Khamis, 20 Jun 2019

IMVU NEXT DAN MOBILE APPS PART II

IMVU MOBILE APP

Hai, korang. Sambungan dari reviews pada IMVU "NEXT". Selain dari client dan NEXT korang dah boleh online 3D dan chatting menerusi mobile app! Wahhhhh... sebab inilah I boleh "ter" online balik tau. Kalau tidak sebelum ni, I login website just nak keep account active and check sales.

DOWNLOAD APPLICATION

Korang boleh download IMVU Mobile app daripada app store korang. Pastikan device korang menggunakan android version 4.4 ke atas bagi. Untuk iOS, sesetengah Website recommended iOS version berikut untuk penggunaan yang optimum (rujuk Website soft.112)

iPhone 5s
iPad Air
iPad mini 2
iPod Touch (6th generation)

Memandangkan I ni pengguna android, dulu, kini dan selama,... kite citer version android je lah ye. Sebelum ini I pakai phone Redmi Note3 android version lollipop. Ikutkan version lollipop, android version 5.0 penggunaan optimum dia, I dapati view avi dalam 3D. Malangnya phone I tak support 3D. So boleh view dalam 2D je. I pernah test menggunakan phone Lenovo, grafik cantik dan boleh view dalam 3D. Sekali lagi malang, phone lenovo rosak. During this time, I mampu online kat NEXT saja. I pun memang jarang masuk mana-mana room nak chatting.

Korang boleh download IMVU Mobile dari Play Store. Nampak tak feedback I pasal tak dapat view dalam 3D 
Tak susah nak search, just type IMVU terus jumpa app dia. Jangan confuse dengan IMVU2go plak, sebab IMVU2go tu old application. Kalau korang download jugak, dia akan inform korang download version baru yang di atas.


Interface login mobile lebih kurang sama dengan NEXT. Korang boleh register guna akaun Facebook atau email. Nak login ke akaun sedia ada, klik LOG IN bawah sekali.

HOME 🏠

Interface HOME Mobile App lebih kurang sama dengan NEXT
Skroll ke bawah shortcut semua lebih kurang sama dengan NEXT. Selain dari short kat HOME korang boleh klik icon sebelah icon HOME 🏠

Korang akan dapati interface mobile app (Mobile) lebih kurang sama dengan NEXT. Sebenarnya interface NEXT baru je upgraded follow sama macam interface Mobile ni. Yang lebih kat NEXT korang boleh tengok room dan item furnitures korang. Icon dan shortcut semua sama saja. Kepada kawan-kawan I yang baru tahu adanya Mobile, korang boleh cuba download ke phone korang dan explore. Nanti kite boleh lepak sama-sama 



Kalau new account, first time login korang akan dapat free credit untuk korang belanja beli items. Jadi gunakan credit sebaik  mungkin nak upgrade avatar noob korang. Newbie sekarang untung tau, awal-awal dah dapat avatar dengan avatar basic skin, clothing, accessories dan DNA yang cantik. So kalau korang register new account, tak banyak sangat yang perlu korang buat nak polish avi korang. Untuk Maymay, daddy dia cuma spend beli avatar, head dan skin. Dia boleh melawa dengan Clothing, Accessories dan DNA lain yang sedia saja.

*DNA rujuk kepada avi Body part- terdiri daripada hair, eyes, eyebrows, heads, skins
*Maymay sebenarnya adalah seekor kucing tabby betina

FEED 📰

Sama juga seperti NEXT korang boleh update Feed story korang melalui Mobile. Bukan hanya gambar-gambar 3D, malah macam-macam gambar korang boleh upload asalkan bukan pornography atau abusive dan harassment, hokay?!! Sama juga korang boleh check Feed Story friendlist korang kat Following dan IMVUians lain kat Discover.

Feed yang dapat banyak Likes akan naik kat Discover dulu 

Feed korang akan dihujani dengan feed story friendlist

Di bawah I buat screen-recording Feed. Perhatikan kemana dot putih klik. Jika phone korang boleh 3D, untuk 1st timer, ada instruction macam mana korang nak move around dalam room 3D. Ikut instruction sampai berjaya dan selepas to korang boleh explore room percuma IMVU bagi untuk korang snap gambar 3D dan post ke Feed


Masa recording untuk demo Feed, tetiba avi dalam 3D tak upload plak. Tak pasti sama ada app problem atau isu internet. Sebab I baru uninstall dan reinstall Mobile app ni. Atau mungkin disebabkan oleh anti virus yang I gunakan untuk smartphone I.

CHAT 💬

Dulu kita hanya boleh chatting 3D dalam client, dengan adanya Mobile korang boleh chatting 3D kat mana korang suka, tak perlu nak mengadap PC atau laptop. Cuma korang tak boleh open banyak-banyak room menggunakan Mobile, hanya terhad 1 room sahaja. Giler open banyak-banyak room guna phone? Mau meletup plak phone korang tu. 

You can enter any room from any country you like. English is the main language for communication

Kat CHAT, korang boleh pilih mana-mana room. Korang boleh set Favorites untuk room yang korang suka masuk. Dan korang boleh tengok semula room yang korang pernah masuk kat Recent. Chat Now khas untuk newbie nak berkenalan. I ada upload screen recording ke Chat Room biasa dan Chat Now IMVU




Hurm, I sangkakan masuk Chat Now room ni boleh beramah mesra dengan newbies. Bila masuk krik...krik...krik sokmo. Mungkin newbies fikir macam mana nak buat avi dorang bergerak atau berjalan kot. Nak kata tak tahu macam mana nak chatting...takan lah. Senyap je dorang kan?

*avi - avatar

INBOX 💹

Next to Chat icon, Inbox korang boleh check PM/mesej/notifikasi yang masuk inbox korang. Lebih kurang pm box. Korang boleh berbalas mesej dengan rakan korang.




Korang boleh berbalas-balas emoji kepada rakan korang. Emoji akan generate berdasarkan avi korang dan rakan korang. Contoh macam dalam video ni, bila Maymay hantar emoji 'Solo'. Avi dia yang akan appear.

SHOP👜

Nak shopping item korang boleh tab kat Go Shopping atau tab kat icon Shop hujung sekali selepas icon inbox korang. Sama macam NEXT korang boleh try dulu outfit sebelum beli atau masuk dalam wishlist korang kalau nak beli kemudian. Dah cukup credit bolehlah check wishlist dan beli item yang korang dah aimed tu.



Berbanding dengan NEXT, dalam Mobile korang tak dapat nak view Rooms dan Furniture korang. Even kat shop pun korang hanya dapat view item untuk avi korang je. Kalau ada features untuk Rooms dan Furniture app akan lebih berat kot. Tapi online kat Mobile lebih kepada santai je

So kawan-kawan yang dah lama tak on9 kot teringin nak online tapi malas nak download client, boleh download app kat phone korang. 


Ahad, 9 Jun 2019

IMVU NEXT DAN MOBILE APPS

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang baru dan yang masih visit my Blog. Maaf, rasanya dah bertahun jugak lah I tak post something for this blog. I pon dah lama jugak lah tak check it out "what's new" kat website IMVU. Sampailah IMVU forcing login to IMVU NEXT?

NEXT amende plak IMVU ni? I always prefer login to IMVU Classic Website so I can view my products and sales. Lagi pun sebelum ni tiap kali I masuk ke NEXT nak cuba chatting, ada network issue (Sebab guna PC kat Office, guna Windows XP dulu dan internet access limited. But later on lepas PC upgrade Windows7 guna IP baru, I dah boleh enter Chat Room). So, I nak buat review skit pasal IMVU "NEXT" untuk kongsikan dengan korang. Seperti biasa depan PC korang open browse ke Homepage IMVU (click hyperlink tu). Bila korang login masuk ke Website, akan bawa terus ke NEXT instead of IMVU Classic Website. 

New login page


My interface
Jangan panik, korang masih boleh view IMVU Classic Website. Klik kat DP korang kat atas hujung sekali dan klik kat IMVU Classic Website. New page akan popup ke Website lama IMVU
Amende DP tu? DP stand for Display Profile - gambar kecik kat atas sekali tu. Klik kat situ dan IMVU Classic Website untuk view Homepage korang

IMVU Classic Website. Z0BIA masih rajin update Pulse. Kalau skodeng Everyone, location kat Malaysia, macam dah shutdown terus. No one there
Ini rupa IMVU Classis Website. Ada beberapa tab kat atas tapi I tak screenshot sekali. Bagi senior IMVUian macam I ni, mungkin ada yang masih rajin view Website lama dan update Homepage seperti I sebab lebih macam-macam kami nak tengok berbanding NEXT.

Korang boleh nampak kat IMVU Classic Website berbeza dengan NEXT. Kalau nak tengok Homepage korang sendiri, Klik kat nama ID korang atas sekali sebelah kiri, kalau nak semak akaun details plak klik je kat Account dan kalau nak Download apps atau software, klik Download dan macam-macam lagi. 


NEXT - HOME

The best way nak view NEXT, korang browse guna PC atau laptop. Kat mobile pun boleh tapi tak best sebab korang nampak avi (avatar) korang dalam 2D je. Kalau Tab, I tak sure plak sebab tak guna, mungkin boleh mungkin tak boleh.
My interface
Kat HOME korang boleh lihat ada beberapa features yang korang boleh klik. Klik Go Shopping untuk ke Shop beli items untuk avi (avatar) korang. Start Chatting kalau nak chatting dengan kawan-kawan. Klik Free Credits tu bukan klik terus dapat eh, korang boleh pilih macam mana nak earn free credit. Tengok video ke, buat survey ke, download apps ke dan macam-macam lagi.

Shop interface. Korang boleh filter spesifik item yang korang nak beli

Free credit interface
Kat Free Credit, korang boleh pilih nak cara nak earn free credit. Boleh buat review video, buat survey, downloads apps dan macam-macam lagi untuk dapatkan credit percuma. Ada IMVUian yang ambil jalan mudah, add friend bila dapat accept terus pm mintak gift. Tak salahlah dia cuba nasib, tapi dia tak fikir ke IMVUian lain yang ada credit tu guna duit sendiri nak beli credit? Sis tak emo, cuma orang bercakap kita dengar pun tak best.

Sebelum ni feature My Rooms belum ada, sekarang sudah ada. So korang dah boleh masuk rooms dalam inventory korang kat website. Cuma mungkin ada intermittent skit la. Make sure sambungan internet korang tip top. Memandangkan I dah lama tak online sebelum, bila masuk semua rooms basic, tak ada furnitures. So kalau nak publish room kena deco lah. Nak deco kenalah online client.


Klik kat tanda "+" kalau korang nak purchase new room.

Korang boleh klik kat Friends kalau nak view friendlist korang. Siapa yang tengah online korang boleh klik kat DP dorang check status location dorang. Korang boleh tahu dorang berada di room mana. Ada yang jenis hide location tu, korang takan nampak dia ada kat room mana. Friendlist I pun dah hampir 200, siapalah dorang tu kan. I kenal dan jumpa 2 ke 3 kerat je. Yang berbalas-balas pm pun bagus juga, cuma belum berpeluang nak hang out dengan dorang. Nanti kita lepak sama-sama ye...muah ciked gugerls!

Skroll ke bawah skit ada lagi features.

Klik Discover and Get inspired, korang boleh view IMVUians lain yang active up Feed story dari seluruh dunia. Semua budget FeederFamous laaa. Wah kannn... Macam mana boleh dapat follow dan like beriban-riban tu sis tak tau. Kalau korang nak up Feed sendiri, klik Post to Feed. Korang nak change outfit avi korang, klik je Dress Up. Klik People Search kalau nak add friend

Setiap hari korang boleh menang credit (minimum 15cr), Emoji atau Item kat Daily Spin Ready. Dan bawah sekali korang boleh check followerlist korang.

NEXT - FEED

Sebelum ni, kalau nak layan 3D kite kene download client kan? Sekarang kite dah boleh view avatar kite dalam 3D di NEXT je. Sebelum ada Feed, susah kami nak share gambar-gambar yang kami snap dengan kawan-kawan. Kami terpaksa bagi link atau upload gambar ke medium lain kalau nak share dengan kawan-kawan. Dulu I pernah wrote topic Photostream or Beta Peacock Test. Bagi yang tak baca post lama I tu, untuk pengetahuan korang I terlibat dalam project photostream IMVU yang dipanggil Beta Peacock Test. Mula-mula sekali bahagian Feed wujud. Geng-geng pioneer yang terlibat semua bukan biasa-biasa, kebanyakkan senior yang mula-mula join IMVU, staff, moderator, creator dan developer. Kami tak la hadap sangat sebab sebelum FeederFamous muncul, gambar-gambar kami sesaja yang menghujani photostream, boleh kata gempak-gempak jugak lah kesemua yang terlibat tu.

Keadaan asal photostream atau kini lebih dikenali sebagai Feed atau Discover. 

Kat FEED, menggunakan browser korang hanya boleh post gambar 2D atau upload gambar background. Selain itu, boleh post test macam instagram. Tapi instagram tak boleh upload atau post gambar guna PC browser kan? NEXT boleh. Korang akan dapat likes dan kawan-kawan boleh tinggalkan komen kat situ exactly macam instagram. Buat masa sekarang belum ada 60 minutes video macam instagram. But still it's fun! Dapat likes dari IMVUian yang lain. Dapat share gambar dengan kawan-kawan. Thanks to us the pioneer, you guys sudah ada FEED nak sharing gambar-gambar 3D korang dengan kawan-kawan lain.

Following korang dapat tengok post dari friendlist dan following/follower korang. Klik kat Discover, korang boleh tengok FEED bukan dari friendlist/follower. Kalau korang nak update post sendiri pegi kat anak panah tu.
Discover


Korang hanya boleh post gambar 2D saja di NEXT. Pilih atau upload background, pilih Poses. Korang boleh tambah Scribble dan Filters untuk adjust warna graphic gambar korang 

Kalau korang nak tengok post sendiri atau orang lain, klik DP > Post. Korang boleh skodeng berapa banyak post seseorang itu dah up. Rujuk gambar bawah ni. Korang boleh guna cursor kalau nak belek-belek avi (sorry, sis malas nak upload video kat post ni).

Ini profile my friend, RoseKarya. Kat bahagian Post korang boleh skroll kebawah kalau nak tengok gambar-gambar atau post dia sebelum ni. Comel kan?

Tapi korang mesti nak post gambar 3D korang dari room yang korang lepak, gambar dengan pasangan atau kawan-kawan kan? Kalau korang nak up gambar 3D kenalah login client atau mobile apps. I perhatikan FeedarFamous suka edit gambar dan post kat FEED story. IMVU akan adakan photo of the week dengan #IMVUWOC #TopEditTuesday dan lain-lain "#". Gambar terbaik akan dipilih dan pemenangnya akan diumumkan. Hadiah apa yang dorang dapat? May be credit, may be item or badges. Biasanyer dapat badges kot

NEXT - INVENTORY

Korang boleh akses INVENTORY outfit korang di NEXT. Nak update outfit avi korang, anytime and anywhere you want. Korang boleh juga login NEXT kat phone browser tapi masih dalam 2D. I tak berapa suka sebab tak nampak cover catalog pada setiap item. Kalau nak tengok details item kena klik kat item. Best korang login NEXT kat lappy atau PC saja.

Inventory banyak giler hair, sebab dulu i suka create hair texture guna paint.NET

Kat INVENTORY korang, bolehlah tengok outfit yang korang save kat Looks. Atau korang nak try apa-apa outfit ke, klik kat All/Woman/Men. Korang boleh tengok koleksi avatar korang kat Avatars. Takat update avi korang, tak de masalah. Korang nak semak apa yang korang pakai kat avi, boleh semak kat Wearing (hujung sekali). From head to toe termasuk VB and trigger korang boleh semak. Dah mudah sekarang.

Sebelum ni korang hanya boleh tengok item outfit korang saja. Terkini korang dah boleh tengok item furniture korang dalam INVENTORY NEXT (Rooms & Furniture). Kalau account lama macam I memang belambak la items kannn. Creator plak tu. Uhukssss.... Korang boleh tengok saja, belum boleh buat decoration atau publish room lagi. Kalau korang nak deco dan publish room, kenalah login client

Rooms

Salah satu room dalam Inventory dan I create sendiri textures
*client - IMVU Software

NEXT - SHOP

Kat IMVU Classic Website, korang masih boleh shop tapi kalau nak try terus kena login client. Kat NEXT korang boleh try outfit dan beli bila berkenan. Features sekarang, korang dah boleh shop Rooms & Furniture jugak. Boleh semak Wishlist korang kat sini... my wishlist memang sama banyak dengan inventory sebab ada item I save dalam wishlist untuk creating.


Korang boleh filter kat categories jenis item yang korang nak. Korang boleh juga filter by Creator atau price

Alaa... tak yah la nak jakun sangat. Takat korang muda belia pasti boleh explore NEXT ni. Lebih mudah korang download IMVU mobile app dalam telefon korang...

NEXT - CHAT

Sebelum ini korang boleh join room dan chating di CHAT NEXT. Public Room dan Chat Now tapi problem teknikalnya, kerap lagging dan frequent disconnection. Jadi, IMVU discontinuance CHAT buat sementara waktu sehinggalah diberitahu nanti. Buat masa ni, korang tak boleh la nak join mana-mana room melalui NEXT. Kena login client atau IMVU Mobile Apps

Ini terjadi bila korang cuba nak masuk room kat CHAT. Popup mesej suruh korang download IMVU App
Selain dari NEXT, IMVU perkenalkan IMVU Mobile App menggantikan IMVU2go. Pastikan Smartphone korang guna android version 4.4 ke atas. Korang boleh rujuk Basic Troubleshooting Steps for IMVU Mobile.