Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Hai, korang!👋👋👋
![]() |
| AI Edited tambah efek shadow dan lighting |
Dah nak masuk pertengahan tahun barulah terasa nak menaip sesuatuðŸ¤Sis taklah beria sangat nak kemas kini blog. Tapi aktiviti menaip blog ni boleh membantu sis mengurangkan masalah"otak bising". Sis ada baca info, nak kurangkan masalah "otak bising"cara terbaik ialah menulis sesuatu. Tulislah apa saja yang difikirkan. Atau buatlah apa-apa yang boleh dikeluarkan dari fikiran kita. Sis pilih menaip blog. Sebenarnya ada niat nak jadi penulis novel jugak😆. Tapi setiap kali sis nak mereka jalan cerita novel sis, boleh tahan merapu, meraban, melalut dan mengarut jugak jadinya😂. Lebih baik sis menaip blog pasal aktiviti IMVU sis. Ada yang membaca atau tidak, itu belakang cerita. Tapi aktiviti IMVU sis sendu je sebab jarang bersosial dalam mana-mana room. Sekali-sekala buat duty as greeter masuk dalam room IMVU hangout, jarang sangat jumpa Malaysian. Adik-adik VU pun dah beralih arah ke platform lain. Dorang lebih suka avatar yang bergerak di chatroom. Dalam IMVU avatar stand still je tapi ada action/trigger. Walaupun sendu, sis masih lagi aktif jadi penstrim fashion dan masih buat kerja strim dengan creator yang sama. Dalam masa yang sama juga, bila ada mode nak create, sis akan create sesuatu untuk katalog sis.
Bila sebut katalog, teringat sis pernah cerita dalam post sebelum ini yang sis cuba nak create baru clothing kebaya tapi KIV dulu dengan alasan tak ada masa nak polish skill. Bukan professional skill pun, skill nak menggunakan program Paint.NET je. Tapi itulah… bila semak katalog, pakaian raya dalam katalog sis semuanya sis buat 14 tahun lepas. Dan tak pernah jangka ada user akan membeli clothing dari katalog sis sebab clothing dari katalog creator Malaysia lain semua herlok. Selama ni pun sis target user akan beli posepack, triggers/action dan avatar. Namun, bila semak notifikasi jualan masuk melalui e-mel, nampak masih ada yang membeli clothing. Alamak... Kenapalah dia beli? Pesanan sis kepada korang yang nak membeli di katalog sis. Sebelum proceed beli, sila cuba dulu ke kat avatar korang ok atau tidak. Kebanyakan clothing tema tradisional sis dah outdated dan tak sesuai untuk avatar pakai sekarang. Nampaknya sis kena juga buat clothing tradisional baru untuk katalog sis.
Sis kekalkan konsep tradisional-moden Melayu, kali ini sis nak cuba buat tekstur lace. Di dunia sebenar, kain lace ialah fabrik nipis dan berlubang-lubang yang dihasilkan dalam corak seperti honeycomb yang rumit. Dalam IMVU, tekstur lace memerlukan opacity untuk menjadi seperti kain lace yang nipis dan jarang. Opacity adalah tingkat kejelasan atau transparansi suatu objek, gambar, atau lapisan. Dalam proses menghasilkan baju kebaya, pemetaan baju dalam imej hitam, putih dan skala kelabu (grey scale) baju perlu dibuat untuk dijadikan sebagai opacity. Opacity yang tentukan bahagian baju yang nak ditunjuk, dinipiskan dan disembunyikan. Bahagian bottom (skirt) tak susah sangat; sis buat corak batik cop yang ringkas dengan efek folding yang basic dan tak perlukan opacity (terlupa nak buat details kat pinggang supaya nampak macam pinggang skirt betul). Maka siaplah clothing kebaya moden, sis, yang pada awal eksperimen sis buat asing top dan bottom. Sis jadikan full-fit untuk menyenangkan user membeli (jimat kredit). Sis design beberapa corak dan gaya baju kebaya, tapi yang paling favorite [V] Kebaya Lace Hitam.
| AI Edited tambah efek shadow dan lighting |
| AI Edited tambah efek shadow dan lighting |
| AI Edited tambah efek shadow dan lighting |
Projek tambahan, sis buat item lain seperti subang, rambut (sebab sis hair texture maker), sepatu dan juga selendang. Sis bercadang untuk menambah lagi item yang bertemakan tradisional Melayu dalam katalog sis dari masa ke semasa, bila mana sis ada mood dan masa lapang. Cuma buat masa ini, sis hanya akan buat item untuk female avatar saja. Disebabkan sis lone ranger forever dalam IMVU, maka katalog sis khas buat female user yang solo lah, gitew😉.
| AI Edited tambah efek shadow dan lighting |

