Khamis, 28 Julai 2022

#IMVU Episode 2 : Dunia Maya & Rangkaian Sosial dalam talian - Fesyen, TopEdit dan WOC

SOSIAL

Salam sejahtera, korang! Sambung dari episode Feed dan Discover. Sebelum itu sis nak bagi peringatan kat korang, IMVU ini platform social networking dan online virtual world. Janganlah dok up status komplen IMVU ni boring, yang boring tu ko dik. Orang lain tak boring, dorang ada aktiviti dorang sendiri selain daripada chatting. Sebab itu bila korang masuk room...room tertentu korang akan dapati chatters dalam room tu hanya park avatar dorang.


Ada yang tanya IMVU ni game apa? Sebelum download app korang tak baca dulu ke info? Download dengan bongoknyer ke cam ne? Sis tak boleh brain dengan spesis macam ni. Sis nak download game Soduko pun baca info dulu tau. So kepada yang terbaca blog sis dan tertanya-tanya ape mende IMVU ni, marilah sis bagitau korang sebelum korang bertindak nak download app. IMVU adalah platform social networking dimana korang boleh chatting dalam bentuk virtual 3D. Korang guna avatar 3D yang mewakili korang dalam virtual bertemu dan bersosial dengan orang lain. 

DUNIA MAYA ATAS TALIAN

Korang boleh baca post sis sebelum ini, macam mana korang nak setup avatar korang dan masuk room untuk bersosial. Kang sis ulang-ulang cerita yang sama korang bosan nak baca lagi blog sis. Blog sis ni pun boleh tahan sendu nak dapatkan audience Malaysia 😂sebab sis tak dapat nak share link di FB dan IG (Mungkin sis dah patut buka akaun TikTok kot). 

Ringkasannya, IMVU ni ruang chatting dalam bentuk alam maya. Korang boleh masuk mana-mana room untuk bersosial dan dapat kawan-kawan baru. Dalam masa yang sama korang boleh sulam dengan permainan dan imaginasi korang sendiri. Contoh game yang common dalam ni ialah roleplay. Maka korang tak perlu hairan ada users yang "main masak-masak" dalam IMVU ni... Korang pepandai bawa diri ok. Enter at your own risk 

Room sis, CurHeart 

VIRTUAL FASHION 

Korang akan rasa eager nak upgrade avatar korang bila tengok avatar orang lain yang lebih cantik dan bergaya. Tambahan plak korang masuk shop try clothing, accessories, skin, head dan body scaler semua tu. Ia tak diberikan percuma, korang perlu ada credit untuk beli item dari shop. Tak mampu simpan dulu dalam wishlist korang, untung nasib ada orang akan hadiahkannya kat korang. 

Orang perempuan mestilah suka dress up avatar dia lelawa, banyak giler pakaian dan aksesories untuk user female tau. Rambang mata weiii, korang akan jumpa item yang sama tetapi pelbagai warna, corak dan harga. Korang boleh jumpa design clothing sama macam real item. Design dan branding dalam shop tertakluk kepada hakcipta terpelihara USA. Sis syorkan korang set "latest product" kalau nak tengok item terkini atau set "best match" ikut carian korang. Kalau korang pandai pilih head and skin, mungkin korang boleh setup rupa avatar mirip wajah korang.  

Setup based on my real appearance
Setup avatar based on my RL appearance

Cerita pasal dress up... Fesyen dalam IMVU beri peluang kepada pengguna-pengguna VU yang berbakat menggunakan platform ini untuk express bakat dorang dengan buat item sendiri dan jual dalam shop. Dorang yang create dan jual item dalam shop dipanggil Creator atau Producer. IMVU dah nampak mende boleh bawa platform dorang pergi jauh dalam dunia virtual world. Ada pembuat mesher dapat hasilkan item berdasarkan real fashion terutama sekali pakaian dan aksesoris. Kalau korang nak tahu IMVU lantik Model fashion sebenar sebagai Duta 3D chatting untuk promote virtual fashion. Sis tahu perkara ni sebab sis tertonton siri Asian Next Top Model. Salah satu prize jadi Duta IMVU. Masa tu sis masih lagi status "Hiatus", rasa cam bangga jugalah sebagai user IMVU 😎. Sekali sekala IMVU akan colaborate dengan fashion designers atau invite influencer atau celebrity untuk event dorang. 

Korang boleh snap dan post gaya korang dalam Feed. Feed korang boleh kongsi gambar dengan friends dan follower korang. Kat Feed juga Creator atau Producer gunakan untuk promosi item dari shop dorang. IMVU hanya benarkan gambar menggunakan product GA (General Audience) post dalam Feed. Ini kerana user GA dari usia 11 tahun ke atas. Manakala product AP (Access Pass) adalah terhad kepada user ada AP. Product AP khas untuk user 18 tahun ke atas yang ada token AP. Creator/Producer yang jugal item AP menggunakan social media Instagram, Facebook dan Twitter untuk promosi product dari shop dorang

Pakai top AP

Pakai outfit GA 

*Kedua-dua gambar sama seksi tapi salah satu AP, gambar yang related dengan AP tak dibenarkan masuk feed IMVU. IMVU awal-awal lagi sudah buat sekatan. Korang akan dapat mesej sebelum berjaya post jika korang pakai item AP atau dalam room ada item AP atau user dalam room sama pakai item AP. Gambar ini disekat tetapi dibenarkan save dan simpan dalam galeri album korang. Biasanya yang adult, dorang tetap nak share kat feed sebab percaya audience dan follower mereka adalah user dewasa 18+. 

Model/Streamer akan buat promosi dari mana-mana Creator yang ambil dorang untuk buat streaming dan post pakaian/aksesories/room/furniture dll kat Feed. Korang akan nampak kat timeline feed korang ada user yang akan kongsi link shop supaya senang user/audience nak shop terus jika berkenan. Korang boleh follow akaun-akaun model atau user yang buat streaming ini buat reference korang. Follow la sis @vienaxia, mana tau ada yang korang suka dan berkenan 😏

Contoh sis streaming outfit dari Creator Fancywendy.
Sis akan letak dalam caption sis stream dari shop/creator mana.
Oleh kerana Caption ada limitation, sis share shop link dalam comment

Berfesyen dengan berbelanja dan peroleh credit 

Sudah pasti fesyen-fesyen baju yang korang nampak user lain pakai atau share kat feed akan membuatkan korang rasa nak berbelanja dalam shop demi nak upgrade dan styling avatar korang. Korang boleh beli credit untuk berbelanja dalam shop atau kalau tak mampu beli credit korang boleh kumpul promo credit dengan spin daily. If lucky korang menang maksimum 200cr, if not paling cikai 30cr. Ada masa korang menang emoji, sis tak berapa suka sangat guna emoji. Kalau stranger pm guna emoji, rasa cam ssexual harrassment kat avatar kite pun ada sebab emoji akan generate trigger dari avatar penghantar dan penerima PM. Paling best, korang menang item macam clothing, shoe dan accessories. Items female paling best sebab cantik-cantik. Tapi kalau male... sis nampak outdated skit. 

Antara item sis menang spin daily, sunglasses, dress and handbag

Selain dari itu korang boleh peroleh credit percuma dengan buat survey atau main online game lain. Dah menang credit, boleh la shopping dalam shop. Kadang-kadang orang gift kita, korang letak item korang tak dapat beli dalam wishlist. Nanti ada yang pemurah akan gift kat korang dari wishlist korang. Follow account heavy gifter atau rajin buat shout out, korang boleh jugak earn gift atau credit.

Korang boleh earn gift/cr/vcoin/cash dengan menjadi streamer atau model macam sis bergantung kepada cara pembayaran. Selain dari creator/producer dan streamer/model, image editor pun jadi permintaan untuk TopEdit. 

TopEdit sis simple je, guna filter lebih kurang 😂


TopEdit

Digital art sudah semakin meluas dengan adanya gadget seperti tablet. Ada banyak editing app korang boleh guna untuk edit gambar-gambar digital boleh dikongsi kat Feed. Pastikan art korang bukan copy atau curi dari orang lain, itu kesalahan besar! Setiap hari selasa IMVU akan adakan top edit challenge #TopEditTuesday. Kalau korang ada kemahiran editing digital image dan photo, korang boleh buat income kat sini. Ada yang sanggup bayar upah orang yang boleh edit gambar digital mereka. TopEdit akan dipilih oleh staff IMVU untuk masuk Discover. Korang boleh tengok kat Discover, mana-mana feed yang terpilih masuk.

Kalau WOC, IMVU biasa pilih pemenang top 10. Korang kena follow SosMed IMVU nak tengok feed pemenang. Sis tak pasti IMVU ada pilih pemenang atau tak untuk TopEdit ni. Biasanya IMVU akan post TopEdit yang dia judge paling terbaik kat Feed dan akaun SosMed dorang (Twitter/Facebook/IG). TopEdit nampak lebih senang nak masuk Discover berbanding dengan Weekend Outfit Challenge (WOC) 

Discover dan Weekend Outfit Challenge (W.O.C)

Setiap hujung minggu IMVU akan adakan pulak WOC (Weekend Outfit Challenge). Waktu Malaysia tepat 12.00am Sabtu, IMVU akan post tema untuk minggu tersebut. Contoh 2 minggu lepas (16.07.2022), tema #IMVUWOC_UnderThePalmTrees, korang kene post feed bertemakan palm tree. Feed yang terpilih masuk IMVU akan post dalam Discover. 

Hasil kajian sis dapati voting system dibuat nak pilih pemenang WOC ni. Selepas berjaya masuk Discover, korang kene tunggu sampai WOC tamat pada tarikh yang dimaklumkan. Biasanya WOC tamat pada hari Selasa 12.00am. Paling tinggi vote dialah pemenang utama, dan selebihnya pemenang-pemenang honorable mention... Pemenang akan menerima hadiah cr atau vcoin atau token VIP bergantung kepada hadiah yang dorang tawarkan, setiap minggu tak sama. 

WOC minggu lepas paling senang sekali tapi haram 1 pun feed sis tak dapat enter challenge. 

Korang boleh post sebanyak mana yang korang mahu kat Feed korang dengan caption #IMVUWOC_abc. Staff IMVU kononnya akan filter menggunakan hashtag tema minggu tersebut. Hanya 1 Feed saja yang masuk Discover, kalau korang jenis bertuah, lebih dari 1 Feed masuk Discover. Lebih bertuah lagi, setiap kali streaming dapat masuk Discover kalau korang ikut rules dan tips yang IMVU kongsi dalam Discussion, tajuk "How do I Get On Discover Section of the Feed".

Korang just jangan putus asa kalau nak feed korang dapat masuk discover. Kat youtube IMVU dan youtuber lain ada share tips dan tricks macam mana nak masuk discover yang korang boleh guna. Korang kena rajin participate event yang IMVU buat "to get notice", follow influencer atau user yang selalu associate dengan dorang. Biased dan discrimination tu kat mana-mana tetap berlaku walaupun IMVU kononnya support LGBTQ, world peace dan universal kononnya.