Sabtu, 26 Januari 2013

IMVU - MY LITTLE SHOP (AXIA FANTASY)


I ada shop sendiri dalam imvu. Kalau nak kosongkan minda, hilangkan stress dan melupakan masalah kehidupan... I online imvu. Kadang-kadang bukan bersosial maya sangat pun dalam imvu. Nak keluar.... cost... kalau orang nak belanja baru la rasa best nak keluar... wekekekekekekek. Pastu masalah parking yang terhad. Dapat parking yang strategik memang tak keluarlah I. Rindu jugak dengan family and relatives. Adik-adik sepupu yang selalu lepak dan bergembira bersama. Sebab dulu selalu lepak dengan cousins and my beloved auntie


I bermula dengan create simple sticker, avatar sticker. Senang sangat, snap photo guna *hiresnobg untuk dapatkan pixel besar (masa tu snap photo size kontot je, tak best). Kenapa guna *hiresnobg? Kalau guna *hiresnobg kita boleh snap avatar sahaja tanpa background. Tapi kalau nak background pulak, guna *hiressnap. Lagi satu, tak payah download daripada album website. Guna *hiresnobg atau *hiressnap automatic photo save kat dekstop. Jimat masa...

Main Album



Salah satu sticker avatar yang I buat guna avi ni.

Bila dah mahir menggunakkan create mode barulah I create items. Mula dulu guna imvu peer preview untuk create. Kena download peer-previewer untuk create. I belajar guna peer-previewer daripada seorang kawan (ex virtual, ahaks! dah nyampah sekalipon kena juga berterima kasih dengan dia sebab kalau tak kerana dia desak suruh create, sampai kesudah tak pandai). Sedang elok I dah faham guna peer-previewer, imvu launch latest version 3d client. Tak perlu menggunakan peer-previewer lagi, creators boleh terus creating menggunakan 3d client. (masa ni, I pulak yang pandai. Ajar balik. Kira 0-0 la dengan dia kan?). Baru explore 2.... 3 kali, tiba-tiba I tak boleh guna create mode. I boleh edit texture dan save tetapi I tak boleh submit product. Geram betol!. Masa tu semangat nak create membuak-buak. I sabar dalam sebulan walaupun reinstall balik 3d client, still tak boleh lagi. I mengadu kat forum.... sampai I hilang sabar. I marah-marah imvu staff, Varsha dan Katimarie. Kemudian I kena kaunseling dengan auntiepjl (moderator forum) .... insaf I.... Bila rasa fikirkan dah rasional semula. I mohon maaf. I memang salah sebab tak behave masa comment dalam forum. Pengajaran buat I supaya bersikap lebih matang dan menghormati perasaan orang lain. Kebetulan antivirus I expired and I tukar guna antivirus yang lain. Barulah I boleh submit product..... sampai sekarang I segan dengan Varsha dan Katiemarie. Walaupun sama-sama berseronok layan beta peacock test dulu. Yang best, I dapat berkawan dengan auntiepjl dan share photo kat photostream. 

  
(Sumber - photo daripada IMVU Education Centre)

Lega dapat submit product semula, untuk permulaan I mula create item yang simple. I created frame and furniture item. Dah berkurun I tak menggunakan photoshop, totally lupa dan tak tahu guna. I cuba belajar menggunakan gimp tapi masih tak dapat nak faham kegunaan. Kemudian I teringat ada kawan I cerita, guna paint... cut and paste je. I pon open MS paint. Hurmmmmm... terfikir pulak mesti ada additional tools (plugin sebenarnya) yang boleh download dan guna. Masa tu I terjumpa free software Paint.Net. I siasat sikit melalui forum paint.net, hasil seni menggunakan software ini boleh tahan juga. 

Get Paint.NET!

I mula experimental menggunakan paint.net. Tutorial dalam forum mudah untuk difaham. Melalui  paint.net yang dapat memahami kegunaan tools dan effect. Download texture daripada website memang boleh, tapi masih perlukan sedikit effect dari segi penata cahaya dan bayangan. Betol tak? 

Photobucket
Ini furniture pertama I hasilkan dan menggunakan texture sendiri. Pada pendapat I, paint.net sesuai untuk beginner macam I. User friendly and easy to learn. Kemudian I cuba nak buat hair. I ada join creator and developer group yang dikelolakan oleh Babey. Dalam group tu ada DonutRogue ada contribute texture untuk kawan-kawan guna untuk hasil kan product. I pon ada jugak cari kat website texture hair yang lain. Tapi I rasa nak buat sendiri. I pon refer forum paint.net untuk belajar buat hair texture. 

Texture pertama. Kalau apply kat create mode, memang tak lawa lansung. Kuang kuang kuangggg...

Things happened in imvu, I stop for a while daripada create. Masa tu memang tak ada hati nak create apa-apa. Merajuk sekejap dan nak cari masa recover diri dan matangkan fikiran. I reset friendlist I and change name. I cuma added semula beberapa orang. I merayau kat international room, tak de lah jauh sangat. Singaporean nyer public room, meet new friends. Then I selalu spin mix dalam room tu, tak pasal I jadi dj mix. Masa tu banyak competition open rave club. I dj mix on demand plak tu, sampai 3 room I lepak spin mix sampai auto dc (disconnest). Petang-petang dah kurang call, boss pon dah tak kacau. I online spin mix dengar lagu. Tapi jadi slow plak pc I.... pc cabuk bak kata jejakez. Hahahahaaa.... Lama-lama I fed up gak dengan drama telenovela international nie. I mintak maaf kalau ada yang terasa, tapi selama I chatting dan layan social network. Kebanyakan Singaporean memang suka maki hamun mencarut orang kat public room. Paling celaka sekali, I ingat lagi minah ni I tak cari pasal pon dengan dia. Tapi dia made story pasal I. Yang actually dia yang buat perangai macam tu. Sudahnya I kena maki hamun mencarut dengan kawan I owner room yang I selalu spin mix. I bukan jenis balas, tapi I pulang balik ayat-ayat maki hamun mencarut dia. Mencarut kat orang, engkau tak ada ka mende tu?. Moron..... Sejak itu I memang tak bagi muka dengan orang jenis macam ni. I report terus kepada IMVU orang macam ni violent and abusive. 

I nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi galakan untuk I create semula. Mula I guna concept cut, paste & edit texture yang I download daripada group page dan website lain. 

Texture hair ni cut, paste and edit red and black. 

Takan nak buat macam aje... I mula refer forum imvu mencari info pasal hair texture. I baca tutorial yang menggunakan application lain tetapi I cuba buat dalam paint.net. Concept sama cuma berlainan application lainlah nama tools. Padahal mende yang sama. Hasilnya.... I jadi developer hair texture

Menggunakan noise dan motion blur. Antara texture yang awal I hasilkan menerusi hairstyle ni.



Sebenarnya I lebih suka derive male hairstyle, terutama sekali daripada Developer JakindaKE.  Kalau female pulak, selalunya daripada Developer Occultbaby. Creator lone ranger cam I nie, siapa nak pandangkan? Ada jugalah yang membeli daripada shop.

Poster untuk menarik perhatian. Kalau beli-beli kat 3d client, bila masa nak tengok poster kan? I buat poster saja seronok sebab masa ni pon tengah layan beta peacock test.

Lawa jugak kan. Ada kawan I komen tentang hair yang hasilkan. Macam rebonding kata dia. nampak halus texture yang I hasilkan. Then baru I notice kelainan texture yang I hasilkan berbanding Developer lain. Kira signature I la tu kan. Kalau texture kena curi pon boleh recognize. So far tak ada yang berkenan nak curi texture I yang tak secantik macam Nevoir. Jangan curi texture saya, sebab tak cantik! 

Ini yang paling latest, request by friend of friend of mine. Poster 2013 I, with new name for my little shop - AXIA FANTASY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan