Selasa, 14 Jun 2022

Chapter Baru Dalam IMVU - Episod 1: Feed dan Discover


Hai korang! 👋🥰



Most of the time, sis online kat mobile app. Jadi, sis tak online 24/7 macam dulu-dulu tu. Bersosial pun jarang-jarang sekarang. Apa sis buat kalau setakat online kat mobile app? Tak rasa limited ke bila online kat phone je? Memang rasa limited, nak chat dalam room yang ramai pun susah jugak, sis tak tau nak response siapa. Lagi satu sebab kerja sis memang mengadap skrin komputer/laptop jadi habis kerja sis off terus laptop.

Sis akan habiskan masa tengok Feed atau kadang-kadang skodeng Discover kat IMVU melalui mobile app. Kat mana korang boleh layan Feed dan Discover ni? Korang boleh tengok melalui mobile app, dekstop version dan website NEXT. Setakat ini Feed dan Discover tak available dalam classic version yang kita biasa guna tu. Tapi ada option untuk korang klik dan bawa korang ke website NEXT 



Dari Classic/Client klik Feed untuk ke website NEXT

In case korang memang kat homepage, korang klik je NEXT

Korang boleh share gambar-gambar korang snap dari room dengan kawan-kawan dan follower korang kat Feed. Dari classic/client lepas korang snap gambar, kalau nak share kat feed, auto tick "Share to My Feed", gambar akan upload ke Feed korang. Kalau korang guna dekstop version lagi best sebab korang boleh snap banyak-banyak gambar dan pilih yang mana korang nak share kat Feed korang 

Kat Classic/Client ada option "Replace my room profile" dan "Share to my Feed". Korang boleh untick kalau tak nak replace atau share. Click save, gambar akan save dalam gallery, korang boleh check gambar korang kat bahagian "Photos" 


Kat Dekstop version korang boleh snap gambar banyak-banyak dan pilih mana satu korang nak post kat Feed korang


Selain dari gambar dari room, korang pun boleh upload dari PC/laptop atau phone korang. Friends dan followers korang dapat tengok feed korang dari timeline dia. Ataupun korang boleh tengok kat profile card bahagian Post. Mende ni korang tak boleh hide dari stalker yang follow korang, dia for sure dapat tengok feed korang dari Profile card atau Feed korang. 

Gambar sis yang berjaya upload ke Feed. Kene klik kat gambar tu kalau nak tengok penuh.

Kat profile user korang boleh tengok gambar kat bahagian Post. Biasa sis skroll dan like 10 ke 20 gambar. Sis will skodeng profile korang yang banyak gambar cantik dan like

Sis mobile user, apa-apa aktiviti sis banyak buat guna mobile app. Bila ada masa lapang baru sis login classic, itu pun just nak deco room atau buat streaming. Dekstop version may be tak sesuai untuk laptop lama cam laptop sis, gambar selalu ada glitch berbanding dengan classic atau mobile app. Sis dan some of kawan sis akan buat experiment from to time to time, kami lom ok dgn camera IMVU ni. Kalau korang pakai the latest device especially yang iOS, korang akan dapat result graphic yang lebih optimum dan HD. 

Anyway, IMVU akan adakan Weekend Outfit Challenge pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Top 10 winners akan diumumkan pada hari Isnin atau Selasa. Kalau korang nak tengok gambar top 10 pemenang-pemenang boleh follow IG/FB/Twitter IMVU.

Salah satu Feed sis participate WOC. IMVU akan umumkan theme challenge bersama dengan hashtag korang kena letak sebagai caption. Elehhhh... kadang tak letak pun ada je yang lepas masuk Discover. Korang kena pandai timing nak snap untuk tema ini.

Sis tak rasapun team Discover view setiap feed user yang participate based on hashtag#, dari study dan response dari CS dorang, feed yang terpilih berdasarkan undian likes yang sis rasa dorang membongak je dengan sis. Jadi top 10 winners mungkin dipilih berdasarkan likes paling tinggi la kot 🙄. Sebab itu korang tengok kekadang winner yang sama atau gambar tak seberapa pun boleh menang. Follower penting kalau korang nak feed korang banyak likes. Sis ada lebih dari 2.5k follower tapi yang like tak sampai 50 pun kecuali sis layan FNF - Fish Net Friday dan BSBS - Bury's Side Boob Sunday sebab likes dapat dari user yang join event tu. Selebihnye I don't know who the heck are my followers  

IMVU juga menghargai peminat Digital Art, setiap hari Selasa ada #TopeditTuesday khas untuk mereka yang suka top edit gambar. 

Tap kat Discover, korang boleh tengok feed yang berjaya masuk Discover. Korang akan perasan ada yang letak caption Discover 00x bermaksud berapa kali dia berjaya masuk Discover. Status ni salah satu portfolio untuk streamer  

IMVU ada share tips dan rules nak dapatkan feed masuk Discover, korang boleh baca kat sini. Dorang pun ada juga share tips kat IG story, so far tak membantu sangat 😂. Korang boleh juga cari dalam youtube, ada je user yang share tips dan tricks. Sis tak nak stress dengan mende-mende lara ni, kalau dapat discover sis selebrek, kalau tak dapat, tak pe lah. Sebagai veteran user, sis bagi je feedback kat IMVU.  

Masa lapang sis bila rajin sis akan snap gambar dalam room dan share kat feed. Sometimes sis online jugak kat client sebab nak deco room. Sis bukan fashionista atau artis digital atau photography tapi sis suka fashion, arts dan photography sejak sis kekanak lagi. Jadi sis memang suka snap gambar vien (my virtual nickname) dalam room dari sebelum wujud Feed dan Discover lagi. Since ada feed ni, sis start new hobby, virtual photography dan sis jugak buat streaming dan modelling. Live streaming sis belum cuba lagi, sebab kekangan masa lagipun sis tak rasa ada audience nak tengok sis live streaming kat Twitch tu 😂 

Sis pernah cakap korang boleh jadi apa saja yang korang nak dan tak dapat jadi di dunia realiti korang. Sis pilih jadi user yang lone ranger, jadi seorang streamer and model. Sis masih dalam learning curve walaupun almost 1 year involvement. Sis tak pentingkan sangat follower tapi bagi yang memang focus target audience, follower penting bagi dia untuk portfolio, promosi dan marketing. Next episode sis akan share dengan korang macam mana sis boleh terlibat dengan hobi virtual streaming dan modeling ni. 

Bye korang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan