Isnin, 13 Julai 2020

IMVU Live Room


Hah saja nak berkongsi idea dgn korang yang suka buat event tapi tak dapat invite semua join room. Max 10 orang boleh masuk room, yang lain terpaksa invite tapi tak boleh terlalu ramai nnt room berat, lagging, hang, disconnect dsb. Actually imvu ada "Live Room", dengan max 100 viewers (nampak ada room viewer lebih dari 100). Nak aktifkan LR korang kene belilah token LR

Public Room, hanya max 10 orang dalam satu-satu masa. Ape bende kenduri 10 org je hadir kan? Dengan Live Room, ada 2 subset iaitu Presenters dan Viewers membolehkan lebih ramai menyertai room untuk chatting bersama kawan2 tanpa perlu masuk room. Live Room (LR) available utk user iOS, Android & Mac Beta client. 

Sis citer dengan ringkas, sape yang ada dalam room adalah presenters. Bila korang masuk LR, korang berada luar room sebagai viewers. Korang tak masuk room tapi boleh tengok apa yang berlaku dalam room. Viewers dan presenter boleh berinteraksi dalam chat box tapi viewers tak boleh send action atau trigger. Korang boleh buat experiment masuk mana2 LR

Sis screenshot LR. Korang nampak ikon "mata" tu? Ada nombor di situ menunjukkan jumlah viewers. Ada 1 room tu ada lebih dari 100 viewers, sis anggap jumlah viewers unlimited. 

Kite test 1 LR. Room ni full tau. Tapi viewers 200 lebih ye. Dorang tengok apa gamaknya? Bila masuk sis tak berada dalam room tetapi sis masuk sebagai viewers yang melihat room. Kalau nak masuk room, check ikon sebelah kiri, kalau grey macam di atas, room penuh tapi kalau menyala atau berwarna, korang tab baru boleh masuk room. Memandangkan room ni full sis tak dapat masuk.


Korang boleh berinteraksi atau chat bersama walaupun tak masuk dalam room.

Tab ikon kat chat box, pilih kalau korang nak tgk chat semua orang atau presenters je. 

Kenape sis rekemen kat korang LR? Sebab korang suka buat kenduri kahwin! Hahahaaaa. Dengan LR korang boleh invite seberapa ramai yang korang suka. Dorang boleh join LR guna mobile app. Yang hadir kalau nak bergambar dgn pasangan boleh masuk ikut turn, betul tak? Hahaha. Sepanjang LR aktif, korang boleh la buat party, ajak ramai2 join tgk persembahan ke. Up kat feed korang, macam korang up wedding invitation korang. Viewers pun boleh snap gambar dan share kat feed. 

Alang2 membazir duit beli marriage token, belilah token LR 1 dalam RM21 sebulan. Tapi token LR ni monthly charge macam token VIP, dan akan renew dlm masa 24 jam sebelum tempoh tamat. Charge dikenakan pada korang melalui google play account. Jadi sebelum abis bulan kalau korang x nak subcribe kene set off auto-renew. Kalau tak off nnt bil jalan tiap2 bulan.

Sumber dari imvu discussion, baca artikel penuh di sini - http://im.vu/help865