Jumaat, 9 Jun 2023

Berita IMVU: Bermula 01.07.2023 "Earn Money Payouts" Wajib Ada VIP Platinum/Diamond

Assalammualaikum dan selamat sejahtera❤


Hai, korang!

Korang mungkin tak perasan pasal ni, jadi sis nak share announcement IMVU kepada Creator yang sign up "Earn Money Program". Bermula 1hb July 2023 semua Earn Money Creator dikehendaki mendaftar VIP Tiered Platinum atau Diamond untuk teruskan program earn money dan payout money. Polisi dikenakan kepada semua earn money Creator termasuklah Tun Creator (grandfathered) yang tidak melanggan sebarang VIP. 

Walau bagaimanapun polisi ini tidak melibatkan Earn Money Tun Creator yang melanggan VIP Legacy sebelum VIP tiers (Gold/Platinum/Diamond) dilancarkan. Menurut IMVU, VIP Legacy setaraf dengan VIP Platinum. Maka Earn Money Creator VIP Legacy boleh rileks, minum cocktail dan sambung create. Dia hanya akan terkesan jika mempunyai alternate akaun Create non-VIP yang earn money. Akaun tersebut perlu ada VIP Platinum atau Diamond jika nak terus earn money dan payout money. IMVU ada solution untuk isu ini, korang teruskan baca post sis ni. 

Sekiranya akaun Tun Creator yang earn money tiada VIP selepas tarikh 01.07.2023, automatik akaun mereka akan kembali ke status earn credit IMVU. Dalam erti kata lain, payout dorang kene reset, daripada peroleh tunai tukar balik peroleh credit IMVU je. 

Manakala  Tun Creator yang tidak melanggan sebarang pek VIP dan lebih suka dapat credit IMVU, termasuklah sis ni ...masih boleh terus creating seperti biasa, catalog tetap visible dalam Shop dan peroleh keuntungan dalam bentuk credit. Kita pun boleh rileks, minum teh sambil makan cokodok dan sambung create. Sis tak pasti jika ada Creator Malaysia yang pilih program Earn Money ni, yang masih subscribe VIP Legacy pun sis tak pasti gak, jarang jumpa. Yang sis tahulah, kebanyakan Creator Malaysia sama dengan sis, tak berminat daftar program Earn Money atau memang tak amik port mende-mende selain dari creating.  


  

Ringkasan Sejarah Program Earn Money. 

Mungkin ada yang tak tau, dulu-dulu ada authorised reseller jual/beli credit. Creator peroleh pendapatan lebat boleh jual credit dorang kepada reseller untuk dapatkan tunai. Dan reseller pula akan jual semula credit berjuta yang dibeli dari Creator  kepada users IMVU. Time tu kalau tak nak beli credit dari portal IMVU, korang boleh beli kat portal Reseller yang sah. Sis selalu beli dengan mereka kerana lebih murah tetapi masih juga beli dari IMVU time ada sales. Sis pernah jual credit sis kepada authorised reseller sebelum stop IMVU dan dapat cash dalam 10 ke 20 Dollar lebih. 

Bila sis berhenti, sis dapat tahu  IMVU umumkan dorang tarik lesen dan mansuhkan authorised reseller (takde dah 3rd party yang sah boleh jual credit IMVU) dan semua users yang nak beli credit, hanya boleh beli dari portal IMVU saja. Ini menjejaskan Creator yang ada simpanan credit berjuta dalam akaun dorang. Bila dah tak ada authorised Reseller ni, kebanyakan Creator kehilangan punca nak tukar credit IMVU kepada tunai. IMVU tak benarkan jualan credit terbuka oleh pihak ketiga sebab nak mencegah scammers credit. Creator yang terdesak perlukan tunai, terpaksa guna pilihan lain untuk tukar credit kepada tunai seperti menggunakan platform luar dari IMVU seperti facebook untuk buka jualan credit. Tak semua Creator ada masa nak cari buyer, lepak dalam room pun jarang๐Ÿ™„. 

Penyelesaiannya, IMVU perkenalkan program Earn Money sebagai pilihan kepada Creator yang nak buat pendapatan tunai dari Creating. Creator boleh pilih peroleh keuntungan dari jualan catalog dalam bentuk credit IMVU ataupun tunai. Dengan syarat ...creator bersetuju bayar submission fee yang sama. Jika pilih Earn Money, untung dapat tunai maka submission fee juga bayar dengan tunai. Creator yang pilih program Earn Money, mereka perlu ada akaun PayPal untuk pembayaran tunai. Dari PayPal akaun, Creator boleh transfer tunai mereka ke bank tempatan (bank akaun sendiri).



Langgan VIP Tiered Platinum atau Diamond untuk program Earn Money

Berbalik dengan pengumuman yang dibuat IMVU baru-baru ini, bermula 1hb July 2023 semua Earn Money Creator yang bukan VIP subscriber dikehendaki mendaftar/melanggan sama ada Platinum atau Diamond untuk menerima pembayaran tunai. Rata-rata Creator termasuk Tun Creator tak happy dengan polisi baru yang akan berkuatkuasa nanti. Sis dapat kumpul skit sebab-sebab 90% Creator tak happy dengan polisi baru earn money ni, antaranya 

๐Ÿ˜ŒTun Creator macam sis, takde VIP dan tak berminat jadi VIP tapi dorang dah pilih program earn money sejak dari mula program ini diwujudkan. Sebelum ini IMVU bagi jaminan tak kacau privilege Tun Creator

๐Ÿ˜ŒKenapa mesti subscribe VIP Platinum dan Diamond? Benefit VIP tak beri apa-apa kelebihan kepada Creator, cuma untuk mengekalkan status Creator mereka, akses kepada creating dan catalog boleh dilihat. Menunjukkan Creator tak berminat dengan Benefit VIP yang tak berkait dengan perihal Create.

๐Ÿ˜ŒBagi Creator kecil, yuran bulanan VIP Platinum dan Diamond membebankan terutama sekali Creator dari negara nilai matawang lebih rendah dari USD. (Termasuklah sis, sis tak jadi sign up program ni kerana bagi sis nilai Ringgit Malaysia tak kukuh!) 

๐Ÿ˜ŒBeban juga bagi Creator yang ada lebih dari 1 akaun, takan setiap akaun perlu subscribe VIP? ๐Ÿ‘‰penyelesaiannya IMVU benarkan Creator link maksimum 3 account untuk 1 langganan VIP. Rata-rata masih tak bersetuju sebab mereka ada lebih dari 3 akaun Creator dan semuanya status earn money. Kemon IMVU! 

Dan banyak lagi feedback yang sis tak sempat baca semua satu-persatu sebab email notification sis terima feedback dorang ni dah makin melalut ke lain yang tak related lansung dengan isu ini. Malas pulak sis nak baca satu per satu dah, banyak sangat.

Sis tak dapat nak sahkan minimum payout yang dibenarkan. Daripada pengumuman, sis agak minimum payout mungkin $50 ke atas kot. Sebab Staff IMVU si RigsK bagitau time polisi ni berkuat kuasa nanti, dalam tempoh 30 hari Creator yang nak payout kurang dari $50, boleh tukarkan balik payout money dorang kepada credit. Nak convert kepada credit, Creator kene submit help ticket. Ramai tak puashati pasal ni. 



Terkini Q&A dari RigsK (Staff), soalan-soalan sengal je dia jawab, kalau korang nak tengok apa soalan-soalan sengal dia jawab tu kene gi kat portal Creator Discussion, link sis share kat bawah sekali. Sis simpulkan kat sini jawapan dia dengan gaya bahasa sis untuk bacaan korang๐Ÿ˜†.

๐Ÿ˜… Maximum hanya 3 akaun saja boleh link dalam VIP subscription, jadi kalau 2 akaun je takde masalah. salah satu akan jadi "main" untuk subscribe VIP, yang lain alternate atau supplementary akaun (macam plan family line telefon, ada main dan subline). Masalahnya ada yang sampai 10 akaun Tun Creator dan semua earn money! Tak ke kene subcribe lebih dari 1 VIP untuk paut semua akaun yang ada?

๐Ÿ˜… Akaun non-grandfather dah tentu kene subscribe VIP kalau nak maintain create dan shop. Jadi takde masalah, upgrade je kepada VIP Platinum atau Diamond kalau nak "earn money" dan "payout money"

๐Ÿ˜… Privilege memautkan akaun (linked) hanya diberikan kepada akaun berstatus Tun Creator (grandfathered). Contoh korang ada akaun VIP Creator (non-grandfathered) dan 2 akaun Tun Creator (grandfathered). Korang boleh pautkan 2 akaun Tun Creator kepada akaun VIP sedia ada. Akaun VIP sedia ada akan jadi akaun utama, dan 2 akaun Tun Creator jadi akaun alternate, jangan lupa kena upgrade kepada VIP Platinum atau Diamond kalau nak akaun Tun Creator korang "earn money" dan "payout money"

๐Ÿ˜… Bab pengesahan, IMVU ada team yang akan semak setiap set akaun yang dihantar untuk tujuan pemautan adalah dari user yang sama. Proses ini mesti perlukan Creator lampirkan dokumen sokongan seperti email address, salinan ID, purchasing receipt dan lain-lain yang berkaitan. Berhati-hati kalau korang berniat nak link akaun Tun Creator yang korang beli. Security verification penting!

๐Ÿ˜… Bayaran (payout) akan dibuat untuk setiap akaun seperti biasa selepas akaun-akaun Tun Creator berjaya dipautkan. Asalkan VIP Platinum atau Diamond aktif, dapatlah buat payout setiap bulan. Kecuali Creator nak alirkan semua payout kepada 1 akaun (akaun VIP). Dia kena request untuk tujuan tersebut, hantar help ticket. Banyak keje la team payout IMVU nanti, mungkin dorang setup earn money dari setiap akaun-akaun Tun Creator tu dialirkan ke akaun VIP, earning selalu confirm masuk dalam masa 14 hari, taktahu dorang nak set timing aliran earning dari akaun Tun Creator tu sama 14 hari atau kurang. Akaun VIP mungkin terkesan jugak, jadual earning dan payout akan berubah....bunyi cam rumit jugak. Combine payout akaun ni hanya sah tersedia pada 01.08.2023 dan ia bukan satu requirement pun.  

๐Ÿ˜… Benefit VIP Platinum atau Diamond hanya akaun utama je boleh enjoy. Alternate akaun (Tun Creator) hanya dapat privilege earn money dan payout je. 

๐Ÿ˜… Catalog Tun Creator masih dipaparkan dalam shop seperti biasa, semoga privileges ni kita nikmati seumur hidup! Cuma untuk earn money saja Tun Creator wajib berstatus VIP Platinum atau Diamond. 

๐Ÿ˜… Bab pengiraan MASA, sis tak study sangat tapi dalam Q&A RisgK bagitau label $500 MASA remain tapi payout sebenar akan meningkat. Kalau dah combine akaun jumlah earning lebih dari MASA $500, label MASA akan tunjuk peningkatan dan payout juga akan meningkat

๐Ÿ˜… Macam biasa Creator kene monitor jadual earning setiap akaun korang. Lagi sekali sis nyatakan combine payout kepada 1 akaun (VIP) bukan satu requirement pun. 

๐Ÿ˜… Polisi baru ini akan berkuatkuasa 1hb Julai 2023, tempoh 30 hari untuk Creator request link semua akaun Create dorang (maximun 3 akaun untuk 1 VIP) dan 1hb Ogos pula Creator boleh request kesemua earning dorang disalurkan kepada 1 akaun (VIP akaun). Diulang combine payout kepada 1 akaun (VIP) bukan satu requirement, tak wajib. IMVU hanya akan buat jika Creator request dan nak request perlu submit help ticket.

๐Ÿ˜… Ada yang tanya macam mana dorang nak dapat payout masa proses transition tu nanti? Jangan risau, masa polisi ini mula berkuatkuasa pada 1hb  Julai, IMVU kasi ihsan VIP 30 hari untuk alternate akaun Tun Creator yang nak dipautkan buat payout cash sementara dorang nak proses pautkan akaun-akaun Tun Creator ke akaun VIP.   

๐Ÿ˜…  Sekali lagi, combine payout bukan satu requirement, ya adik-adik. Tak wajib! Kecuali Creator request je barulah IMVU buatkan. Sis pasti prosesnya renyah nak buat, bila diminta baru dorang buatkan. (Haishhhh ...sis kerja customer service, memang penat otak jawab soalan yang lain-lain tapi maksud sama).

๐Ÿ˜… Q&A akhir sekali semua pakat menyalak tak setuju. Akaun Tun Creator yang nak dipautkan dengan akaun VIP perlu mohon semula program earn money. Hadeiiii IMVU ni...  

Pehtu RisgK bagi tau dia "away" start 07.06.2023 sampai 21.07.2023 tapi rakan dia akan semak semua feedback dan assist Creator nanti. Lagi satu mungkin korang tak tahu lagi, Manager IMVU MacShannon dah resign last December 2022, setakat ini belum ada pengumuman siapa Manager IMVU yang baru. Tak ada boss nak lead, dorang pun mesti dalam keadaan yang serba salah sebab decision maker dorang tak de lagi. Instruction mungkin dari CEO yang serabut kene tekan dengan Board of Directors 

Kalau korang nak baca pasal ni lebih lanjut boleh login ke Creator Dashboard > Creator Updates atau klik hyperlink sis share kat sini

Creator Community > News & Events > Starting July 1 Earn Money Payout Will Require VIP



Kesimpulan untuk Tun Creator (grandfathered) non-VIP. 

Kalau akaun korang Tun Creator non VIP dan earning credit IMVU, takan efek dengan polisi baru ini. Lagipun Creator Malaysia yang kaya-raya prefer jual sendiri credit nak dapatkan cash, betul tak? Well... hati-hati ok, sebab IMVU not happy kalau dapat tahu korang jual credit under table ni. Yang bagi giveaway dan bayar job modeling dan streaming guna credit pun dorang sengaja buat limit sebulan. Maybe dorang cuba nak galakkan guna VCoin tapi VCoin ni sis perasan kurang sambutan. Tak semua rajin semak Market Gig cari job atau promote business.

Jadi Tun Creator (grandfathered) non-VIP yang tak berminat dengan program earn money boleh rilekssss. 

IMVU pernah bagi jaminan dulu dorang takan kacau privilege Tun Creator tapi sekarang dah mungkir janji, paksa subscribe VIP Platinum atau Diamond pulak tu kalau nak sambung program earn money. IMVU berlagak macam dia kerajaan yang "kenakan cukai pendapatan" pada rakyat. Tak ada plak Creator dari USA ugut nak gi report tribunal pengguna dorang eh. Agaknya dorang tak kisah kot kene caj VIP kalau nak payout cash. 


Platform IMVU dah kehilangan banyak Creator, Mesher & Developer yang bagus sebenarnya. Yang mana stay sebab sayang IMVU, bermula dari noob sampai jadi Creator tersohor. Dorang stay juga walaupun kecewa dengan perubahan IMVU yang makin mencabar. Suka atau tidak dorang cuba terima, sokong dan sesuaikan diri dengan dasar baru yang dibuat. Sis harap semua Creator kekal bertenang, fikir secara rasional dan buat keputusan terbaik. 

Setakat ini berita terkini dan sensasi IMVU dari sis. Semoga manfaat!