Ahad, 17 Februari 2013

IMVU - LEARN FROM THE MISTAKE


Sebelum ini I ada berkongsi dengan korang pasal safety in social network. Sepertimana sebelum ini dan kali ini dan sekian kali, I ingin mengingatkan kepada korang jangan mudah mempercayai orang begitu sahaja. Segala sekali-kali mendedahkan password korang kepada orang yang belum pasti kejujuran dia. Kalau boleh jangan dedahkan lansung. 

Main Album

Kat sini I ingin berkongsi cerita untuk dijadikan pengajaran korang selama leka layan imvu ni. Ini kisah kenalan I (I cakap dia kenalan sebab I tak begitu ‘friend’ dengan dia, I tak pon tak mau dedahkan nama id dia dalam ni). Umum kebanyakan yang kebetulan minta tolong dengan I mungkin fikir I ada connection dengan staff imvu. Sebenarnya I tak begitu, adalah berkenalan dengan beberapa orang staff imvu tetapi hanya kenalan biasa sempena beta peacock testing (photostream) dulu. Tetapi apapun pertolongan I ingin dapatkan daripada imvu sama seperti orang lain, ikut prosedur biasa melalui help ticket.

Main Album

Semalam ada kenalan imvu I telah meminta pertolongan I berkenaan imvu account (id) beliau. Apa yang telah berlaku? I diberitahu yang id beliau kena hacked dan password id telah ditukar oleh hacker tersebut. Sebenarnya kenalan ini minta tolong daripada superstar kita, KasutBaru (kena bagi pujian kepada senior kita ini sebab walaubagaimana sekalipun jika korang mengenali insan ini, diakhirnya korang akan mencari dia untuk mohon pertolongan dan dia pasti cuba tolong korang). Abe Kas pula kebetulan tak dapat nak menolong kerana ada masalah dengan internet connection yang slow molo… jadi Kas minta I, bantu kenalan kami itu. Kas bagi info kepada I nama id, email id dan juga 4 digit terakhir card credit. Mula-mula I sangka id beliau kena permenant disable (kalau permenant disable seperti yang pernah cerita, IMVU tak layan).  Biasanya kalau masukkan help ticket menggunakan third party account, imvu mesti akan reply meminta owner sebenar menghantar help ticket sendiri mengguna email dia sebagai access ke Customer Support IMVU. Kita sebenarnya boleh mendapatkan semula id kita sekiranya berlaku sebegini melalui email untuk account id tersebut. I tak suka tapi kalau nak menolong dia, I perlu akses salah satu medium samada email ataupun customer support id tersebut. Kebetulan I bertanya dengan beliau password email untuk account id tersebut. Dan jawapan daripada beliau…. tak ingat. Mujur dia ingat password id beliau (kalau tak ingat mesti dia hanya set save password di 3d client dan login begitu sahaja – jangan amalkan begitu. Korang perlu ingat password korang).

Main Album

Untuk menolong beliau I terpaksa meminjam password beliau untuk seketika supaya dapat access ke Customer Support dan menghangtar help ticket kepada IMVU. I managed menghantar help ticket dan memaklumkan account kena hacked dan meminta imvu reset password id tersebut. Kebetulan id tersebut adalah VIP dan I melakukannya pada awal pagi semalam (waktu siang di US), jadi cepatlah imvu respond dan reset password.

Main Album

Mari kita siasat apa yang berlaku kepada id ini. Menurut kenalan I, beliau mendapati yang beliau tidak dapat access id tersebut pada 1st February 2013. Dan beliau mengadu dengan I setelah mendapat semula id tersebut, credit didalamnya telah habis licin cuma tinggal promo credit. Mulanya I meminta dia memeriksa sekiranya ada jumlah credit yang besar berpindahmilik akan tetapi tiada transaksi tersebut. Tetapi ada yang didapatinya daripada tarikh dia kehilangan id tersebut ada banyak transaksi gift kepada id yang tertentu. Hurmmmm……

Main Album

I pun mula investigate. Setiap no id yang ada dalam transaksi tersebut I buat list. Didapati beliau mengenali kebanyakan id yang ada dalam list I buat tu. Salah seorang dalam listing tersebut yang hacked account dia. Yang paling best, orang tersebut tahu password email beliau (mengikut pengakuan sengal beliau- dalam hati apa pasal kau share password email kau??????). Jadi dia pon tak berpuas hati dia telah bersemuka dengan orang hacked id beliau. Orang tersebut mengaku hacked id dengan menggunakan email lama beliau (semasa reg account, origin email yang link dengan account imvu korang) dan orang tersebut juga mengugut mahu disable id beliau. (Wah dah la belanja credit minah tu… ugut pulak nak disable sebab…. Dia tahu email lama beliau).

Main Album

Moral disini, tolonglah jangan jadi ngok ngek sangat sharing password dengan orang yang korang belum tentu kenal hatibudi dia walaupun dia pasangan korang. Terutama sekali kalau berpasangan dengan mereka daripada luar negara (foreigner ye bukan Malaysian yang pakai flag negara lain). Ini bukan kes pertama yang berlaku ini ntah kes yang ke berapa ratus berlaku. 

Main Album

Jagalah id korang sebagaimana korang menjaga diri korang kerana id tersebut mewakili korang dalam alam maya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan