Selasa, 13 September 2022

#IMVU Room lepak baru - Curheart [MY]

Salam sejahtera korang! 

Sis dalam IMVUverse

Kalau korang go through post lama sis, korang akan jumpa post sis citer pasal room sis, Axia White. Lepas sis uninstall client (sekarang dipanggil classic) public room sis pun closed jugak. So korang dah tak jumpa dah room lama sis tu. SIs terfikir juga nak open balik room tu untuk kawan-kawan lama sis yang tetiba online balik. Fikirkan balik, better sis open room baru. Walaupun sis dah tak subscribe VIP, sis masih ada 2 slot room.  Jadi... boleh la sis open public room untuk korang lepak2 di kala sendu tiada kawan-kawan lain online.

Room lama sis, siap ada frame besar avi sis ๐Ÿ˜‚
Nampak tak dari dulu memang suka modeling?
 

Tema room sis dulu black/white/grey. Environment plak, bright white, room terang benderang. Biasanya dalam room dulu mesti ada spot group/solo/couple dance. Nak dengar lagu plak optional, samada dengar dari  playlist vu korang atau widget mp3/radio/Youtube ataupun voice box (vb) ๐Ÿ™„.Voice box biasanya user yang jadi DJ la suka guna, bawa ke sana... ke sini, ke sinun. Macam sis dulu, DJ playlist, sis hanya spin lagu dari playlist vu. Kalau connection korang smooth, boleh enjoy dengar playlist vu sis sambil menari kat dance spot dan berborak dengan kawan2. Widget pun ok, korang boleh dengar playlist dalam room, dance dan dalam masa yang sama korang boleh borak2 dengan user lain. 

Kalau vb... DJ yang spin lagi mungkin busy skit susun trigger lagu nak enter dalam chat box. Kalau korang tengah borak2 trigger yang dia masukkan tu agak menganggu. Tapi jangan risau, just sis yang rasa begitu. Dengarnya sekarang bleh autoplay. Good for those yang suka guna trigger lah... hurmmmmm kita bukan nak sembang pasal vb pun kan. Citer pasal room baru sis๐Ÿ˜œ

Konon nak pilih room dari inventory 

Nak open balik room lama macam dah outdated. Dalam inventory sis, sebenarnya ada lebih kurang 200 room termasuk yang sis dah sorok. Sorok??? Macam mana sis sorok? Boleh sorok room ke? New user yang guna Dekstop NEXT atau Mobile app mungkin tak tahu kita boleh sorok item lama yang kita tak pakai dari inventory app korang. Kalau dalam classic korang right click kat item akan tayang nama item tu dan ada hyperword "Hide". Korang click kat "Hide" tu kalau nak hide item yang korang tak nak pakai. Bila dah hide... korang takan nampak dah dalam inventory app korang... haaaa mesti korang tertanya plak macam mana nak dapatkan balik item yang korang sorok tu? Mana tau tetiba terasa nak pakai balik untuk theme challenge kape ke....  

Korang sebenarnya boleh manage item korang yang banyak giler tu kat web inventory. Item yang korang sorok akan disimpan dalam web inventory korang. Kat web inventory korang boleh tukar status "Hide" kepada "Show" dan item akan muncul semula sebagai recent item dalam inventory app korang. Korang boleh view sendiri kat sini . Tak silap sis. sekarang ni kalau korang subscribe VIP Diamond dan pengguna iPhone, korang boleh manage inventory direct dari mobile app korang. Android pulak coming soon katanya. 

Ini web inventory sis. Item zaman batu semua tu sis sorok la


Jadi... dari beratus room tu sis nak pilih yang mana ya? Memandangkan room dalam inventory sis banyak yang dah outdated, sis pilih dari shop je ๐Ÿ˜‚. Masa tu sis baru aktif balik IMVU, tak sure room yang sesuai. Adik vu sis, NURL ada rekemen beberapa room, sis beli je guna promo credit sis yang banyak masa tu. So 1st room sis pilih furnished room neon pink gambar bawah ni. 

Head sis time memula online balik IMVU 

Adik-adik vu suka room ni, ada kekerapan user masuk room ni. Dorang ni suka suasana room yang gelap dan malap rupanya. Padahal jumpa dorang kat dalam room yang terang jugak๐Ÿ˜† Memula sis letak nama room sis standard je, MyRoom ๐Ÿ˜‚ betullah kan... memang room sis, so nama MyRoom sesuai sangat. Then, mungkin neon pink buat room ni nampak gegirl sangat, ada permintaan dari adik vu sis tukar room, dia belanja room bundled.  

Room Baru - Curheart

Untung buat baik dengan orang, dapat room sponsored...
Maceh Mino!

Bagi sis, rezeki kita ditolak, musuh pun jangan kita cari, adik vu nak sponsor room sis terima. Adik vu sis, Mino sponsor bundled room dari shop Whims. Room bundled biasanya didatangkan bersama set furniture khas untuk room tersebut tapi korang boleh jugak add on furniture yang korang suka. Selepas banyak perkara berlaku dan hasil perbincangan dengan adik-adik vu sis namakan room sis, CurHeart. Kenapa CurHeart? Sebab hasil pemerhatian kitaorang pengunjung baru yang masuk tak segan silu citer masalah peribadi dorang kat kitaorang yang totally stranger. Sis tak sure la motif user tersebut, mungkin nak compare room sis dengan room lain? Attention seeker mungkin? Boleh jadi pengaruh jugak. Pape room sis stay natural. Sesiapa saja boleh masuk walaupun korang bermusuhan. Kami just being professional. Pesanan sis, bila berdepan dengan user macam ni, korang perlu hati-hati selalu. We never know their actual attention 

Korang boleh visit room sis kat link ni, CurHeart (pastikan korang ada akaun IMVU la kalau nak tengok room๐Ÿ˜) Tak ada akaun, download mobile dari App Store, then korang daftar akaun, dress up avatar korang. Lepas masuk Chat Now, belajar ape patut dari Greeter, then boleh la pilih tengok room sis  

CurHeart

Room CurHeart ni sis dedikasikan untuk semua user lama dari Malaysia, dari negara jiran, Brunei, Indonesia dan Singapura yang serumpun menggunaka Bahasa Melayu boleh masuk lepak. English optional. Ada kawan-kawan yang dah lama tak online tetiba online, kinda lost nak lepak mana. Boleh singgah lepak room CurHeart sementara you guys nak adapt semula IMVU. Korang ada pertanyaan pasal perubahan atau mende baru, boleh inbox I tanya. Since I pun veteran greeter, I greet welcome back to veteran user yang online balik tak kira korang pakai akaun lama atau baru. 

Kalau masih online guna classic atau client, app tak banyak berubah. Sampai sekarang classis app masih yang paling best digunakan berbanding dengan Desktop NEXT. Kalau korang dah uninstall client, sekarang kalau nak install balik IMVU recommend korang install Desktop NEXT je. Dorang dah start sorok link nak install  classic app. Kalau online guna Desktop NEXT, mungkin korang rasa janggal skit. Chat box dia kat tepi, then cam leceh nk tengok inventory korang. Camera pun cuma size 1:1 (750:750) je. Kat classic ada potrait size 754:1024 dengan landscape size 1024:750

Setiap room mestilah ada moderator. Room sis buat masa ini ada 8 orang moderator, sorang dua je aktif termasuklah adik vu sis yang sponsor room CurHeart. Korang kena beware skit dengan mod nama @lllllMlllll ๐Ÿ˜ˆ (adik vu sis yang sponsor room ni). Tapi korang kena lebih berhati-hati kalau dengan mod nama @Afiyanis ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Baru pun tak baru sangat, sis open room ini sejak 2019 lagi. Dalam room ni, sis cuma sediakan Radio chair untuk user classic lepak sambil dengar radio omputih "Hit's Today". Widget dia dah rosak skit, sis hanya boleh letak 1 station je sekarang. Itu je la hiburan di kala korang seorang diri dalam room ni. Semoga layan... pastikan sambungan internet korang tiptop! Bagi Desktop user, sis dah test chair sis nampaknya x berfungsi dan sama juga kalau online kat mobile app... sis mintak maaf vb pun kite tak boleh dengar.

Moderator

Tadi sis ada mention room sis ada moderator kan? Siapa moderator ni? Setiap room yang available dalam section "Chat" boleh dikatakan semuanya ada moderator (mod). Room owner akan letakkan seberapa banyak mod dia suka untuk room tersebut. Biasanya dia letak geng2 dia lah. Apehal nak letak stranger? Korang boleh check senarai Moderator room melalui Dekstop dan Website NEXT. Kenapa moderator diperlukan untuk sesuatu room? Fungsi moderator acting on behalf owner room semasa ketiadaan beliau. Moderator ada authority nak boot atau kick user yang ada dalam room sekiranya mendapati user tersebut tidak patuh rules yang ditetapkan dalam room. Walau bagaimanapun, mod tak ada akses nak ubah-ubah decoration dalam room. 

Korang boleh view siapa moderator room kat Dekstop app atau Wesite NEXT

Sebagai pengunjung room, mana-mana room korang masuk, respect moderator room. Moderator yang rajin dia akan greet korang dengan ayat, "Selamat datang" atau "Welcome". Kalau dia senyap, mungkin dia away from keyboard (AFK). User ada macam-macam peel, macam tu jugak moderator. The positive side, peranan moderator menjaga keharmonian room dan pastikan pengunjung room patuh dengan rules yang ditetapkan. Moderator akan boot user yang buat hal atau harrasment kepada user lain yang berada dalam room tersebut. Contohnya... katakanlah... korang bergaduh, masing-masing bertahan taknak keluar dari room tu. Tetiba korang kena kick dari room, wtf! Korang tak salah, yang salah sekor lagi tu. Korang tak puas hati korang check room tu nak tau sape yang tinggal... tapi korang dapati room dah empty. Moderator sudah kick semua user dalam room. Tagune punya moderator... sedangkan dia adil dah tu, kick semua sekali ๐Ÿ˜‚

Ya, kalau korang tak respect moderator room, senang je... dia pun belum tentu suka korang  dan dia boleh boot korang dari room. Setiap kali kena boot dari room, korang dilarang masuki room tu selama 20 minit. Selepas 20 minit baru boleh masuki room tu kalau korang nak confront dengan user yang ada dalam room tersebut. 

The negative side, moderator mungkin salahguna kuasa atas kepentingan sendiri. Just nak boot orang yang dia tak suka yang berkemungkinan masuk room. Kes2 terpencil macam ni korang boleh report kat room owner. Kita akan korek motif kejadian yang berlaku. Ini kerana sis tak set rules nak lepak dalam room sis, jadinyer... mod sis akan guna authority berdasarkan budibicara dorang sendiri. Time sis ada, dorang ikut budibicara sis.  

Dekorasi 

Walaupun sis dapat sponsored bundled room datang dengan set furniture. Ada masa lapang, sis akan deco semula room and tukar-tukar furniture. Sebab tu bila korang masuk room sis sentiasa berubah. Yang tak berubah rutin kita orang bila ramai-ramai dalam room, mesti ajak snap gambar kat entrance atau staircase. Kat entrance memula orang rasa pelik, pesal nak berdiri mengadap dinding? Bila tengok feed baru dorang faham.  

Kat enterance ni senang, masuk2 terus posing
Staircase pun favorite spot snap2

Dalam room ni sis tak letak couple pose ye. Selain dedikasi untuk kawan-kawan lama dan newbie Malaysian masuk lepak, room ni for solo, duet and group but not couple. Korang masih boleh cuba nasib cari pasangan kat dalam room ni. Dan sis percaya bila korang dah ada pasangan, korang dah tak lepak dah kat dalam room ni. Sama macam korang jumpa geng baru, korang lepak room geng baru dah nanti. Tinggallah sis sorang2 dalam room, bila bosan je masuk. Tak ade orang masuk, sis pun keluar....uhuks  

Previous decoration

Room ni ada 3 partition, ruang tengah memang dah tempat nak lepak dan bersembang. Sebelah kiri dan kanan sis saja deco untuk photostream solo atau duet atau group. Selalu sis dengan adik-adik vu sis photostream dalam room ni. Then the staircase, my favorite spot. Sis sengaja letak default pose diri dan duduk so korang boleh guna posepack korang sendiri. Posepack tu macam mana? Macam-macam posepack ada dalam shop korang boleh beli. Next time sis story. 

Fav spot sis kat staircase ni. Slalu sis add on default spot 
Antara deco sis buat untuk photostream. Tapi room ni susah nak masuk Discover

Zaman room sis mesti ada Mp3 widget dengan dance spot. Korang boleh enjoy playlist sis dan dance. Sekarang sis dah tak letak semua tu kecuali radio chair untuk user lama nak dengar radio. Selain dari lepak sambil borak dan dengar radio (user classic), korang boleh photostream dalam room sis. Ada aktiviti juga kan? Aktiviti dengar radio dan photostream. Dulu sis akan letak spot dance dalam room, avatar korang boleh menari macam pro ๐Ÿ˜Ž Salah satu aktiviti kami dulu, spin lagu kat playlist atau dengar widget Mp3 dan group dance.  Nak dengar playlist kena ada 2 user dalam room, so korang dengar je dari Widget kerusi sis radio. Yang tu kalau sorang2 dalam room korang boleh dengar lagu

Ok korang, bila-bila free datang la lepak dalam room sis dengan kawan-kawan korang tau. Kalau sis nampak ada orang dalam room sis akan masuk gak nak sembang dengan korang. Semoga manfaat ๐Ÿ˜Š



Ahad, 4 September 2022

#IMVU Episode 4: VIP Tiers

Salam sejahtera korang ๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹



Dulu sis VIP subscriber, boleh la open banyak room. Sis open room untuk hangout dengan kawan-kawan, open Galeri macam SBS (Small Business Saturday) event letak banner dan poster kawan-kawan Creator sis, pengunjung boleh lepak dalam room galeri tu sambil usha catalog Creator. Sis pernah open room untuk Wedding ceremony, walaupun tak support virtual marriage tapi sis pernah la jadi Virtual Wedding Planner. Pendek cerita jadi VIP subscriber korang boleh open public room sehingga 10 slot. 

Merasalah jugak jadi VIP user dulu. What so special dengan VIP ni? Korang nampak VIP user ni boleh open public room sedangkan korang... user biasa ada room cuma boleh guna kat private je. Nak ajak orang lepak room korang kena invite. Selain dari 10 slot room, VIP user dapat nikmati benefit lain seperti 
  • Elaun kredit vu 5,000 
  • Exclusive gift, korang akan dapat bundled room
  • VIP action Triggers
  • Enjoy discount nak beli pape kat Shop atau Music untuk playlist korang
  • Access to whisper. Whisper ni korang boleh sembang 1 to 1 dalam public room tanpa diketahui oleh user lain yang berada dalam room tu.

  • Remove 3rd party Ads. Korang boleh view homepage dan catalog dalam shop kat website tanpa gangguan 3rd party ads 

Dulu harga token VIP $25 (RM119-RM120) sebulan. User akan berebut-rebut beli token VIP ni time vu bagi harga promo. Sebab murah giler, korang... $9.99 sebulan, kadang-kadang vu buat giler harga token VIP jatuh $0.99 sebulan je. Korang boleh beli VIP untuk setahun ($0.99 x 12 bulan = $11.88). Mur ke tak mur? Tapi itu dululah... sekarang mana ade dah mega sale bombastik cam tu dah. 

VIP lama, IMVU gelarkan VIP Legacy, existing VIP Legacy subscriber boleh sambung subscribe selagi tak expired. Harga murah, sayang kot korang nak let go. Tapi bila dah expired user kena subscribe pakej VIP baru, sebab VIP Legacy ni dah discontinue. Pakej VIP baru ada lebih banyak benefit yang user boleh enjoy sebagai VIP subscriber. Pakej VIP baru ada 3 tier - Gold VIP, Platinum VIP & Diamond VIP. Tak semua pakej VIP ni ada benefit sama macam VIP Legacy. Berdasarkan nilai mata wang semasa, sis advise korang subscribe token VIP mengikut keperluan korang, bukan kemampuan ya...tapi keperluan. Sis tahu korang mampu walaupun tengah study...


Apa suggestion sis sebagai ex-VIP subscriber? Kalau purpose korang hanya untuk Creator Admission (masuk program Creator) dan nak maintain catalog korang visible dalam Shop. Sis suggests Gold VIP je la. Sebab... tak kira pakej, VIP user automatik boleh jadi Creator dan Catalog visible dalam Shop. VIP Gold, tier VIP paling murah dalam RM22 sebulan. Elaun bulanan dia 1k credit, celah gigi korang je. Tapi boleh la takat nak buat model submit 1 item masuk catalog. Nak credit banyak belilah kat Creator yang jual credit. Atau beli credit direct dengan IMVU waktu dia buat sales. 

VIP user akan diberikan keutamaan customer support. Korang boleh terus Live Chat dengan staff dorang berbanding dengan user biasa. Kami terpaksa tunggu response staff bergantung pada jarak timezone waktu office hour staff IMVU. Korang janganlah fikir jadi VIP subscriber, korang same level VIP real life plak... tidak ye. VIP ni korang dapat enjoy kelebihan yang user biasa tak dapat je sebenarnya. IMVU platform sosial, jadi bersosiallah dengan baik...  

New Benefit

Walaupun korang hanya dapat 1 slot room saja open untuk public, slot room tu korang boleh open Public Room atau Live Room. Amende plak Live Room ni? Sis tengok user Malaysia macam tak berminat buka Live Room. May be ada tapi 1 out of 100 kot. Atau masih tak tau macam mana nak utilize live room. Sis ada post pasal function Live Room ni. Bagi korang yang baru baca blog sis, nak tau pasal Live Room, korang boleh baca kat sini, IMVU Live Room. Sebelum ini token Host/Live Room ni dijual berasing dengan pakej VIP.  

Dulupun, IMVU pernah ada voice broadcasting tau. Sekejap je dalam sebulan dua macam tu. Masa tu, semua room boleh guna voice broacasting tu, tak limit kepada room user VIP. Lepas tu IMVU discontinue atas sebab-sebab teknikal. Jadi berat server bila buat voice broadcasting ni. Even sekarang korang buat zoom atau google meet pun line sangkut-sangkut. Cuba bayangkan zaman sis dulu yang data broadband limited 5GB je. Tapi kenangan kan, kawan-kawan? Kita dapat la dengar suara masing-masing dulu. Sis tak lupa live singing, ada kawan sis yang memang singer, singing sambil main gitar kapok. Yang couple lagi seronok la dapat dengar suara partner korang dulu. We really have good time back then ❤ Thank you korang ๐Ÿ˜˜๐ŸŒน Kes conquer mic, pijak mic semua tu berlaku sama je macam korang chating kat Yahoo Messenger tu ๐Ÿ˜‚ 

Sekarang IMVU dah wujudkan semula voice broadcasting tapi limit dalam room VIP user je. Pakej Gold VIP termasuk dengan voice broadcasting ni tapi limit 2 jam dalam satu-satu masa. Korang boleh baca lebih lanjut kat Community Center ni, Using Voice on IMVU Mobile. Dan user VIP boleh collect tips dari user yang masuk Live Room dia ๐Ÿ‘‡ 


Tier Gold VIP ni, sis tengok basic sangat hampir tak merasa benefit sebagai VIP user. Feed, room entrance atau catalog viewing masih ada selingan 3rd party Ads. Korang tak dapat enjoy diskaun kalau nak beli pape dalam shop. VIP action trigger dengan Whisper pun tak ada,๐Ÿ˜ฎ Korang rasa?!!! Dua mende ni dah lama ada kot yang sepatutnya every tier VIP boleh enjoy. Sib baik Tier VIP Gold masih dapat exclusive gifts.   


Sukati IMVU la kan, dia provider, betul tak? Kita rasa pakej dia tak best, sukati kita la kalau tak nak subscribe ๐Ÿ˜‚ Kalau korang nak enjoy lebih banyak benefit dari setakat nak maintain catalog korang visible dalam shop, mungkin korang perlukan banyak slot room nak buat pape event. korang boleh usha Tier VIP Platinum. Harga dalam RM44 sebulan. Weh... kinda murah jugak berbanding harga VIP legacy dulu. Korang tak nak jadi Creator tapi nak open banyak room, boleh subscribe pakej ni. Bukan saja dapat enjoy mende sama macam VIP legacy dulu malah dapat lagi banyak benefit. Korang dah boleh la jadi Mak Datin virtual๐Ÿ˜ŽGajikan moderator jaga room-room korang. Antara benefit VIP Platinium korang dapat enjoy:-  
  • Elaun VIP up to 4400 dan exclusive gift; 
  • VIP action triggers, trigger yang hanya VIP user saja yang guna;  
  • 10 slot room sama macam pakej VIP Legacy dulu, termasuk 2 slot Live Room. Kat profile korang akan nampak badge "H" stand for Hosting. Korang boleh host Live Room dan collect tips dari users yang masuk dalam room live korang. Contoh korang buat event wedding guna live room, tetamu yang korang jemput selain dari send gift, dorang boleh tipping credit atau VCOIN kat room owner. 
  • Voice Broadcasting sehingga 6 jam dalam satu-satu masa. 
  • Loyalty Credits ni lebih kepada ganjaran kekerapan korang login app dan web IMVU. Then korang dapat 2 kali spin daily. Nyampah tau, dah jadi VIP pun nak spin jugak ke? Lemah!
  • Whisper... sis rasa sepatutnya ada dalam semua Tier VIP sama macam VIP action triggers. User VIP boleh whisper sesama dorang dan juga dengan user biasa, begitu juga sebaliknya. Whisper tak function untuk user biasa sesama user biasa. Korang nak membawang pm je lah, inbox imvu sekarang kan dah macam whatsapp. Tinggal tak bleh send out gambar je
  • VIP user dapat prioritize bila nak berususan dengan Customer Support IMVU seperti lodge report atau complaint atau nak buat apa-apa event besar yang memerlukan channel IMVU.
  • Dengan VIP Platinum korang boleh remove Third-party ads dari feed, room entrance dan shop viewing korang. Sis tak kisah sangat Third-party ads, kadang-kadang seronok tengok iklan tapi datang gak benci bila muncil iklan OCTA FX. Jimbet betul iklan ni, kat mana-mana ye iklan dia. Youtube, FB, twitter, IMVU.... 
  • Korang enjoy diskaun 5% setiap kali korang beli pape kat shop. 


Tier VIP Diamond ... RM88 sebulan guys. Mahal tapi masih murah dari harga asal VIP legacy dulu. Apa yang lebih kalau subscribe VIP Diamond berbanding dengan VIP Platinum? Yang melebih bila subscribe pakej ini adalah

  • Elaun korang up to 5,400
  • Dapat 15 slot room termasuk 3 Live Room korang boleh hosting
  • Unlimited Voice Broadcasting, on air la korang macam radio karat 24 jam. Jangan terperanjat plak tengok bil letrik tinggi. Broadcasting ni bleh tahan tarik data dengan tenaga letrik ye. Pastikan device korang tip top
  • Unlimited Matches? Ini sis tak berapa sure... berdasarkan carian sis, Matches ni korang cari match korang kat Chat> Friend Macther. User biasa up to 25 macthes sehari. So kalau VIP Diamond user, matches unlimited la kot.
  • Korang boleh remove/delete item dalam inventory direct melalui app korang. Buat masa ni hanya availale untuk pengguna iOS IMVU mobile app (iPhone). Hold dulu bab inventory, nanti sis citer

Lain-lain benefit sama dengan VIP Platinum. Sis saja share pasal VIP untuk newbie atau veteran sekelian yang berminat nak jadi creator. Kalau tak nak jadi Creator, just nak jadi VIP user pun boleh jugak. Duit korang... bukan guna duit sis. 

Kot...kot korang cari info tapi malas nak baca dalam English, korang boleh baca post sis tulis dalam Bahasa Melayu ni. Tatabahasa hauk skit la, tapi korang boleh faham kan? ๐Ÿ˜‚


VIP subscription akan auto renew setiap bulan, proses renew dalam masa 24jam sebelum tempoh langganan semasa korang expired. Korang akan terima notification inform VIP korang dah renew. Biasa bila dah renew korang akan received elaun dan exclusive gift - bundled room. Bundled room ni korang boleh la nak open public atau live room.

Banyak cara korang boleh pilih nak renew pass VIP korang. User mobile boleh renew melalui App Store tolak dari credit/debit card, bil telefon atau e-wallet korang. Sama juga dengan Website NEXT korang boleh guna e-wallet, credit/debit card, paypal atau bank transfer.

Sample korang nak subscribed VIP melalui website NEXT

Macam biasa... bila korang nak stop subscription korang terpaksa buat secara manual. Mana -mana provider sama je dik, dorang takan lepaskan korang dengan mudah. Bila korang dah tak mampu nak continue subscription, korang boleh stop auto-renew VIP melalui App Store korang atau kat korang kene bukak IMVU classic website kat bahagian Account, cari Manage subscription. Actually cara paling mudah korang pegi je kat setting app mobile atau NEXT. Tap kat Cancel Subscription ๐Ÿ˜†


Ok korang, harap info ni berguna untuk korang buat pertimbangan nak subscribe VIP tier. Yang masih bawah umur (-18) auntie nasihatkan korang dapatkan kebenaran dari parent kalau nak subscribe VIP, sebab korang masih dalam tanggungan parent. As parent plak, kalau korang bagi anak-anak korang layan IMVU, korang kena pantau segala aktiviti dorang. Semoga info maanfaat ๐Ÿ˜˜