Khamis, 28 Februari 2013

IMVU - CREATING WORLD

Setelah lama korang menjadi warga imvu, mesti korang ingin buat sesuatu untuk mengisi masa boring korang selain daripada berchatting, shopping, decoring.... fighting... insulting.... crying... ngeh ngeh ngeh. Dah bosan berlagak kaya...diva bagai.... berlagak terer pulak la kan (letak tangan dibahu mata tengok atas). Hehehehe... jangan amik hati... jenis macam tu memang ada harap korang tabah mengharungi kehidupan gila dalam imvu. Korang mula terfikir untuk create seperti senior korang. Macam best kan bila tengok ada yang buat item sendiri. Macam mana dorang buat? Selain untuk diri sendiri, boleh jual dalam shop dan dapat profit. 

Main Album
Tengah fikir nak tulis apa dalam blog.

Jika korang ingin menjadi creator, korang perlu menjadi vip member imvu terlebih dahulu. Since May 2012, (I agak-agak aje bila imvu implement policy ni) imvu telah menukar policy untuk aktiviti creating dengan menetapkan kepada yang ingin menjadi creator mestilah vip members sahaja. Jadi korang kenalah sertai vip club untuk menjadi creator dan maintain sebagai member setiap bulan. Sekiranya vip korang expired, korang bukan saja tak boleh create, shop korang pon imvu close.

Main Album
Tengah cari bahan rujukan

Kepada yang lemah dalam bahasa Inggeris atau kurang faham tutorial dalam bahasa Inggeris. Sini I kongsi sedikit asas creating sebagai pengetahuan dan panduan untuk korang yang berminat untuk menjadi creator. Pastikan korang mempunyai credit minimum dalam 2k untuk submit 1 item. 

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225521

1st, 'you must master with your create mode'... setakat ni I belum lagi master dengan create mode, rasanya baru tahap degree. Heheheheeee... kalau PHD, dapat gelaran Mesh Developer. Tak pe la, asalkan korang tahu basic selepas itu korang akan lebih hebat daripada I dan senior yang lain. Kadang-kadang ada juga creator baru bertanyakan I bagaimana nak create item tapi the problem is... dia tak tahu bagaimana nak guna create mode. I pon jenuh juga nak explain sebab I tak duduk sebelah.... duduk di sebalik dunia... Pastikan korang ada bahan terlebih dahulu sebelum masuk create mode.... kalau togel je masuk create mode, macam mana nak tahu.... click create mode korang tu, column creator akan muncul. 

 
Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225521

dalam create mode ada 3 bahagian editor. Yang pertama untuk korang pilih product daripada catalog untuk derive (3d mesh atau 3d product sedia ada dalam catalog, korang cuma perlu pilih untuk tukar texture mengikut citarasa korang): -

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225521

Bahagian 'specific product' ialah product id. Korang boleh dapatkan product id daripada product page. Jadi kalau nak derive item yang korang berkenan kenalah open product page dan copy no. id item tersebut dan paste dalam specific product box. 

gambar diambil daripada google image search

*Tips lebih mudah kalau korang open product page dan click saja pada hyper word - 'Derive from product'. 

Main Album
Petang yang indah

Yang kedua 'open a local project' tu untuk item yang korang dah pernah edit atau korang save, korang boleh buka semula. Itupon kalau korang tahu item yang korang nak edit tu product id yang mana. Tapi selalunya kalau yang recently korang edit ada list dan click sahaja. 

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225521

Yang ketiga 'edit product' adalah untuk item yang korang dah pun submit ke dalam shop. Samada sudah ataupun belum publish, korang masih boleh edit atau baiki. Kecuali item yang dikenakan dmca take down atau yang ditarik oleh imvu - sudah tidak boleh diedit.

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225521

Kalau korang perasan, sebelah kanan ada 'My Creator Progress'. Di situ korang boleh tengok progress korang. Ataupun korang boleh visit Creator Center page untuk melihat lebih details. Harap korang dah nampak bagaimana Create Mode.

Main Album
Tengah sibuk menaip topik ni.

Ringkas cerita, bila korang click derive from product, editor mode akan terpapar dalam client korang. Di sinilah bahagian yang korang idam-idamkan untuk mengekpresi idea dan kreativiti korang menghasilkan item yang korang rasa lebih cantik daripada dalam shop....

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=6799322

I tahu korang tak berapa ambil peduli sangat apa yang ada dalam editor mode tu yang penting korang nak tahu bagaimana korang nak masukkan texture korang ke dalam item yang korang tengah edit ni. Tapi korang kena ambil peduli juga sebab kalau tak tahu rugi... ilmu ni...

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=6799322

PID adalah no. product id, manakalah Parent PID menunjukkan item tersebut juga derive daripada item lain samada features yang sama atau telah ditukar oleh creator tersebut. Product asal derivable item adalah item mentah (item asal) daripada IMVU sendiri sebagai based. Biasanya Mesher atau 3d Developer yang mahir memasukkan item lain untuk menggantikan item mentah imvu. Kita yang creator ni, cuma menukar texture kepada yang lebih cantik dan menarik. Type pula berkaitan dengan jenis item samada ia adalah avatar attachment (seperti accessories, clothing, head, avatar, shoe, eyes, hairstyle, skin, action, top and bottom) ataupun room ataupun furniture (perkakas hiasan untuk room). Yang ke empat tu toggle, korang boleh hide tab tools editor sebelah kanan korang. Biasanya kalau nak snap gambar product tu kita boleh hide tab editor untuk mudah ambik gambar. Klik semula dan tab tools editor tu akan nampak semula. Dan yang kelima tu, untuk korang open folder item yang korang sedang edit tu. Biasanya untuk mereka yang nak masukkan xml. file akan kerap menggunakan bahagian ini. 

Main Album

Tak mau peningkan sangat kepala korang. Mari kita tengok tab tools editor bahagian yang paling korang suka. I advise korang try item yang senang dulu sebab basic yang i tunjuk ni surface sahaja. 

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=6799322

Korang jangan fikir susah sangat nak create. Asalkan korang faham bagaimana menggunakkan tools ini, korang akan rasa seronok nak buat banyak item dan belajar lebih details lagi. Tak fikir nak jual sekalipun tapi untuk kegunaan sendiri korang boleh hasilkan item mengikut citarasa korang. Bahagian utama tools ialah meshes tab. Biasanya mesher akan masukkan mesh yang mereka hasil di bahagian mesh asset. Korang tak perlu sentuh bahagian tu. Tengok material, bahagian ini yang menentukan rupa item yang korang inginkan. Klik saja button edit di Texture Asset untuk tukar texture. Apabila folder buka, korang pilih di mana korang simpan texture yang korang dah edit. Pastikan size texture adalah standard max 512x512 dan min 64x64 (kalau nak selamat pakai standard 256x256 .jpg atau png file). 


Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=6799322

Klik 'Apply Changes' untuk lihat bahagian mana pada item yang bertukar dan hasilnya. Seeloknya setelah korang masukkan texture dan apply changes, puas hati dengan hasilnya barulah korang save. Dalam masa yang sama korang boleh snap gambar item untuk dijadikan product icon. product icon mestilah bersaiz 100 x 80 animated file kurang daripada 200kb (lupa max size berapa... nnt i update ye). 

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Dah save barulah boleh upload untuk product submission. Lihat gambar yang I ambil daripada Creator Education Center di atas merupakan digital submission form untuk item yang korang dah siap dan save tadi. Korang boleh kategori item korang:-

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Namakan item korang:-
Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Pilih rating - Kalau item biasa korang pilih General Audience (GA) supaya semua orang boleh guna. Kalau Access Passes (AP) limited kepada pengguna AP sahaja. 
Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

*note: berhati-hati memilih rating. Kadang-kadang disebabkan kita silap pilih rating akan mendatangkan masalah kepada kita pula. Rajinlah membaca Virtual Goods Policy , kalau tak faham bahasa Inggeris korang boleh rujuk kepada yang mahir. 

Main Album

Your profit tu (gambar dibawah), korang fikir berapa keuntungan yang korang nak daripada hasil jualan sekiranya laku. Set target berapa banyak item terjual boleh pulang balik modal korang bayar cost submission:-
Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Di atas I ada bagitau korang boleh snap gambar item yang korang create tu untuk dijadikan product icon. Disinilah korang masukkan gambar item tersebut.  Pastikan mesti bersaiz max 100 x 80 sahaja:-
Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Search keyword ni, sukati korang nak masukkan atau pon tidak. Tapi bagi memudahkan orang beli item daripada catalog korang, ada bagusnya korang masukkan keyword yang related dengan item korang. Sebagai contoh Blonde Hair.... boleh letak blonde ke... gold ke... brown ke...longhair ke... straighthair ke... dll.

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Bahagian controls ini untuk korang set item korang dapat dilihat dalam shop dan boleh dimasukkan dalam 3rd party bundles (korang akan dapat profit juga hasil daripada jualan bundle orang lain bila item korang termasuk dalam bundle tersebut):-
Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

* Note: Bahagian 'Allow derivation from this product' tu sebenarnya untuk korang benarkan orang lain derive item korang. Korang dapat juga profit hasil jualan creator yang derive item korang. Tetapi I nasihatkan supaya menghormati hak creator asal yang tidak benarkan korang open untuk derivation. Kecuali ada yang menyatakan korang boleh set as a derivable product, barulah korang open untuk derivation. Kat sini mengajar kita menjadi seorang yang beramanah. 

Main Album

Bila dah settle semua kat atas tu, barulah korang klik button submit to shop. Kalau line ok... product page akan keluar... kalau line tak ok... mungkin error akan keluar terpaksa submit sekali lagi. Tapi jangan terus try pulak. Check dulu kat homepage, bahagian products korang tengok dah masuk shop ke belum atau check credit korang berkurang atau tidak. kalau sudah, makna sudah ada dalam shop. Klik je kat item baru submit tu untuk lihat product page.

Gambar diambil daripada IMVU education center - http://www.imvu.com/creators/education_center.php?tutorial_id=2225637

Bila masuk shop sebenarnya belum habis process. Korang perlu melalui process customer service review (cs review). Korang klik hyper word 'Click here to publish it'. Item korang akan masuk peer review. Korang tunggu dalam 60 saat kalau tak ada masalah item korang mesti passed review. Check inbox korang, imvu akan hantar message. Bila dia cakap passed review and available in the shop, maknanya item tu ok. Tapi kalau dia cakap without clear verdict tu.... ada masalah sikit ntah mangkuk hayun mana pulak yang voting tak bagus tu. Kalau tak heavy sangat biasanya lepas je tapi kalau heavy rating negative, imvu sendiri akan check dan review... kalau tak ada masalah lepas... kalau ada masalah imvu akan suruh korang tukar. (agaknya... part ni I belom ada pengalaman lagi).

Main Album
Jemput minum...

Biasanya kalau product yang belum published (unpublished) cuma korang saja yang nampak. Kalau korang pakai kat public room orang lain tak dapat lihat selagi belum publish. Bila dah publish, dan passed cs review, barulah orang lain nampak bila korang pakai dalam public room. 

Sumber info dan gambar rujukan I ambil daripada Education Center - University of IMVU, USA. Harap  dapat membantu korang yang baru sahaja menjadi Creator. Semoga berjaya.

WELCOME TO CREATOR CENTER!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan