Ahad, 14 Ogos 2022

Episode 3: Nak jadi Producer IMVU


Salam sejahtera korang πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

Mula-mula sekali sis ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi drop by baca blog sis. Amacam gaya penulisan sis? Harap korang tak bosan la baca post sis yang panjang lebar. Kalau sengih sorang-sorang tu kontrol skit tau

PRODUCER

Episode ini sis nak share dengan korang topik Producer. Amende Producer ni? Penerbit drama sebabak vu ke? Memula sis pun dok ingat Producer ni dorang yang buat muzik video atau drama vu. Definisi Producer dalam IMVU adalah pengguna yang menyediakan perkhidmatan untuk pengguna lain seperti menjadi model, editor, custom creator, dan banyak lagi. Dalam dunia sebenar, korang ni macam enterpreneur yang bukak kedai dalam mall besar

Boleh ke kita nak jadi producer macam orang lain buat tu? Boleh dik, tiada halangan selagi korang tak buat mende yang illegal. Nak seribu daya bak kata omputih. Ada banyak cabang perniagaan dan kerja korang boleh tawarkan sebagai Producer. Dalam topik ni, sis kongsi beberapa peluang korang boleh jadi Producer

Creator

Sejak sis aktif balik IMVU sis dah tak create. (statement ulangan) Sis ada la jugak create mende-mende terpaling senang bila sis login kat Classic, sambil-sambil explore IMVU Studio. Just untuk my own knowledge (statement ulangan lagi) Korang sebenarnya boleh menjana pendapatan dalam IMVU dengan create tau. Bunyi macam kelakar... tak real lansung, macam main masak-masak je. "IMVU je" punnn... (Citer ulangan, slogan user IMVU yang tak nak mengaku buat salah)

Daripada main masak-masak tu baik jadi producer buat income dalam IMVU. Bila ada incone korang tak perlu sangat berbelanja beli credit, silap-silap korang pulak jual credit vu. Walaupun sis sebenar-benarnya takan rekemen layan IMVU ni, (statement ulangan lagiπŸ™„) tapi kalau korang ada bakat dan kemahiran, then why not? Start jadi Creator. Korang buat item korang sendiri dan jual dalam shop. Jadi Producer buat custome made outfit, ada je orang nak request custome made outfit especially out main kawin2.

Macam mana nak jadi IMVU Creator macam sis? Jangan jadi Creator macam sis, dik... sis dah bersara πŸ˜… Sis bagi guideline berikut untuk para noob yang berminat nak jadi Creator boleh buat preparation. Mende ni memerlukan korang buat keputusan untuk beri commitment atau tidak:-

❗Pertama sekali sebelum nak jadi Creator, korang kena ada equipment yang tiptop iaitu PC atau Laptop.

❗Kedua, software korang nak guna untuk create. Tak kisah korang nak pakai Software apa, standard Photoshop la tapi kalau korang nak pakai Microsoft Paint je pun boleh. Creative please

❗Ketiga, korang perlu subscribe VIP baru boleh "sign up" program Creator. Katakanlah korang subscribe plan VIP paling rendah, VIP Gold RM21.99 sebulan. 


❗Keempat, bila korang sudah ada VIP, barulah korang boleh "sign up" program Creator. Kat mana korang nak sign up program Creator tu? Easy, dik. Dari Mobile app korang tu, korang klik kat "Setting", pilih "Become a Creator" 

IMVU sediakan website Creator Education Center untuk korang. Segala asas, tips dan tutorial dikongsikan kat Creator Education Center ni. Macam-macam korang boleh belajar. Rajinlah membaca adik-adik, banyak ilmu korang boleh dapat melalui Creator Education Center termasuklah ilmu buat 3D mesh. Jangan segan bertanya bila sesat jalan, korang boleh tanya dengan Creator yang dah senior, mesti ada akan bantu korang #kitajagakita kannn. Korang boleh juga join Creator Connection, banyak info, topik dan perbincangan yang korang boleh gunakan untuk tujuan creating  

Macam mana kalau tak ada skill buat 3D mesh, masih boleh jadi Creator ke? Korang ingat sis pandai ke buat 3D Mesh? Sis pandai buat texture pun atas inisiatif belajar sendiri. Korang jangan la risau, ok. Korang masih boleh jadi Creator basic, derive primary product dari Creator lain. Amende lak derive ni? πŸ˜₯ Huhuhu, macam susah je πŸ˜‘ Susah masa memula korang nak start Create je. Bila dah faham nanti, hari-hari mau create, pehtu asyik park avatar dalam room, kurang dah chatting, abaikan pasangan...eh!

Sis cuba jelaskan dalam term terpaling simple la eh untuk korang faham. Derive ni, kalau ikut mazhab sis korang create balik produk orang lain ikut selera korang, then korang pakai atau jual dalam shop. Contoh Sis jual casing phone ada gambar maymay (kucing sis), korang berkenan casing tu tapi korang tak nak gambar kucing. Korang bayar kos sis buat Casing, then korang redo balik letak gambar cacing πŸ˜† Korang jual pulak casing tu kepada peminat cacing πŸ˜… Dalam IMVU sistem dia macam ni, korang derive produk pertama dari IMVU atau creator lain jadi produk korang. Cara macam ini korang tak perlu buat 3D mesh sendiri, sebab mesh sudah ada dari produk pertama tu. Tinggal korang nak produk ada kelainan dari yang asal, korang masukkan texture sendiri. Contoh kain sutera kosong, korang canting dengan corak karipap. Korang tak buat kain tu, kain kan dah ada, korang just tambah corak karipap supaya kain sutera tu lebih cantik dan menarik untuk orang beli.

Sistem derivation

Sistem derivation ni, kalau korang nak Creator lain derive item dari Shop korang, korang kena set enable derivable. Barulah Creator biasa boleh derive item dari shop korang. Sama macam nak mulakan business sebenar, korang kena ada modal, macam tu jugak nak buka Shop IMVU. Sebelum jadi final product, korang kena submit dulu item untuk publish. Kos korang nak submit item korang untuk publish kat dalam Shop ialah ➡Derivation Cost + Profit + Retail Markup = Final Price. Final Price akan dipaparkan sebagai harga item korang.

Dari Final Price, korang akan peroleh Profit setiap item yang dibeli oleh user lain. Profit korang nilah pendapatan korang. Profit korang tu pulak jadi kos derive kepada Creator lain bila dorang derive item dari Shop korang. Dia pun kena bayar kos sama gak macam korang sebelum submit item tapi lebih tinggi sebab termasuk derivation fee a.k.a profit korang. IMVU pula amik untung Retail Markup [( Derivation cost + Profit) x 0.1] dari setiap item yang terjual dalam shop. 

Kalau korang usha Shop πŸ”πŸ”πŸ”, korang akan nampak item sama tapi harga berbezaπŸ€”. Sistem derivation sejenis berantai macam konsep MLM tapi tak berpiramid. Dari Shop korang, creator biasa boleh buka derivation supaya creator lain boleh derive item dari Shop dia tanpa pergi ke Shop korang nak derive item tersebut. Dengar macam kena sailang je kan? 🀨 Nampak cam tamak haloba bukak derivation supaya creator lain boleh derive dari Shop dia instead of Shop korang... Rileks... Nampak macam taktik menyailang Shop orang lain tapi nanti dulu, sis citer lagi...

Korang sebenarnya masih dapat Profit yang sama. Katakan dia dapat 10 orang Creator noob derive item yang dia derive dari Shop Korang. Dari 10 Creator noob ni korang tetap dapat profit korang 250 tu dari setiap derivation. 10 darab la 250, dapat 2500. Weh banyak jugak kotttt!  

Inilah dia konsep derive atas derive😏. Contoh korang, Creator A punya profit 250 akan jadi Derivation Cost Creator B. B plak letak profit 200, jadi total Derivation Cost Creator B kena bayar 450 dimana hasil jualan dia korang akan dapat profit 250 dan Creator B pulak akan dapat profit 200 yang dia dah set masa nak submit item untuk publish kat Shop. Korang boleh track bila profit yang korang dapat akan masuk dalam akaun vu korang, biasanya profit korang akan dimasukkan ke akaun vu korang dalam masa 14 hari dari tarikh Creator submit derive atau sales masuk. 

Tak kira berapa panjang rantaian derivation item korang, korang akan dapat untung 250 tu selagi ada orang derive tak kira dari Creator B ke Creator C ke Z ke...asalkan derivation tree dia link dari item Korang, Creator A. Cuma, derivation cost semakin tinggi bagi Creator yang nak derive dari Creator yang derive dari korang. Kalau creator tu nak derive dengan kos derive lebih rendah dia boleh check dari mana creator C and B or Z derive, owh rupanya derive dari korang. Then kalau dia nak jimat, dia derive je terus dari korang. Mana-mana pun sama je korang tetap nikmati jumlah proft sama dari derivation fee dan juga hasil jualan.  

Kesimpulannya, menyailang Creator lain tuduhan yang tidak bernas melainkan dia pencuri mesh. Ia hanyalah salah faham saja. Walau bagaimanapun sis nak ingatkan korang bila derive, korang berkenan texture Creator tersebut dan nak guna pada item lain, pastikan korang mintak izin dulu dari Creator tersebut. 

Copyright

Dalam ghairah nak jadi Creator tersohor level 10, sis nak nasihatkan korang supaya hormati hakcipta orang lain dan jaga hakcipta korang sendiri. Sebaiknya korang register DMCA protection untuk mesh dan texture korang. Jangan curik Mesh orang plak, pehtu jual balik dalam shop atau kat creator lain. 

Lagi satu, isu trademark, brand dan logo. Tak semua brand popular korang boleh replicate dan guna trademark, logo dan nama brand sewenang-wenangnya. Contoh jenama Gucci, tak boleh ye terang-terang replicate brand dan logo dorang untuk virtual product korang. Kalau korang buat juga,  IMVU akan ditarik dari shop korang sekiranya mendapati item korang melanggar hakcipta. Silap haribulan ID korang kena temporary disable. Paling teruk permenant disabled, kena banned selama-lamanya. Lately, even Creator yang famous pun kene disabled atas kesalahan ini. 

VIP tamat tempoh dan Tun Creator (Grandfathered Creator)

Status Creator dan shop korang tertakluk kepada tempoh langganan VIP. Jadi korang terpaksa maintain melanggan VIP setiap bulan kalau korang nak create dan dapat profit dari hasil jualan dan derivation shop korang. Ini the dark side yang korang kena tau, bila tempoh langganan VIP korang tamat, korang bukan saja tak boleh sambung create apa-apa, kedai korang pun akan invisible dalam Shop. Jangan risau, item korang masih ada dalam catalog shop korang. Cuma user vu tak dapat search atau view shop korang.  Sale pun tak boleh buat. Kira macam shop korang kena sita sebab tak renew VIP πŸ™Š 

Sehinggalah korang renew VIP korang, baru korang dibenarkan create semula, publish item dan catalog korang visible dalam Shop. Contoh korang ada beli item dari Creator A dan korang teringat ada 1 lagi item yang korang nak beli dari Shop dia. Bila korang cari nama shop dia, tak keluar, tengok kat profile dia pula tak tunjuk Creator Shop. Itu menunjukkan VIP dia sudah expired. Seminggu selepas itu korang perasan catalog dia ada balik dalam shop. Kira dia dah renew VIP dia la tuh

Bagi Creator permenant macam sis pulak, ID kami dikurniakan status grandfathered Creator, kami tak perlu subscribe VIP nak kekal aktif dan catalog kami sentiasa visible dalam shop. Oh, itu ke yang korang tertanya-tanya? Macam mana nak jadi Creator permenant macam sis eh? Maaf dik, korang terpaksa lupakan impian ini sebab rata-rata ID selepas May, 10 2012 perlu subscribe VIP kalau nak jadi Creator.  

TopEdit

Macam beban je jadi Creator? Memula kena maintain status VIP setiap bulan, pehtu kena sentiasa ada credit kalau nak create pape. Nak kene buat marketing sendiri lagi... Eh, banyaklah halangan eh. Tak pe korang tak nak jadi Creator content, korang boleh buat mende lain jugak. Ingat tak dalam post sis sebelum ini ada mention pasal #TopEditTuesday? Korang boleh jadi Digital Artist buat topedit. 

Guna skill korang je buat modal. Tak payah buang duit subscribe VIP. Urusniaga secara terus korang dengan pelanggan korang. Yang penting karya korang berkualiti HD dan dapat masuk discover!

Top Edit by N4RL

Korang nak pakai Software papepun boleh untuk hasilkan karya virtual korang. Tak ada derivation cost korang kena keluarkan dan tak ada 10% marked retail IMVU ambil. Berapa harga korang letak untuk karya korang, banyak itulah korang akan terima dari pelanggan korang. 

Sis tak ada banyak info pasal Top Edit ni. Not my thing actually. Daripada pemerhatian sis, kebanyakan guna gambar close up *hiresnobg untuk editing. Jarang-jarang nampak user yang post Topedit haiwan, tumbuhan atau pemandangan. Amacam kalau korang start trend topedit yang berbeza?😏

Model dan Streamer

Ahaaa... ini baru my thing, korang!πŸ₯° Kalau korang suka snap gambar dalam room, suka share kat feed, share kat sosmed. Korang boleh jadi Streamer. Korang suka gayakan avatar korang dengan macam-macam outfit, boleh la jadi Model. Bila jadi Model automatik korang Streamer jugak. Nak jadikan sebagai hobi masa lapang atau buat freelance modeling dan streaming ke. Atau korang boleh masuk mana-mana agensi modeling.

Salah satu gambar streaming sis.
Kalau nak tengok yang bleh visit feed imvu sis
 

Wait... ada agensi modeling? Sis memula pun cam eh... Ada modeling agency bagai dah IMVU sekarang eh? Zaman sis 2010-2012 dulu, trend tak terlalu expose disebabkan limitation. Kadang rasa sis je yang teringin nak ada mende-mende ni sebab sis memang suka fashion show. Sis sanggup beli avatar Model dari TF Model Factory sebab avatar dia ada trigger catwalk supermodel. Tapi tak ada orang pun nak hire sis buat catwalk πŸ˜‚

Salah satu TF Model Factory male avatar sis ada. Tak silap sis ini Tyrese.
Sis snap masa avatar ni tengah catwalk πŸ˜†

Back to our small topic, sis sekarang sambilan je modeling dan streaming tu. Memula sis tak tau Streamer ni buat apa ada dalam imvu. Padahal sis suka snap gambar share kat feed tulah stream πŸ˜… Marilah sis citer skit, sebelum terjebak dengan virtual modeling/streaming ni sis buat kajian dan siasatan dulu 🧐. Perkara utama sis concern sangat ialah :-

  • Ada mutual understanding tak pada masa dan komitmen? Sebab sis bekerja ikut shift, kekadang sis bekerja pada hari minggu 
  • Version mana yang dorang prefer model guna? Sebab sis mobile user je
  • Apa kriteria menjadi seorang model dan penstrim? Nak kena ada background yang macam mana?
  • Macam mana model dipilih untuk stream catalog Creator?

Memula bidang modeling ni sis dok ingat dorang ni memang hire real model ye. Hahahaaa... Sebab last time sis tengok episode Asian Next Top Model kat unifi TV dulu, ada prize jadi Duta IMVU contract selama setahun. Sis dok ingat Creator adakan modeling agensi sebab nak manage models ni. Sis try usha jugak la tapi ntah tak jumpa plak akaun model-model ni. Maybe dorang tak pakai nama komersial dorang untuk ID akaun IMVU atau IG. Skodeng punya skodeng, ada ye actual supermodel tapi dia tak jadi virtual model dalam IMVU, dia pilih jadi Creator content, iaitu Supermodel Lilyan Cole. kesimpulannya, sesiapapun yang minat dan suka virtual fashion boleh terbabit dalam virtual modeling ni. 

Minat tak jadi model vu? Especially yang gegel tu mesti suka job modeling ni. Apa korang dapat kalau buat job ni? Bergantung kepada method of payment korang prefer. Sis accept gift, credit vu dan VCOIN (duit virtual macam bitcoin). 

Korang boleh guna tips kat bawah ni untuk start buat profile/resume korang sebagai virtual model dan streaming:-

  • Create akaun IG untuk akaun IMVU korang macam sis buat. Sis advise korang letak _vu kat pangkal nama IG korang, so user vu lain tau la you IMVU user 
  • Rajin stream. Korang boleh start dengan snap outfit korang beli dari mana-mana creator. Share link shop kat caption atau comment. 
  • Share atau post kat IG vu korang. Kalau korang ada follow IG creator outfit korang pakai, tagged ID dia supaya dia notice korang stream product dia 
  • Follow je account agensi modeling vu. Senang bila orang buka vacancy modeling, korang boleh terus apply. 
  • Follow account Creator favorite korang.  
  • Participate WOC atau cuba masuk Discover. Berapa kali korang berjaya masuk Discover boleh dijadikan salah satu portfolio atau resume korang. 
  • Jika ada orang PM offer korang masuk agensi modeling, amik peluang tu. Lebih mudah korang nak dapat job jika berada dibawah agensi. 

Boleh ke nak jadi Model dan Streamer guna mobile je? Jawapannya... boleh dik. Tak ada masalah, sis kan mobile user jugak. Namun bagi sis yang sebelum ni guna Classic version, struggle banyak la jugak streaming guna app mobile. Sis terpaksa biasakan guna tool rotation, pinch dan zoom kat mobile untuk dapatkan angle yang sesuai. Itu baru nak mencari angle, belum lagi nak guna poses. Totally manual dikkk...

Nak guna poses kene manually search kat smiley ikon,
pilih kat simbol baju button play tu.
Kalau korang hafal pose senang nak cari.
Kalau tak ingat korang terpaksa test 1 by 1.

Kalau korang ada laptop, boleh install IMVU NEXT Dekstop version. Lagi best streaming dari laptop berbanding mobile. Senang pun senang. Classic version? Korang user terkini eloklah guna dekstop dan mobile version. Tak payah lah pakai Classic version. Tunggu masa nak demolish je bila-bila masa je.  Sekarang ni IMVU biarkan dulu mungkin untuk veteran user macam sis guna. Kami yang tua bangka ni biasalah kan susah nak boleh move on. Sayang sangat dengan Classic version tu.

Akaun Social Media

Untuk streaming dan modeling sis create akaun instagram @vienaxia. Selain dari akaun instagram, korang patut ada akaun Discord. Kebanyakan online gamers guna Discord untuk berkomunikasi dan bersocial antara satu sama lain termasuklah IMVU users. Discord ialah platform social menggunakan VoIP dan instant messaging . Pengguna mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan panggilan suara, panggilan video, pemesejan teks, media dan fail dalam sembang peribadi atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang dipanggil "server"

Sis lagi respect ladyboss sis, FancyWendy, dia memang sempoi. Just guna inbox IMVU je buat group chat. IG dia kurang skit, sis rasa dia buat akaun IG pun sebab nak layan kitaorang streaming je πŸ™Š Kalau buat contest AP dia hanya open album galeri IMVU. Mudah!

Ini sis stream hair dan accessories
Daripada buat freelance, sis sekarang salah sorang daripada model elite FancyWendy Superstars


Modeling Agency

Melalui agensi modeling korang lagi senang nak dapat job modeling. Agensi modeling akan associates dengan beberapa Creator untuk buat promosi catalog terkini dorang. Korang nak berada dalam 3 ke... 4 ke... 5 agensi ke..., ikut sukati korang lah. Jangan sampai tak boleh managed plak. Kang tak pasal-pasal korang kena buang dari agensi sebab tak bagi komitment 100%. Pendirian sis stay dalam 1 agensi modeling, tapi sis tak rekeman korang ikut cara sis ni. Sebab cara macam ni, korang kena pastikan korang berada dalam agensi yang betul-betul aktif associate dengan Creator. 

Lagi satu sis nak bagitau pasal modeling ni. korang jadi macam instant kopi 3 in 1. Koranglah model, koranglah photographer dan koranglah yang buat segala editing sebelum streaming. Maknanya kalau ada skill editing tu macam bonus personaliti korang. Pendek citer, korang adalah manager, photographer dan editor kepada avatar korang. 

Soalan cepumas?! πŸ™‹‍♀️ Kena beli sendiri outfit dari catalog creator untuk buat streaming ke? Beli sendiri tu inisiatif korang nak praktis streaming. Biasa yang sis buat, Creator akan gift korang latest collection atau outfit untuk korang streaming. Kadang-kadang dorang tak gift tapi transfer credit dan mintak korang guna credit tersebut beli outfit yang korang assign korang untuk streaming. Korang perlu aware dengan intsruction yang Creator tetapkan untuk streaming catalog dorang. Setiap creator lain peel dorang ye.

Sis share ni skit je korang. Actually banyak mende lagi korang boleh buat sebagai Producer. Korang boleh jadi Event Consultant, Hosting Live Room, Videographer dan macam-macam lagi. Atau korang pilih hanya bersosial dalam IMVU...

Nota kaki:-

*vu - singkatan IMVU 

*Grandfathered Creator - ID Creator sebelum 08.05.2012   

*Catalog - Setiap Shop ada catalog untuk vu user tengok dan pilih item yang dia nak beli

*Sumber maklumat dan fakta dari IMVU discussion, IMVU Creator Center, Wikipedia dan General Google Search, metajuice 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan