Sabtu, 22 Jun 2013

IMVU - TEXTURE TIPS & TUTORIALS - LACE (Bagaimana nak buat lace guna Paint.NET)

Dalam banyak-banyak texture yang korang download daripada web, mesti korang pon teringin juga nak edit texture yang korang download tu menjadi texture korang yang unik. Walaupun kalangan korang memang jarang menggunakan aplikasi paint.NET, tapi tips yang I nak kongsikan ini sebenarnya menarik.  Sekiranya dalam PC atau lappy korang sudah ada paint.NET. Korang download plugin yang sesuai untuk tips ini.

Kali ini I nak share bagaimana nak buat lace texture. Selain daripada lace yang korang download daripada Web, korang boleh ambil corak-corak tertentu untuk dijadikan lace. Pastikan paint.NET korang sudah mempunyai tools dibawah ini:-


 

Mula sekali, katakanlah korang sudah ada corak yang korang guna untuk dijadikan lace seperti diatas. Resize single design kepada size yang kecil, sekecil yang korang inginkan. Kemudian guna selection tool, highlight semua dan copy.




Kemudian open new canvas dan resize ikut size yang korang inginkan. Tuangkan warna untuk background, kemudian add new layer. Tuangkan warna berlawanan dengan warna backrgound. I gunakan teknik gradient untuk membezakan backgorund dan new layer.




Ingat tak tadi kita ada copy single design? Jangan paste lagi. Korang pergi ke Effect>Alpha Mask. Ikut arahan contoh dalam gambar diatas. Klik ok.


Ini hasilnya 


Ini hasil yang sebenar tanpa background.





Pilih apa-apa warna untuk background

Korang boleh upload lace yang korang hasilkan dalam create mode. Harap tips yang simple ini dapat memberikan korang idea untuk menghasilkan catalog imvu. Korang boleh pelbagaikan kreativiti korang dengan menggunakan teknik alpha mask ini. 

Salah satu clothing I pulished menggunakan lace yang dihasilkan menggunakan teknik Alpha Mask dan Opacity Map 

SELAMAT MENCUBA!
*Post updated 23/07/2020

Rabu, 19 Jun 2013

IMVU - CREATOR SHOWCASE (MAY)

Hi, maaf kerana sudah lama I tak menulis di blog nie. Creator Showcase kali ini, IMVU memilih otai IMVU sebagai icon untuk bulan May, Dalamar1013. Beliau merupakan antara otai IMVU yang sezaman dengan abe ER1 kita.

creator avipic

Kalau korang tengok dp beliau pon korang dah tahu dia otai IMVU. Avatar kita nampak vogue... macho... avatar dia masih lagi nampak noob gitu, agaknya  rupa dia sebenar... hehehe. Dalamar1013 joined dalam IMVU sejak 2007 (maaf abe ER1 kita lebih otai sebab dia sejak 2005 - ye ke abe ray?). Beliau juga merupakan salah seorang moderator dalam forum IMVU. Mr Dal ni tak pernah lokek dengan ilmu creator beliau. Kalau korang nak tahu I banyak belajar di forum IMVU dengan membaca tips dan tutorials yang beliau kongsi di situ. Beliau sentiasa membantu new creator mengenai creating. I ada juga guna tutorial beliau translate dalam bahasa Melayu untuk kegunaan creator baru dari Malaysia yang ingin belajar cara menghasilkan texture untuk product.

Gaia eyes (F) Redhead Punk Mohawk

Quote daripada beliau sebagai icon Creator Showcase kali ini :-

"I really like helping people and sharing what I have figured out/learned...I have fun making diverse products for everyone and one of a kind special requests." -Dalamar1013


Selain daripada menjadi Moderator Forum, beliau sudah tentulah antara Developer yang paling lama dalam IMVU. Korang boleh melihat catalog beliau dengan klik sahaja nama beliau di sini, Dalamar1013. JIka korang visit forum IMVU dan mencari tips and tutorials di situ, korang pasti akan jumpa tips and tutorial yang Dalamar1013 kongsi terutama sekali kepada pengguna PS dan juga GIMP.

Kawan-kawan semua yang menjadi creator tidak kira baru dan pun sudah lama, berpeluang untuk terpilih menjadi icon untuk bulan seterus. Semoga berjaya!