Kepada korang yang baru baca topik ini, I advise untuk baca dulu post dibawah topik ini. Bersambung topic safety dibawah, IMVU menasihatkan kita supaya jujur dengan usia
sebenar kita. Kanak-kanak yang dibawah umur mestilah berusia 13 tahun ke atas dan dibawah pantauan ibubapa. Jadi kalau didapati user dibawah umur 13 tahun, imvu akan rampas dan bekukan account beliau sehinggalah beliau mengistiharkan usia sudah mencapai 13 tahun.
kononnya tengah bercerita dengan W4Nl, dia kusyuk dengar cerita
Kerana imvu tidak akan kompromi dengan chatter bawah umur yang
menipu usianya sudah dewasa. Sekiranya diketahui oleh staff imvu yang
sebenarnyer korang ada bawah umur tetapi account korang adalah umur seorang
dewasa dan mempunyai access passes (ap). Kemungkinan account korang akan kena delete atau dibekukan terus (permenantly disable - account korang tidak boleh digunakan lagi
untuk selama-lamannya).
Layan suasana senja dalam room W4Nl
Kita juga
diingatkan bahawa STAFF IMVU TIDAK PERNAH MEMINTA PASSWORD ATAU PERSONAL EMAIL kita. I nasihatkan korang supaya tidak mendedahkan email yang relate dengan
account imvu. Biasanya apa jua update automatically imvu akan send kepada email
kita. Jadi agak peliklah jika seorang staff imvu bertanyakan email kita. Betol
tak?
Dari kiri W4Nl dan I
Dan I juga nak ingatkan jangan sekali-kali berkongsi password imvu atau
email korang dengan sesiapa walaupun korang mengenali dan mempercayai beliau.
Terutama sekali kepada pasangan yang bercinta, I tak galakkan korang share
password walaupun korang percaya 100% kepada pasangan korang. Kena ada juga
letak 1% rasa tak percaya tu. Sebab kes account kena curik atau kena hack oleh
kawan baik atau orang kita rasa kita percaya banyak berlaku. Jadi ambil iktibar
dan perlu berhati-hati.
Selalu berlaku dikalangan kita sanggup mendedahkan password kepada orang ketiga (3rd Party) semata-mata untuk membeli token access passes (ap). Token yang istimewa ini hanya boleh dibeli direct menggunakan credit card ataupun paypal account (masih perlukan verification). Pastikan korang menukar terus password korang sebaik sahaja mendapat semula account selepas transaction beli selesai. Dan I masih tidak galakan korang berbuat demikian kerana ia mendedahkan account korang. Seeloknya, belilah sendiri. Ok adik-adik?
Sebenarnyer lebih mudah untuk membeli token ap sekiranya dari mula korang beli token age verification. Token age ni, token yang mengistiharkan korang ada dewasa dan berusia 18 tahun ke atas. Selepas itu barulah senang nak beli token ap. Tak de lah sampai kena tunggu 3 hari, kena declare dan submit document citizenship dan local identity kepada imvu semata-mata nak buktikan korang memang dewasa.
Sekiranya terdapat orang yang korang tidak mengenali paste link yang agak mencuriga. Adalah lebih korang jangan gatal-gatal click. Sebab memang ada taktik penipuan menggunakan phishing scam link untuk hack account dan mencuri credit imvu ataupun credit card. Kalau perasan, ada id tersangat noob promosi free credit beriban-riban tu, tolonglah JANGAN gedik nak cuba nasib sebab itu ada website untuk hack credit card dan juga credit ciput korang. Staff imvu bukan sebegitu noob.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan