Khamis, 28 September 2023

#IMVU - Tiada Tips Mudah Masuk Discover (tips dan alat berguna untuk snapshot)

 Assalammualaikum & selamat sejahtera korang!


Kalau korang tanya tips nak "Feed" masuk Discover... sis minta maaf sangat🙏 Sis tak ada tips yang mudah. Sis sendiri pun "struggle" gak nak dapatkan gambar masuk Discover😓. Cam sis pernah citer dalam post sebelum ini, Chapter Baru Dalam IMVU - Episod 1: Feed dan Discover. Sis sangka pulun "Feed" masuk Discover ni satu aktiviti yang menyeronokkan. Sebenarnya tidak... 😭 Tak seronok lansung bila kita pulun snapshot banyak-banyak 🤢 namun 1 gambar pun tak lepas masuk Discover. Tak memasal sis jadi stress pasal mende lara ni. Kita online IMVU bukan untuk stresskan diri. Kenapa payah benau gambar nak masuk Discover? Apa yang tak kena? Kualiti gambar sis dengan gambar user lain dalam Discover nampak sama. Sis cuba beri kelainan snapshot, Viena dah tunggang terbalik sis kerjakan dengan pelbagai gaya dan aksi🥴. Ada satu ketika sampai 2 minggu berturut gambar sis tak berjaya masuk Discover. Sampai sis pernah report isu ini kat Customer Support IMVU. Kita nak sertai cabaran WOC, patutnya pilihlah salah satu gambar peserta masuk Discover, betul tak?😂😂😂 Sis dah habis ikhtiar dah la tu sampai report kat CS, bagi feedback dalam Community Center dan artikel. Pehtu fikir balik, sis dah berjaya masuk Discover sebelum ni kenapa sis beriya sangat? Sis stop masuk WOC, ambil tempoh bertenang dulu dan fokus kepada promo strim.

Awal penglibatan sis dalam virtual modeling

Sebab itulah sis bagitau tiada tips mudah untuk gambar kita terpilih masuk Discover. Sis tak tau lah ilmu apa yang dipakai user yang beratus kali masuk Discover. Ke dia menipu sebenarnya? Maksud sis menipu tulis kat caption atau tagline profile dia dah Discover 329 kali. Sis dah jumpa sorang letak tagline Discover 100 kali tapi tak pernah post sekeping gambar pun😂. Tapi kan... WOC lah waktu yang sesuai untuk korang menyerlahkan avatar korang, kumpul lebih ramai pengikut, menjadi popular dalam dunia IMVU, menggunakan bakat dan kepandaian korang snap gambar. Kepada yang baru nak mencuba nasib masuk Discover, boleh klik kat pautan ini, How To Be Featured On Discover dalam Community Center IMVU. Korang boleh tahu apa yang boleh dan tak boleh post kat Feed kita. Kalau korang malas nak singgah Community Center tu, sis kongsi skit info sis ambil dari topik ini untuk rujukan korang. Gambar snapshot kita hendaklah mengandungi perkara berikut:

  • Pencahayaan, warna, ciri yang berbeza
  • Ciri yang jelas dan tiada gangguan (glitch)
  • Latar belakang yang menarik
  • Pakaian yang sedang trending dari katalog 
  • Resolusi imej yang baik, pastikan tiada piksel atau pecah juga elak kesilapan
  • Aksesori yang menyeronokkan seperti barang kemas, topi, tudung, dsb.
  • Gaya rambut yang hebat
  • Postur dan sudut badan yang baik, tanpa bahagian yang tidak seimbang

WOC - Weekly Outfit Challenge merupakan peraduan menggunakan #IMVUWOC_ yang diadakan oleh IMVU untuk pengguna yang suka bergambar dengan pakaian yang mereka beli dari Shop. Tema setiap minggu berbeza dan ada masa dibuat semula sempena musim dan perayaan di U.S.A (Summer, Spring, Autum, Winter, Halloween, Xmas, Thanks Giving dll). Top 10 akan dipilih, juara WOC dapat "grand prize"   

Waktu WOC berlansung, kita akan bersaing dengan user lain. Info yang sis dapat dari staff IMVU (hasil aduan tak puashati gambar tak dapat masuk Discover😂), Top 10 WOC diplih berdasarkan jumlah undian likes paling banyak, undian like tertinggi akan dinobatkan sebagai juara WOC. Barulah sis faham kenapa juara WOC kekadang nama yang sama. Korang kalau tak malu boleh kempen habis-habisan suh kawan-kawan dan follower korang likes gambar WOC yang berjaya masuk Discover. Mana tau korang masuk top 10? 😆


Kononnya team Discover ni akan melihat terperinci gambar kita samada layak atau tidak masuk Discover. Gambar yang gempak belum tentu dipilih masuk Discover jika tidak menepati kriteria. Biasanya jika bukan waktu WOC berlansung, gambar dipilih secara rawak oleh staff IMVU untuk penuhkan Discover. Kalau korang nak tahu, boleh dikatakan 95% user VU termasuklah korang sebenarnya handal snapshot tau. Namun yang betul-betul handal pun belum tentu dapat masuk Discover setiap masa. ThePrecious user IMVU dengan "Feed" paling gempak pun dah jarang dapat masuk Discover. Kawan-kawan "Feed" sis pun bukan biasa-biasa, ramai yang handal snapshot. Sis banyak "study" gambar dorang untuk pertingkatkan kualiti "Feed" sis. User tertentu yang sangat kerap masuk Discover biasanya samada dia influencer atau ambassador IMVU. 

Sebenarnya ada faktor-faktor tertentu yang mungkin penyebab gambar kita tak dapat masuk Discover. Walaupun staff IMVU pilih gambar secara rawak tetapi mereka masih ambik kira kriteria yang melayakkan gambar masuk Discover. Hasil eksperimen dan kajian sis dengan adik-adik VU, sis kumpul beberapa faktor yang patut kita elak kalau nak gambar kita terpilih masuk Discover tidak kira waktu atau luar waktu WOC:-

  • Elak spam gambar yang sama (lebih baik korang snapshot pelbagai pose dalam chatroom sama, tapi ada je yang buat macam ni dapat masuk Discover)
  • Elak guna bodylight (pendapat sis ya, sebab bodylight akan efek suasana dalam chatroom. Sis perasan gambar sis dorang pilih yang tak pakai bodylight). Menurut IMVU guna bodylight dalam public room diangap "rude". Korang seharusnya elakkan memakai bodylight bila masuk public room untuk snapshot
  • Kalau boleh elak pakai item ada logo dari jenama-jenama terkenal. Korang boleh baca dalam artikel ni, Unauthorized Use of Gucci brand
  • Elak post gambar yang diedit. Untuk WOC IMVU hanya pilih gambar korang snap terus dari Chatroom. Kecuali untuk cabaran TopEdit, user boleh upload gambar yang diedit semula. Meniru atau repost topedit user lain tidak dibenarkan
  • Elak post gambar yang menunjukkan simbol-simbol pemujaan dan juga item larangan yang tak sesuai dilihat oleh audience bawah umur seperti senjata, arak dan rokok
  • Elak post gambar yang menunjukkan keganasan seperti pakaian yang penuh dengan darah

Feed dan Discover masuk dalam kategori General Audience (GA). Hanya chatroom, avatar dan pakaian GA sahaja yang dibenarkan. Oleh itu, gambar-gambar yang ke arah "nudity" sama sekali tidak akan dipilih masuk Discover, malah "red flag". Maksudnya kalau korang pakai pakaian yang terlalu seksi sampai nak tersembul tu, staff IMVU skip terus😅. Lagi satu gambar pasangan yang terlalu intim contoh aksi/pose macam nak beromen kat public tidak sesuai menjadi tontonan audience bawah umur, sekilas pandang je staff IMVU terus skip. Kalau ada audience flag gambar-gambar sebegini, staff IMVU akan remove terus dari Feed kerana dianggap "inappropriate picture". Pesanan mesra dari sis, simpan saja gambar-gambar beromen korang dalam galeri, korang masih boleh kongsi gambar geli-geli sesama korang kat Socmed lain (IG/FB). 


IMVU ada gak kongsi video panduan masuk Discover melalui youtube. Korang boleh tonton kat pautan yang sis kongsi di atas. Apapun korang perlu jadi kreatif dengan permandangan dalam chatroom dan perspektif sendiri. Sis sendiri tak selalu dapat Discover, nak cakap gambar yang dipilih masuk Discover tu gambar yang terbaik,... sis rasa gambar sis yang dorang pilih tu biasa je tapi mungkin gambar tu saja yang menepati kriteria Discover🙄 Dari video IMVU di atas, sis simpulkan 5 tips utama yang boleh kita jadikan panduan. 

  • Kalau boleh snap dalam room yang beresolusi tinggi (gambar lebih vibrant). Korang search chatroom +imvu. Kalau snapshot dalam Classic pun masih boleh guna chatroom +imvu. Korang akan nampak perbezaannya dengan chatroom bukan +imvu
  • Guna kreativity untuk ekspresi wajah yang menampakkan emosi avatar bila close-up. 
  • Jika snapshot berduet atau kawan-kawan, tampilkan adegan berinteraksi (menampakkan ada cerita dalam gambar) 
  • Snap aksi beranimasi seperti berjalan, berlari, menari atau sebagainya memang susah, dan sis akui sebab sis memang suka snap gambar aksi, mencabar seumpama jurugambar sebenarnya nak cuba snap gambar kereta F1 berlumba. Tapi hasilnya gambar nampak hidup dan ada 1001 cerita. 
  • Glitch... bukan saja faktor gambar kabur atau piksel pecah malah kesilapan pada pose avatar juga perlu dielakkan.

Tips yang lain IMVU sangat suka kita snapshot bersama kawan-kawan dalam chatroom. Menunjukkan kita sedang berhubung dan bersosial. Peluang gambar masuk Discover lebih besar. Tapi pastikan gambar korang ada suasana, adegan dan ekspresi yang memberikan cerita pada gambar. Ya, IMVU mencari kelainan pada setiap gambar korang dan mengambil kira perinci pose dan aksi.  

Glitch

Apa itu glitch? Glitch dalam IMVU merujuk kepada kesilapan yang menjejaskan gambar. Kualiti gambar seperti kabur atau berpiksel dan kualiti pose/aksi pula seperti avatar, pakaian dan aksesories serta trigger. Semua ini antara sebab kenapa sukar gambar kita dapat masuk Discover.

Sembang pasal glitch, cabaran sis masa mulakan streaming dan modeling adalah glitch. Oleh kerana agensi modeling sis menetapkan format bingkai dan perlu letak logo. Gambar-gambar yang sis upload ke Feed selepas masukkan frame dan logo akan selalu glitch. Mungkin sebab sis tengok dari Mobile app. Dalam galeri gambar elok saja. Bagi sis isu perkata biasa berlaku setiap minggu, nak... nak waktu WOC. Motif kan? Waktu ini jugak la IMVU nak buat penyelenggaraan. Kalau sebab sambungan internet perlahan atau peranti, boleh la diterima kannn. Nak buat cam ne kalau pakai peranti grapiknya tak mencapai keperluan? Korang sebenarnya boleh semak peranti yang sesuai untuk app IMVU kat sini, IMVU Compatibility Guide.

Gambar kabur dan berpiksel berlaku kemungkinan disebabkan oleh grafik peranti, post atau muatnaik gambar ketika sambungan internet perlahan atau putus-putus atau waktu IMVU sedang buat penyelanggaraan. Bagaimana pula gambar cantik, grapik padu, beresolusi tinggi tapi masih ada glitch? Glitch berlaku pada pakaian ketika buat pose tertentu. Itulah dugaan sis bila nak guna pose yang lain dari biasa. Ada pose cantik tetapi tidak sesuai dengan pakaian kerana glitch. Lepas tengok video sis kongsi kat atas, temubual staff IMVU, Zoey dan Creator Vumaru, kita dah tahu faktor gabungan avatar, pakaian dan aksesori, pose serta sudut snapshot juga punca glitch yang menyebabkan gambar tidak dipilih masuk Discover. Kerana itu sis sarankan bila korang post gambar WOC, pelbagaikan snapshot. Bermain dengan posepack, aksi dan trigger yang korang ada.  Mana tau dalam banyak-banyak gambar, salah satu diplilih masuk Discover? Untuk sudut dan navigasi dalam chatroom, sis ada kongsi panduan dalam post sebelum ini, Episode 6: Kegunaan Kamera IMVU dan Tips Snapshot

Modeling Tools

Dalam penstriman promo pun, Creator akan menekankan isu glitch ni. Tugas model strim outfit yang sempurna. Glitch akan memberi kesan kepada jualan katalog, boleh jadi user tak berminat nak beli disebabkan mereka nampak glitch pada outfit. Sis perlu berhati-hati dalam pemilihan avatar, aksi dan sudut snapshot. Gaya modeling sis jadi terhad. Disebabkan ini juga, kebanyakan model yang ada skil editing lebih senang snap hiresnobg dan edit gambar streaming dorang. 

Contoh glitch pakaian dan pose.
Korang nampak tak tangan Viena tembus pakaian?😌

Bagi model yang ada skil editing, boleh guna kelebihan ini untuk strim promo. Sedangkan model macam sis yang hanya snapshot lansung dari chatroom, sis perlu fikirkan sesuatu yang boleh bantu sis atasi glitch. Bagaimana sis nak baiki pose yang glitch? Dengan adanya alat yang boleh selaras bahu, tangan dan kaki, sis boleh baiki pose Viena yang glitch. Bukan sahaja glitch, sis juga boleh ubahsuai gaya sendiri dalam posisi yang sama. Cuba lihat 2 gambar sis kongsi kat bawah. 


Posisi yang sama tapi gaya berbeza. Bermain dengan posepack kepala, bahu, triggers lengan, ekspresi muka, sis dapat cipta gaya dan ekspresi sendiri Viena dalam chatroom ini.

Jika korang model atau penstrim seperti sis korang pasti mencari alat-alat ini untuk selaraskan pose avatar korang bagi mendapatkan hasil snapshot yang sempurna. Sebelum ini setiap kali sis snap gambar, bila pose ada glitch... sis terfikir tak ada cara ke nak "adjust"?Setelah aktif lebih 2 tahun sebagai profesional virtual model, sis berani kongsi dengan korang rahsia sis menghasilkan gambar-gambar strim promo yang cantik dan fotogenik (kononnnn) Kat sini sis kongsikan "tools" yang sis dan kawan model sis sering gunakan dalam snapshot😏Jangan risau, jika korang masih baru dalam agensi modeling, agensi akan beri panduan dan rujukan alat sama seperti sis guna untuk streaming. Terpulang kepada korang nak menggunakannya atau mengharap posepack yang korang beli:-

Female







Neck Fix Pro (ada masa leher avatar perlukan ini untuk gambar yang sempurna)

Glam Glow (Sesuai digunakan dalam chatroom yang gelap)

[V] Fingers posepack (ada masa sis perlukan posepack ini untuk selaras jemari avatar) 




Male

*Male sis jarang guna untuk penstriman tetapi sis kongsi yang mana sis tahu dan lebih kurang sama dengan sis guna kat Viena




Leg controller dari Creator Triggers sis tak syorkan sebab agak berat korang nak guna dalam Desktop atau Mobile. Tapi korang boleh riki sendiri dalam katalog, Triggers dan lebih banyak pilihan alat korang boleh cari dalam katalog Sinderella atau  Miaka618. Sis sangat hargai kalau korang support katalog sis gak, vienaxiaAlat-alat yang sis syorkan di atas sangat berguna kepada sis dalam penstrimen fashion dan juga "outfit challenge". 

Waktu sesuai buat WOC

Masa sesuai post gambar WOC yang biasanya sis berjaya, waktu pagi antara 8.00 am ke 9.00am, petang antara 5.00 pm ke 7.00 pm dan tengah malam 12.00 am ke 2.00 am. Korang perlu peka dengan Feed IMVU. Dalam tempoh WOC, IMVU akan bagi isyarat mereka akan mula memilih gambar WOC dengan upload poster promo kat feed dorang pada waktu tertentu lebih kurang dengan waktu yang sis syorkan. Waktu ini paling terbaik korang buat WOC. Jangan lupa re-post gambar WOC korang di platform IG, letakkan pautan gambar korang, hashtag# tema WOC dan @IMVU dalam kapsyen korang dan tagged IMVU. Staff IMVU juga akan pilih gambar WOC dari Instagram berdasarkan hashtag tema WOC. Selain dari WOC, peka dengan Quest dan hashtag# lain seperti #VU_ 


Tak semestinya waktu WOC je gambar korang berpeluang masuk Discover. Antara hari Rabu, Khamis dan Jumaat, adalah waktu sesuai korang buat penstriman bebas tanpa apa-apa tema. Tak kira samada korang hanya snap gambar bersama kawan-kawan ataupun korang buat promo strim, untung nasib, gambar korang dapat masuk Discover. Kebaikan untuk promo strim, bila dapat masuk Discover, kita boleh expose produk Creator kepada audience IMVU serata dunia sekaligus membantu tingkat jualan catalog. Selalukan aktif post snapshot korang dengan kreativiti tersendiri, ikut panduan dan tips yang dikongsi, korang pasti akan dapat peluang masuk Discover bila-bila masa. Semoga maanfaat!

Ahad, 27 Ogos 2023

#IMVU - Bagaimana Nak Sorok Maklumat "Outfit" Avatar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang!


Kali ni sis nak citer pasal maklumat "outfit" atau pakaian avatar plak. "Outfit" dalam IMVU bukan setakat pakaian dan aksesori je ia bermaksud apa-apa saja yang korang pakaikan pada avatar korang dari kepala sampai ke kaki. Ini hanya pendapat sis, "outfit" ni penampilan avatar korang. Korang pakaikan apa kat avatar korang selain dari pakaian dan perhiasan untuk menarik perhatian potensi pengguna-pengguna lain yang korang baru kenal dan nak buat kawan? Ada pengguna (sis la tu) akan habiskan masa berjam-jam atau berhari-hari cari item yang sesuai baginya untuk reka penampilan avatar. Bila korang sudah berjaya cipta penampilan tersendiri avatar, korang ok ke kongsi maklumat item yang avatar korang pakai kepada pengguna lain? Atau korang rasa lebih baik pengguna-pengguna lain tu cari sendiri je kat dalam catalog?




Maklumat "outfit"

Maklumat "outfit" merujuk kepada kandungan item yang dipakaikan pada avatar. Dari jenis avatar, kepala, rambut, kulit, pakaian, perhiasan, trigger, posepack atau lain-lain "miscellaneous", kesemuanya termasuk dalam kandungan "outfit". Korang boleh melihat maklumat "outfit" pengguna lain melalui Feed mereka ataupun dalam Classic app korang boleh juga semak kandungan item dalam chatroom semasa termasuklah maklumat "outfit" pengguna yang berada dalam room tersebut. Dalam app mobile dan desktop, sis sudah teroka hanya boleh semak kandungan perabot dalam chatroom sahaja.  

Dalam masa yang sama adik-adik VU BBNU mesti hairan kenapa tak dapat lihat maklumat "outfit" dalam Feed sesetengah pengguna IMVU terutama sekali yang dah senior. Sebenarnya dorang dah sorok maklumat "outfit" dorang. Kedekut kan? Sebelum ni sis pun sama kedekut gak sorok maklumat "outfit" Viena. 

Panel Setting untuk buka atau sorok maklumat "outfit"

Ada beberapa faktor kenapa sesetangah pengguna lebih suka sorok maklumat outfit dorang. Faktor utama, mereka mahu imej avatar mereka kekal "rare" dari yang lain. Berdasarkan pemerhatian sis, nisbah sis terjumpa pengguna yang pakai kepala yang sama, mungkin dalam 5/10. Korang boleh jumpa "kembar" korang dalam outfit yang berlainan😅. Faktor lain, sebab tak suka pengguna lain meniru outfit mereka. Ini hanya pendapat sis, sesetengah pengguna cuba sorok dari pengguna lain dari mengetahui produk kepala dan kulit yang dipakai. Kulit sis tak kisah sangat sebab warna kulit kegemaran sis pun yang "common". Tetapi kepala sis kisah sebab rupa kepala yang buat kita nampak "rare" dari yang lain. Kalau boleh nak elak dari terjumpa "kembar" sis🤣🤣🤣 Nak dapatkan kepala avatar yang sesuai tu, sis sendiri pun habiskan masa berjam-jam gak nak cari yang "rare" tau. Inikan pula pengguna yang lain yang jauh lebih cerewet dari sis. Biasanya yang "rare" ni harga mahal, memang sis menabung kredit gak la nk beli kepala yang mahal ni. 



Kepada yang belum tahu, sebenarnya korang boleh buka dan sorok maklumat "outfit" korang dari dilihat umum. Korang boleh set untuk dilihat secara umum atau kalangan "friendlist" atau sorok terus. Macam mana nak sorok maklumat outfit dari pengguna umum lain tengok? Cara sis old skool skit, perlu login Website Classic IMVU dan pergi ke bahagian Account untuk lihat setting. Di bahagian ni ada "Panel Visiblity Setting" di mana korang boleh tapis samada semua user atau kawan saja boleh nampak atau...sorok terus. 

Kat sini korang boleh manage panel yang mana user lain boleh view.
Korang boleh limit kepada friends atau hide (hanya korang saja boleh nampak)

Klik Update Preferences untuk simpan setting. Cara yang terkini, sis jumpa dalam artikel VU influencer (korang boleh klik hyperword untuk paut ke Blog IMVU Insider). Kita boleh uruskan maklumat "outfit" kat portal IMVU outfit (klik je hyperword tu, pape korang kena login dulu NEXT). Kat bahagian ini korang boleh pilih nak sorok atau dedahkan maklumat "outfit" korang. 

Kat My Outfit korang boleh set outfit untuk Everyone, Friends atau Only Me

Macam mana nak tau seseorang user tu tak sorok maklumat "outfit" dia? Sis bagi contoh paling dekat sebagai rujukan korang (korang boleh cuba explore Feed sis nanti), "outfit" Viena sis biarkan terbuka kepada pengguna umum, jadi sesiapa saja boleh tengok apa yang sis pakaikan kat Viena untuk snapshot melalui Feed sis. Bila korang nampak Feed sis lalu kat timeline korang tu (kepada yang friend/follow akaun Viena), cuba klik kat bahagian TAG (yang guna app Dekstop), kalau TAG 0 maknanya sis hide outfit sis, korang nampak outfit dalam gambar tetapi korang takan tahu maklumat item yang mana sis pakaikan pada Viena kecuali korang familiar atau sudah ada item tersebut. Sebaliknya, jika korang nampak status TAG ada nombor (1), menunjukkan sis tak sorok maklumat "outfit" sis. Korang boleh klik kat TAG dan tengok kandungan "outfit" sis. Korang rasa berkenan, korang boleh klik tengok maklumat catalog item, cuba pakai dan beli dari pautan yang korang buka melalui Feed sis tu. Bawah ini sis kongsi salah satu Feed sis, macam mana korang nak tengok "outfit" dari sini👇

Klik pada TAG, korang akan nampak info outfit sis 


Klik je pada ikon outfit sis tu kalau nak tengok kandungan item. 

Untuk outfit ni ada 35 item😆

Itu snapshot secara solo, kita kaji plak snapshot secara berkumpulan. Walaupun berkumpulan, jika seseorang pengguna itu sorok maklumat "outfit", korang takan dapat akses kandung "outfit" beliau tak kiralah dia berada dalam chatroom manapun secara solo, berdua atau berkumpulan. Malah jika pengguna dalam chatroom tetapi tidak ada dalam gambar sekalipun, korang masih boleh lihat kandungan outfit beliau melalui Feed kerana beliau berada dalam chatroom yang sama. Contoh sis dalam chatroom bersama-sama kawan-kawan VU sis berjimba-jimba. Ada 4 pengguna tetapi kat TAG cuma 2. Menunjukkan hanya 2 antara kami berempat yang berada dalam room tersebut yang buka maklumat "outfit". 

Kat Tags tu ada 2 tetapi hanya sis saja dalam gambar.
Pengguna sorang lagi tiada. 
Kesimpulannya dalam chatroom,  maklumat "outfit" yang terbuka boleh dilihat melalui Feed

Dari app mobile pun korang boleh kandungan outfit melalui Feed. Caranya korang pilih mana Feed user (contoh kat sini guna Feed kawan sis, BabyAwesome) tap kat 3 dots, pilih "View Product in Photo", jika user tersebut sorok maklumat "outfit", korang tak dapat lihat kandungan "outfit" beliau. Sebaliknya jika beliau buka maklumat "outfit", korang dapat lihat terus kandungan "outfit" pengguna tersebut. Boleh cuba-cuba dulu item kat situ atau beli terus dengan klik kat setiap ikon item. Mudahkan?! Mudah bagi pengguna nak membeli produk berbanding dalam Shop sebenarnya.

Tap kat View Product in Photo


Kalau korang tak sorok maklumat "outfit",
pengguna lain boleh tengok dengan cara begini.
Soalan sis, korang ok ke macam ni? 


Copycat

Sekarang korang dah tahu maklumat "outfit" avatar boleh disorok atau diakses. Terpulang kat korang samada nak biarkan maklumat "outfit" korang diakses oleh para pengguna IMVU atau sorok. Kalau korang penting privasi, mungkin korang patut sorok maklumat "outfit" korang. Item yang kita pakai untuk " outfit" avatar kita tu para pengguna boleh cari dalam Shop. 

Ada kes pengguna yang suka yang meniru sebijik avatar pengguna lain. Kita tak boleh jangka ada yang akan sengaja atau tak sengaja meniru avatar kita dan pengguna yang dikatakan meniru tu pun kemungkinan tak sangka avatar dia serupa dengan avatar kita. Sesuatu yang kita tak boleh elak sebab semuanya dari catalog, bukannya IMVU bagi specific ikut rupa paras kita yang sebenar, betul tak? Cam sis cakap sebelum ni, korang akan terjumpa "kembar" korang dengan outfit yang berlainan. Sekarang ni catalog IMVU ada NFT, kalau korang tak nak lansung ada persamaan dengan user lain, beli je produk NFT. 

Dengan cara sorok maklumat "outfit", sekurang-kurangnya para pengguna IMVU lain yang nak meniru tak dapatlah tiru sebijik avatar korang. Kecuali korang kongsi pautan produk yang korang pakai kat kapsyen atau comment.

Untuk tujuan promo streaming

Dulu sis sorok maklumat "outfit" dari tatapan umum. Ada item tertentu kegemaran sis kalau boleh sis takan kongsi dengan orang lain walaupun dengan adik-adik VU sis. Bak kata AzriWalter, sebab boleh dik. Sis habiskan masa berjam, kadang berhari tau mencari yang sesuai... banyak cantik sis nak kongsi kandungan "outfit" sis?. Sesuai kat Viena lom tentu sesuai kat avatar orang lain. Citarasa masing-masing kan? Sis memang tak selesa kalau ada yang cari sis dalam chatroom atau pm semata-mata nak mintak pautan produk kepala atau kulit yang Viena tengah pakai. Sis baik gak la jarang nak kecoh pasal hal ni. Kalau orang lain, dia siap viral jadi topik hangat plak ada orang sesuka hati mintak pautan produk yang dipakai dari dia. Ini kisah benar sebab berlaku dalam "circle" instagram Viena.

Itu dululah, sejak bergiat dalam penstriman dan peragaan virtual, sis dah berubah dan lebih terbuka. Dulu sis sorok, sekarang sis buka maklumat "outfit" untuk tatapan umum. Sis ada banyak giler koleksi avatar, kepala dan kulit. Avatar sis sentiasa bertukar-tukar kerana sis akan guna mengikut pakaian promo strim yang dihantar oleh Creator Superstars. Korang tak perlu cari sis dalam chatroom atau pm semata nak minta maklumat kepala ke, kulit ke, rambut ke atau apa-apa miscellenaous lain. Korang nampak ada yang korang berkenan dalam feed sis tu, korang pergi je kat TAG atau View Product in Photo... tengok apa yang sis pakaikan pada Viena, berkenan je boleh beli terus dari situ. Impak kongsi maklumat "outfit" dengan pengguna umum ni, sis dapat bantu Creator "boost" jualan catalog dan dalam masa yang sama item sis buat sendiri jugak terjual. "Minum air sambil menyelam" bak kata orang Melayu. Dalam masa yang sama sis buat amal jariah "free marketing" untuk Creator lain😆

Ok, korang. Setakat ini perkongsian dunia IMVU sis. Semoga manfaat!




Isnin, 21 Ogos 2023

#IMVU - Aktif sebagai Professional Virtual Model dan Penstrim

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ❤

Viena dalam "private chatroom" suasana di sebuah pekan 

Kali ni sis sembang pasal diri sis aktif sebagai professional virtual model dan penstrim IMVU, cewahhhh. Bukan bekerja dengan IMVU tau tapi bekerja dengan Creator. Sis terjebak layan IMVU dari tahun 2010, puas dah timba pengalaman bersosial dalam talian. Bersosial tidak lagi menjadi keutamaan sis sekarang. Pesanan mesra dari sis, orang sembang... kita layan je percaya jangan😆 Kalau jumpa orang jujur dan percaya kat kita tu adalah bonus! Recap balik, sis pernah kongsi secara ringkas sebelum ini dalam post Episode 3: Nak Jadi Producer IMVU bagaimana sis terlibat dalam lapangan model dan strim. Tips yang sis kongsi dalam topik tersebut adalah berdasarkan permerhatian, kajian dan pengalaman yang sis lalui. 

Penstrim IMVU dan Model Maya 

Sebelum wujudnya Feed dan Discover. Sis dah memang suka sangat snapshot dalam chatroom. Waktu lepak dengan kawan-kawan, sis akan snap gambar aktiviti avatar kami semasa dalam chatroom. Ada masa kami dengar lagu dari playlist atau widget dari furniture dan menari beramai-ramai. Walaupun avatar kita tidak bergerak menggunakan pengemudi dalam chatroom tetapi kita boleh menggunakan "triggers" untuk melakukan aksi tertentu. Maka tak hairan dalam chatroom korang nampak ada avatar user yang menari. Triggers aksi menari ni samada "furniture" atau korang pakaikan pada avatar. Ada hari kami santai, duduk dan berborak dalam chatroom sambil mendengar lagu dari playlist dan ada masa kami akan jimba menari dalam chatroom. Zaman tu belum ada Feed dan Discover tapi sebab sis sukakan suasana 3D, sis snap banyak gambar buat kenangan. Sis masih lagi simpan dalam galeri IMVU sis, gambar-gambar lama dari tahun 2010 hingga 2012. 

Waktu bersukaria dengan rakan-rakan VU (2010-2012)


2018 cam tu sis aktif semula lepak dengan adik-adik VU

Sis masih suka dengan aktiviti snapshot dalam chatroom. Kenapa tidak sis ceburi penstriman dan modeling kan? Nak lepak-lepak dalam room macam dulu, sis dah tak ada geng dah. Sis banyak habiskan masa snapshot, cuba masuk Discovery dan WOC. Sis jadikan snapshot sebagai hobi masa terluang dan mula aktif sebagai penstrim feed dan seterusnya, menjadi professional model maya. Pada mulanya sis tak faham penstrim IMVU tu macam mana🤔. Yang sis faham penstrim mestilah yang buat strim secara lansung kat media sosial seperti FB, Instagram, Youtube atau Twitch tu kannn... rupanya dalam IMVU, penstrim ni adalah user yang gemar buat "live snapshot", snap gambar secara lansung dalam chatroom semasa dan post ke Feed. Ini pendapat sis je, mungkin tak sama dengan pendapat korang. Sis boleh simpulkan tak semestinya penstrim tu model, tetapi model boleh jadi penstrim kerana model diperlukan untuk buat promo streaming. 

Bagi sis, IMVU ni ibarat main anak patung virtual
Kelebihannya boleh berinteraksi dengan pemain anak patung lain

Korang yang suka snap gambar dalam chatroom tak kira waktu atau acara, boleh jadi penstrim IMVU. Setiap kali ada event korang akan "post" apa yang berlaku dalam chatroom. Masa terluang tak kira bersendirian, berdua atau beramai-ramai, korang mesti snap dan "post" kat Feed. Sis suka follow akaun pengguna yang aktif snap gambar dan kongsi kat feed. Bagi sis snapshot dalam maya merupa salah satu cara kita ekspresi minat dalam fotografi. Modeling dengan fotografi pula memang saling berkait dan sesuai sangatlah sis ceburi modeling maya kerana minat fotografi.

Apabila IMVU perkenalkan "Producer" VCoin untuk user yang menawarkan perkhidmatan professional digital, sis rasa menarik namun sis tak ada rancangan nak aktif semula sebagai Creator. Korang boleh baca pasal "Producer" dalam IMVU Community Center atau Post sis sebelum ini, Episode 3: Nak Jadi Producer IMVU. Sis dapati menjadi "Producer" kita juga boleh sediakan perkhidmatan penstriman (streamer) dan peragaan (model). Sebagai permulaan sis aktifkan diri dengan snapshot bebas kat feed - tak yah citer pulun nak masuk Discover beberapa kali sis cuba sampai. Pertama kali sis dapat masuk Discover masa #IMVUWOC_HolidayParty Dec 2010. Sis sebenarnya sudah lama ada akaun Facebook untuk Viena, tetapi sis rasa Viena akan dapat lebih pendedahan melalui Instagram (IG). Sis pun buatkan akaun IG dan X (sebelum ini, Twitter) untuk Viena. Hasil perkongsian snapshot sis kat IG, sis mula dapat perhatian dan tawaran dari beberapa agensi modeling. Pada mula sis tolak sebab tak berani nak bagi komitmen, tak tahu kriteria yang macam mana dorang cari, risau nanti kalau sis join sis tak mampu nak ikut kehendak agensi... buat naya je. Pendek cerita sebab tak bersedia lagi, sis tolak dulu dengan cara baik. Lagipun masa itu masih terlalu awal lagi bagi sis nak sertai mana-mana agensi modeling, nak cari pengalaman dulu. Viena pun belum lagi mantap nak dibandingkan dengan avatar user terkini. 

 

Antara snapshot bebas awal sis, siri "Puteri Gunung Ledang" 

Kemudian sis mula cari dan terima strim bebas (freelance) dari kenalan Creator yang hantar item kat sis mintak promosikan. Nak buat strim promo pun kena ada ilmu gak, kena tau apa yang patut letak kat kapsyen. Selain dari ekspresi atau petikan ayat yang menarik, perlu juga letakkan nama product, Creator dan pautan katalog dalam kapsyen Feed. Sis fikir balik, kenapa tak terima je tawaran sertai agensi peragaan maya? Kalau sis tak sertai mana-mana agensi peragaan maya, macam mana sis nak dapat pendedahan menjadi model maya IMVU?🤔 Betul tak? Pendek citer, bila ada lagi yang PM sis tawaran sertai Modeling Agensi, sis bagitau sesiap beberapa faktor tentang diri sis sebelum buat keputusan terima tawaran dorang. 

Sis menimba pengalaman dari 2 agensi berbeza. Agensi pertama, merupakan pendedahkan awal sis bagaimana agensi peragaan maya berfungsi. Tak dapat pendedahan peragaan maya semasa bernaung bawah agensi pertama ni sebab belum sempat pun dapatkan Creator untuk jadi sponsor, agensi ni ditutup dan pengasasnya menyepi tiba-tiba. Tetapi sis dapat la pendedahan skit pasal Top Edit. Padahal Top Edit ni paling sis rasa "kemot" sangat sebab sis tak ada kemahiran editing professional. Nak menyesal terima tawaran tak guna, sis cuba je lah buat top edit guna app mobile. Sis setia dalam agensi ini sampailah betul-betul tutup dan hilang dari radar.    

Agensi kedua sis join atas jemputan rakan imvu (Creator Malaysia), Mavinci Modeling Agency. Pengasasnya pasangan 50YA & 50YX (maaf kalau sis silap eja ID IMVU korang, korang tahu siapa korang). Hampir setahun gak kot sis aktif bersama agensi ini. Waktu kemuncak Mavinci boleh tahan gempak gak dengan penjenamaan, logo, barisan Creator yang hebat, pengurusan yang baik dan barisan model maya yang berdedikasi. Namun kita boleh faham bila melibatkan komitment dari kehidupan sebenar mungkin masa atas talian pun terhad. Sis masih lagi dalam group discord dorang walaupun ini dah tak aktif. Harap dorang aktif balik suatu hari nanti, tak nak ambil sis jadi model pun tak ape, sis cuma nak lihat dan berbangga adik2 VU sis kenal dulu Creator hebat dan pengurus agensi terbaik kembali aktif, bergerak lebih jauh dan tempa nama dalam virtual fashion show. 

Sambung balik cerita, tengah sendu tak de assign promo strim tu tetiba kawan VU sis, JennaCindy ajak jadi model catwalk untuk outfit dia dalam Fashion show! 🥰 Dia ada id Creator, LadyJena khas untuk dia nak create dan selalu gak hantar outfit kat sis untuk distrim. Kalau korang nak tahu, fashion show memang favorite sis! Supermodel favorite sis, Yasmeen Ghauri, Naomi Campbell, Claudia Shiffer, Adriana Lima, Karlie Kloss dan Cara Delevingne. Catwalk dorang memang iconic, kebelakangan ni sis mula suka catwalk Bella Hadid dan Yasmin Wilnajdum. Sis dah lama ada koleksi avatar Model yang boleh "catwalk". Antara avatar supermodel sis ada, Naomi, Claudia, Adriana, Marcus dan Tyson. Cuma belum berpeluang dapat catwalk dalam fashion show. Bagi sis walaupun bukan satu impian nyata kerana mustahil sis nak lakukan dalam dunia sebenar, sis capai impian itu dalam dunia virtual sis... dapat catwalk atas pentas fashion virtual! Wow! Fashion show merupakan "next level" sis sebagai virtual Model. Sis dapat catwalk dalam 3 acara fashion, pengalaman berharga untuk sis selama sis menjadi user IMVU. Rindu nak catwalk lagi...

Gambar catwalk sis sempat snap masa fashion show berlangsung.
Sis pakai Mobile app sebab outfit +imvu.
 

Sebenarnya sis selalu buat strim promo bebas untuk Creator dari US dikenali dengan nama user ID, fancywendy. Sis mula mengenali kakak omputih ni melalui kenalan VU sis. Kawan sis selalu masuk fancywoc, sis follow nak support kawan sis tu, sis gatal sertai keluarga fancywoc sebab saja nak cuba nasib sebab fedup dengan IMVU nyer WOC. Start dari sis dapat giveaway, dia kerap hantar item untuk sis strim dan sis buat freelance untuk dia lebih kurang setahun lebih gak. Jadi bila dia offer sis jadi salah seorang Superstars katalognya sis tak fikir panjang, sis terus terima. Antara sebab sis terus setuju:-

  • Creator memula sekali yang mencungkil kebolehan sis modeling. Paling banyak sis dapat item dari catalog fancywendy untuk promo strim bebas
  • Sis dah anggap dia seperti kakak omputih sis dalam masa yang sama masih menjaga professionalisme antara kami. 
  • Sis lebarkan sayap menjadi model atas galakan beliau, dari model amatur sehingga menjadi professional model maya dalam IMVU.
  • Kami selalu berkongsi apa-apa tips dan taktik yang berguna untuk perbaiki kualiti strim 
  • Sis percaya sis dapat timba lebih banyak pengalaman dengan bersama dengan Creator ini
  • Agensi sis bernaung ketika itu tak aktif dan sis dah tak terima tugasan dari Creator yang associate dengan agensi tersebut. Dengan fancywendy sis tak fikir panjang sis terus je terima tawaran dia sebab sis dah lama dan selesa bekerja dengan dia.

Dalam Superstars, ada 10 orang Model tetap termasuk sis dan juga sambilan yang diuruskan sendiri oleh Creator. Tidak seperti bawah agensi sebelum ini, Superstars belum ada panduan dan polisi yang standard untuk kesemua model. Oleh kerana kami seperti satu keluarga kecil dalam IMVU, semua itu tak begitu penting sangat. Setiap individu mencipta gaya, identiti dan bawa professionalisme tersendiri. Indahnya hubungan dalam keluarga kecil Superstars, kami salinan menyokong antara satu sama lain, menerima teguran secara terbuka dan masing-masing mampu bawa diri dan jaga displin. Sedar tak sedar rasanya dah masuk tahun kedua dah Superstars ni.    

Pengalaman dan kenangan

Isu yang sering dihadapi oleh penstrim dan model ketika buat strim ialah glitch terutama sekali model seperti sis yang menggunakan Mobile app. Sis hanya syak sebab high latency dan sambungan internet perlahan punca glitch. Ada masa sis terpaksa guna cara "screenshot" sedikit sebanyak membantu gak. Tapi banyak kerjalah nak kene buat, kene crop kepada saiz yang sesuai, edit skit, tampal logo semua tu...


Contoh gambar mentah yang guna kaedah "screenshot" 
 

Sis pernah citer ngan korang dalam post yang lepas, avatar ni mewakili korang dalam dunia maya. Sebagai model maya professional, avatar model ada beauty standard walaupun dalam Superstars, Creator tak titik beratkan sangat. Ketika dalam agensi, sis bertuah sebab founder agensi sis dulu sponsor scaler kepala, bahu dan tangan. Combo scaler yang ngam untuk model maya. Selain dari scaler kepala, bahu dan tangan, scaler panjang kaki juga digunakan untuk menampakkan avatar korang seperti model yang tinggi lampai. 

Pentingnya meletak caption pada setiap gambar yang kita post kat Feed. Selain dari kata-kata bebas atau bermotivasi, meletakkan maklumat produk dalam setiap caption gambar strim dapat membantu mendedahkan catalog Creator kepada "audience". Sis akan letak intro bersama nama produk dalam caption dan kongsi pautan setiap item yang dipakai dalam comment untuk memudahkan pengguna membeli. 

Produk baru yang passed review akan berada muka pertama carian dalam catalog dengan label "new: Minggu pertama product masuk ke catalog merupakan waktu yang penting bagi Creator buat promo, Model/Streamer diberi tempoh 5 hari untuk selesaikan tugasan strim promo yang diterima. Kekadang ada Creator mahu tugasan diselesaikan dalam tempoh lebih singkat. Haaa jenuh la kalau korang dah terambil banyak sangat tugasan strim semata-mata nak dapatkan item percuma😓. Sis sendiri pun hadkan maksima 3 penstriman setiap minggu, hanya jika sis dapat siapkan tugasan lebih awal barulah sis tambah lagi tugasan strim sebelum tarikh "payday" sis. 

Virtual Model vs Model dunia sebenar

Jadi model maya dalam IMVU ni tak seperti model sebenar ye rakan-rakan. Model sebenar, bagi sis mesti ada pengetahuan asas selok belok fotografi. Tugas model sebenar mengayakan atau mempromosikan pakaian Pereka. Datang je photoshoot, ada jurusolek untuk solekan wajah, ada pembantu Pereka pakaian yang sediakan aksesori untuk suaipadankan dengan pakaian yang perlu digayakan model. Gambar jurufoto yang snap dan pilih mana yang terbaik untuk diterbitkan dalam catalog atau majalah. Malah mempunyai pengurus yang carikan kerja modeling untuk model sebenar ni. Kerja perlu kelihatan cantik, anggun dan bergaya serta menarik. Hal lain ada je orang tertentu uruskan.

Berbeza dengan model maya macam sis, sis rasa hampir semuanya kena buat sendiri. Contoh sis dapat tugasan strim pakaian. Bermula dari suaipadankan solekan, aksesori dan kasut dengan pakaian sis fitting sendiri. Kekadang ada masa terluang, Creator fancywendy akan ajak sis "Shop Together" supaya dia boleh buat suaipadan item dari catalog untuk pakaian yang distrim. Sebelum mula strim, sis akan sediakan template caption sendiri, salin pautan produk dalam notepad untuk mudahkan sis tampal dalam caption atau comment. Sis akan bukak satu per satu webpage item nak salin pautan, masa inilah sis akan buat review dan rate 5 stars setiap produk yang dipakaikan untuk promo strim. Belum lagi sis perlu pilih chatroom sesuai, nak hias lebih kurang chatroom tu dan tambah spot untuk avatar nak pose. Memilih pose yang sesuai dan fotogenik, bila strim, sis sendiri yang snap gambar, post dan letak caption. Apa nak buat... sis belum cukup supermodel lagi nak ada manager sendiri.

Dari stylish avatar, pilih chatroom, snapshot dan editing semua buat sendiri

Sis mengaku sebenarnya sis salah sangka, jadi model maya bernaung bawah aganesi ni ingatkan kerjanya hanya modeling dan snapshot saja. Sis terima faktor tiada jurufoto maya yang snap gambar modeling, kena buat snapshot sendiri dan berdikari nak sediakan pakaian model. Jadi sis sangka lagi, hasil snapshot dihantar kepada agensi untuk editing dan dihantar semula kepada sis untuk post kat Feed bagi tujuan promosi. Bila baca format dan bagaimana nak ambil tugasan, 100% sangkaan sis meleset. Ini bukan suatu yang negatif, sis tak fikir pun cam tu. Sis fikir sesuatu yang mencabar sis mampu tak buat semuanya secara professional. 

Kenangan manis yang sis tak lupa masa bernaung bawah agensi, dapat jadi Model of the Month - September 2021. Bukti sis komited dengan tugasan sis. Menang tempat pertama Outfit Challenge tema Howl-O-Ween. Lawak gak la, bila ingat balik sis pernah guna avatar lelaki untuk promo strim pakaian lelaki. Bukan sebab tamak nak outfit free tau, kalau itu niatnya baik sis dengan avatar female je amik tugasan banyak-banyak. Sis sukarela guna avatar lelaki bila tengok tak ramai model submit untuk promo strim pakaian lelaki. Jenuh gak la nak groom avatar lelaki ni, sis stail avatar lelaki sis ikut kaca mata sis sebagai perempuan, "What woman want" bak kata orang Melayu...eh! 

Avatar lelaki sis "old skool" skit

Upgrade Mobile user kepada Classic dan Dekstop

Oleh kerana sis tak pandai editing, penting bagi sis mendapatkan snapshot yang fotogenik dan terbaik masa buat streaming lansung dari virtual room. Sejak sis WFH, sis ada masa log masuk IMVU guna laptop jadi sis lebih senang log masuk Classic. Bagi outfit +imvu sis boleh guna Mobile atau Dekstop mode untuk streaming. Manakala untuk outfit bukan +imvu sis boleh guna mana-mana platform yang sis sempat dan selesa. Opkos la sis suka guna Classic mode sebab sis boleh setup chatroom untuk snapshot. Sis belum dapat biasakan diri setup room dalam Desktop mode, lagi pun Desktop mode agak berat skit. Mende ni memberikan sis kelebihan untuk jadi virtual model yang versatile kerana tak semua model guna semua platfrom IMVU untuk online. ada yang hanya login guna Classic dan ada juga macam sis dulu, login Mobile app. Bagi Creator yang menghasilkan product +imvu, pasti mereke memerlukan Model yang menggunakan Desktop mode untuk promosi.

Viena kononnya photoshoot dalam sebuah cafe 

Lebih mudah menggunakan featured atau recommended room untuk snaphot dan streaming sebenarnya. Walaupun mudah, tak perlu fikir nak hias chatroom tapi ada risiko lain plak. Biasalah public chatroom ini, sesiapa saja boleh masuk room. Ada user masuk sebab mencari kawan nak chatting dan ada yang masuk dengan tujuan sama, nak snap gambar. Takan sis nak halau semata kita nak snapshot sorang-sorang kan... public bukan untuk sis sorang je. Kena hormat sesama user. Kalau tanya selesa, sis lebih selesa guna chatroom sendiri dengan hiasan yang minimun untuk tujuan snapshot. Lagipun lebih senang nak selaras spot dengan latarbelakang bila pakai chatroom sendiri.

Pendapatan sampingan

Citer pasal pendapatan ini, buat promo strim ni bukan saja dapat terus item yang kita strim, ada gak Creator yang bayar gaji kat model maya setiap kali buat strim. Bergantung kepada impak jualan catalog sehingga Creator mampu peruntukkan sejumlah credit untuk dibelanjakan bagi tujuan promosi dan jualan catalog. Tak hairan jika ada Creator boleh bagi item lain untuk dipakai bersama dengan pakaian yang distrim, malah membayar gaji untuk setiap strim yang sukses. 

Sebagai model maya dan penstrim professional yang menyediakan khidmat modeling dan penstriman, sis terima item dan juga gaji untuk setiap strim yang sukses. Selain dari peroleh credit sis masih lagi nak cuba market gig VCoin walaupun masih belum nampak hasil. 

Job freelance sis dah jarang dapat sebab salah sendiri tak market Viena

Creating hobi sampingan

Ada masa memang rindu nak creating item, cipta tekstur sendiri dan belajar creating item 3D. Namun pintu hati ini belum terbuka untuk aktif create macam dulu. Senang citer, tak bersedia lagi, terima kasih kepada korang yang cuba beri sis galakan aktif semula create. Nak lepaskan rindu creating, sis akan create item yang paling senang, berguna untuk Viena dan user lain pun boleh beli. Setakat ini item paling laris ialah [V] Head Poses sis buatkan untuk Viena. Tak banyak tapi pendapatan sampingan gak tu😆

Harapan sis nak bekerjasama lagi dengan Creator Malaysia

Itulah serba ringkas, merapu dan melalut sis tentang penglibatan sis dalam lapangan peragaan maya dan penstriman. Mohon maaf dengan bahasa rojak sis🙏, sis akan berusaha perbaiki penggunaan perkataan dan hasilkan penulisan penuh dalam Bahasa Melayu pada masa akan datang ye. Semoga korang enjoy baca blog sis dan dapat info yang manfaat untuk dunia maya korang. Sekian terima kasih!❤❤❤

Jumaat, 9 Jun 2023

Berita IMVU: Bermula 01.07.2023 "Earn Money Payouts" Wajib Ada VIP Platinum/Diamond

Assalammualaikum dan selamat sejahtera❤


Hai, korang!

Korang mungkin tak perasan pasal ni, jadi sis nak share announcement IMVU kepada Creator yang sign up "Earn Money Program". Bermula 1hb July 2023 semua Earn Money Creator dikehendaki mendaftar VIP Tiered Platinum atau Diamond untuk teruskan program earn money dan payout money. Polisi dikenakan kepada semua earn money Creator termasuklah Tun Creator (grandfathered) yang tidak melanggan sebarang VIP. 

Walau bagaimanapun polisi ini tidak melibatkan Earn Money Tun Creator yang melanggan VIP Legacy sebelum VIP tiers (Gold/Platinum/Diamond) dilancarkan. Menurut IMVU, VIP Legacy setaraf dengan VIP Platinum. Maka Earn Money Creator VIP Legacy boleh rileks, minum cocktail dan sambung create. Dia hanya akan terkesan jika mempunyai alternate akaun Create non-VIP yang earn money. Akaun tersebut perlu ada VIP Platinum atau Diamond jika nak terus earn money dan payout money. IMVU ada solution untuk isu ini, korang teruskan baca post sis ni. 

Sekiranya akaun Tun Creator yang earn money tiada VIP selepas tarikh 01.07.2023, automatik akaun mereka akan kembali ke status earn credit IMVU. Dalam erti kata lain, payout dorang kene reset, daripada peroleh tunai tukar balik peroleh credit IMVU je. 

Manakala  Tun Creator yang tidak melanggan sebarang pek VIP dan lebih suka dapat credit IMVU, termasuklah sis ni ...masih boleh terus creating seperti biasa, catalog tetap visible dalam Shop dan peroleh keuntungan dalam bentuk credit. Kita pun boleh rileks, minum teh sambil makan cokodok dan sambung create. Sis tak pasti jika ada Creator Malaysia yang pilih program Earn Money ni, yang masih subscribe VIP Legacy pun sis tak pasti gak, jarang jumpa. Yang sis tahulah, kebanyakan Creator Malaysia sama dengan sis, tak berminat daftar program Earn Money atau memang tak amik port mende-mende selain dari creating.  


  

Ringkasan Sejarah Program Earn Money. 

Mungkin ada yang tak tau, dulu-dulu ada authorised reseller jual/beli credit. Creator peroleh pendapatan lebat boleh jual credit dorang kepada reseller untuk dapatkan tunai. Dan reseller pula akan jual semula credit berjuta yang dibeli dari Creator  kepada users IMVU. Time tu kalau tak nak beli credit dari portal IMVU, korang boleh beli kat portal Reseller yang sah. Sis selalu beli dengan mereka kerana lebih murah tetapi masih juga beli dari IMVU time ada sales. Sis pernah jual credit sis kepada authorised reseller sebelum stop IMVU dan dapat cash dalam 10 ke 20 Dollar lebih. 

Bila sis berhenti, sis dapat tahu  IMVU umumkan dorang tarik lesen dan mansuhkan authorised reseller (takde dah 3rd party yang sah boleh jual credit IMVU) dan semua users yang nak beli credit, hanya boleh beli dari portal IMVU saja. Ini menjejaskan Creator yang ada simpanan credit berjuta dalam akaun dorang. Bila dah tak ada authorised Reseller ni, kebanyakan Creator kehilangan punca nak tukar credit IMVU kepada tunai. IMVU tak benarkan jualan credit terbuka oleh pihak ketiga sebab nak mencegah scammers credit. Creator yang terdesak perlukan tunai, terpaksa guna pilihan lain untuk tukar credit kepada tunai seperti menggunakan platform luar dari IMVU seperti facebook untuk buka jualan credit. Tak semua Creator ada masa nak cari buyer, lepak dalam room pun jarang🙄. 

Penyelesaiannya, IMVU perkenalkan program Earn Money sebagai pilihan kepada Creator yang nak buat pendapatan tunai dari Creating. Creator boleh pilih peroleh keuntungan dari jualan catalog dalam bentuk credit IMVU ataupun tunai. Dengan syarat ...creator bersetuju bayar submission fee yang sama. Jika pilih Earn Money, untung dapat tunai maka submission fee juga bayar dengan tunai. Creator yang pilih program Earn Money, mereka perlu ada akaun PayPal untuk pembayaran tunai. Dari PayPal akaun, Creator boleh transfer tunai mereka ke bank tempatan (bank akaun sendiri).



Langgan VIP Tiered Platinum atau Diamond untuk program Earn Money

Berbalik dengan pengumuman yang dibuat IMVU baru-baru ini, bermula 1hb July 2023 semua Earn Money Creator yang bukan VIP subscriber dikehendaki mendaftar/melanggan sama ada Platinum atau Diamond untuk menerima pembayaran tunai. Rata-rata Creator termasuk Tun Creator tak happy dengan polisi baru yang akan berkuatkuasa nanti. Sis dapat kumpul skit sebab-sebab 90% Creator tak happy dengan polisi baru earn money ni, antaranya 

😌Tun Creator macam sis, takde VIP dan tak berminat jadi VIP tapi dorang dah pilih program earn money sejak dari mula program ini diwujudkan. Sebelum ini IMVU bagi jaminan tak kacau privilege Tun Creator

😌Kenapa mesti subscribe VIP Platinum dan Diamond? Benefit VIP tak beri apa-apa kelebihan kepada Creator, cuma untuk mengekalkan status Creator mereka, akses kepada creating dan catalog boleh dilihat. Menunjukkan Creator tak berminat dengan Benefit VIP yang tak berkait dengan perihal Create.

😌Bagi Creator kecil, yuran bulanan VIP Platinum dan Diamond membebankan terutama sekali Creator dari negara nilai matawang lebih rendah dari USD. (Termasuklah sis, sis tak jadi sign up program ni kerana bagi sis nilai Ringgit Malaysia tak kukuh!) 

😌Beban juga bagi Creator yang ada lebih dari 1 akaun, takan setiap akaun perlu subscribe VIP? 👉penyelesaiannya IMVU benarkan Creator link maksimum 3 account untuk 1 langganan VIP. Rata-rata masih tak bersetuju sebab mereka ada lebih dari 3 akaun Creator dan semuanya status earn money. Kemon IMVU! 

Dan banyak lagi feedback yang sis tak sempat baca semua satu-persatu sebab email notification sis terima feedback dorang ni dah makin melalut ke lain yang tak related lansung dengan isu ini. Malas pulak sis nak baca satu per satu dah, banyak sangat.

Sis tak dapat nak sahkan minimum payout yang dibenarkan. Daripada pengumuman, sis agak minimum payout mungkin $50 ke atas kot. Sebab Staff IMVU si RigsK bagitau time polisi ni berkuat kuasa nanti, dalam tempoh 30 hari Creator yang nak payout kurang dari $50, boleh tukarkan balik payout money dorang kepada credit. Nak convert kepada credit, Creator kene submit help ticket. Ramai tak puashati pasal ni. 



Terkini Q&A dari RigsK (Staff), soalan-soalan sengal je dia jawab, kalau korang nak tengok apa soalan-soalan sengal dia jawab tu kene gi kat portal Creator Discussion, link sis share kat bawah sekali. Sis simpulkan kat sini jawapan dia dengan gaya bahasa sis untuk bacaan korang😆.

😅 Maximum hanya 3 akaun saja boleh link dalam VIP subscription, jadi kalau 2 akaun je takde masalah. salah satu akan jadi "main" untuk subscribe VIP, yang lain alternate atau supplementary akaun (macam plan family line telefon, ada main dan subline). Masalahnya ada yang sampai 10 akaun Tun Creator dan semua earn money! Tak ke kene subcribe lebih dari 1 VIP untuk paut semua akaun yang ada?

😅 Akaun non-grandfather dah tentu kene subscribe VIP kalau nak maintain create dan shop. Jadi takde masalah, upgrade je kepada VIP Platinum atau Diamond kalau nak "earn money" dan "payout money"

😅 Privilege memautkan akaun (linked) hanya diberikan kepada akaun berstatus Tun Creator (grandfathered). Contoh korang ada akaun VIP Creator (non-grandfathered) dan 2 akaun Tun Creator (grandfathered). Korang boleh pautkan 2 akaun Tun Creator kepada akaun VIP sedia ada. Akaun VIP sedia ada akan jadi akaun utama, dan 2 akaun Tun Creator jadi akaun alternate, jangan lupa kena upgrade kepada VIP Platinum atau Diamond kalau nak akaun Tun Creator korang "earn money" dan "payout money"

😅 Bab pengesahan, IMVU ada team yang akan semak setiap set akaun yang dihantar untuk tujuan pemautan adalah dari user yang sama. Proses ini mesti perlukan Creator lampirkan dokumen sokongan seperti email address, salinan ID, purchasing receipt dan lain-lain yang berkaitan. Berhati-hati kalau korang berniat nak link akaun Tun Creator yang korang beli. Security verification penting!

😅 Bayaran (payout) akan dibuat untuk setiap akaun seperti biasa selepas akaun-akaun Tun Creator berjaya dipautkan. Asalkan VIP Platinum atau Diamond aktif, dapatlah buat payout setiap bulan. Kecuali Creator nak alirkan semua payout kepada 1 akaun (akaun VIP). Dia kena request untuk tujuan tersebut, hantar help ticket. Banyak keje la team payout IMVU nanti, mungkin dorang setup earn money dari setiap akaun-akaun Tun Creator tu dialirkan ke akaun VIP, earning selalu confirm masuk dalam masa 14 hari, taktahu dorang nak set timing aliran earning dari akaun Tun Creator tu sama 14 hari atau kurang. Akaun VIP mungkin terkesan jugak, jadual earning dan payout akan berubah....bunyi cam rumit jugak. Combine payout akaun ni hanya sah tersedia pada 01.08.2023 dan ia bukan satu requirement pun.  

😅 Benefit VIP Platinum atau Diamond hanya akaun utama je boleh enjoy. Alternate akaun (Tun Creator) hanya dapat privilege earn money dan payout je. 

😅 Catalog Tun Creator masih dipaparkan dalam shop seperti biasa, semoga privileges ni kita nikmati seumur hidup! Cuma untuk earn money saja Tun Creator wajib berstatus VIP Platinum atau Diamond. 

😅 Bab pengiraan MASA, sis tak study sangat tapi dalam Q&A RisgK bagitau label $500 MASA remain tapi payout sebenar akan meningkat. Kalau dah combine akaun jumlah earning lebih dari MASA $500, label MASA akan tunjuk peningkatan dan payout juga akan meningkat

😅 Macam biasa Creator kene monitor jadual earning setiap akaun korang. Lagi sekali sis nyatakan combine payout kepada 1 akaun (VIP) bukan satu requirement pun. 

😅 Polisi baru ini akan berkuatkuasa 1hb Julai 2023, tempoh 30 hari untuk Creator request link semua akaun Create dorang (maximun 3 akaun untuk 1 VIP) dan 1hb Ogos pula Creator boleh request kesemua earning dorang disalurkan kepada 1 akaun (VIP akaun). Diulang combine payout kepada 1 akaun (VIP) bukan satu requirement, tak wajib. IMVU hanya akan buat jika Creator request dan nak request perlu submit help ticket.

😅 Ada yang tanya macam mana dorang nak dapat payout masa proses transition tu nanti? Jangan risau, masa polisi ini mula berkuatkuasa pada 1hb  Julai, IMVU kasi ihsan VIP 30 hari untuk alternate akaun Tun Creator yang nak dipautkan buat payout cash sementara dorang nak proses pautkan akaun-akaun Tun Creator ke akaun VIP.   

😅  Sekali lagi, combine payout bukan satu requirement, ya adik-adik. Tak wajib! Kecuali Creator request je barulah IMVU buatkan. Sis pasti prosesnya renyah nak buat, bila diminta baru dorang buatkan. (Haishhhh ...sis kerja customer service, memang penat otak jawab soalan yang lain-lain tapi maksud sama).

😅 Q&A akhir sekali semua pakat menyalak tak setuju. Akaun Tun Creator yang nak dipautkan dengan akaun VIP perlu mohon semula program earn money. Hadeiiii IMVU ni...  

Pehtu RisgK bagi tau dia "away" start 07.06.2023 sampai 21.07.2023 tapi rakan dia akan semak semua feedback dan assist Creator nanti. Lagi satu mungkin korang tak tahu lagi, Manager IMVU MacShannon dah resign last December 2022, setakat ini belum ada pengumuman siapa Manager IMVU yang baru. Tak ada boss nak lead, dorang pun mesti dalam keadaan yang serba salah sebab decision maker dorang tak de lagi. Instruction mungkin dari CEO yang serabut kene tekan dengan Board of Directors 

Kalau korang nak baca pasal ni lebih lanjut boleh login ke Creator Dashboard > Creator Updates atau klik hyperlink sis share kat sini

Creator Community > News & Events > Starting July 1 Earn Money Payout Will Require VIP



Kesimpulan untuk Tun Creator (grandfathered) non-VIP. 

Kalau akaun korang Tun Creator non VIP dan earning credit IMVU, takan efek dengan polisi baru ini. Lagipun Creator Malaysia yang kaya-raya prefer jual sendiri credit nak dapatkan cash, betul tak? Well... hati-hati ok, sebab IMVU not happy kalau dapat tahu korang jual credit under table ni. Yang bagi giveaway dan bayar job modeling dan streaming guna credit pun dorang sengaja buat limit sebulan. Maybe dorang cuba nak galakkan guna VCoin tapi VCoin ni sis perasan kurang sambutan. Tak semua rajin semak Market Gig cari job atau promote business.

Jadi Tun Creator (grandfathered) non-VIP yang tak berminat dengan program earn money boleh rilekssss. 

IMVU pernah bagi jaminan dulu dorang takan kacau privilege Tun Creator tapi sekarang dah mungkir janji, paksa subscribe VIP Platinum atau Diamond pulak tu kalau nak sambung program earn money. IMVU berlagak macam dia kerajaan yang "kenakan cukai pendapatan" pada rakyat. Tak ada plak Creator dari USA ugut nak gi report tribunal pengguna dorang eh. Agaknya dorang tak kisah kot kene caj VIP kalau nak payout cash. 


Platform IMVU dah kehilangan banyak Creator, Mesher & Developer yang bagus sebenarnya. Yang mana stay sebab sayang IMVU, bermula dari noob sampai jadi Creator tersohor. Dorang stay juga walaupun kecewa dengan perubahan IMVU yang makin mencabar. Suka atau tidak dorang cuba terima, sokong dan sesuaikan diri dengan dasar baru yang dibuat. Sis harap semua Creator kekal bertenang, fikir secara rasional dan buat keputusan terbaik. 

Setakat ini berita terkini dan sensasi IMVU dari sis. Semoga manfaat!