Isnin, 11 Mac 2013

IMVU- MUSIC PLAYLIST & STREAMING


Post sebelum ini penulis ada cerita sedikit berkenan dengan playlist dan streaming dalam imvu. Kepada yang suka mendengar lagu mesti tidak akan melepaskan peluang untuk memainkan lagu korang sendiri. Kepada yang baru saja bermain imvu mesti ingin mengetahui bagaimana hendak mendengar lagu daripada music box imvu. Jawapanya, kalau tak de lagu, memang tak dengar dik. Jangan korang mengamuk pula tak dapat dengar lagu daripada music box korang bila duduk sorang-sorang. 




Ada pelbagai jenis genre music bertaraf international korang boleh dengar melalui music box sebenarnya. Tetapi terpulang chat room mana yang korang masuk. Kalau masuk room United Emirates, mungkin music latin, arab atau irama padang pasir.... atau room Malaysia sendiri mungkin ada yang mainkan lagu-lagu tempatan. 

Kat mana music box imvu ni? mesti korang yang masih baru mencari-cari dimana. Katakan korang sekarang berada dalam chat room (private ataupun public room). Lihat bottom client korang ada 7 icon, lihat pada symbol music note dan klik situ. Jika korang masih belum memilik sebarang lagu, maka 'Your  mix collection' akan kelihatan empty. Korang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 songs untuk create mix korang. Kalau ada credit korang terus klik ke music store untuk memilih lagu. Jika korang bersendirian dalam room, korang tidak boleh memainkan playlist ini kerana 'due to music licensing requirement there must be at least one other person to play music'. Maksudnya ... sekurang-kurangnya minimum 2 user dalam chat room untuk membolehkan korang mainkan music daripada playlist korang. 


Music Store imvu telah sediakan kemudahan untuk mendapatkan lagu dan music yang kita gemari. Tetapi bukanlah secara percuma. Korang kena purchase seperti mana korang purchase clothing and item dalam shop. Cuma yang best dalam music store ni, semua lagu boleh dibeli pada harga yang sama, 649cr. Imvu akan mengadakan sale once pada harga diskaun 50%, masa itu murah sangat lagu-lagu dalam music store. Masa dulu lebih seronok kerana imvu selalu mengadakan promotion lagu, ada lagu baru yang terpilih untuk promosi dan boleh didapati secara percuma dalam tempoh tertentu. Sekarang tidak lagi, mungkin ada kaitan dengan pembayaran loyalty kepada syarikat rakaman. 

Setelah korang purchase lagu daripada music store korang kenalah setting mix collection korang. Di main website korang, pilih paling kanan sekali - music. 


Mixes collection I sudahpun banyak. Tetapi untuk korang yang baru saja purchase lagu (pastikan minimum 3 songs). Korang klik 'create new mix' dan rename 'new mix' di sebelah. Jangan save lagi. Scroll bawah sikit, korang akan nampak list inventory.


Kalau nk dengar promo lagu, korang klik kat punat play. Lagu akan dimainkan dalam 'Now Playing' dibawah. But for 20 second only. Untuk masukkan lagu ke dalam folder yang korang create tadi, korang klik add track. Korang add semua lagu, barulah korang save. Dalam client korang boleh refresh semula dan folder mixes korang akan kelihatan.


Kalau korang nak tahu, tak semua music boleh didengar melalui music ini. Ada certain lagu yang dimainkan oleh rakan international korang tak dapat didengar oleh korang di sebabkan isu territory. Itu korang boleh lihat sendiri dalam mix bila lagu tersebut dimainkan dan korang tidak dapat mendengarnya. Selain dari itu kalau tak boleh dengar sudah tentulah disebabkan oleh kelajuan internet yang lembab. 

Gambar dari Google Image search

kalau korang nk lepak sorang-sorang dan mendengar music, korang boleh dapatkan item yang mempunyai flash widget. Seperti radio streaming dan juga mp3 flash player yang berlambak dalam shop. I suka dengar radio streaming sebab dapat dengar latest song in US the market. Korang bagaimana? Ada ramai Creator Malaysia yang buat mp3 local songs.

Main Album

Selain daripada radio streaming, song trigger sync kepada avatar pon ada. Macam voice box juga tetapi berupa lagu. Creator letakkan code setiap 20 second length of the songs. Korang kena click 1 by 1 untuk dengar full length lagu tersebut. Kami tak boleh nak kacau bila dj spin trigger macam tu, nnt ketinggalan length dah serupa macam cd sangkut. Jangan marah eh kepada Creator yang buat trigger macam tu dan Dj yang spin juga. Ada betul jugakan? takan nk interupt korang tengah spin pulak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan