Ahad, 13 November 2022

Episode 5: Alami Dunia IMVU Dalam Resolusi Tinggi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, 

Hai, korang!👋👋👋

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi visit blog sis ni. Minta maaf kerana sis take time nak publish post ini, kelewatan yang disengajakan😆 kerna time sis nak siapkan post ni, content dia makin panjang lebar dan melalut😅. Melalut yang berinformatif la... sis sayang plak nak delete yang mana melalut tu, jadi... Sis split dan save dalam draft next post. 

Ini appearance Viena dalam IMVU.
Virtual Doll sis freehair dan seksi avatarnya
Kerjaya beliau dalam IMVU sebagai Profesional Model dan Streamer, ahakssss 

Sis nak sembang pasal high resolution yang baru ini IMVU update, recall balik mesti ada antara korang jadi murung kejap sebab tak boleh load furniture dalam chatroom. Ada yang tak boleh load avatar dalam app. Tabahlah ye korang, sis pun ada juga mengalami isu yang sama. Mungkin berpunca dari penyelenggaraan semua aplikasi IMVU. Biasa la bila ada penyelenggaraan tu mesti ada selingan isu technical. Kebiasaanya kalau obvious sangat sis akan skodeng Community Center IMVU, semak jika ada maintenance atau isu teknikal terkini.  

Kita tak nak citer pasal maintenance IMVU, kalau korang perasan IMVU Desktop kini dalam high resolution 2.0, korang boleh set HiDPI terkini dengan Anti-Liasing dalam Dekstop dan IMVU studio (creator app) untuk mengalami suasana beresolusi tinggi ini. Based on notification IMVU hantar, kita kini boleh alami high resolution ni dengan mengemaskini setting HiDPI kepada Best Quality (2.0x), maksudnya 2 kali ganda dari resolution sedia ada la kot, dan enable Anti-Liasing. Make sure laptop korang pakai graphic card terbaik untuk gaming, korang boleh enjoy la kelebihan ni especially kepada korang yang suka snapsot, editing dan recording video atau live streaming tu.

Sis dapat notification dari IMVU.Inc dan juga IMVU Creator

Sis dah check kat dalam phone android sis takde setting ni, sape2 yang pakai phone iOS boleh check handphone korang, kot2 la ada. Kalau korang memang guna IMVU Dektop (Beta), korang boleh semak kat bahagian setting. Setting kat mana, sis? Ok kanak-kanak... sis tau mesti ada yang tak tau kat mana setting tu, dia reti login masuk chatroom, chatting dan snapshot sehala je...😅Tapi tetiba kali ni dia baca blog sis dia berminat nak tahu🤔. Korang boleh ikut step sis bagi ni:- 

  1. Buka je IMVU Desktop korang tu, klik kat DP korang atas sekali sebelah kanan
  2. Klik kat icon Gear - Setting
  3. Skroll ke bawah sampai jumpa "ADVANCED", kat situ korang akan nampak Render Scale (HiPDI), Anti-aliasing (HiDPI) dan Canvas smoothing (HiDPI)
  4. Korang boleh set Render Scale (HiDPI) kepada Best Quality (2.0x) yang IMVU syorkan untuk mengalami suasana dalam Resolusi Tinggi. 


Kepada Creator yang baru berjinak nak guna IMVU Studio dan nak tahu kat mana nak set HiDPI dan Anti-liasing, boleh ikut step ini : - 



  1. Login IMVU studio macam biasa, korang klik kat 3 lines atas sebelah kiri (bukan 3 lines "pakeda" ye adik2), klik kat "Preferences" 
  2. Korang akan nampak "IMVU Studio Preferences", kat situ korang boleh Render Scale (HiDPI) kepada Best Quality 2.0x. Yang lain semua sudah auto enable
  3. Semua sudah set, korang boleh tutup "Preferences" 
  4. Sudah set korang boleh belek-belek item yang korang nak derive


Nak lagi senang korang guna keyboard shortcuts, sis amik dari Community ni. Korang pun boleh baca lebih lanjut dalam artikel IMVU Comunity Center kat sini.

Keyboard Shortcuts For Mac

  • Better Performance (0.5x) - [Ctrl-Opt-1]
  • Balanced (1.0x) - [Ctrl-Opt-2]
  • Better Quality (1.5x) - [Ctrl-Opt-3]
  • Best Quality (2.0x) - [Ctrl-Opt-4]
  • Anti-Aliasing toggle - [Ctrl-Opt-A]
  • Canvas Smoothing toggle - [Ctrl-Opt-S]

Keyboard Shortcuts For Window

  • Better Performance (0.5x) - [Ctrl-Alt-1]
  • Balanced (1.0x) - [Ctrl-Alt-2]
  • Better Quality (1.5x) - [Ctrl-Alt-3]
  • Best Quality (2.0x) - [Ctrl-Alt-4]
  • Anti-Aliasing toggle - [Ctrl-Alt-A]
  • Canvas Smoothing toggle - [Ctrl-Alt-S]

Macam mana dengan Classic? Kene setting best quality dan anti-aliasing jugak tak? Dalam setting Classic app sis dah check tak ada setting ni, tapi sis set accerelated graphic je. Sebenarnya Classic app dah memang dalam high resolution. Disebabkan rancangan IMVU nak convert Classic kepada Desktop, dorang lebih banyak buat improvise kat Desktop. Dalam masa yang sama korang boleh nikmat pengalaman virtual graphic lebih baik walaupun korang dalam Classic. Sebagai Mobile user sis guna peranti android jenama VIVO, setakat ini sis puashati walaupun hasil snapshot tak HD macam snapshot korang... mampu la streaming dan modeling secara professional dalam setahun ni... cewah! 

Sis guna room imvu+ dan particle dari Shop 4u sebagai sampel perbandingan.

Dari segi perbandingan:- 

  • Ada animation effect sis hanya boleh nampak dan captured guna camera Classic tetapi tidak dalam Desktop dan Mobile sebelum ini. Contoh 2 snapshot kat bawah ni sis snap dalam room sama yang mana sebenarnya sis letakkan particles colorful. Dalam Classic (snapshot no.2) particle warna warni dan walaupun dapat captured guna camera tapi tak glow. Manakala dalam mobile (snapshot no. 1, sis kerap guna mobile masa ni) particles hanya warna putih tapi dapat captured particles glowing.
Walaupun IMVU dah upgrade high resolution dia, dalam Classic tiada perubahan

Sebelum ini dalam Mobile particles warna putih

Sejak IMVU upgrade high resolution, particles dah nampak warna-warna dalam Mobile 

Hasil snapshot particles dalam Desktop. Particles warna-warni  glow tapi tak bersinar.
Mungkin disebabkan oleh particles ni product lama way back 2010.
 

  • Kekadang sis akan guna portable Filter untuk snapshot tapi dalam Classic tak function sepenuhnya, sis syak berpunca dari bugs atau error kat opacity effect, bukan salah mesher sepenuhnya kerana hasil product tertakluk kepada ciri-ciri creating tools yang disediakan oleh IMVU dalam Studio app atau Create Mode. Selalunya bila sis nak guna filter dalam Classic, ade je tak kene dengan appearance Viena. Kening botak la... atau anak rambut hilang la, kekadang baju pun hilang kalau view di sebalik transparent furniture seperti window glass. Kalau GA ok lagi tapi kalau pakai skin AP, nampak betul-betul naked gaisss! Error macam ni tak berlaku dalam Desktop dan Mobile app.   
  • Pergerakan "pan" lagi best dalam Desktop berbanding dalam Classic dan mobile yang limited. Setakat ini "pan" ke kanan dan ke kiri, ketiga-tiga app sama, boleh panning sampai 360⁰. Tapi bila "tilt" dalam Classic dan Mobile limited especially bila sis cuba nak tilt ke bawah. Dalam Desktop korang boleh tilt ke bawah sehingga 180⁰ darjah. Wow!😲Sis kagum kejap pasal sis jarang sangat masuk room guna Dekstop. Bila sis try snapshot dalam Desktop baru-baru ni, seronok plak. Korang tengok sis snapshot dari bawah. Kalau dalam Classic limit 120⁰  je, dalam mobile lagi kesian sis tak boleh tilt ke bawah lansung tau, sedih!. 
Dalam Classis sis mampu "tilt" setakat 120⁰ je berbanding dalam Dekstop.

Snapshot dalam Desktop rupanya boleh "tilt" lebih ke bawah berbanding dalam Classic

Ini sis cuba "tilt" 90⁰ ke bawah.

  • Macam mana dengan kamera dalam Dekstop? Sebelum ini sis memang tak happy guna camera dalam Dekstop, glitch terlalu kerap. Tapi itu dululah masa memula IMVU launch Dekstop app. Lagi satu, bagi sis Desktop ni berat sis nak open sambil-sambilan sebab dia umpama korang buka Classic app + NEXT web.
  • Yang mana satu lebih convenience? Sebagai user Pro-Classic, sis setuju Dekstop sekarang lebih baik tapi bab convenience sis masih selesa guna Classic sebab:-
    1. Sis boleh guna key Shift, Ctrl dan Arrow untuk rotate, pan dan tilt dalam room. Simple! 
    2. Senang decorate room sambil snapshot - sis tak decorate sangat time streaming tapi sis guna kelebihan ini nak reposition spot untuk dapatkan angle yang sis nak. Dalam Desktop korang terpaksa buka page lain untuk decorate room dan rasanya tak boleh nak snapshot dari situ
    3. Senang usha item dalam inventory dan shop. Sama macam decorate, sis suka wear and unwear item masa buat snapshot. Dalam classic sis senang nk cari, pakai dan tukar appearance Viena dalam chatroom. Sis boleh recognize item yang sis nak pakai melalui cover catalog. Dalam Desktop dan Mobile terpaksa check 1 by 1 nak check which is leceh! 
    4. Senang nak buka link website item yang dipakai dari inventory untuk tujuan rate dan reviews 
    5. Sis boleh check snapshot dalam gallery selain dari buka IMVU Web Classic. Gallery tak available dalam Desktop dan Mobile. Korang boleh tengok je balik gambar korang kat feed korang. 
  • Classic app nak dikatakan ringan tak jugak. Sebab dalam Classic kbps avatar bawak kalau terlalu besar boleh menyebabkan Classic app jadi berat dan lagging. Dalam Classic korang boleh tahu kbps setiap avatar. So bila hangout dalam chatroom owner room terpaksa letak rules limit kbps avatar supaya bila ramai room tak lag teruk. Mobile app pula bergantung kepada model telefon korang guna sebab ada yang komplen telefon cepat panas dan bateri cepat habis. Desktop similar dengan Mobile. 

Kenapa perlu sis buat eksperimen dan bandingkan antara 3 platform IMVU ni? Disebabkan sis aktif modeling dan streaming. 3 Platform ini berguna untuk sis buat snapshot product yang dihantar oleh Creator untuk stream ke public. Tak semua product function dalam cl Semua product boleh stream dari Classis tapi tak sesuai stream product imvu+. Sis ada kelebihan stream product imvu+ sebab device android sis support effect product imvu+. Kalau korang nak tau product imvu+ ada ciri-ciri rendering yang tiada dalam classic. Maksud ciri-ciri "rendering" ialah ciri-ciri lebih realistik, product imvu+ boleh memantulkan cahaya secara dinamik, ada sistem particle baru dan byk lagi yang boleh nampakkan sesuatu item yang korang pakai lebih relatistik

Outfit imvu+, korang boleh nampak dress sis pakai ada releksi cahaya

 


Tiada isu korang nak snapshot dalam mana-mana app pun. Cuma untuk outfit imvu+ sis akan snapshot melalui Dekstop atau Mobile app untuk memperlihatkan kelainan outfit tersebut. Sis perlu pastikan ciri-ciri outfit ini berfungsi dalam room imvu+. Ini kerana outfit imvu+ ada permukaan yang bersinar dan reflektif yang korang tak dapat lihat dalam Classic app. 

Outfit dari Shop Kayo0123. 
Korang boleh nampak blazer yang Viena pakai ada refleksi cahaya

Amacam? Berguna tak informasi IMVU sis share ni? Ya, sis lebih kepada snapshot sebab memang kegemaran dari sejak awal sis terjebak dengan alam maya IMVU kalau nak compare dengan Creating. Graphic IMVU app pun dah semakin cantik hampir setanding dengan virtual dalam Second Life, tinggal avatar tak berjalan or berlari dengan ada shadow je lagi. Kelebihan IMVU buat masa ini, user boleh akses chatroom melalui peranti Mobile bila-bila masa dan di mana korang berada asalkan peranti korang ada network.

Sis ada jugak test download Mobile app dalam tablet Samsung arwah kakak sis. So far guna tablet sama je macam guna smartphone tapi skrin lebih besar la. Sesiapa yang ada tablet boleh cuba download kalau nak enjoy layan IMVU dalam skrin besar skit dari smartphone. Cuma snapshot sis dapati ada glitch. Mungkin sebab graphic card atau tablet lama 2018? 

Next episode sis akan share tips guna tools untuk adik2 newbie explore chatroom, tips untuk snapshot dan juga tips untuk adik2 guna action/triggers bersama portable filter dan bodylight avatar. Semoga maanfaat! 


(Kakak sis meninggal dunia pada 29.08.2022, Alfatihah buat allahyarham Noraizanisah binti Zainal Abidin, semoga rohnya senantiasa dalam rahmat Allah SWT, dipermudahkan perjalanan di alam Barzah, semoga tenang, gembira dan dibahagiakan serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman, aamiin...