Gathering dengan kawan2 dalam public room I, AXIA Country Home. Room ni ikut keadaan, ada masa tak ada orang nak join lansung. Ada masa tiba-tiba ramai join, yang tak kenal pon masuk dan berkenalan. Tapi selalunya I hang out dengan kawan-kawan rapat. Masing-masing ada public room, jadi kami gilir-gilir public room.
I berbual dengan KasutBaru dan Cyths sementara yang lain belum joined. Kami bincang topik tentang relationship dalam IMVU nie. Eh jangan tak tau, dalam IMVU korang boleh ada relationship. Tapi nasihat I, korang kenalah berhati-hati bila terlibat dalam relationship begini. Sebab boleh memberi kesan kepada jiwa korang sendiri. Jodoh kalau nak berlaku dalam IMVU nie, I rasa 1 dalam 10000 belum tentu boleh berlaku memandangkan ada 2 juta users dalam IMVU. Dalam masa yang sama I sendiri tak galakkan korang cari jodoh dalam IMVU. It's uncertainty.... korang tak pasti. Tapi yang pasti tersalah pilih orang tu banyak berlaku. Kena tipu, kena main,..... dah banyak berlaku. Berhati-hati ye adik-adikku sayangggg.... Remember, di luar sana ada yang lebih baik dan yang terbaik adalah kurniaan Allah. Bergossip jugak kami.... ekekekekek.... Dalam perbualan kami tu, I pon beritahu statistik IMVU menunjukkan female lebih ramai daripada male. Itu menunjukkan bahawa male dalam imvu sangat limited........
Apalagi kan.... bukan main suka dorang berdua nie bila dengar perkataan limited tu. Kalau real mesti kembang kempis hidung dorang sebab bangga. Bila dah limited dah tentu jadi rebutan aweks IMVU. Seronoklah jadi rebutan dan dikejar-kejar aweks. Best men win, katanya. Layankan saja aweks yang berminat dengan dorang. Yang tak boleh blah tu, dorang siap update tagline masing masing yang dorang tu limited. Sampai kesudah mereka asik dengan statement limited. Ada juga I rasa nak campak dorang dalam tasik room tu, nasib baik tak boleh.
Makin menjadilah dorang sebab kebetulan ramai aweks joined dan hanya dorang sahaja male. Kebetulan matnaimcmp joined juga tapi still nampak female yang ramai. AstriIndah, 88MiaAmelia88, sweetz4z4, TheaCryx, Juelianna, Marz and sorang newbie, I tak ingat namanya. All are girls. Membuktikan apa yang I katakan tu adalah benar. Those pictures are the evident of the truth.
ini tasik dalam room I, dalam tasik ada I letak ikan pirahna lagi.
Statistik yang I dapat daripada IMVU berkenaan nisbah 68:32 female and male user tak semestinya benar. Sebab ada orang boleh create 10 account dan menggunakannya. I tak tau macam mana dorang manage account sebanyak itu. I ada 2 account tapi tetap online guna account asal. Kemudian fake id yang selalu post free credit link untuk hack account user yang banyak credit kebanyakkannya adalah id female. Jadi kenyataan statistik IMVU hanyalah berdasarkan record registration dorang je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan