juga kena uli jadi bola.... ekekekekek ingat... no touchy without premission ye adik-adik.
  • Haaaaa ini pun ramai yang suka, selagi korang loyal be the VIPs every month IMVU kasi allowance 5000cr untuk shopping. 
  • Lagi satu yang orang suka juga, dapat free gift berupa 1 bundle room setiap bulan. 
  • Yang ini dah tak best.... kalau korang berminat untuk menjadi sebahagian daripada content creator and create product sendiri.... kenalah jadi VIPs. Dulu cuma perlukan token reg. name, sebab nak jadi creator mestilah bukan kalangan guest_ and register je kat creator webpage. 

I bagitau yang best... best saja pasal VIPs ni. I rasa tak payahlah berlagak sangat bila ada VIPs ni kalau setakat sementara saja nama tu korang tu tak de guest_.



Kepada yang ingin dapatkan token reg. name, harga USD19.90 atau dalam ringgit malaysia dalam MYR62.09 (harga ringgit berubah-ubah dari masa ke semasa... macam anchor plak). Kalau nak murah sikit korang boleh tunggu Sales. Korang boleh buat sendiri samada beli direct menggunakan credit card ataupun paypal. Atau korang boleh cari sesiapa yang menawarkan perkhidmatan untuk urusan jual beli token dengan cara membayar mereka melalui bank akaun. Mereka ini akan belikan token reg. name tersebut dan send kepada korang melalui gift. Pastikan korang dapatkan pertolongan dengan orang yang korang rasa boleh dipercayai. 

Bila korang reg. name. maksudnya, nama itu adalah milik korang saja. Orang lain tak boleh guna nama yang korang dah guna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan