(*gambar-gambar dalam nie adalah gambar hiasan saja daripada google image search)
Sejak tahun 2010, I joined IMVU dan boleh katakan setiap
hari I suka nak online. Kalau pergi kemana-mana, dalam kepala ni ingat nak
balik rumah online. Kalau outstation pun seboleh-bolehnya nak bawa lappy
(laptop) bersama dan pastikan destinasi yang I pergi tu ada coverage atau pun
wifi. Selagi boleh ada cara untuk dapatkan internet coverage, selagi itu cuba
online. Broadband kalau dalam keretapi ada signal, I boleh online je. Sengal je…
Hahahahahaaaa
Sedar tak korang sebenarnya IMVU ni, bukan hanya chatting
and mingle with friends in public room? Ada orang memang tak suka orang lain random
request friends sesuka hati kerana tak pernah jumpa dan berbual dalam public
room. Kami lebih suka lepak-lepak dalam public room, bila pertama kali berjumpa
kami berkenalan dan berbual. Daripada situ kami dapat rasa keserasian,
kesefahaman dan keselesaan berkawan. Daripada situ barulah terima request
friends. Ini hanya pandangan I saja. Kadang-kadang I accept juga random request
friends sebab I fikir antara mereka ingin berkongsi photostream je. Ataupun semasa I nak mula mengarang topik, I
terfikir selain daripada kumpul seberapa banyak friends dan mungkin ingin
berkongsi photostream. Mungkin juga ingin berkongsi pulse… ngeh … ngeh…ngeh. Skodeng pulse orang la tu… wekkkkkk. Maaf I memang
jarang-jarang update pulse. Setiap user ada webpage masing-masing, ada pulse
untuk update status selain daripada update status dalam profile.
Jangan risau sebaik sahaja korang login account korang, ikut arahan tour guide. Tour guide akan ajar bagaimana nak pakaikan outfit kepada avi korang di Dress Up mode . Macam main anak patung, tukar-tukar baju.
Kemudian ke Shop mode, bahagian yang paling imvu suka sangat. Sebab user boleh berhabisan shopping dan imvu untung berkepuk-kepuk. Creator macam I pon suka sebab products dibeli oleh customer terutama sekali korang yang baru, gunakan promo credit salah satu point bantu creator naik level.
Bukan hanya clothing item korang boleh beli, korang boleh furniture dan juga room yang lebih cantik daripada yang ada dalam inventory korang. Tapi kenalah ada credit. Kalau nak earn free credit kenalah ada pet and kasi pet makan baru dapat skit credit. Rasanya belanja makan pet lebih mahal daripada credit yang korang earn. Atau korang perlu buat survey atau jawab pop kuiz. Kalau nak credit yang banyak kenalah beli....
Kemudian My Room Mode, korang akan diajar chat, invite user yang available dan chat dalam private room korang. Nasiblah dengan sapa yang korang dapat. Ada yang nak berbual ada juga yang terus poof.
Kalau ada orang invite korang pulak, akan keluar invitation card ni. Kalau dalam kurungan private maksudnya private room. Cuma berdua, yang menjemput dan dijemput. Korang boleh chat lebih daripada berdua dalam private dengan hanya invite orang lain untuk sertai korang.
korang boleh menaip melalui chat box dibawah ataupun korang boleh tutup chatbox tu dengan klik icon talk ballon dibawah. Dan berbual menggunakan talk ballon.
Chatroom Mode pulak, listing public room yang available untuk guest. Guest tak allow untuk enter room yang ada symbol ap dan VIP. Untuk 'ap' (access passed @ adult passed), hanya kepada yang memilik status ap sahaja... Kalau ada VIP tapi tak ada ap, tak layak join room ap. Tak payah belagak sangat kalau ada VIP sahaja. Kalau room VIP, guest biasa hanya boleh sertai jikalau ada yang invite masuk.
Pesanan I sebelum ni, sebelum masuk public room pastikan korang baca dulu info. Klik info akan terpapar description berkenan room tersebut. Ada sesetengah room ada rules tersendiri yang kita kena respect dan follow. Kalau kita tak ikut rules tersebut kita bakal kena boot. Kita hanya boleh masuk semula room yang sama tadi selepas 20 minit. Itupun kalau masih dibenarkan masuk.
Macam mana nak guna avi dalam masa yang sama chatting kat chat box? Adoiii.... sebenarnya avi ada default move, lantak dia nk gaya cam mana pon. Walaubagaimana pon korang boleh guna beberapa action dengan klik kat avi korang. Keluar list action dan juga trigger. Kalau korang nak buat action kat avi lain pulak. Korang klik kat avi kawan korang, list akan keluar dan korang boleh pilih nak buat action macam mana. Nak salam, peluk, penampo.... terajang semua bleh. Tapi korang tak boleh buat kat avi yang ada VIP sebab dorang ada shield. Cuma action yang dibenarkan saja yang boleh anda lakukan kat avi yang ada VIP. Jangan sesuka hati cuba action kat avi lain, nanti dorang elok-elok je kat situ pon buat action penerajang kat korang. Tak terlawan plak korang pasal user lama semua terer belaka.
'Puppet's Master' yang menggerakkan puppet. Sama macam dalam 3d client nie. Korang yang menggerakkan avi korang. Mudah sahaja, bawa cursor sekitar room kalau jumpa yellow dot, klik kat situ, avi korang akan berada di situ on the dot. Ngeh.... ngeh... ngeh... kalau nak avi tu berjalan pon I wish IMVU programkan yang user klik kat dot tu dan avi jalan sendiri pergi kat situ. Buat masa ni, imvu belum capai kecanggihan macam tu. Kira ok la kan... sebab jenuh jugak nk gerakkan avi... kang jatuh longkang plakkkk
Berada dalam virtual world ni seumpama berada dalam dunia yang lain. Tapi kita ada disitu melihat apa yang kita lakukan dalam dunia tu. Kita yang hidupkan avi dalam dunia itu dan kita mewarnakannya dengan kendiri kita jua. Kenapa I cakap macam tu? Sebab bila kita sembang dalam virtual nie kita bersembang dengan hati kita. Mula-mula kita sembang biasa, kita rasa tiada apa yang akan memberi kesan kepada kita sebab kita hanya chat. Kemudian kita mula 'deep conversation', kita mula jatuh minat dengan gaya dan penampilan kenalan kita. Dari minat dan suka, ada attraction. Dengan hanya melihat avi sahaja. Dan bermulalah imaginasi dan fantasy korang dalam virtual world ni. Bahaya citer lebih-lebih ni, kang ada yang teringin.... huhuhuhuuuu
Terpulang macam mana korang mengawal puppet korang, sebab korang puppet's master. Imaginasi dan fantasi melibatkan keinginan dan kemahuan, dan hati juga perasaan. Ada orang beranggapan what happen in imvu stay in imvu. Ada orang beranggapan IMVU just a game. Ada orang rasa mereka boleh uruskan dua dunia yang berbeza.
WELCOME TO IMVU WORLD!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan