Bila korang
registered account untuk joined imvu, tak semua korang akan ambil peduli pasal
terms of services (TOS) dan juga safety regulation yang imvu letak. Mungkin
korang anggap itu tak penting selagi korang tak buat apa-apa yang menjejaskan.
Tapi bila terjadi sesuatu jangan korang salahkan imvu kenapa terjadi keatas
account korang.
Menurut
imvu dalam safety tips mereka, 3d client adalah medium virtual untuk korang
express diri korang, chatting dengan kawan-kawan dan berkenalan dengan
kawan-kawan baru. Dalam masa yang sama korang perlu beringat bila korang
berinteraksi dengan strangers (orang tak dikenali sama juga dalam mana-mana social
network). Sebab itu perlunya kita mengambil peduli tentang guidelines yang imvu
beri kepada kita. Walaupun hanya virtual, imvu masih lagi mementingkan safety
penggunanya terutama sekali pengguna daripada USA, kerana imvu merupakan
product USA.
Korang akan selalu
terima random request friend daripada yang tidak dikenali. I memang tak gemar
lansung dengan mereka yang buat cara begini. Kata… kononnya ingin berkawan…
tapi haram…. tak pernah masuk pun room untuk bertemu, berbual-bual dan
berkenalan dengan I. I pulak nak kena invite untuk berkenalan dengan orang
tersebut….tak mesra pula… seperti mahu lari-lari gitu. Kenapa? Ada juga id yang
random add ni sebenarnya cuma stalker yang ingin tahu activity korang. Skodeng
tagline dengan interest di profile card (sebab ada antara user yang suka update
status berbentuk message kepada seseorang), skodeng pulse (sama seperti tagline
atau interest, ada user suke jugak meluahkan perasaan mereka di pulse), skodeng
room ( nak tahu lepak room mana, dengan siapa, lepas tu add kawan-kawan orang
tu pulak). Tapi I tak kisah kalau untuk tujuan share photostream. Walaubagaimanapun pastikan korang tidak mendedahkan personal information kepada
orang yang korang tidak kenali.
Tak kira
senior atau junior ataupun newbie, ketika chatting pastikan korang jaga adap perbualan
dan tahu menghormati orang lain. Ketika chit-chat sekiranya tiba-tiba ada chatter
yang berkata sesuatu atau memakai item yang membuatkan korang rasa offensive (menyakitkan
hati atau bertujuan menyerang peribadi korang), biasanya mereka tiba-tiba agak
kurang ajar mencarut, maki hamun, menghina dan memfitnah. Korang boleh copy
chat log dan report kepada imvu melalui Customer Support. Biasanya imvu akan memberi
amaran untuk beberapa kali sekiranya masih terima report ke atas orang yang
sama. Kalau masih juga mereka menerima aduan berkenaan orang tersebut (ramai-ramai buat report), imvu mungkin denda, account beliau disable untuk 7 atau 14 hari. Dan
imvu menasihatkan bahawa adalah sebaiknya korang block orang menyerang korang
tak tentu hala itu. Sekiranya di dunia nyata (real world) korang mengenali dan
mempunyai information orang tersebut, korang merasakan dia sangat melampau dan
telah menyebabkan hidup korang huru-hara, korang juga dinasihatkan untuk
membuat report polis. Ada orang tak kisah dan sentiasa memberi maaf, tapi
jangan lupa kepada orang yang akan berdendam dengan kita kerana perbuatan kita
yang menjatuhkan maruah orang. Silap haribulan mungkin kena saman di Mahkamah pula.
Kepada yang
mempunyai account imvu, korang diberi webpage. Homepage merupakan webpage untuk
kita expresskan diri kita dan berkongsi sedikit info mengenai diri kita. Jadi
imvu menggalakkan kita create atau bina homepage kita dengan gaya sendiri.
Terdapat setting yang boleh membantu korang memilih apakah info yang korang
benarkan untuk kongsi dengan visitor yang datang melawat homepage korang.
Menurut
imvu bertemu kawan yang korang baru kenali dalam 3d client di dunia nyata
BUKANLAH IDEA YANG BAGUS. Dan banyak kes penipuan dan jenayah sexual berlaku
disebabkan pertemuan sebegini. Jadilah chatter yang bijak dan jangan sesekali
muda terima ajakan chatter lain yang korang tidak betul-betul mengenalinya untuk
bertemu di dunia nyata. Sekiranya korang ingin juga nk berjumpa, pastikan ditemani oleh kawan dan juga pilih lokasi yang hampir dengan khalayak ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan