Rabu, 8 Februari 2023

Menjadi komuniti IMVU dan avatar

Salam sejahtera, korang! πŸ‘‹πŸ˜Š

Happy New Year 2023! πŸŽ‰ Maaf le sis tak dapat post lebih awal sebabkan masa dan kekangan kerja. Sis doakan kita semua dalam keadaan selamat dan semoga Allah SWT lindungi kita dari malapetaka dan penyakit merbahaya. 

Image by Rochak Shukla on Freepik

Sis nak share satu (1) fakta ringkas, aplikasi IMVU antara "avatar-based social network" yang berkembang pesat semenjak tercetusnya virus Covid19. Tambahan plak IMVU dah ada dalam mobile app, memudahkan lagi pengguna untuk berada dalam talian bila-bila masa dan di mana-mana asalkan peranti bersambung dengan liputan internet (iklan ulangan). Dalam post sis yang lepas (Episode 6: Kegunaan Kamera IMVU dan Tips Snapshot) sis ada citer serba ringkas pasal penampilan avatar. Topik kali ini sis kupas skit pasal avatar sebab avatar mewakili korang dalam chatroom dan bersosial sesama user lain. Kepada yang random reader yang terbaca blog sis dan berminat, this is it! Walaupun sis tak encourage korang layan 3D social networking IMVU ni tapi korang boleh je nak explore. Mula-mula mungkin boring skit sebab belum jumpa geng. Bila dah dapat jumpa geng yang ngam mesti korang tergedik-gedik nak online lepas tu. Sis nak tanya... korang percaya tak kalau sis bagitau avatar menjadi daya penarik selain dari cara korang berkomunikasi? Well... korang berminat nak explore kena "sign up" dulu πŸ˜†

Korang boleh jadi avatar perawan yang anggun atau jejaka yang kacak
Siapa agaknya korang dalam IMVU? 

"Sign up account"

Nak explore IMVU korang perlu jadi sebahagian dari komuniti IMVU yang pelbagai. Pendaftaran dibuka kepada pengguna seawal umur 13 tahun. Bagi pengguna yang berusia bawah umur, pendaftaran dan aktiviti di bawah pengawasan ibupada (katanya la).  Manakala pengguna berusia 18 tahun ke atas, korang "enter at your own risk". Platform rangkaian sosial seperti aplikasi IMVU bukan sekadar menggunakan avatar untuk bersosial, malah boleh membantu korang perbaiki cara berkomunikasi dan mengubah corak pandangan terhadap beberapa perkara, korang juga boleh berekspresi, berfantasi dan berkarya dengan cara korang sendiri (entah berapa kali ulang statement ni 😜). 

Roleplay

Oleh kerana aplikasi IMVU lebih kepada rangkaian social, permainan yang boleh dimain dalam aplikasi ialah roleplay. Korang nak jadi apa dalam IMVU ni? Lelaki kaya budiman yang miang atau lelaki kasanova yang mengikis? Perempuan boleh jadi terpaling naif tapi perangai slut habis. Apasaja watak korang ingin avatar korang tampil. Secara solo atau dengan kawan-kawan. Ada juga yang buat group untuk roleplay yang besar berdasar filem fantasi, drama bersiri, komik atau animasi. Malah korang boleh berimaginasi hidup berkeluarga bersama pasangan virtual anda. Korang ajaklah sesiapa jadi mak ayah, anak-anak, cucu, sepupu bagailah. Roleplay macam ni mesti korang suka sebab mengingatkan zaman kanak-kanak riang zaman 90an ke atas, kita suka main masak-masak dengan kengkawan masa tu, betul tak? Itu baru roleplay, belum jumpa user perangai pelik dan menyeramkan. Jangan risau, selalunya korang akan bertemu dengan user yang normal macam sis.  

Batas pergaulan (diedit semula @02.04.2023)

Pengguna IMVU paling muda sesusia 13 tahun ke atas. Pengguna berusia 18 tahun ke atas merupakan golongan dewasa. Walaupun komuniti IMVU yang universal memberi kebebasan kepada kita dalam bersosial dalam dunia virtual, masih ada keraguan... Keraguan dengan siapa sebenarnya kita bergaul atau berhubung. Keraguan pada batas usia, jantina dan "affinity" seseorang pengguna itu tulen atau rekaan semata.  

Ini hanya pendapat sis, platfrom IMVU ada juga mainkan peranan sebagai salah satu bentuk media yang digunakan untuk kempen menormalisasikan LGBT. Korang akan nampak IMVU cenderung meraikan bulan "pride" LGBT yang selalunya diadakan pada bulan Jun sempena menghormati Pemberontakan Stonewall 1969 di Manhattan. 

Imaginasi dan Fantasi (diedit semula @26.02.2023)

Bersosial dalam virtual membolehkan korang menggunakan avatar sebagai medium untuk korang berimaginasi dan berfantasi. Chatroom tidak terhad kepada hanya berbual, korang boleh gunakan avatar korang untuk beraksi dan berimaginasi. Dari sudut sensual... korang tidak berfantasi secara solo, korang boleh berfantasi bersama dengan pasangan online samada dalam bentuk roleplay atau hubungan sebenar.  

Mobile app IMVU, korang boleh download dari app Stores

General Audience (GA) dan Access Pass (AP)

Pengguna IMVU terbahagi kepada dua (2), General Audience (GA) dan Access Pass (AP). Pengguna GA terbuka kepada semua lapisan umur. Jangan fikir orang muda je layan IMVU ni, dik... Aplikasi IMVU dah wujud pada alaf 2000an lagi tau, tak hairan jika korang terserempak dengan user yang berusia sebaya ibu ayah korang. Korang tak yah terkejut sangat la bila jumpa orang tua cam sis masih duk online IMVU ni.     

Bercakap tentang kebebasan bersosial dengan sesiapa saja tanpa ragu-ragu, IMVU ingin memupuk kepercayaan dan keselamatan kepada komunitinya terutama sekali apabila platform sosial ini melibatkan pengguna bawah umur. Oleh itu IMVU menawarkan token pengesahan umur yang boleh dibeli oleh pengguna dewasa untuk mengesahkan pemilik akaun adalah seorang dewasa dan berusia 18 tahun ke atas. Ini sangat membantu korang membezakan pengguna bawah umur dan pengguna dewasa walaupun akaun korang hanya GA. 

Pengguna AP pula asalnya dari pengguna yang sudah mengesahkan umur mereka. Dengan memiliki status AP, pengguna dapat mengakses kemudahan chatroom, outfit dan produk orang "dewasa". Dari sudut bersosial, pengguna AP berada di hierarki tersendiri kerana akses dan kelebihan yang dimiliki. Pengguna AP boleh akses semua jenis chatroom kecuali chatroom yang dihadkan kepada pengguna berstatus VIP oleh pengguna VIP. Nak balas dendam, pengguna AP boleh buka chatroom dan hadkan hanya kepada pengguna AP, malah pengguna GA VIP pun tak dapat masuk. 

Pengguna tak kira AP atau GA boleh melanggan token VIP secara bulanan (korang boleh baca kat sini, Episode 4: VIP Tiers). Oleh kerana ada juga pengguna IMVU mengadakan hubungan secara atas talian sebagai pasangan, mereka boleh membeli token "Marriage Certificate" sebagai tanda komitmen dengan hubungan. Namun, pasangan boleh menamatkan komitment sekiranya tidak ingin lagi meneruskan perhubungan, nak tau lebih lanjut boleh baca kat dalam IMVU community center ini,  FAQ About Marriage PackageLain-lain token korang boleh tengok kat Credits dan Upgrades dalam Dekstop atau Website NEXT. 

Rangkaian sosial menggunakan avatar sebagai medium berinteraksi seperti IMVU ada sisi gelapnya tersendiri. Sebagai pengguna veteran IMVU, sis ingatkan korang sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku. Nak lari dari masalah dunia realiti tetiba terjebak dalam dunia virtual plak... Boleh buat kita gelisah, hilang fokus dan kemurungan. Kalau boleh elak, cuba elak ye adik2. Komitmen di dunia realiti lebih penting. 

Avatar

Apa itu avatar? Definisi avatar dalam dunia metaverse adalah fizikal yang mewakili kita berinteraksi di alam maya. Sama dengan permainan atas talian lain, pengguna memilih karekter pemain mewakili diri dalam permainan. Satu (1) bentuk fizikal untuk korang tetapkan rupa dan penampilan mewaliki diri korang dalam alam maya. Kita boleh reka rupa paras avatar mengikut rupa sebenar kita atau "customize" rupa seperti ikon atau selebriti kita minat. Dalam bahasa mudah, pengguna diberikan patung yang boleh korang pakaikan wajah, rambut, pakaian, kasut dan aksesori untuk tampil sebagai diri korang untuk bersosial dalam dunia virtual  Ketika "sign up", daftar sebagai pengguna IMVU korang akan mendapat 2 jenis patung, iaitu patung perempuan dan lelaki. Salah satu jantina patung ini akan menjadi profil utama korang.      

Avatar Noob (basic) 

Avatar asas (selepas ini sis panggil avatar noob) diberikan wardrobe persalinan lengkap dari kepala sehingga ke kaki bersama 1 ruang sembang peribadi (chatroom) dan credit percuma (promo credit) untuk belajar membeli belah dalam "Shop". Berbelanja dengan bijak, korang boleh gunakan promo credit untuk naiktaraf avatar noob korang dari masa ke semasa. 

Mari kita kaji skit pasal avatar IMVU, avatar noob yang korang dapat sebenarnya dipakaikan dengan kepala untuk bentuk wajah, rambut yang pelbagai gaya, warna kulit, warna iris atau lens mata, pakaian atas (singlet) dan bawah (seluar panjang), kasut dan aksesori perhiasan diri. Kiranya IMVU bagi korang satu (1) set avatar noob lelaki dan perempuan. Untuk tujuan bereksperimen... kat app Mobile korang , tap kat bahagian Wearing, korang boleh lihat senarai item yang dipakaikan pada avatar korang. Bingkai warna putih akan kelihatan pada setiap item yang dipakai oleh avatar. Kalau korang "remove" semuanya, maka hanya tinggal avatar dalam keadaan default. Avatar default mengenakan pakaian t-shirt dan seluar pendek warna hijau bagi perempuan. Dan berseluar hitam bagi lelaki.  


Female default 

Male default 

Ciri-ciri avatar "default" ialah ada pergerakkan sendiri semasa berdiri dan duduk, ada auto ekspresi iaitu senyum dan responsive pada avatar lain apabila user berbual antara satu sama lain. Tiada rupa paras dan bentuk tubuh yang khusus. Kalau korang cari kat dalam shop pun sama juga kecuali yang ditambahbaik oleh Mesher. Penambahbaikan yang dibuat dari segi saiz kepala, tangan dan kaki. 

Koleksi female avatar sis yang memacam gaya.
Sis ada juga koleksi male avatar

Dari koleksi avatar yang sis ada, sis klasifikasikan avatar default kepada berikut:-

Animated

Avatar jenis ini ada persamaan dengan avatar yang diberikan oleh IMVU semasa  korang sign up sebagai ahli komuniti. Ada pergerakkan semasa berdiri dan duduk, ekspresi senyuman dan responsive pada avatar lain apabila penggunanya berbual antara satu sama lain. Tiada rupa paras dan bentuk tubuh yang khusus kecuali ditambahbaik oleh Mesher. Ia sama tapi tak serupa. Ciri-ciri istimewa, avatar beranimasi didatangkan dengan mode supermodel atau selebriti dan dimasukkan dengan pek aksi dan animasi. Ada juga avatar yang nampak lebih realistik kerana dimasukkan dengan animasi bernafas macam manusia.

*Rujukan: Sis selalu usha catalog Creator Sinderella, shop dia ada memacam jenis avatar dengan range harga 520cr hingga 10kcr. Korang click link ni, Ravish cuba avatar ini. Untuk avatar yang ada posepack animasi walk/dance korang boleh tengok avatar ni, Animated  

Static

Sis dapati adik-adik VU suka sangat pakai avatar yang static. Nak senang citer, avatar jenis ini sebijik macam patung display kat dalam butik pakaian. Takde pergereakan atau ekspresi kape ke... Ciri-ciri lain yang sis boleh bagitau avatar jenis ni ialah cuma ada 1 pose berdiri dan duduk. Avatar yang basic macam ni dijual dengan harga yang murah sebab tiada pek gaya, aksi atau animasi.  

*Rujukan: Korang boleh usha shop sis vienaxia, sis ada derive 1 avatar static, korang boleh cuba kat link ni, Formal Lady. Sis ada 1 avatar yang didatangkan dengan posepack, boleh cuba kat link ni, Model Poses + Sits

 
Lain-lain jenis avatar korang akan jumpa seperti cosplay, robotic atau makhluk pelik. Ada juga avatar yang datang bersama item sampingan. Banyak lagi avatar yang boleh korang survey bergantung pada tema yang korang nak avatar korang tampil 

*Rujukan: Kalau korang nak cari avatar yang lain dari biasa atau pelik, sis rekemen Creator tempatan, AvatarShop


DNA(Body) 

Korang sudah ada avatar default untuk mulakan langkah mencipta pesonaliti avatar yang berbeza dari biasa, cewahhh. Kita mula dari scratch untuk bagi korang bayangan skit macam mana IMVU pakaikan item asas pada avatar default membentuk avatar noob. 

Avatar default female (GA)
Tiada ton kulit (skinless)


Korang tengok avatar dalam keadaan default (gambar di atas) sis mulakan dengan memilih DNA (body) avatar dulu. DNA avatar terdiri dari pada "Head" untuk bentuk wajah, "Eyes" untuk lens mata, "Eyebrows" untuk kening? πŸ€”, "Hair" untuk gaya rambut 😏 dan "Skin" untuk ton kulitπŸ₯°. 
  • Head 
Bahagian Head atau dalam bahasa Melayunya "kepala" πŸ˜†lebih kepada bentuk wajah. Pilih bentuk wajah yang korang inginkan, bentuk bujur atau tajam atau bersegi (jawline). Tips yang sis boleh share kat sini, korang pilih head bersama ton skin untuk lihat hasil rupa head yang korang pilih. Within credit promo yang korang dapat sis syorkan korang cari head dalam julat harga 1000cr ke bawah dulu.    

Kalau korang perasan kat inventory, bahagian "Head"

Oleh kerana sis tak aktif agak lama, sis dah ketinggalan dengan produk head terkini yang sering digunakan oleh Creator untuk create Head. Tak silap sis, jenis bentuk muka dibahagikan kepada kategori "Zell" dan "Joy" (Hasil carian info di portal discussion setakat ini sis jumpa 2 jenis ini saja). Kedua-duanya kategori ini mempunyai ada ciri-ciri struktur wajah yang berbeza. Head zell lebih kepada oval-shape (bujur ⬯) dan Joy pula heart-shape atau berlian (rahang lebar dan dagu lebih tajamπŸ’“). 

*Nota kaki - head untuk male sis tak pasti macam mana kategori tapi sis pilih jawline head, strukur wajah gentlement macam celebrity Johnny Depp.

sis tak aware pasal Joy Head sehinggalah sis menulis post ni.
Sis banyak beli Zell Head anyskin
 

Kita sudah dapat petunjuk skit nak pilih bentuk wajah, membujur ataupun menajam. Kebanyakan head sama macam avatar default tanpa warna kulit (skinless) dan head jenis ini korang boleh padankan dengan mana-mana warna kulit (anyskin). Dalam masa yang sama ada head yang siap dengan warna skin tertentu, jenis ini sis sarankan korang beli skin dari shop Creator yang sama korang beli head, biasanya ada skin yang khusus. Kalau tak ada, korang terpaksa cari sendiri dan padankan dengan ton skin head yang korang pilih. 


Sample Mesh Head dari shop

Terdapat satu lagi jenis head yang sis rasa korang mesti berminat nak tahu iaitu Mesh head. Istimewa head jenis ini ialah direka mirip wajah manusia. Creator akan hasilkan Mesh head anyskin yang meniru wajah supermodel atau selebriti terkenal atau sesiapa saja (meniru bentuk mata, kening, hidung dan bibir). Satu lagi Mesh head, creator hasilkan dengan meniru sebijik keseluruhan wajah manusia. Jenis ini sama seperti head yang menggunakan skin tertentu dimana ia dihasil berdasarkan warna asal skin wajah manusia. Istimewa mesh head jenis ini korang boleh pakai head berwajah selebriti terkenal yang korang suka seperti Kardashian sisters, Lisa Blackpink, Micheal Jackson atau watak dari filem box-office seperti Aquaman, Captain Jack Sapprow dan sebagainya. Untuk mesh head jenis ini juga, creator akan buka tempahan kepada user yang ingin menggunakan wajah sendiri. Custom-made head ni agak pricy, tapi kena ambil kira kreativiti dan masa yang digunakan.  

Hanya sekadar pendapat peribadi, sis tak "fan" sangat dengan mesh head sebab padanan skin sangat terhad. Sis sama seperti kebanyakan user yang sukakan Zell head kerana sis boleh guna banyak ton skin dengan pelbagai jenis solekan wajah. Penting bagi sis untuk tujuan penstriman dan tanggungjawab sis memperlihatkan keseluruhan skin GA termasuklah solekan pada wajah yang dibuat oleh Creator. 
  • Skin 
Sis ada share tips mencari head dan skin bersama kan? Cara ini menyenangkan korang memilih ton warna kulit yang sesuai. Ton kulit ikut "origin" atau asal usul korang dari mana. Dan kita semestinya dari Benua Nusantara, sis letakkan warna sawo matang sebagai benchmark ton kulit orang asian. Jangan risau, tak ada siapa nak marah kalau avatar korang putih melepak dengan  mata sepet macam awek korea walaupun dunia nyata ton kulit korang sawo matang, hidung kembang dan mata bulat. Sis cuba nak create Viena as a pan-asian look alike lady, tapi ended up jadi macam rupa omputih la plak, suka pakai lens mata biru plak tuπŸ˜†. Janji lawa, betul tak?

Dan sis ada bagitau gak, skin yang dibuat bersama dengan pelbagai gaya solekan, khusus untuk user female yang sangat suka dengan solekan. Sis banyak buat koleksi skin yang sama dengan gaya solekan berbeza untuk maintain rupa Viena, tapi kekadang sis pakai juga warna skin lain. Untuk male user, jangan risau, bro. Skin yang dihasilkan oleh user male pun boleh tahan herlok, tetiba ade 6 pax padahal realiti kau boroi kan? Jangan emosi, tak salah pun nak berimaginasi memiliki tubuh badan yang sado atau jambu macam artis Korea. Kekadang boleh jadi inspirasi jugak.  

*Fakta menarik, jika korang berstatus Access Pass (AP) korang boleh akses barangan "adult" yang terdiri dari avatar tanpa seurat benang (bogel) menampakkan bahagian sensor. Sama juga jika korang menggunakan avatar GA dan memakai skin produk AP. Walau bagaimanapun avatar atau skin male tidak menonjolkan bahagian sulit lelaki. 
  • Eyes
Sudah pilih "Skin", korang pilih pula mata untuk avatar. Bentuk mata mata bergantung kepada head yang dipakai. Jadi korang tak yah risau pasal bentuk mata, fikirkan warna lens yang sesuai dengan head dan ton skin korang. 

Contoh produk "Eyes" dalam Shop melalui Mobile app 


Produk "eyes" dari 2012 sis menggunakan tekstur sendiri
The product works with certain head
 

*Fakta tentang dunia IMVU sis - tekstur mata salah satu tekstur sis sempat belajar sehingga mahir. Ada beberapa produk mata dari shop sis masih ok dipakai tetapi bergantung kepada "Head
"
  • Eyebrow 
Biasanya head korang beli siap dengan bentuk mata dan kening. Tak berapa penting tapi... pendapat sis la kan... bentuk kening pun main peranan jugak. Korang boleh pakai kening sedia ada pada head avatar atau add-on Eyebrow untuk berikan kelainan skit pada struktur rupa head korang. Sis tak pasti tetapi kadang-kadang saja user nak beli kening produk Eyebrow. Sis suka produk eyebrow sekarang nampak lebih realistik.   
  • Hair
Sekarang avatar korang sudah ada rupa unik, samada korang berjaya mencipta mirip rupa sendiri atau meniru mana-mana rupa Selebriti/Idola korang. Kita pilih rambut pula, sis suka rambut takat atas bahu, beralun dan warna coklat. Korang plak, suka gaya rambut yang macam mana? Ada pelbagai tekstur, warna dan gaya potongan dan dandanan rambut korang boleh pakaikan pada avatar korang. Malah user lelaki kalau korang suka avatar korang berkepala botak pun tak kisah. Cuma... jarang-jarang sis bertembung dengan avatar kacak berkepala botak ni. Rare breed kot 🀭 

Tips yang boleh sis kongsi untuk pemilihan gaya rambut, korang pilih stail rambut selepas korang dress up avatar. Bagi sis cara ini lebih mudah sama macam korang menonton series make over, akhir sekali stylish akan gayakan rambut dia kan? Terpulang kat korang nak mula yang mana satu, kalau ikut cara sis, fitting lebih kurang akhir sekali pilih stail rambut. 

Salah satu produk hair yang rasanya masih sesuai dipakai lagi

*Fakta tentang dunia IMVU sis - Produk rambut menjadi produk utama shop sis dulu selepas sis discover cara nak buat tekstur. Dari tekstur rambut ke tekstur mata dan seterusnya tekstur yang lain sebelum sis ambil keputusan stop online penghujung 2012. Dalam bab pembuatan tekstur sis masih amatur

Clothing

Korang sudah setup DNA avatar untuk digunakan setiapkan online, masa untuk korang menggayakan avatar dengan pakaian dan aksesori. Sis galakkan korang pilih produk terkini kerana adanya imvu+Bahagian "Clothing" terbahagi kepada 4 kategori iaitu Top, Bottom, Shoe dan Accessories. 

Viena pakai Top dan Bottom

"Top" adalah  bahagian dari paras pinggan ke atas. Kesemua jenis pakaian akan berada di bahagian ini. Namun bahagian "Bottom" iaitu paras pinggang hingga ke bawah, korang akan dapati pakaian seperti skirt dan seluar. Korang bebas buat padanan pakaian atas dan bawah tak kisah dari shop mana korang beli. Gunakan konsep mixed dan matched. Korang boleh cuba-cuba pakaian di ruang fitting dalam Inventory korang ataupun Shop.

Bahagian Top - T-Shirt, Singlet atau Blouse 

Korang akan jumpa gown dan dress (full) macam ni banyak dalam kategori Top

Bahagian Bottom biasanya seluar dan skirt

Bahagian "Accessories" pula untuk apasaja perhiasan untuk tubuh avatar yang boleh dipakai untuk kelihatan lebih menyerlah seperti anting-anting, rantai, gelang, jam tangan, topi atau cincin, make up dan yang sewaktu dengannya. Tidak terhad kepada perhiasan diri, ada pelbagai add-ons masuk dalam kategori ini seperti bodylight, filters, scaler... ahhhh  banyak giler la item dalam kategori ini yang korang tak sangka ada dijual dalam Shop. 

Accessories - Subang dan Nails 

Rantai labuh

Topi dan bag

Tak mampu pakai latest iPhone, pakai dalam IMVU pun jadik arrr

Bahagian "Shoe" pula sudah tentulah untuk kaki avatar korang. Korang jangan emosi dengan avatar default berkaki lebar dan tak cantik tu. Ada bermacam-macam jenis dan rekaan kasut dan juga kaki untuk repair kaki avatar tu. Ahaaaa...cam magic gak la bila dah pakaikan kasut, kaki avatar korang auto herlokkkk. Creator memang sengaja jual item berasingan supaya kita membazir membeli belah dalam shop. Tapi itulah yang seronok, lagi banyak item korang beli lagi banyak stail korang boleh buat.

Shoe - pelbagai rekaan

Korang perasan tak ada bahagian "Miscellaneous" dalam inventory korang? Kalau korang beli apa-apa, kemudian cari tak jumpa kat top, bottom, shoe dan accessories. Korang semak kat dalam miscellaneous ni, mesti jumpa. Kecuali item yang IMVU tarik dari shop atas sebab-sebab tertentu, item tersebut akan dipadamkan dari inventory korang. Jangan risau korang akan dapat refund untuk item yang kena banned tu. 

Avatar male - Credit to account @ArraixDoe

Dari kepala sampai ke kaki, item user male tak kurang hebatnya, asalkan korang lelaki pandai stylo milo avatar korang jadi kacak, tampan, bergaya dan unggul... sis percaya korang mampu tarik perhatian user perempuan sebagaimana user perempuan menarik perhatian ramai user lelaki. Best man win!  

Outfit 

Untuk pengetahun korang definisi "outfit" dalam IMVU ialah apa-apa item yang korang pakaikan pada avatar korang (DNA/Body dan Clothing). Sekarang korang sudah berjaya setup penampilan Avatar korang lengkap dengan DNA/Body dan Clothing bersedia masuk ke mana-mana chatroom dan mula bersosial. Andai kata korang nak tukar pakaian avatar korang, tak perlu reset balik kepada avatar deafult, korang hanya perlu tukar, ganti atau tambah saja dari koleksi item korang ada dalam inventory. Sebelum korang nak tukar pakaian,  korang boleh save outfit korang dan lihat semula dalam Saved Looks nanti.

Tips yang sis boleh kongsi kat sini, selepas sis dress up Viena sis akan save outfit. Cara ini bantu Viena bersiap dengan mudah. Contohnya jika korang dapat invitation party atau ceremony dengan tema pakaian tertentu, korang boleh siapkan avatar korang dengan outfit tema yang dimaklumkan dan simpan kat Saved Looks. Bila tiba waktu event berlansung, korang masuk chatroom, boleh terus upload outfit untuk tema event tu. Tak perlu korang ambil masa pakaikan item satu persatu. 

Saved Looks sangat berguna bagi sis yang selalu buat streaming, sebab boleh sis boleh standby dulu outfit. Sebab yang lain, menjimat masa sis mencari-cari balik item dalam inventory. Cuma upload semula outfit yang sis nak guna, kemudian  add/remove item yang mana patut. Simple!

Outfit sis simpan kat "Saved Looks"
Sis boleh pakai semula bila-bila masa sis nak

Lagi satu (1) tips yang boleh sis share kat sini, korang buat satu (1) set DNA/Body tetap untuk mudah korang tukar ganti pakaian dan aksesori avatar korang dan simpan dalam Saved Look. Kadang-kadang akibat kita asyik tukar dan tambah itu ini, avatar jadi berat dan mungkin korang terpaksa mula semula, korang boleh terus ambil balik kat Saved Looks dan dress up semula avatar. Oleh kerana sis modeling untuk beberapa Creator sebelum ini, sis buat beberapa set avatar DNA/Body yang siap dengan poses dan tiggers untuk tujuan penstriman dan set untuk bersantai. 

P/s : veteran user macam sis ni, outfit dari 2010 pun tak habis lagi delete, outfit baru semakin bertambah...hmmm...  Perlahan-lahanlah sis delete outfit sis yang lama2 tu. Kekadang berguna jugak yang lelama tu untuk buat snapshot verses 😝

Profile 

Korang juga boleh pilih salah satu outfit yang korang simpan dalam Saved Looks untuk profil, outfit yang korang pilih akan dipaparkan dalam kad profil dalam bentuk 3D. Kad profil ni kiranya korang punya ID sebagai salah seorang komuniti IMVU. User boleh melihat penampilan avatar korang dari situ. Jika korang ada beli apa-apa token untuk status seperti VIP, Host Live Room, Marriage dan Access Pass, lencana status korang dipaparkan pada sebelah kanan skrin profil. Kalau korang user senior yang menyertai program Greeter, lencana Greeter akan paparkan dengan jumlah berapa ramai newbie korang sambut dan berkomunikasi. Jika korang tak aktif lansung dalam chatroom "Hangout", lencana Greeter tak dipaparkan. Lencana Creator dipaparkan jika korang menyertai program Creator. Dan ada info yang memaklumkan status Creator korang. Sis Veteran Creator, sebabkan tidak aktif Level Creator tidak ditunjukkan, selalunya Level sis antara 2 atau 3 je. Manakala Level 10 adalah level Creator tertinggi, status ini berdasarkan konsisten seseorang Creator menghasilkan produk dan juga rating sales beliau. 

Ada lagi beberapa bahagian dalam profil kita boleh semak iaitu About, Posts, Followers dan Following. Kalau profil sendiri korang boleh nampak bahagian Friends. Bahagian "About" korang boleh semak maklumat ringkas peribadi user seperti umur, jantina, region (Location), Ada ruang iklan (merata IMVU letak iklan). User yang jadi Creator, status Creator dan akses ke catalog dipaparkan juga dalam bahagian ini. Status chatroom mana user tengah lepak. Korang boleh edit dan paste ringkasan tentang diri korang dalam Bio dan Interest, sis cuma letak info sis model untuk Creator mana, hobi dan aktiviti sis. Affinity user, jenis perhubungan  dan tujuan korang berada dalam IMVU dan akhir sekali info sejak bila korang menjadi ahli komuniti. Korang perasan kannn ada "EDIT" pada kad Profil di mana user boleh edit privacy mereka. Korang boleh pilih nak sorok atau tayang info korang. 


Profil Viena

Tap(ketik) bahagian Posts plak, korang dapat lihat feeds. Selain dari Feed, korang boleh tengok feed user lain kat sini terutama sekali jika user tersebut tiada dalam circle korang. Dari sini korang pun boleh tahu juga seseorang user tu aktif atau sendu. Korang boleh like dan tinggalkan comment pada feed, terpulang... User yang aktif korang boleh nampak feed terkini bila dia post..., adakah dia sejenis kera sumbang macam sis suka snapshot sorang2 atau dia sentiasa berkepit dengan pasangan atau selalu hangout dengan kawan-kawan ataupun join mana-mana event/party. Bahkan melalui Dekstop dan Web, korang boleh tahu lokasi chatroom user tersebut snapshot. Kalau dia enable pulak TAG, korang boleh usha outfit dipakai dalam gambar dan beli kat Shop jika berkenan. Tapi kalau jenis yang tak post apa-apa kat feed, kita susah nak perdict skit, namun masih boleh tahu dia sedang online atau offline melalui tanda titik hijau kat DP...






Hampir sama dengan konsep instagram, korang ada Followers dan Following. Melalui kad profil user boleh semak korang ni ramai tak followers dan siapa yang follow. Begitu juga Following, user boleh semak siapa korang follow. Melalui Followers dan Following, kita boleh mengetahui seseorang itu dalam lingkungan kenalan kita atau tidak. Tips add/follow friends yang sis boleh kongsikan ialah korang boleh pilih hanya nak follow saja atau nak add dalam friendlist korang. Bila korang add seseorang, automatik korang follow dia. Dan dalam friendlist pulak, korang boleh pilih unfollow user tanpa unfriend. Kot la korang rasa nyampah tengok feed kenalan korang yang suka spam or post gambar disturbing atau status yang tidak menyenangkan, tapi korang tak sampai hati nak unfriend dia, korang boleh unfollow dulu supaya korang tak perlu tengok feed dia lalu kat timeline Feed korang. Dia bukan tau korang unfollow dia pun kecuali dia rajin nak semak sekor...sekor followers dia yang beriban tu. Jangan risau korang masih boleh diam-diamtengok feed dia melalui kad profil. 

Klik kat "See All Product" korang boleh la skodeng shop sis.

Jika korang Creator macam sis, kad profil akan paparkan catalog Shop korang untuk user akses. User boleh usha shop Creator dengan tap kat "See All Products". Kira macam jalan pintas korang nak tengok item terkini dari Shop Creator favorite melalui Profil Creator.    

Fakta menarik - kad profil diatas adalah profil yang korang boleh semak melalui Mobile dan Dekstop app juga Website NEXT. Manakala kad profil Classic app dan website pula terhad kerana tiada feed tetapi korang boleh tengok album user jika dia ada buka album untuk public view 

Mengubahsuai avatar
 
Bentuk badan avatar deafult sis dah story dah dengan korang. Bentuk badan avatar bergantung kepada outfit yang dipakai sebab jenis-jenis pakaian Mesher buat bersama bentuk badan. Saja sis bagitau supaya korang tak hairan bila beli baju bila pakai tetiba nampak tertalu menonjol. Try dulu apa-apa outfit korang berkenan sebelum beli.  Sis nak story dengan korang waktu sis mula-mula kembali aktif online. Faham-faham je lah bila terlalu lama tak online dalam virtual, avatar perlukan upgrade. Selama sis tak aktif, sis masih login akaun melalui website classic jika ada notifikasi sales masuk melalui e-mel. 

Viena dari 2012.

Sampailah IMVU launch webpage NEXT, force semua user login melalui website melalui NEXT, dan IMVU launch Mobile app. Sis start aktif semula, usha Feed dan Discover, usha akaun kawan-kawan lama... nampaknya sis je ni aktif balik, hmmmm. Skodeng shop, checking on avatar... kot...kot la dah boleh jalan-jalan macam avatar "Second Life"😝. Avatar default semua masih sama je tiada perubahan ketara sangat. Cuma ada la avatar yang bersaiz "Huge" dan "Giga" dah tak sesuai bagi sis untuk pakai lagi sekarang. Belek-belek pakaian dan aksesori... Lalu sis buat housekeeping simpan item lama dalam web inventory. Masa untuk makeover Viena!

*Second Life - juga rangkaian sosial menggunakan avatar sama macam IMVU tetapi avatar di sana lebih realistik, boleh melakukan pergerakan seperti online gaming lain, pendek citer avatar dia rajin berjalan, avatar IMVU malas, loncat je dari spot ke spot lainπŸ˜‚  

Penampilan awal Viena ketika mula kembali aktif 

No way sis nak bawa Viena jumpa user lain dengan rupa yang outdated. Berdasarkan survey, sis dapati head avatar sangat la berbeza dari 7...8 tahun lalu. Kening mata, ton kulit, lens mata nampak lebih realistik sekarang. Nampak gaya head sis totally outdated, perlukan head baru. No more smokey eyes ☹... Mencari head yang sesuai ni bukan senang ye adik-adik, yang mana rasa berkenan simpan dulu dalam wishlist, kemudian test 1 by 1... tak sesuai cari lagi, simpan lagi dalam wishlist kemudian test 1 by 1 sampai la dapat yang sis rasa sesuai. Awal-awal sis cultural shock dengan price head yang mahal walaupun sis ada banyak credit, sis tetap kedekut nak berbelanja besar. Sis ada jumpa juga yang murah dan herlok. Sis berjaya upgrade head dan ton skin. Sis masih pakai lens mata dari catalog eyes sis sendiri.


Upgrade head dan skin, sis dapat gift blusher dari user misteri.
Head ni sangat affordable bagi sis tetapi end up Creator-nya kena DMCA hold 

 
  • Scaler
Walaupun sis aware adanya scaler sebelum sis stop layan IMVU dulu, sis tak terfikir nak menggunakanya sebab sis sudah ada avatar bersaiz besar dari avatar normal. Sis cuma start guna banyak scaler bila aktif semula disebabkan oleh ukuran "standard" model yang diperlukan untuk modeling. 

Amende scaler ni, sis? Scaler adalah alat halimunan yang mengubah saiz dan bentuk badan avatar... hehehe. Scaler masuk dalam kategori Accessories. Kegunaan scaler untuk tambah/kurang saiz avatar atau bahagian anggota tertentu avatar seperti kepala, bahu, lengan, dada, pinggang, pinggul dan kaki. Korang boleh usha catalog dari Shop Scaler. Kesemua produk dari shop ini sangat murah, serendah 499cr je. Korang boleh pilih nak resize avatar terus atau pilih bahagian anggota tertentu yang korang nak selaraskan semula. Jika korang rasa leceh nak beli setiap satu scaler untuk anggota badan yang korang nak resize walaupun harga produk murah, korang boleh cari pek combo ikut size yang korang nak.

  • RLS, RL & RLL
Selain dari menggunakan scaler, pakaian juga memainkan peranan untuk bentuk badan avatar yang korang inginkan. Sesetengah Creator akan hasilkan produk pakaian yang sama dengan saiz dan bentuk badan berbeza sesuai dengan kehendak user. Apa itu RLS, RL dan RLL? Memula sis pun tak sure amende RLS, RL dan RLL semua ni, yang sis pasti ada kene mengena dengan saiz pakaian avatar female. Rupanya RLS, RL dan RLL adalah singkatan Real Lola Small, Real Lola dan Real Lola Large. 

Siapa Lola? Sis pun tak tau tetapi mungkin Mesher menggunakan bentuk badan seorang wanita bernama Lola sebagai pengukur bentuk badan kurus, normal dan besar, dan ukuran boobs, pinggang, pinggul dan peha. Pakaian saiz RLL mungkin besar dan lebar, RL pula saiz normal, manakala RLS sesuai dengan user yang suka avatar dia kelihatan keding (slim). 
  • Long Legs
Produk Longlegs digunakan untuk memanjangkan kaki anda. Bolehlah avatar korang kelihatan seperti seorang model berkaki panjang seperti Karlie Kloss or Bella Hadid. Korang nampak feed user gambar snapshot kaki dia panjang semacam tu, dia mesti menggunakan scaler long legs. Cuma satu saja kekurangan produk ini ialah korang dapat panjangkan kaki avatar tetapi dalam masa yang menyebabkan upper body dan size avatar korang menyusut lebih kecil. Korang boleh repair size dengan memakai scaler avatar bersaiz lebih besar (130%/140%)

Viena menggunakan long legs
Kaki nampak lebih panjang

Tak semua pakaian dapat disesuai dengan scaler yang dipakai, malah tak sync dengan spot pada perabut dengan tepat. Walaupun tak penting, bagi sis yang mahukan kesempurnaan dalam snapshot, dapat avatar sync 90% dengan perabut pun jadilah, sis boleh guna controller atau adjuster dan manipulate tools navigator.
 
Kesimpulan

Kesimpulannya korang dah boleh berdikari sekarang, dah tahu tips nak setup avatar cantik-cantik. Sis percaya korang lebih handal mixed and match outfit untuk menyerlahkan fizikal avatar korang. Lebih mudah bagi korang yang sign up akaun baru nak setup avatar korang kalau nak banding akaun sis yang dah berusia 13 tahun ni. Dengan info asas yang sis share kat sini, sekurang-kurangnyat korang tak blur sangat lepas berjaya "sign up". Kena rajin membaca dan mastered dengan app yang korang guna. Segala info korang boleh cari kat dalam Community Center IMVU atau korang boleh je bertanya dengan user sudah lama. Tapi dorang tak layan, korang boleh tanya sis.  

Selepas korang dress up avatar, korang leh mulakan langkah bersosial 
IMVU akan perkenalkan hangout room tuk korang "ice breaking" ngan user baru lain
Lam room ini de seorang Greeter iaitu sukarelawan user senior
Jika korang ada sebarang kemusykilan tentang IMVU korang leh tanya dia

Bab bersosial sis mintak maaf sebab sis ni introvet... sis prefer isolate Viena dari bersosial yang tak tentu hala dan fokus kepada penstriman. Adalah beberapa perkara yang sis tak bersetuju dengan konsep IMVU ni, sis letakkan prinsip sebagai pengguna yang tak boikot dan tak menyokong... sis tak melarang dan sis juga tak menggalakkan. Cara korang bersosial tak kiralah korang GA atau AP, korang layan IMVU atas risiko dan tanggungjawab sendiri.  

Sebelum sis akhiri coretan yang beberapa kali edit ni, sis harap korang tak buat perangai mintak exact link head atau skin yang user lain tengah pakai sebab terlalu spesifik. User tu akan anggap korang biadap ye. Cuba fikir, pepenat dia cari DNA yang sesuai dengan citarasa dia, takan dia sesenang nak share ngan korang? Takan la dia nak benarkan user lain duplicate sebijik rupa dia? No way! Sis sendiri pun tak selesa kalau korang tanya direct cam tu. Korang nak avatar korang jadi korang ke jadi sis? Haaaaaaa.... Cara terbaik kalau korang terdesak sangat nak tahu user tu pakai head atau skin apa, korang bertanya Creator yang boleh disyorkan sebagai rujukan korang. Dapat nama Creator, korang boleh cari dan mungkin jumpa yang lebih sesuai untuk avatar korang.  

Sis akhirnya kongsi gak camne nak sign up sebagai IMVU user kan???... Pembaca-pembaca liar πŸ˜‚ yang mungkin berminat nak layan IMVU, silakan. Enter at you own risk. Owh, lupa nak share link website IMVU, korang boleh klik kat sini, IMVU untuk daftar dan menjadi sebahagian dari komuniti. Boleh lepak room Curheart sis sementara nak cari chatroom yang lebih meriah. Sudi lah korang add atau follow akaun IMVU sis, @vienaxia dan jika ada sebarang pertanyaan, PM terus dengan soalan. Setakat PM "Hai" sis tak layan tau. Semoga maanfaat! ❤