Khamis, 31 Januari 2013

IMVU - HOTTEST AVI

(*photo diambil daripada IMVU fan page & IMVU The Hottest Avi fan page)

Amboiiii .... tajuk yang tak boleh blah ni. Kepada newbie mesti nak groom avi korang supaya cantik seperti kitaorang. Korang nak style macam mana agaknya?.... kawai? gothic? emo? poyo?.... rockers? hippi? hip hop?.... super star? diva?.... nak pelik lagi.... steampunk style memang nampak cool tapi i lom lagi meet avi dengan steampunk style melainkan dalam photostream. Style underworld macam lycan, vampire, furries, goddess, demon, pocong.... pon ada... adeiiii... super heroes pon ada jugak. Tapi selalunya dalam custome party macam halloween party. Cuma I nak ingatkan jangan pakai semua accessories sampai kb korang cecah 10k.... tu memang nak jadi mangsa boot. Selalunya yang bawa heavy nie mereka yang suka bawa trigger. Dj & song trigger. Ada orang dia rasa dia diva sangat dengan kb yang sampai 10k tu.... lantak dialah... kb yang sampai 10k serupa macam bawa 1 room masuk room lain. Hahahahahaaaa....

Photo: Your Nightmare
Agak-agak korang nak tak lepak dengan dia nie? Ada rasa tak boleh tido selepas tu? Ngeh ngeh ngeh....

Photo

Apapun style yang korang pilih untuk puppet (avi) sebenarnya mengambarkan diri master kepada puppet tu. Sedar atau tidak itulah yang sebenarnya. Kalau ada 10 id sekalipon, korang tetap hias avi korang ikut cara korang ... bukan cara orang lain dan setiap kita ni ada signature tersendiri. Meniru gaya orang lain buatkan korang tak pernah suka dengan penampilan avi korang. Korang akan asyik ubah dan ubah dan masih tak berpuas hati. Tapi bila korang jumpa identiti avi korang, korang ada signature korang sendiri. Itulah keistimewaan tersendiri avi korang yang membezakan avi korang dengan avi orang lain.

Photo: Empress of The Darkness
Ini I, jadi vampire sekali pon kena maintain jelita. Ngeh ngeh ngeh...

Photo: Photo by chevonnedalink
My photostreamer's friend, chevondalink. Minat dia sama dengan I, kami suka snap photo close up macam ni. Dan hasil snap dia sangat menarik dan photogenic.

Photo
Macam biasa... photo ini daripada auntiepjl yang selalu buat kelainan.

Photo: Vogue mermaid?
Nak jadi mermaid pon boleh..... asalkan korang happy

Photo: Movie Star
Gaya seorang Diva

Photo: santa body fit
Santa fit dah.... belum tengok santa buka baju lagi nie.... 

Photo: 007
mafia pon ada.... tembak kang

Photo
Cute kan?

Photo: Your Devil
Ni ape eh? devil?....

Photo: Man's Rules
James bond 007 - oleh kerana male agak limited dalam imvu nie. Pantang jumpa handsome macam ni pasti menjadi rebutan aweks. Jadilah kes sailang kawan semata-mata berebutkan sorang male. 

Ops... jangan lupa pemilihan default avatar untuk avi korang. Ada bermacam style default avatar available dalam shop. Gaya model? celeberity? goddess? creature? alien? daripada price yang murah sehinggalah yang paling mahal mencecah 25k. Tentulah avi yang mahal sebegitu biasanya costume made atau lebih berkualiti berbanding yang cheap price. Recommended brand tuk avi yang pada harga yang agak economy skit ialah TheFactory. Group TheFactory menghasilkan banyak default avatar yang menarik. Ada default avatar yang dorang ambil daripada celebrity dan supermodel yang internationally famous. Dalam masa yang sama ada size yang korang rasa sesuai dengan avi korang, small, regular, huge dan giga. Giga default avatar yang paling tinggi. Korang boleh beli scaler untuk besarkan lagi avi korang. 

Photo
Medusa

Pemilihan skin juga sebahagian daripada basic avi korang. I suka skin yang agak sawo matang atau skin seperti Jenifer Lopez, cewahhhh! I rasa skin I yang sebenar pon lebih kurang macam tu. Kalau nk cerah pon taklah putih melepak kot. Kalau skin yang freaky untuk costume pon, I pilih yang still nampak lawa gak... boleh gitu?

Photo: Captured Inside IMVU - Join the Fun!

http://www.imvu.com/permalink/ref/?p=FacebookPhotoShare&u=46080373&id=element%2FEL%3A27149557

Skin adalah part yang paling ketara untuk bentuk character avi korang. Dan... membezakan avi korang dengan avi orang lain. Bila sudah ada signature macam ni, bila korang snap photo korang. Orang sudah tahu itulah avi korang. Terutama sekali kalau snap photo ramai-ramai...

Main Album
Boleh agak yang mana satu I?

Photo: What a beautiful transformation, from a lonesome caterpillar to a beautiful butterfly! 
Transform: http://im.vu/play
Fairy

Photo: You're the ONE! The one I've been looking for! 
Discover "The One": http://im.vu/play
dulu kala...

Photo: Pondering the night away. What's on YOUR mind? TELL US!
http://im.vu/play
koniciwa...

Photo: Where the wild things are. Explore YOUR wild side today! 
http://im.vu/play
ada gaya steampunk skit

Photo: Us against the world until the end of time. Who is YOUR partner in crime? 
http://im.vu/play
Warrior

Photo
Nyonya manis... 

Bagi I meskipun hanya dalam virtual world yang kita barangkali takan jumpa pon user lain in real. Kita tetap perlu menghormati orang lain dan menjaga adap kita. I segan dengan otai-otai IMVU yang sudah joined imvu sejak 2004 lagi. Walaupun daripada overseas sebab mereka sangat mesra dan berbudi bahasa. Cara mereka nak educate youngster zaman sekarang supaya menjaga cara percakapan dalam imvu. I tak pernah nampak lagi kalangan mereka yang bercakap kasar atau kesat dalam public room atau pulse atau photostream walaupun tengah marah. Nak buat macam mana...lain padang lain rumput... lain orang lain ragamnya... hurmmmmmmmmm



IMVU - PUPPETS & PUPPETSMASTER


(*gambar-gambar dalam nie adalah gambar hiasan saja daripada google image search)

Sejak tahun 2010, I joined IMVU dan boleh katakan setiap hari I suka nak online. Kalau pergi kemana-mana, dalam kepala ni ingat nak balik rumah online. Kalau outstation pun seboleh-bolehnya nak bawa lappy (laptop) bersama dan pastikan destinasi yang I pergi tu ada coverage atau pun wifi. Selagi boleh ada cara untuk dapatkan internet coverage, selagi itu cuba online. Broadband kalau dalam keretapi ada signal, I boleh online je. Sengal je… Hahahahahaaaa

Sedar tak korang sebenarnya IMVU ni, bukan hanya chatting and mingle with friends in public room? Ada orang memang tak suka orang lain random request friends sesuka hati kerana tak pernah jumpa dan berbual dalam public room. Kami lebih suka lepak-lepak dalam public room, bila pertama kali berjumpa kami berkenalan dan berbual. Daripada situ kami dapat rasa keserasian, kesefahaman dan keselesaan berkawan. Daripada situ barulah terima request friends. Ini hanya pandangan I saja. Kadang-kadang I accept juga random request friends sebab I fikir antara mereka ingin berkongsi photostream je.  Ataupun semasa I nak mula mengarang topik, I terfikir selain daripada kumpul seberapa banyak friends dan mungkin ingin berkongsi photostream. Mungkin juga ingin berkongsi pulse… ngeh … ngeh…ngeh.  Skodeng pulse orang la tu… wekkkkkk. Maaf I memang jarang-jarang update pulse. Setiap user ada webpage masing-masing, ada pulse untuk update status selain daripada update status dalam profile.

Kalau nak chit chat dengan user yang lain kenalah download 3d client sama seperti download yahoo messenger  atau facebook messenger. Korang boleh download IMVU 3d client melalui link ini, http://www.imvu.com/signup/download/ register menggunakan email korang, sama ada email yang sedia ada ataupun email khas untuk imvu. Dah install 3d client barulah boleh login dan online imvu. Sekarang korang sudah ada puppet virtual korang sendiri. New account mesti ada guest pada pangkal nama. Example….. guest_vienaxia. Korang istimewa tau sebab korang guest. Yang dah lama dalam tu kena welcome korang. Tapi ikut nasib, ada yang welcome korang…. ada yang belum sempat bagi salam dah kena boot. Kesiannnnn…


Jangan risau sebaik sahaja korang login account korang, ikut arahan tour guide. Tour guide akan ajar bagaimana nak pakaikan outfit kepada avi korang di Dress Up mode . Macam main anak patung, tukar-tukar baju. 


Kemudian ke Shop mode, bahagian yang paling imvu suka sangat. Sebab user boleh berhabisan shopping dan imvu untung berkepuk-kepuk. Creator macam I pon suka sebab products dibeli oleh customer terutama sekali korang yang baru, gunakan promo credit salah  satu point bantu creator naik level. 

Bukan hanya clothing item korang boleh beli, korang boleh furniture dan juga room yang lebih cantik daripada yang ada dalam inventory korang. Tapi kenalah ada credit. Kalau nak earn free credit kenalah ada pet and kasi pet makan baru dapat skit credit. Rasanya belanja makan pet lebih mahal daripada credit yang korang earn. Atau korang perlu buat survey atau jawab pop kuiz. Kalau nak credit yang banyak kenalah beli.... 

Kemudian My Room Mode, korang akan diajar chat, invite user yang available dan chat dalam private room korang. Nasiblah dengan sapa yang korang dapat. Ada yang nak berbual ada juga yang terus poof. 


Kalau ada orang invite korang pulak, akan keluar invitation card ni. Kalau dalam kurungan private maksudnya private room. Cuma berdua, yang menjemput dan dijemput. Korang boleh chat lebih daripada berdua dalam private dengan hanya invite orang lain untuk sertai korang. 

korang boleh menaip melalui chat box dibawah ataupun korang boleh tutup chatbox tu dengan klik icon talk ballon dibawah. Dan berbual menggunakan talk ballon. 

Chatroom Mode pulak, listing public room yang available untuk guest. Guest tak allow untuk enter room yang ada symbol ap dan VIP. Untuk 'ap' (access passed @ adult passed), hanya kepada yang memilik status ap sahaja... Kalau ada VIP tapi tak ada ap, tak layak join room ap. Tak payah belagak sangat kalau ada VIP sahaja. Kalau room VIP, guest biasa hanya boleh sertai jikalau ada yang invite masuk. 


Pesanan I sebelum ni, sebelum masuk public room pastikan korang baca dulu info. Klik info akan terpapar description berkenan room tersebut. Ada sesetengah room ada rules tersendiri yang kita kena respect dan follow. Kalau kita tak ikut rules tersebut kita bakal kena boot. Kita hanya boleh masuk semula room yang sama tadi selepas 20 minit. Itupun kalau masih dibenarkan masuk. 


Macam mana nak guna avi dalam masa yang sama chatting kat chat box? Adoiii.... sebenarnya avi ada default move, lantak dia nk gaya cam mana pon. Walaubagaimana pon korang boleh guna beberapa action dengan klik kat avi korang. Keluar list action dan juga trigger. Kalau korang nak buat action kat avi lain pulak. Korang klik kat avi kawan korang, list akan keluar dan korang boleh pilih nak buat action macam mana. Nak salam, peluk, penampo.... terajang semua bleh. Tapi korang tak boleh buat kat avi yang ada VIP sebab dorang ada shield. Cuma action yang dibenarkan saja yang boleh anda lakukan kat avi yang ada VIP. Jangan sesuka hati cuba action kat avi lain, nanti dorang elok-elok je kat situ pon buat action penerajang kat korang. Tak terlawan plak korang pasal user lama semua terer belaka. 

'Puppet's Master' yang menggerakkan puppet. Sama macam dalam 3d client nie. Korang yang menggerakkan avi korang. Mudah sahaja, bawa cursor sekitar room kalau jumpa yellow dot, klik kat situ, avi korang akan berada di situ on the dot. Ngeh.... ngeh... ngeh... kalau nak avi tu berjalan pon I wish IMVU programkan yang user klik kat dot tu dan avi jalan sendiri pergi kat situ. Buat masa ni, imvu belum capai kecanggihan macam tu. Kira ok la kan... sebab jenuh jugak nk gerakkan avi... kang jatuh longkang plakkkk

Berada dalam virtual world ni seumpama berada dalam dunia yang lain. Tapi kita ada disitu melihat apa yang kita lakukan dalam dunia tu. Kita yang hidupkan avi dalam dunia itu dan kita mewarnakannya dengan kendiri kita jua. Kenapa I cakap macam tu? Sebab bila kita sembang dalam virtual nie kita bersembang dengan hati kita. Mula-mula kita sembang biasa, kita rasa tiada apa yang akan memberi kesan kepada kita sebab kita hanya chat. Kemudian kita mula 'deep conversation', kita mula jatuh minat dengan gaya dan penampilan kenalan kita. Dari minat dan suka, ada attraction. Dengan hanya melihat avi sahaja. Dan bermulalah imaginasi dan fantasy korang dalam virtual world ni. Bahaya citer lebih-lebih ni, kang ada yang teringin.... huhuhuhuuuu


Terpulang macam mana korang mengawal puppet korang, sebab korang puppet's master. Imaginasi dan fantasi melibatkan keinginan dan kemahuan, dan hati juga perasaan. Ada orang beranggapan what happen in imvu stay in imvu. Ada orang beranggapan IMVU just a game. Ada orang rasa mereka boleh uruskan dua dunia yang berbeza. 


WELCOME TO IMVU WORLD!

Isnin, 28 Januari 2013

IMVU - MY LITTLE SHOP (CATALOG & POSTER)

Ada masa, selain daripada develop hair texture and derived it from the developer. I juga ada derived item lain. Ikut mood... kalau ada item I rasa daripada beli lebih baik I derived je. I akan create dan I prefer edit texture yang I downloaded daripada website atau guna design pattern daripada website buat texture sendiri.

Teringat masa bulan ramadhan tahun lepas, tiba-tiba I rasa I nak buat clothing untuk Hari Raya. I cabar diri untuk design sendiri pattern baju kurung. I terfikir untuk buat baju kurung pahang dan kedah... I cari info di forum macam mana nak buat map untuk baju. Susah jugak nak buat kolar baju kurung, sbb bila guna brush untuk lukis line, pixel pecah dan tak smooth. Mula-mula hasilkan clothing tu, frust jugak sebab walaupun cantik tapi bahagian leher, pixel pecah. I keep try and re-edit, at least dapat smooth skit pon tak mengapa. Masa tu I belom jumpa technic pluggin AA's assistanst. Lepas tu I terfikir sesuatu... emboidery... eh trend sekarang jugak tu. I guna corak-corak bunga untuk cover bahagian leher baju kurung.

Menjadi jugak. Kurung Pahang, salah satu jenis baju kurung yang berasal daripada Negeri Pahang. Modern concept sebab ada emboidery pada bahagian leher, lengan dan bawah. It is nice?

Kurung Kedah. Si pemakai nampak cute dan juga sweet gitu. Special skit Kurung Kedah nie, kainnya. Kainnya I pilih batik Sarawak. So far at real ni x nampak lagilah ada yang memakai.

Kemudian I terfikir untuk cuba buat baju kebaya ala kebaya nyonya. Daripada awal main imvu, I memang pernah request creator lain untuk buat kebaya nyonya... tak ada siapa yang buat. Agak-agak kalau I buat kebaya ni mesti ada yang akan buat lebih bagus daripada I. I tak mau buat exactly seperti kebaya nyonya... sebab I sebenarnya tak reti sangat. I create cara I.

Products Catalog  Products Catalog
Baju kebaya biru is the first kebaya I made. Tak de rupa kebaya nyonya lansung, I ngakulah I tak reti nak buat. Then I made the pink one. Using emboidery bunga ros dan gaya modern skit (Kononnya designer minah salleh daripada overseas, hua hua huahhhh...) I promote my clothing line di pulse untuk lihat feedback Malaysian IMVUians and I tak sangka kebaya I menarik perhatian creator yang Pro. Dia create kebaya nyonya. Dan I admit dia kebaya yang dia create sama seperti kebaya nyonya dan amat cantik.

Products Catalog  Products Catalog
I cuba gak buat baju melayu. Just only to explore how to design the cloth. I mintak maaf ianya agak sukar dan jenuh. I pon bukan jenis sabar. Online bukan untuk tambah stress tapi nak release tension kan. So buat apa nak stress brain fikir. Ngeh ngeh ngeh....

Products Catalog
Seronok bila kita explore tu, kita mencuba untuk melakukannya dan ianya berhasil. Nampaknya macam boleh create clothing nie. Tapi tak la sehebat creator-creator Malaysia yang lain.

Products Catalog
Evening Dress dengan corak batik Sarawak. Tak sangka ada juga yang berkenan dengan dress ni. Ada yang bagitau I dorang suka dress sebab simple dan tak seksi. Masa I design this dress I'm think bout' formal occasion in IMVU. Like wedding ceremony or ballroom party. However mostly prefer sexiest outfit. Real life tak da peluang nak mendedahkan boobs... wekekekekekeke.... dalam virtual world lah peluang nak seseksi yang mungkin. Apa pun nasihat I, as a women should respect your ownself. Boleh seksi-seksian tapi jangan over fashion.  

Products Catalog
Sexy dress untuk girls yang suka sexy. Dulu I memang sexy habis dalam imvu ni, then I think about a statement I used to heard, you don't have to be sexy, to look sexy... sometimes is it about the way you are, makes you look sexy. 

Products Catalog
I cuba derived shoe, ini shoe pertama I buat. Technic menggunakan plugin alpha mask and AA's assistant banyak membantu I design and create texture lebih baik dan kemas. Sebab itu I seronok menggunakan paint.net application.  

Products Catalog
Koleksi jewelry pon I ada buat tetapi selalunya I lebih suka buat kalau ada yang request

Products Catalog

Paling senang sekali derive poses. Sememangnya paling senang sebab creator tidak perlu buat apa-apa pun. Derive > Save > Submit > Publish. That's all. Macam poses photo ni, cuma perlu snap untuk dijadikan cover catalog dan poster. Serupa juga kalau berpeluang untuk derive avatar. Posing saja...

Products Catalog  

Paling latest I dapat ilmu baru, bagaimana nak create eyes texture. Kalau eyes tak perlukan mesh, terus derive daripada imvu.inc. Masukkan eyes texture dan apply changes. Cuba dengan beberapa jenis head dan juga skin untuk lihat kesuaian warna lens yang kita buat tu. 

Products Catalog   Products Catalog
Lain orang lain citarasa mereka betul tak? Kalau tengok poster memang nampak lawa. Tapi bila apply kat avi sendiri, tak lawa pulak. Wekekekekekek....









Sabtu, 26 Januari 2013

IMVU - MY LITTLE SHOP (AXIA FANTASY)


I ada shop sendiri dalam imvu. Kalau nak kosongkan minda, hilangkan stress dan melupakan masalah kehidupan... I online imvu. Kadang-kadang bukan bersosial maya sangat pun dalam imvu. Nak keluar.... cost... kalau orang nak belanja baru la rasa best nak keluar... wekekekekekekek. Pastu masalah parking yang terhad. Dapat parking yang strategik memang tak keluarlah I. Rindu jugak dengan family and relatives. Adik-adik sepupu yang selalu lepak dan bergembira bersama. Sebab dulu selalu lepak dengan cousins and my beloved auntie


I bermula dengan create simple sticker, avatar sticker. Senang sangat, snap photo guna *hiresnobg untuk dapatkan pixel besar (masa tu snap photo size kontot je, tak best). Kenapa guna *hiresnobg? Kalau guna *hiresnobg kita boleh snap avatar sahaja tanpa background. Tapi kalau nak background pulak, guna *hiressnap. Lagi satu, tak payah download daripada album website. Guna *hiresnobg atau *hiressnap automatic photo save kat dekstop. Jimat masa...

Main Album



Salah satu sticker avatar yang I buat guna avi ni.

Bila dah mahir menggunakkan create mode barulah I create items. Mula dulu guna imvu peer preview untuk create. Kena download peer-previewer untuk create. I belajar guna peer-previewer daripada seorang kawan (ex virtual, ahaks! dah nyampah sekalipon kena juga berterima kasih dengan dia sebab kalau tak kerana dia desak suruh create, sampai kesudah tak pandai). Sedang elok I dah faham guna peer-previewer, imvu launch latest version 3d client. Tak perlu menggunakan peer-previewer lagi, creators boleh terus creating menggunakan 3d client. (masa ni, I pulak yang pandai. Ajar balik. Kira 0-0 la dengan dia kan?). Baru explore 2.... 3 kali, tiba-tiba I tak boleh guna create mode. I boleh edit texture dan save tetapi I tak boleh submit product. Geram betol!. Masa tu semangat nak create membuak-buak. I sabar dalam sebulan walaupun reinstall balik 3d client, still tak boleh lagi. I mengadu kat forum.... sampai I hilang sabar. I marah-marah imvu staff, Varsha dan Katimarie. Kemudian I kena kaunseling dengan auntiepjl (moderator forum) .... insaf I.... Bila rasa fikirkan dah rasional semula. I mohon maaf. I memang salah sebab tak behave masa comment dalam forum. Pengajaran buat I supaya bersikap lebih matang dan menghormati perasaan orang lain. Kebetulan antivirus I expired and I tukar guna antivirus yang lain. Barulah I boleh submit product..... sampai sekarang I segan dengan Varsha dan Katiemarie. Walaupun sama-sama berseronok layan beta peacock test dulu. Yang best, I dapat berkawan dengan auntiepjl dan share photo kat photostream. 

  
(Sumber - photo daripada IMVU Education Centre)

Lega dapat submit product semula, untuk permulaan I mula create item yang simple. I created frame and furniture item. Dah berkurun I tak menggunakan photoshop, totally lupa dan tak tahu guna. I cuba belajar menggunakan gimp tapi masih tak dapat nak faham kegunaan. Kemudian I teringat ada kawan I cerita, guna paint... cut and paste je. I pon open MS paint. Hurmmmmm... terfikir pulak mesti ada additional tools (plugin sebenarnya) yang boleh download dan guna. Masa tu I terjumpa free software Paint.Net. I siasat sikit melalui forum paint.net, hasil seni menggunakan software ini boleh tahan juga. 

Get Paint.NET!

I mula experimental menggunakan paint.net. Tutorial dalam forum mudah untuk difaham. Melalui  paint.net yang dapat memahami kegunaan tools dan effect. Download texture daripada website memang boleh, tapi masih perlukan sedikit effect dari segi penata cahaya dan bayangan. Betol tak? 

Photobucket
Ini furniture pertama I hasilkan dan menggunakan texture sendiri. Pada pendapat I, paint.net sesuai untuk beginner macam I. User friendly and easy to learn. Kemudian I cuba nak buat hair. I ada join creator and developer group yang dikelolakan oleh Babey. Dalam group tu ada DonutRogue ada contribute texture untuk kawan-kawan guna untuk hasil kan product. I pon ada jugak cari kat website texture hair yang lain. Tapi I rasa nak buat sendiri. I pon refer forum paint.net untuk belajar buat hair texture. 

Texture pertama. Kalau apply kat create mode, memang tak lawa lansung. Kuang kuang kuangggg...

Things happened in imvu, I stop for a while daripada create. Masa tu memang tak ada hati nak create apa-apa. Merajuk sekejap dan nak cari masa recover diri dan matangkan fikiran. I reset friendlist I and change name. I cuma added semula beberapa orang. I merayau kat international room, tak de lah jauh sangat. Singaporean nyer public room, meet new friends. Then I selalu spin mix dalam room tu, tak pasal I jadi dj mix. Masa tu banyak competition open rave club. I dj mix on demand plak tu, sampai 3 room I lepak spin mix sampai auto dc (disconnest). Petang-petang dah kurang call, boss pon dah tak kacau. I online spin mix dengar lagu. Tapi jadi slow plak pc I.... pc cabuk bak kata jejakez. Hahahahaaa.... Lama-lama I fed up gak dengan drama telenovela international nie. I mintak maaf kalau ada yang terasa, tapi selama I chatting dan layan social network. Kebanyakan Singaporean memang suka maki hamun mencarut orang kat public room. Paling celaka sekali, I ingat lagi minah ni I tak cari pasal pon dengan dia. Tapi dia made story pasal I. Yang actually dia yang buat perangai macam tu. Sudahnya I kena maki hamun mencarut dengan kawan I owner room yang I selalu spin mix. I bukan jenis balas, tapi I pulang balik ayat-ayat maki hamun mencarut dia. Mencarut kat orang, engkau tak ada ka mende tu?. Moron..... Sejak itu I memang tak bagi muka dengan orang jenis macam ni. I report terus kepada IMVU orang macam ni violent and abusive. 

I nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi galakan untuk I create semula. Mula I guna concept cut, paste & edit texture yang I download daripada group page dan website lain. 

Texture hair ni cut, paste and edit red and black. 

Takan nak buat macam aje... I mula refer forum imvu mencari info pasal hair texture. I baca tutorial yang menggunakan application lain tetapi I cuba buat dalam paint.net. Concept sama cuma berlainan application lainlah nama tools. Padahal mende yang sama. Hasilnya.... I jadi developer hair texture

Menggunakan noise dan motion blur. Antara texture yang awal I hasilkan menerusi hairstyle ni.



Sebenarnya I lebih suka derive male hairstyle, terutama sekali daripada Developer JakindaKE.  Kalau female pulak, selalunya daripada Developer Occultbaby. Creator lone ranger cam I nie, siapa nak pandangkan? Ada jugalah yang membeli daripada shop.

Poster untuk menarik perhatian. Kalau beli-beli kat 3d client, bila masa nak tengok poster kan? I buat poster saja seronok sebab masa ni pon tengah layan beta peacock test.

Lawa jugak kan. Ada kawan I komen tentang hair yang hasilkan. Macam rebonding kata dia. nampak halus texture yang I hasilkan. Then baru I notice kelainan texture yang I hasilkan berbanding Developer lain. Kira signature I la tu kan. Kalau texture kena curi pon boleh recognize. So far tak ada yang berkenan nak curi texture I yang tak secantik macam Nevoir. Jangan curi texture saya, sebab tak cantik! 

Ini yang paling latest, request by friend of friend of mine. Poster 2013 I, with new name for my little shop - AXIA FANTASY.