Ahad, 13 November 2022

Episode 5: Alami Dunia IMVU Dalam Resolusi Tinggi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, 

Hai, korang!๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi visit blog sis ni. Minta maaf kerana sis take time nak publish post ini, kelewatan yang disengajakan๐Ÿ˜† kerna time sis nak siapkan post ni, content dia makin panjang lebar dan melalut๐Ÿ˜…. Melalut yang berinformatif la... sis sayang plak nak delete yang mana melalut tu, jadi... Sis split dan save dalam draft next post. 

Ini appearance Viena dalam IMVU.
Virtual Doll sis freehair dan seksi avatarnya
Kerjaya beliau dalam IMVU sebagai Profesional Model dan Streamer, ahakssss 

Sis nak sembang pasal high resolution yang baru ini IMVU update, recall balik mesti ada antara korang jadi murung kejap sebab tak boleh load furniture dalam chatroom. Ada yang tak boleh load avatar dalam app. Tabahlah ye korang, sis pun ada juga mengalami isu yang sama. Mungkin berpunca dari penyelenggaraan semua aplikasi IMVU. Biasa la bila ada penyelenggaraan tu mesti ada selingan isu technical. Kebiasaanya kalau obvious sangat sis akan skodeng Community Center IMVU, semak jika ada maintenance atau isu teknikal terkini.  

Kita tak nak citer pasal maintenance IMVU, kalau korang perasan IMVU Desktop kini dalam high resolution 2.0, korang boleh set HiDPI terkini dengan Anti-Liasing dalam Dekstop dan IMVU studio (creator app) untuk mengalami suasana beresolusi tinggi ini. Based on notification IMVU hantar, kita kini boleh alami high resolution ni dengan mengemaskini setting HiDPI kepada Best Quality (2.0x), maksudnya 2 kali ganda dari resolution sedia ada la kot, dan enable Anti-Liasing. Make sure laptop korang pakai graphic card terbaik untuk gaming, korang boleh enjoy la kelebihan ni especially kepada korang yang suka snapsot, editing dan recording video atau live streaming tu.

Sis dapat notification dari IMVU.Inc dan juga IMVU Creator

Sis dah check kat dalam phone android sis takde setting ni, sape2 yang pakai phone iOS boleh check handphone korang, kot2 la ada. Kalau korang memang guna IMVU Dektop (Beta), korang boleh semak kat bahagian setting. Setting kat mana, sis? Ok kanak-kanak... sis tau mesti ada yang tak tau kat mana setting tu, dia reti login masuk chatroom, chatting dan snapshot sehala je...๐Ÿ˜…Tapi tetiba kali ni dia baca blog sis dia berminat nak tahu๐Ÿค”. Korang boleh ikut step sis bagi ni:- 

  1. Buka je IMVU Desktop korang tu, klik kat DP korang atas sekali sebelah kanan
  2. Klik kat icon Gear - Setting
  3. Skroll ke bawah sampai jumpa "ADVANCED", kat situ korang akan nampak Render Scale (HiPDI), Anti-aliasing (HiDPI) dan Canvas smoothing (HiDPI)
  4. Korang boleh set Render Scale (HiDPI) kepada Best Quality (2.0x) yang IMVU syorkan untuk mengalami suasana dalam Resolusi Tinggi. 


Kepada Creator yang baru berjinak nak guna IMVU Studio dan nak tahu kat mana nak set HiDPI dan Anti-liasing, boleh ikut step ini : - 



  1. Login IMVU studio macam biasa, korang klik kat 3 lines atas sebelah kiri (bukan 3 lines "pakeda" ye adik2), klik kat "Preferences" 
  2. Korang akan nampak "IMVU Studio Preferences", kat situ korang boleh Render Scale (HiDPI) kepada Best Quality 2.0x. Yang lain semua sudah auto enable
  3. Semua sudah set, korang boleh tutup "Preferences" 
  4. Sudah set korang boleh belek-belek item yang korang nak derive


Nak lagi senang korang guna keyboard shortcuts, sis amik dari Community ni. Korang pun boleh baca lebih lanjut dalam artikel IMVU Comunity Center kat sini.

Keyboard Shortcuts For Mac

  • Better Performance (0.5x) - [Ctrl-Opt-1]
  • Balanced (1.0x) - [Ctrl-Opt-2]
  • Better Quality (1.5x) - [Ctrl-Opt-3]
  • Best Quality (2.0x) - [Ctrl-Opt-4]
  • Anti-Aliasing toggle - [Ctrl-Opt-A]
  • Canvas Smoothing toggle - [Ctrl-Opt-S]

Keyboard Shortcuts For Window

  • Better Performance (0.5x) - [Ctrl-Alt-1]
  • Balanced (1.0x) - [Ctrl-Alt-2]
  • Better Quality (1.5x) - [Ctrl-Alt-3]
  • Best Quality (2.0x) - [Ctrl-Alt-4]
  • Anti-Aliasing toggle - [Ctrl-Alt-A]
  • Canvas Smoothing toggle - [Ctrl-Alt-S]

Macam mana dengan Classic? Kene setting best quality dan anti-aliasing jugak tak? Dalam setting Classic app sis dah check tak ada setting ni, tapi sis set accerelated graphic je. Sebenarnya Classic app dah memang dalam high resolution. Disebabkan rancangan IMVU nak convert Classic kepada Desktop, dorang lebih banyak buat improvise kat Desktop. Dalam masa yang sama korang boleh nikmat pengalaman virtual graphic lebih baik walaupun korang dalam Classic. Sebagai Mobile user sis guna peranti android jenama VIVO, setakat ini sis puashati walaupun hasil snapshot tak HD macam snapshot korang... mampu la streaming dan modeling secara professional dalam setahun ni... cewah! 

Sis guna room imvu+ dan particle dari Shop 4u sebagai sampel perbandingan.

Dari segi perbandingan:- 

  • Ada animation effect sis hanya boleh nampak dan captured guna camera Classic tetapi tidak dalam Desktop dan Mobile sebelum ini. Contoh 2 snapshot kat bawah ni sis snap dalam room sama yang mana sebenarnya sis letakkan particles colorful. Dalam Classic (snapshot no.2) particle warna warni dan walaupun dapat captured guna camera tapi tak glow. Manakala dalam mobile (snapshot no. 1, sis kerap guna mobile masa ni) particles hanya warna putih tapi dapat captured particles glowing.
Walaupun IMVU dah upgrade high resolution dia, dalam Classic tiada perubahan

Sebelum ini dalam Mobile particles warna putih

Sejak IMVU upgrade high resolution, particles dah nampak warna-warna dalam Mobile 

Hasil snapshot particles dalam Desktop. Particles warna-warni  glow tapi tak bersinar.
Mungkin disebabkan oleh particles ni product lama way back 2010.
 

  • Kekadang sis akan guna portable Filter untuk snapshot tapi dalam Classic tak function sepenuhnya, sis syak berpunca dari bugs atau error kat opacity effect, bukan salah mesher sepenuhnya kerana hasil product tertakluk kepada ciri-ciri creating tools yang disediakan oleh IMVU dalam Studio app atau Create Mode. Selalunya bila sis nak guna filter dalam Classic, ade je tak kene dengan appearance Viena. Kening botak la... atau anak rambut hilang la, kekadang baju pun hilang kalau view di sebalik transparent furniture seperti window glass. Kalau GA ok lagi tapi kalau pakai skin AP, nampak betul-betul naked gaisss! Error macam ni tak berlaku dalam Desktop dan Mobile app.   
  • Pergerakan "pan" lagi best dalam Desktop berbanding dalam Classic dan mobile yang limited. Setakat ini "pan" ke kanan dan ke kiri, ketiga-tiga app sama, boleh panning sampai 360⁰. Tapi bila "tilt" dalam Classic dan Mobile limited especially bila sis cuba nak tilt ke bawah. Dalam Desktop korang boleh tilt ke bawah sehingga 180⁰ darjah. Wow!๐Ÿ˜ฒSis kagum kejap pasal sis jarang sangat masuk room guna Dekstop. Bila sis try snapshot dalam Desktop baru-baru ni, seronok plak. Korang tengok sis snapshot dari bawah. Kalau dalam Classic limit 120⁰  je, dalam mobile lagi kesian sis tak boleh tilt ke bawah lansung tau, sedih!. 
Dalam Classis sis mampu "tilt" setakat 120⁰ je berbanding dalam Dekstop.

Snapshot dalam Desktop rupanya boleh "tilt" lebih ke bawah berbanding dalam Classic

Ini sis cuba "tilt" 90⁰ ke bawah.

  • Macam mana dengan kamera dalam Dekstop? Sebelum ini sis memang tak happy guna camera dalam Dekstop, glitch terlalu kerap. Tapi itu dululah masa memula IMVU launch Dekstop app. Lagi satu, bagi sis Desktop ni berat sis nak open sambil-sambilan sebab dia umpama korang buka Classic app + NEXT web.
  • Yang mana satu lebih convenience? Sebagai user Pro-Classic, sis setuju Dekstop sekarang lebih baik tapi bab convenience sis masih selesa guna Classic sebab:-
    1. Sis boleh guna key Shift, Ctrl dan Arrow untuk rotate, pan dan tilt dalam room. Simple! 
    2. Senang decorate room sambil snapshot - sis tak decorate sangat time streaming tapi sis guna kelebihan ini nak reposition spot untuk dapatkan angle yang sis nak. Dalam Desktop korang terpaksa buka page lain untuk decorate room dan rasanya tak boleh nak snapshot dari situ
    3. Senang usha item dalam inventory dan shop. Sama macam decorate, sis suka wear and unwear item masa buat snapshot. Dalam classic sis senang nk cari, pakai dan tukar appearance Viena dalam chatroom. Sis boleh recognize item yang sis nak pakai melalui cover catalog. Dalam Desktop dan Mobile terpaksa check 1 by 1 nak check which is leceh! 
    4. Senang nak buka link website item yang dipakai dari inventory untuk tujuan rate dan reviews 
    5. Sis boleh check snapshot dalam gallery selain dari buka IMVU Web Classic. Gallery tak available dalam Desktop dan Mobile. Korang boleh tengok je balik gambar korang kat feed korang. 
  • Classic app nak dikatakan ringan tak jugak. Sebab dalam Classic kbps avatar bawak kalau terlalu besar boleh menyebabkan Classic app jadi berat dan lagging. Dalam Classic korang boleh tahu kbps setiap avatar. So bila hangout dalam chatroom owner room terpaksa letak rules limit kbps avatar supaya bila ramai room tak lag teruk. Mobile app pula bergantung kepada model telefon korang guna sebab ada yang komplen telefon cepat panas dan bateri cepat habis. Desktop similar dengan Mobile. 

Kenapa perlu sis buat eksperimen dan bandingkan antara 3 platform IMVU ni? Disebabkan sis aktif modeling dan streaming. 3 Platform ini berguna untuk sis buat snapshot product yang dihantar oleh Creator untuk stream ke public. Tak semua product function dalam cl Semua product boleh stream dari Classis tapi tak sesuai stream product imvu+. Sis ada kelebihan stream product imvu+ sebab device android sis support effect product imvu+. Kalau korang nak tau product imvu+ ada ciri-ciri rendering yang tiada dalam classic. Maksud ciri-ciri "rendering" ialah ciri-ciri lebih realistik, product imvu+ boleh memantulkan cahaya secara dinamik, ada sistem particle baru dan byk lagi yang boleh nampakkan sesuatu item yang korang pakai lebih relatistik

Outfit imvu+, korang boleh nampak dress sis pakai ada releksi cahaya

 


Tiada isu korang nak snapshot dalam mana-mana app pun. Cuma untuk outfit imvu+ sis akan snapshot melalui Dekstop atau Mobile app untuk memperlihatkan kelainan outfit tersebut. Sis perlu pastikan ciri-ciri outfit ini berfungsi dalam room imvu+. Ini kerana outfit imvu+ ada permukaan yang bersinar dan reflektif yang korang tak dapat lihat dalam Classic app. 

Outfit dari Shop Kayo0123. 
Korang boleh nampak blazer yang Viena pakai ada refleksi cahaya

Amacam? Berguna tak informasi IMVU sis share ni? Ya, sis lebih kepada snapshot sebab memang kegemaran dari sejak awal sis terjebak dengan alam maya IMVU kalau nak compare dengan Creating. Graphic IMVU app pun dah semakin cantik hampir setanding dengan virtual dalam Second Life, tinggal avatar tak berjalan or berlari dengan ada shadow je lagi. Kelebihan IMVU buat masa ini, user boleh akses chatroom melalui peranti Mobile bila-bila masa dan di mana korang berada asalkan peranti korang ada network.

Sis ada jugak test download Mobile app dalam tablet Samsung arwah kakak sis. So far guna tablet sama je macam guna smartphone tapi skrin lebih besar la. Sesiapa yang ada tablet boleh cuba download kalau nak enjoy layan IMVU dalam skrin besar skit dari smartphone. Cuma snapshot sis dapati ada glitch. Mungkin sebab graphic card atau tablet lama 2018? 

Next episode sis akan share tips guna tools untuk adik2 newbie explore chatroom, tips untuk snapshot dan juga tips untuk adik2 guna action/triggers bersama portable filter dan bodylight avatar. Semoga maanfaat! 


(Kakak sis meninggal dunia pada 29.08.2022, Alfatihah buat allahyarham Noraizanisah binti Zainal Abidin, semoga rohnya senantiasa dalam rahmat Allah SWT, dipermudahkan perjalanan di alam Barzah, semoga tenang, gembira dan dibahagiakan serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman, aamiin... ) 




Selasa, 13 September 2022

#IMVU Room lepak baru - Curheart [MY]

Salam sejahtera korang! 

Sis dalam IMVUverse

Kalau korang go through post lama sis, korang akan jumpa post sis citer pasal room sis, Axia White. Lepas sis uninstall client (sekarang dipanggil classic) public room sis pun closed jugak. So korang dah tak jumpa dah room lama sis tu. SIs terfikir juga nak open balik room tu untuk kawan-kawan lama sis yang tetiba online balik. Fikirkan balik, better sis open room baru. Walaupun sis dah tak subscribe VIP, sis masih ada 2 slot room.  Jadi... boleh la sis open public room untuk korang lepak2 di kala sendu tiada kawan-kawan lain online.

Room lama sis, siap ada frame besar avi sis ๐Ÿ˜‚
Nampak tak dari dulu memang suka modeling?
 

Tema room sis dulu black/white/grey. Environment plak, bright white, room terang benderang. Biasanya dalam room dulu mesti ada spot group/solo/couple dance. Nak dengar lagu plak optional, samada dengar dari  playlist vu korang atau widget mp3/radio/Youtube ataupun voice box (vb) ๐Ÿ™„.Voice box biasanya user yang jadi DJ la suka guna, bawa ke sana... ke sini, ke sinun. Macam sis dulu, DJ playlist, sis hanya spin lagu dari playlist vu. Kalau connection korang smooth, boleh enjoy dengar playlist vu sis sambil menari kat dance spot dan berborak dengan kawan2. Widget pun ok, korang boleh dengar playlist dalam room, dance dan dalam masa yang sama korang boleh borak2 dengan user lain. 

Kalau vb... DJ yang spin lagi mungkin busy skit susun trigger lagu nak enter dalam chat box. Kalau korang tengah borak2 trigger yang dia masukkan tu agak menganggu. Tapi jangan risau, just sis yang rasa begitu. Dengarnya sekarang bleh autoplay. Good for those yang suka guna trigger lah... hurmmmmm kita bukan nak sembang pasal vb pun kan. Citer pasal room baru sis๐Ÿ˜œ

Konon nak pilih room dari inventory 

Nak open balik room lama macam dah outdated. Dalam inventory sis, sebenarnya ada lebih kurang 200 room termasuk yang sis dah sorok. Sorok??? Macam mana sis sorok? Boleh sorok room ke? New user yang guna Dekstop NEXT atau Mobile app mungkin tak tahu kita boleh sorok item lama yang kita tak pakai dari inventory app korang. Kalau dalam classic korang right click kat item akan tayang nama item tu dan ada hyperword "Hide". Korang click kat "Hide" tu kalau nak hide item yang korang tak nak pakai. Bila dah hide... korang takan nampak dah dalam inventory app korang... haaaa mesti korang tertanya plak macam mana nak dapatkan balik item yang korang sorok tu? Mana tau tetiba terasa nak pakai balik untuk theme challenge kape ke....  

Korang sebenarnya boleh manage item korang yang banyak giler tu kat web inventory. Item yang korang sorok akan disimpan dalam web inventory korang. Kat web inventory korang boleh tukar status "Hide" kepada "Show" dan item akan muncul semula sebagai recent item dalam inventory app korang. Korang boleh view sendiri kat sini . Tak silap sis. sekarang ni kalau korang subscribe VIP Diamond dan pengguna iPhone, korang boleh manage inventory direct dari mobile app korang. Android pulak coming soon katanya. 

Ini web inventory sis. Item zaman batu semua tu sis sorok la


Jadi... dari beratus room tu sis nak pilih yang mana ya? Memandangkan room dalam inventory sis banyak yang dah outdated, sis pilih dari shop je ๐Ÿ˜‚. Masa tu sis baru aktif balik IMVU, tak sure room yang sesuai. Adik vu sis, NURL ada rekemen beberapa room, sis beli je guna promo credit sis yang banyak masa tu. So 1st room sis pilih furnished room neon pink gambar bawah ni. 

Head sis time memula online balik IMVU 

Adik-adik vu suka room ni, ada kekerapan user masuk room ni. Dorang ni suka suasana room yang gelap dan malap rupanya. Padahal jumpa dorang kat dalam room yang terang jugak๐Ÿ˜† Memula sis letak nama room sis standard je, MyRoom ๐Ÿ˜‚ betullah kan... memang room sis, so nama MyRoom sesuai sangat. Then, mungkin neon pink buat room ni nampak gegirl sangat, ada permintaan dari adik vu sis tukar room, dia belanja room bundled.  

Room Baru - Curheart

Untung buat baik dengan orang, dapat room sponsored...
Maceh Mino!

Bagi sis, rezeki kita ditolak, musuh pun jangan kita cari, adik vu nak sponsor room sis terima. Adik vu sis, Mino sponsor bundled room dari shop Whims. Room bundled biasanya didatangkan bersama set furniture khas untuk room tersebut tapi korang boleh jugak add on furniture yang korang suka. Selepas banyak perkara berlaku dan hasil perbincangan dengan adik-adik vu sis namakan room sis, CurHeart. Kenapa CurHeart? Sebab hasil pemerhatian kitaorang pengunjung baru yang masuk tak segan silu citer masalah peribadi dorang kat kitaorang yang totally stranger. Sis tak sure la motif user tersebut, mungkin nak compare room sis dengan room lain? Attention seeker mungkin? Boleh jadi pengaruh jugak. Pape room sis stay natural. Sesiapa saja boleh masuk walaupun korang bermusuhan. Kami just being professional. Pesanan sis, bila berdepan dengan user macam ni, korang perlu hati-hati selalu. We never know their actual attention 

Korang boleh visit room sis kat link ni, CurHeart (pastikan korang ada akaun IMVU la kalau nak tengok room๐Ÿ˜) Tak ada akaun, download mobile dari App Store, then korang daftar akaun, dress up avatar korang. Lepas masuk Chat Now, belajar ape patut dari Greeter, then boleh la pilih tengok room sis  

CurHeart

Room CurHeart ni sis dedikasikan untuk semua user lama dari Malaysia, dari negara jiran, Brunei, Indonesia dan Singapura yang serumpun menggunaka Bahasa Melayu boleh masuk lepak. English optional. Ada kawan-kawan yang dah lama tak online tetiba online, kinda lost nak lepak mana. Boleh singgah lepak room CurHeart sementara you guys nak adapt semula IMVU. Korang ada pertanyaan pasal perubahan atau mende baru, boleh inbox I tanya. Since I pun veteran greeter, I greet welcome back to veteran user yang online balik tak kira korang pakai akaun lama atau baru. 

Kalau masih online guna classic atau client, app tak banyak berubah. Sampai sekarang classis app masih yang paling best digunakan berbanding dengan Desktop NEXT. Kalau korang dah uninstall client, sekarang kalau nak install balik IMVU recommend korang install Desktop NEXT je. Dorang dah start sorok link nak install  classic app. Kalau online guna Desktop NEXT, mungkin korang rasa janggal skit. Chat box dia kat tepi, then cam leceh nk tengok inventory korang. Camera pun cuma size 1:1 (750:750) je. Kat classic ada potrait size 754:1024 dengan landscape size 1024:750

Setiap room mestilah ada moderator. Room sis buat masa ini ada 8 orang moderator, sorang dua je aktif termasuklah adik vu sis yang sponsor room CurHeart. Korang kena beware skit dengan mod nama @lllllMlllll ๐Ÿ˜ˆ (adik vu sis yang sponsor room ni). Tapi korang kena lebih berhati-hati kalau dengan mod nama @Afiyanis ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Baru pun tak baru sangat, sis open room ini sejak 2019 lagi. Dalam room ni, sis cuma sediakan Radio chair untuk user classic lepak sambil dengar radio omputih "Hit's Today". Widget dia dah rosak skit, sis hanya boleh letak 1 station je sekarang. Itu je la hiburan di kala korang seorang diri dalam room ni. Semoga layan... pastikan sambungan internet korang tiptop! Bagi Desktop user, sis dah test chair sis nampaknya x berfungsi dan sama juga kalau online kat mobile app... sis mintak maaf vb pun kite tak boleh dengar.

Moderator

Tadi sis ada mention room sis ada moderator kan? Siapa moderator ni? Setiap room yang available dalam section "Chat" boleh dikatakan semuanya ada moderator (mod). Room owner akan letakkan seberapa banyak mod dia suka untuk room tersebut. Biasanya dia letak geng2 dia lah. Apehal nak letak stranger? Korang boleh check senarai Moderator room melalui Dekstop dan Website NEXT. Kenapa moderator diperlukan untuk sesuatu room? Fungsi moderator acting on behalf owner room semasa ketiadaan beliau. Moderator ada authority nak boot atau kick user yang ada dalam room sekiranya mendapati user tersebut tidak patuh rules yang ditetapkan dalam room. Walau bagaimanapun, mod tak ada akses nak ubah-ubah decoration dalam room. 

Korang boleh view siapa moderator room kat Dekstop app atau Wesite NEXT

Sebagai pengunjung room, mana-mana room korang masuk, respect moderator room. Moderator yang rajin dia akan greet korang dengan ayat, "Selamat datang" atau "Welcome". Kalau dia senyap, mungkin dia away from keyboard (AFK). User ada macam-macam peel, macam tu jugak moderator. The positive side, peranan moderator menjaga keharmonian room dan pastikan pengunjung room patuh dengan rules yang ditetapkan. Moderator akan boot user yang buat hal atau harrasment kepada user lain yang berada dalam room tersebut. Contohnya... katakanlah... korang bergaduh, masing-masing bertahan taknak keluar dari room tu. Tetiba korang kena kick dari room, wtf! Korang tak salah, yang salah sekor lagi tu. Korang tak puas hati korang check room tu nak tau sape yang tinggal... tapi korang dapati room dah empty. Moderator sudah kick semua user dalam room. Tagune punya moderator... sedangkan dia adil dah tu, kick semua sekali ๐Ÿ˜‚

Ya, kalau korang tak respect moderator room, senang je... dia pun belum tentu suka korang  dan dia boleh boot korang dari room. Setiap kali kena boot dari room, korang dilarang masuki room tu selama 20 minit. Selepas 20 minit baru boleh masuki room tu kalau korang nak confront dengan user yang ada dalam room tersebut. 

The negative side, moderator mungkin salahguna kuasa atas kepentingan sendiri. Just nak boot orang yang dia tak suka yang berkemungkinan masuk room. Kes2 terpencil macam ni korang boleh report kat room owner. Kita akan korek motif kejadian yang berlaku. Ini kerana sis tak set rules nak lepak dalam room sis, jadinyer... mod sis akan guna authority berdasarkan budibicara dorang sendiri. Time sis ada, dorang ikut budibicara sis.  

Dekorasi 

Walaupun sis dapat sponsored bundled room datang dengan set furniture. Ada masa lapang, sis akan deco semula room and tukar-tukar furniture. Sebab tu bila korang masuk room sis sentiasa berubah. Yang tak berubah rutin kita orang bila ramai-ramai dalam room, mesti ajak snap gambar kat entrance atau staircase. Kat entrance memula orang rasa pelik, pesal nak berdiri mengadap dinding? Bila tengok feed baru dorang faham.  

Kat enterance ni senang, masuk2 terus posing
Staircase pun favorite spot snap2

Dalam room ni sis tak letak couple pose ye. Selain dedikasi untuk kawan-kawan lama dan newbie Malaysian masuk lepak, room ni for solo, duet and group but not couple. Korang masih boleh cuba nasib cari pasangan kat dalam room ni. Dan sis percaya bila korang dah ada pasangan, korang dah tak lepak dah kat dalam room ni. Sama macam korang jumpa geng baru, korang lepak room geng baru dah nanti. Tinggallah sis sorang2 dalam room, bila bosan je masuk. Tak ade orang masuk, sis pun keluar....uhuks  

Previous decoration

Room ni ada 3 partition, ruang tengah memang dah tempat nak lepak dan bersembang. Sebelah kiri dan kanan sis saja deco untuk photostream solo atau duet atau group. Selalu sis dengan adik-adik vu sis photostream dalam room ni. Then the staircase, my favorite spot. Sis sengaja letak default pose diri dan duduk so korang boleh guna posepack korang sendiri. Posepack tu macam mana? Macam-macam posepack ada dalam shop korang boleh beli. Next time sis story. 

Fav spot sis kat staircase ni. Slalu sis add on default spot 
Antara deco sis buat untuk photostream. Tapi room ni susah nak masuk Discover

Zaman room sis mesti ada Mp3 widget dengan dance spot. Korang boleh enjoy playlist sis dan dance. Sekarang sis dah tak letak semua tu kecuali radio chair untuk user lama nak dengar radio. Selain dari lepak sambil borak dan dengar radio (user classic), korang boleh photostream dalam room sis. Ada aktiviti juga kan? Aktiviti dengar radio dan photostream. Dulu sis akan letak spot dance dalam room, avatar korang boleh menari macam pro ๐Ÿ˜Ž Salah satu aktiviti kami dulu, spin lagu kat playlist atau dengar widget Mp3 dan group dance.  Nak dengar playlist kena ada 2 user dalam room, so korang dengar je dari Widget kerusi sis radio. Yang tu kalau sorang2 dalam room korang boleh dengar lagu

Ok korang, bila-bila free datang la lepak dalam room sis dengan kawan-kawan korang tau. Kalau sis nampak ada orang dalam room sis akan masuk gak nak sembang dengan korang. Semoga manfaat ๐Ÿ˜Š



Ahad, 4 September 2022

#IMVU Episode 4: VIP Tiers

Salam sejahtera korang ๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹



Dulu sis VIP subscriber, boleh la open banyak room. Sis open room untuk hangout dengan kawan-kawan, open Galeri macam SBS (Small Business Saturday) event letak banner dan poster kawan-kawan Creator sis, pengunjung boleh lepak dalam room galeri tu sambil usha catalog Creator. Sis pernah open room untuk Wedding ceremony, walaupun tak support virtual marriage tapi sis pernah la jadi Virtual Wedding Planner. Pendek cerita jadi VIP subscriber korang boleh open public room sehingga 10 slot. 

Merasalah jugak jadi VIP user dulu. What so special dengan VIP ni? Korang nampak VIP user ni boleh open public room sedangkan korang... user biasa ada room cuma boleh guna kat private je. Nak ajak orang lepak room korang kena invite. Selain dari 10 slot room, VIP user dapat nikmati benefit lain seperti 
  • Elaun kredit vu 5,000 
  • Exclusive gift, korang akan dapat bundled room
  • VIP action Triggers
  • Enjoy discount nak beli pape kat Shop atau Music untuk playlist korang
  • Access to whisper. Whisper ni korang boleh sembang 1 to 1 dalam public room tanpa diketahui oleh user lain yang berada dalam room tu.

  • Remove 3rd party Ads. Korang boleh view homepage dan catalog dalam shop kat website tanpa gangguan 3rd party ads 

Dulu harga token VIP $25 (RM119-RM120) sebulan. User akan berebut-rebut beli token VIP ni time vu bagi harga promo. Sebab murah giler, korang... $9.99 sebulan, kadang-kadang vu buat giler harga token VIP jatuh $0.99 sebulan je. Korang boleh beli VIP untuk setahun ($0.99 x 12 bulan = $11.88). Mur ke tak mur? Tapi itu dululah... sekarang mana ade dah mega sale bombastik cam tu dah. 

VIP lama, IMVU gelarkan VIP Legacy, existing VIP Legacy subscriber boleh sambung subscribe selagi tak expired. Harga murah, sayang kot korang nak let go. Tapi bila dah expired user kena subscribe pakej VIP baru, sebab VIP Legacy ni dah discontinue. Pakej VIP baru ada lebih banyak benefit yang user boleh enjoy sebagai VIP subscriber. Pakej VIP baru ada 3 tier - Gold VIP, Platinum VIP & Diamond VIP. Tak semua pakej VIP ni ada benefit sama macam VIP Legacy. Berdasarkan nilai mata wang semasa, sis advise korang subscribe token VIP mengikut keperluan korang, bukan kemampuan ya...tapi keperluan. Sis tahu korang mampu walaupun tengah study...


Apa suggestion sis sebagai ex-VIP subscriber? Kalau purpose korang hanya untuk Creator Admission (masuk program Creator) dan nak maintain catalog korang visible dalam Shop. Sis suggests Gold VIP je la. Sebab... tak kira pakej, VIP user automatik boleh jadi Creator dan Catalog visible dalam Shop. VIP Gold, tier VIP paling murah dalam RM22 sebulan. Elaun bulanan dia 1k credit, celah gigi korang je. Tapi boleh la takat nak buat model submit 1 item masuk catalog. Nak credit banyak belilah kat Creator yang jual credit. Atau beli credit direct dengan IMVU waktu dia buat sales. 

VIP user akan diberikan keutamaan customer support. Korang boleh terus Live Chat dengan staff dorang berbanding dengan user biasa. Kami terpaksa tunggu response staff bergantung pada jarak timezone waktu office hour staff IMVU. Korang janganlah fikir jadi VIP subscriber, korang same level VIP real life plak... tidak ye. VIP ni korang dapat enjoy kelebihan yang user biasa tak dapat je sebenarnya. IMVU platform sosial, jadi bersosiallah dengan baik...  

New Benefit

Walaupun korang hanya dapat 1 slot room saja open untuk public, slot room tu korang boleh open Public Room atau Live Room. Amende plak Live Room ni? Sis tengok user Malaysia macam tak berminat buka Live Room. May be ada tapi 1 out of 100 kot. Atau masih tak tau macam mana nak utilize live room. Sis ada post pasal function Live Room ni. Bagi korang yang baru baca blog sis, nak tau pasal Live Room, korang boleh baca kat sini, IMVU Live Room. Sebelum ini token Host/Live Room ni dijual berasing dengan pakej VIP.  

Dulupun, IMVU pernah ada voice broadcasting tau. Sekejap je dalam sebulan dua macam tu. Masa tu, semua room boleh guna voice broacasting tu, tak limit kepada room user VIP. Lepas tu IMVU discontinue atas sebab-sebab teknikal. Jadi berat server bila buat voice broadcasting ni. Even sekarang korang buat zoom atau google meet pun line sangkut-sangkut. Cuba bayangkan zaman sis dulu yang data broadband limited 5GB je. Tapi kenangan kan, kawan-kawan? Kita dapat la dengar suara masing-masing dulu. Sis tak lupa live singing, ada kawan sis yang memang singer, singing sambil main gitar kapok. Yang couple lagi seronok la dapat dengar suara partner korang dulu. We really have good time back then ❤ Thank you korang ๐Ÿ˜˜๐ŸŒน Kes conquer mic, pijak mic semua tu berlaku sama je macam korang chating kat Yahoo Messenger tu ๐Ÿ˜‚ 

Sekarang IMVU dah wujudkan semula voice broadcasting tapi limit dalam room VIP user je. Pakej Gold VIP termasuk dengan voice broadcasting ni tapi limit 2 jam dalam satu-satu masa. Korang boleh baca lebih lanjut kat Community Center ni, Using Voice on IMVU Mobile. Dan user VIP boleh collect tips dari user yang masuk Live Room dia ๐Ÿ‘‡ 


Tier Gold VIP ni, sis tengok basic sangat hampir tak merasa benefit sebagai VIP user. Feed, room entrance atau catalog viewing masih ada selingan 3rd party Ads. Korang tak dapat enjoy diskaun kalau nak beli pape dalam shop. VIP action trigger dengan Whisper pun tak ada,๐Ÿ˜ฎ Korang rasa?!!! Dua mende ni dah lama ada kot yang sepatutnya every tier VIP boleh enjoy. Sib baik Tier VIP Gold masih dapat exclusive gifts.   


Sukati IMVU la kan, dia provider, betul tak? Kita rasa pakej dia tak best, sukati kita la kalau tak nak subscribe ๐Ÿ˜‚ Kalau korang nak enjoy lebih banyak benefit dari setakat nak maintain catalog korang visible dalam shop, mungkin korang perlukan banyak slot room nak buat pape event. korang boleh usha Tier VIP Platinum. Harga dalam RM44 sebulan. Weh... kinda murah jugak berbanding harga VIP legacy dulu. Korang tak nak jadi Creator tapi nak open banyak room, boleh subscribe pakej ni. Bukan saja dapat enjoy mende sama macam VIP legacy dulu malah dapat lagi banyak benefit. Korang dah boleh la jadi Mak Datin virtual๐Ÿ˜ŽGajikan moderator jaga room-room korang. Antara benefit VIP Platinium korang dapat enjoy:-  
  • Elaun VIP up to 4400 dan exclusive gift; 
  • VIP action triggers, trigger yang hanya VIP user saja yang guna;  
  • 10 slot room sama macam pakej VIP Legacy dulu, termasuk 2 slot Live Room. Kat profile korang akan nampak badge "H" stand for Hosting. Korang boleh host Live Room dan collect tips dari users yang masuk dalam room live korang. Contoh korang buat event wedding guna live room, tetamu yang korang jemput selain dari send gift, dorang boleh tipping credit atau VCOIN kat room owner. 
  • Voice Broadcasting sehingga 6 jam dalam satu-satu masa. 
  • Loyalty Credits ni lebih kepada ganjaran kekerapan korang login app dan web IMVU. Then korang dapat 2 kali spin daily. Nyampah tau, dah jadi VIP pun nak spin jugak ke? Lemah!
  • Whisper... sis rasa sepatutnya ada dalam semua Tier VIP sama macam VIP action triggers. User VIP boleh whisper sesama dorang dan juga dengan user biasa, begitu juga sebaliknya. Whisper tak function untuk user biasa sesama user biasa. Korang nak membawang pm je lah, inbox imvu sekarang kan dah macam whatsapp. Tinggal tak bleh send out gambar je
  • VIP user dapat prioritize bila nak berususan dengan Customer Support IMVU seperti lodge report atau complaint atau nak buat apa-apa event besar yang memerlukan channel IMVU.
  • Dengan VIP Platinum korang boleh remove Third-party ads dari feed, room entrance dan shop viewing korang. Sis tak kisah sangat Third-party ads, kadang-kadang seronok tengok iklan tapi datang gak benci bila muncil iklan OCTA FX. Jimbet betul iklan ni, kat mana-mana ye iklan dia. Youtube, FB, twitter, IMVU.... 
  • Korang enjoy diskaun 5% setiap kali korang beli pape kat shop. 


Tier VIP Diamond ... RM88 sebulan guys. Mahal tapi masih murah dari harga asal VIP legacy dulu. Apa yang lebih kalau subscribe VIP Diamond berbanding dengan VIP Platinum? Yang melebih bila subscribe pakej ini adalah

  • Elaun korang up to 5,400
  • Dapat 15 slot room termasuk 3 Live Room korang boleh hosting
  • Unlimited Voice Broadcasting, on air la korang macam radio karat 24 jam. Jangan terperanjat plak tengok bil letrik tinggi. Broadcasting ni bleh tahan tarik data dengan tenaga letrik ye. Pastikan device korang tip top
  • Unlimited Matches? Ini sis tak berapa sure... berdasarkan carian sis, Matches ni korang cari match korang kat Chat> Friend Macther. User biasa up to 25 macthes sehari. So kalau VIP Diamond user, matches unlimited la kot.
  • Korang boleh remove/delete item dalam inventory direct melalui app korang. Buat masa ni hanya availale untuk pengguna iOS IMVU mobile app (iPhone). Hold dulu bab inventory, nanti sis citer

Lain-lain benefit sama dengan VIP Platinum. Sis saja share pasal VIP untuk newbie atau veteran sekelian yang berminat nak jadi creator. Kalau tak nak jadi Creator, just nak jadi VIP user pun boleh jugak. Duit korang... bukan guna duit sis. 

Kot...kot korang cari info tapi malas nak baca dalam English, korang boleh baca post sis tulis dalam Bahasa Melayu ni. Tatabahasa hauk skit la, tapi korang boleh faham kan? ๐Ÿ˜‚


VIP subscription akan auto renew setiap bulan, proses renew dalam masa 24jam sebelum tempoh langganan semasa korang expired. Korang akan terima notification inform VIP korang dah renew. Biasa bila dah renew korang akan received elaun dan exclusive gift - bundled room. Bundled room ni korang boleh la nak open public atau live room.

Banyak cara korang boleh pilih nak renew pass VIP korang. User mobile boleh renew melalui App Store tolak dari credit/debit card, bil telefon atau e-wallet korang. Sama juga dengan Website NEXT korang boleh guna e-wallet, credit/debit card, paypal atau bank transfer.

Sample korang nak subscribed VIP melalui website NEXT

Macam biasa... bila korang nak stop subscription korang terpaksa buat secara manual. Mana -mana provider sama je dik, dorang takan lepaskan korang dengan mudah. Bila korang dah tak mampu nak continue subscription, korang boleh stop auto-renew VIP melalui App Store korang atau kat korang kene bukak IMVU classic website kat bahagian Account, cari Manage subscription. Actually cara paling mudah korang pegi je kat setting app mobile atau NEXT. Tap kat Cancel Subscription ๐Ÿ˜†


Ok korang, harap info ni berguna untuk korang buat pertimbangan nak subscribe VIP tier. Yang masih bawah umur (-18) auntie nasihatkan korang dapatkan kebenaran dari parent kalau nak subscribe VIP, sebab korang masih dalam tanggungan parent. As parent plak, kalau korang bagi anak-anak korang layan IMVU, korang kena pantau segala aktiviti dorang. Semoga info maanfaat ๐Ÿ˜˜

 

Ahad, 14 Ogos 2022

Episode 3: Nak jadi Producer IMVU


Salam sejahtera korang ๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹

Mula-mula sekali sis ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi drop by baca blog sis. Amacam gaya penulisan sis? Harap korang tak bosan la baca post sis yang panjang lebar. Kalau sengih sorang-sorang tu kontrol skit tau

PRODUCER

Episode ini sis nak share dengan korang topik Producer. Amende Producer ni? Penerbit drama sebabak vu ke? Memula sis pun dok ingat Producer ni dorang yang buat muzik video atau drama vu. Definisi Producer dalam IMVU adalah pengguna yang menyediakan perkhidmatan untuk pengguna lain seperti menjadi model, editor, custom creator, dan banyak lagi. Dalam dunia sebenar, korang ni macam enterpreneur yang bukak kedai dalam mall besar

Boleh ke kita nak jadi producer macam orang lain buat tu? Boleh dik, tiada halangan selagi korang tak buat mende yang illegal. Nak seribu daya bak kata omputih. Ada banyak cabang perniagaan dan kerja korang boleh tawarkan sebagai Producer. Dalam topik ni, sis kongsi beberapa peluang korang boleh jadi Producer

Creator

Sejak sis aktif balik IMVU sis dah tak create. (statement ulangan) Sis ada la jugak create mende-mende terpaling senang bila sis login kat Classic, sambil-sambil explore IMVU Studio. Just untuk my own knowledge (statement ulangan lagi) Korang sebenarnya boleh menjana pendapatan dalam IMVU dengan create tau. Bunyi macam kelakar... tak real lansung, macam main masak-masak je. "IMVU je" punnn... (Citer ulangan, slogan user IMVU yang tak nak mengaku buat salah)

Daripada main masak-masak tu baik jadi producer buat income dalam IMVU. Bila ada incone korang tak perlu sangat berbelanja beli credit, silap-silap korang pulak jual credit vu. Walaupun sis sebenar-benarnya takan rekemen layan IMVU ni, (statement ulangan lagi๐Ÿ™„) tapi kalau korang ada bakat dan kemahiran, then why not? Start jadi Creator. Korang buat item korang sendiri dan jual dalam shop. Jadi Producer buat custome made outfit, ada je orang nak request custome made outfit especially out main kawin2.

Macam mana nak jadi IMVU Creator macam sis? Jangan jadi Creator macam sis, dik... sis dah bersara ๐Ÿ˜… Sis bagi guideline berikut untuk para noob yang berminat nak jadi Creator boleh buat preparation. Mende ni memerlukan korang buat keputusan untuk beri commitment atau tidak:-

❗Pertama sekali sebelum nak jadi Creator, korang kena ada equipment yang tiptop iaitu PC atau Laptop.

❗Kedua, software korang nak guna untuk create. Tak kisah korang nak pakai Software apa, standard Photoshop la tapi kalau korang nak pakai Microsoft Paint je pun boleh. Creative please

❗Ketiga, korang perlu subscribe VIP baru boleh "sign up" program Creator. Katakanlah korang subscribe plan VIP paling rendah, VIP Gold RM21.99 sebulan. 


❗Keempat, bila korang sudah ada VIP, barulah korang boleh "sign up" program Creator. Kat mana korang nak sign up program Creator tu? Easy, dik. Dari Mobile app korang tu, korang klik kat "Setting", pilih "Become a Creator" 

IMVU sediakan website Creator Education Center untuk korang. Segala asas, tips dan tutorial dikongsikan kat Creator Education Center ni. Macam-macam korang boleh belajar. Rajinlah membaca adik-adik, banyak ilmu korang boleh dapat melalui Creator Education Center termasuklah ilmu buat 3D mesh. Jangan segan bertanya bila sesat jalan, korang boleh tanya dengan Creator yang dah senior, mesti ada akan bantu korang #kitajagakita kannn. Korang boleh juga join Creator Connection, banyak info, topik dan perbincangan yang korang boleh gunakan untuk tujuan creating  

Macam mana kalau tak ada skill buat 3D mesh, masih boleh jadi Creator ke? Korang ingat sis pandai ke buat 3D Mesh? Sis pandai buat texture pun atas inisiatif belajar sendiri. Korang jangan la risau, ok. Korang masih boleh jadi Creator basic, derive primary product dari Creator lain. Amende lak derive ni? ๐Ÿ˜ฅ Huhuhu, macam susah je ๐Ÿ˜‘ Susah masa memula korang nak start Create je. Bila dah faham nanti, hari-hari mau create, pehtu asyik park avatar dalam room, kurang dah chatting, abaikan pasangan...eh!

Sis cuba jelaskan dalam term terpaling simple la eh untuk korang faham. Derive ni, kalau ikut mazhab sis korang create balik produk orang lain ikut selera korang, then korang pakai atau jual dalam shop. Contoh Sis jual casing phone ada gambar maymay (kucing sis), korang berkenan casing tu tapi korang tak nak gambar kucing. Korang bayar kos sis buat Casing, then korang redo balik letak gambar cacing ๐Ÿ˜† Korang jual pulak casing tu kepada peminat cacing ๐Ÿ˜… Dalam IMVU sistem dia macam ni, korang derive produk pertama dari IMVU atau creator lain jadi produk korang. Cara macam ini korang tak perlu buat 3D mesh sendiri, sebab mesh sudah ada dari produk pertama tu. Tinggal korang nak produk ada kelainan dari yang asal, korang masukkan texture sendiri. Contoh kain sutera kosong, korang canting dengan corak karipap. Korang tak buat kain tu, kain kan dah ada, korang just tambah corak karipap supaya kain sutera tu lebih cantik dan menarik untuk orang beli.

Sistem derivation

Sistem derivation ni, kalau korang nak Creator lain derive item dari Shop korang, korang kena set enable derivable. Barulah Creator biasa boleh derive item dari shop korang. Sama macam nak mulakan business sebenar, korang kena ada modal, macam tu jugak nak buka Shop IMVU. Sebelum jadi final product, korang kena submit dulu item untuk publish. Kos korang nak submit item korang untuk publish kat dalam Shop ialah ➡Derivation Cost + Profit + Retail Markup = Final Price. Final Price akan dipaparkan sebagai harga item korang.

Dari Final Price, korang akan peroleh Profit setiap item yang dibeli oleh user lain. Profit korang nilah pendapatan korang. Profit korang tu pulak jadi kos derive kepada Creator lain bila dorang derive item dari Shop korang. Dia pun kena bayar kos sama gak macam korang sebelum submit item tapi lebih tinggi sebab termasuk derivation fee a.k.a profit korang. IMVU pula amik untung Retail Markup [( Derivation cost + Profit) x 0.1] dari setiap item yang terjual dalam shop. 

Kalau korang usha Shop ๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ”, korang akan nampak item sama tapi harga berbeza๐Ÿค”. Sistem derivation sejenis berantai macam konsep MLM tapi tak berpiramid. Dari Shop korang, creator biasa boleh buka derivation supaya creator lain boleh derive item dari Shop dia tanpa pergi ke Shop korang nak derive item tersebut. Dengar macam kena sailang je kan? ๐Ÿคจ Nampak cam tamak haloba bukak derivation supaya creator lain boleh derive dari Shop dia instead of Shop korang... Rileks... Nampak macam taktik menyailang Shop orang lain tapi nanti dulu, sis citer lagi...

Korang sebenarnya masih dapat Profit yang sama. Katakan dia dapat 10 orang Creator noob derive item yang dia derive dari Shop Korang. Dari 10 Creator noob ni korang tetap dapat profit korang 250 tu dari setiap derivation. 10 darab la 250, dapat 2500. Weh banyak jugak kotttt!  

Inilah dia konsep derive atas derive๐Ÿ˜. Contoh korang, Creator A punya profit 250 akan jadi Derivation Cost Creator B. B plak letak profit 200, jadi total Derivation Cost Creator B kena bayar 450 dimana hasil jualan dia korang akan dapat profit 250 dan Creator B pulak akan dapat profit 200 yang dia dah set masa nak submit item untuk publish kat Shop. Korang boleh track bila profit yang korang dapat akan masuk dalam akaun vu korang, biasanya profit korang akan dimasukkan ke akaun vu korang dalam masa 14 hari dari tarikh Creator submit derive atau sales masuk. 

Tak kira berapa panjang rantaian derivation item korang, korang akan dapat untung 250 tu selagi ada orang derive tak kira dari Creator B ke Creator C ke Z ke...asalkan derivation tree dia link dari item Korang, Creator A. Cuma, derivation cost semakin tinggi bagi Creator yang nak derive dari Creator yang derive dari korang. Kalau creator tu nak derive dengan kos derive lebih rendah dia boleh check dari mana creator C and B or Z derive, owh rupanya derive dari korang. Then kalau dia nak jimat, dia derive je terus dari korang. Mana-mana pun sama je korang tetap nikmati jumlah proft sama dari derivation fee dan juga hasil jualan.  

Kesimpulannya, menyailang Creator lain tuduhan yang tidak bernas melainkan dia pencuri mesh. Ia hanyalah salah faham saja. Walau bagaimanapun sis nak ingatkan korang bila derive, korang berkenan texture Creator tersebut dan nak guna pada item lain, pastikan korang mintak izin dulu dari Creator tersebut. 

Copyright

Dalam ghairah nak jadi Creator tersohor level 10, sis nak nasihatkan korang supaya hormati hakcipta orang lain dan jaga hakcipta korang sendiri. Sebaiknya korang register DMCA protection untuk mesh dan texture korang. Jangan curik Mesh orang plak, pehtu jual balik dalam shop atau kat creator lain. 

Lagi satu, isu trademark, brand dan logo. Tak semua brand popular korang boleh replicate dan guna trademark, logo dan nama brand sewenang-wenangnya. Contoh jenama Gucci, tak boleh ye terang-terang replicate brand dan logo dorang untuk virtual product korang. Kalau korang buat juga,  IMVU akan ditarik dari shop korang sekiranya mendapati item korang melanggar hakcipta. Silap haribulan ID korang kena temporary disable. Paling teruk permenant disabled, kena banned selama-lamanya. Lately, even Creator yang famous pun kene disabled atas kesalahan ini. 

VIP tamat tempoh dan Tun Creator (Grandfathered Creator)

Status Creator dan shop korang tertakluk kepada tempoh langganan VIP. Jadi korang terpaksa maintain melanggan VIP setiap bulan kalau korang nak create dan dapat profit dari hasil jualan dan derivation shop korang. Ini the dark side yang korang kena tau, bila tempoh langganan VIP korang tamat, korang bukan saja tak boleh sambung create apa-apa, kedai korang pun akan invisible dalam Shop. Jangan risau, item korang masih ada dalam catalog shop korang. Cuma user vu tak dapat search atau view shop korang.  Sale pun tak boleh buat. Kira macam shop korang kena sita sebab tak renew VIP ๐Ÿ™Š 

Sehinggalah korang renew VIP korang, baru korang dibenarkan create semula, publish item dan catalog korang visible dalam Shop. Contoh korang ada beli item dari Creator A dan korang teringat ada 1 lagi item yang korang nak beli dari Shop dia. Bila korang cari nama shop dia, tak keluar, tengok kat profile dia pula tak tunjuk Creator Shop. Itu menunjukkan VIP dia sudah expired. Seminggu selepas itu korang perasan catalog dia ada balik dalam shop. Kira dia dah renew VIP dia la tuh

Bagi Creator permenant macam sis pulak, ID kami dikurniakan status grandfathered Creator, kami tak perlu subscribe VIP nak kekal aktif dan catalog kami sentiasa visible dalam shop. Oh, itu ke yang korang tertanya-tanya? Macam mana nak jadi Creator permenant macam sis eh? Maaf dik, korang terpaksa lupakan impian ini sebab rata-rata ID selepas May, 10 2012 perlu subscribe VIP kalau nak jadi Creator.  

TopEdit

Macam beban je jadi Creator? Memula kena maintain status VIP setiap bulan, pehtu kena sentiasa ada credit kalau nak create pape. Nak kene buat marketing sendiri lagi... Eh, banyaklah halangan eh. Tak pe korang tak nak jadi Creator content, korang boleh buat mende lain jugak. Ingat tak dalam post sis sebelum ini ada mention pasal #TopEditTuesday? Korang boleh jadi Digital Artist buat topedit. 

Guna skill korang je buat modal. Tak payah buang duit subscribe VIP. Urusniaga secara terus korang dengan pelanggan korang. Yang penting karya korang berkualiti HD dan dapat masuk discover!

Top Edit by N4RL

Korang nak pakai Software papepun boleh untuk hasilkan karya virtual korang. Tak ada derivation cost korang kena keluarkan dan tak ada 10% marked retail IMVU ambil. Berapa harga korang letak untuk karya korang, banyak itulah korang akan terima dari pelanggan korang. 

Sis tak ada banyak info pasal Top Edit ni. Not my thing actually. Daripada pemerhatian sis, kebanyakan guna gambar close up *hiresnobg untuk editing. Jarang-jarang nampak user yang post Topedit haiwan, tumbuhan atau pemandangan. Amacam kalau korang start trend topedit yang berbeza?๐Ÿ˜

Model dan Streamer

Ahaaa... ini baru my thing, korang!๐Ÿฅฐ Kalau korang suka snap gambar dalam room, suka share kat feed, share kat sosmed. Korang boleh jadi Streamer. Korang suka gayakan avatar korang dengan macam-macam outfit, boleh la jadi Model. Bila jadi Model automatik korang Streamer jugak. Nak jadikan sebagai hobi masa lapang atau buat freelance modeling dan streaming ke. Atau korang boleh masuk mana-mana agensi modeling.

Salah satu gambar streaming sis.
Kalau nak tengok yang bleh visit feed imvu sis
 

Wait... ada agensi modeling? Sis memula pun cam eh... Ada modeling agency bagai dah IMVU sekarang eh? Zaman sis 2010-2012 dulu, trend tak terlalu expose disebabkan limitation. Kadang rasa sis je yang teringin nak ada mende-mende ni sebab sis memang suka fashion show. Sis sanggup beli avatar Model dari TF Model Factory sebab avatar dia ada trigger catwalk supermodel. Tapi tak ada orang pun nak hire sis buat catwalk ๐Ÿ˜‚

Salah satu TF Model Factory male avatar sis ada. Tak silap sis ini Tyrese.
Sis snap masa avatar ni tengah catwalk ๐Ÿ˜†

Back to our small topic, sis sekarang sambilan je modeling dan streaming tu. Memula sis tak tau Streamer ni buat apa ada dalam imvu. Padahal sis suka snap gambar share kat feed tulah stream ๐Ÿ˜… Marilah sis citer skit, sebelum terjebak dengan virtual modeling/streaming ni sis buat kajian dan siasatan dulu ๐Ÿง. Perkara utama sis concern sangat ialah :-

  • Ada mutual understanding tak pada masa dan komitmen? Sebab sis bekerja ikut shift, kekadang sis bekerja pada hari minggu 
  • Version mana yang dorang prefer model guna? Sebab sis mobile user je
  • Apa kriteria menjadi seorang model dan penstrim? Nak kena ada background yang macam mana?
  • Macam mana model dipilih untuk stream catalog Creator?

Memula bidang modeling ni sis dok ingat dorang ni memang hire real model ye. Hahahaaa... Sebab last time sis tengok episode Asian Next Top Model kat unifi TV dulu, ada prize jadi Duta IMVU contract selama setahun. Sis dok ingat Creator adakan modeling agensi sebab nak manage models ni. Sis try usha jugak la tapi ntah tak jumpa plak akaun model-model ni. Maybe dorang tak pakai nama komersial dorang untuk ID akaun IMVU atau IG. Skodeng punya skodeng, ada ye actual supermodel tapi dia tak jadi virtual model dalam IMVU, dia pilih jadi Creator content, iaitu Supermodel Lilyan Cole. kesimpulannya, sesiapapun yang minat dan suka virtual fashion boleh terbabit dalam virtual modeling ni. 

Minat tak jadi model vu? Especially yang gegel tu mesti suka job modeling ni. Apa korang dapat kalau buat job ni? Bergantung kepada method of payment korang prefer. Sis accept gift, credit vu dan VCOIN (duit virtual macam bitcoin). 

Korang boleh guna tips kat bawah ni untuk start buat profile/resume korang sebagai virtual model dan streaming:-

  • Create akaun IG untuk akaun IMVU korang macam sis buat. Sis advise korang letak _vu kat pangkal nama IG korang, so user vu lain tau la you IMVU user 
  • Rajin stream. Korang boleh start dengan snap outfit korang beli dari mana-mana creator. Share link shop kat caption atau comment. 
  • Share atau post kat IG vu korang. Kalau korang ada follow IG creator outfit korang pakai, tagged ID dia supaya dia notice korang stream product dia 
  • Follow je account agensi modeling vu. Senang bila orang buka vacancy modeling, korang boleh terus apply. 
  • Follow account Creator favorite korang.  
  • Participate WOC atau cuba masuk Discover. Berapa kali korang berjaya masuk Discover boleh dijadikan salah satu portfolio atau resume korang. 
  • Jika ada orang PM offer korang masuk agensi modeling, amik peluang tu. Lebih mudah korang nak dapat job jika berada dibawah agensi. 

Boleh ke nak jadi Model dan Streamer guna mobile je? Jawapannya... boleh dik. Tak ada masalah, sis kan mobile user jugak. Namun bagi sis yang sebelum ni guna Classic version, struggle banyak la jugak streaming guna app mobile. Sis terpaksa biasakan guna tool rotation, pinch dan zoom kat mobile untuk dapatkan angle yang sesuai. Itu baru nak mencari angle, belum lagi nak guna poses. Totally manual dikkk...

Nak guna poses kene manually search kat smiley ikon,
pilih kat simbol baju button play tu.
Kalau korang hafal pose senang nak cari.
Kalau tak ingat korang terpaksa test 1 by 1.

Kalau korang ada laptop, boleh install IMVU NEXT Dekstop version. Lagi best streaming dari laptop berbanding mobile. Senang pun senang. Classic version? Korang user terkini eloklah guna dekstop dan mobile version. Tak payah lah pakai Classic version. Tunggu masa nak demolish je bila-bila masa je.  Sekarang ni IMVU biarkan dulu mungkin untuk veteran user macam sis guna. Kami yang tua bangka ni biasalah kan susah nak boleh move on. Sayang sangat dengan Classic version tu.

Akaun Social Media

Untuk streaming dan modeling sis create akaun instagram @vienaxia. Selain dari akaun instagram, korang patut ada akaun Discord. Kebanyakan online gamers guna Discord untuk berkomunikasi dan bersocial antara satu sama lain termasuklah IMVU users. Discord ialah platform social menggunakan VoIP dan instant messaging . Pengguna mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan panggilan suara, panggilan video, pemesejan teks, media dan fail dalam sembang peribadi atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang dipanggil "server"

Sis lagi respect ladyboss sis, FancyWendy, dia memang sempoi. Just guna inbox IMVU je buat group chat. IG dia kurang skit, sis rasa dia buat akaun IG pun sebab nak layan kitaorang streaming je ๐Ÿ™Š Kalau buat contest AP dia hanya open album galeri IMVU. Mudah!

Ini sis stream hair dan accessories
Daripada buat freelance, sis sekarang salah sorang daripada model elite FancyWendy Superstars


Modeling Agency

Melalui agensi modeling korang lagi senang nak dapat job modeling. Agensi modeling akan associates dengan beberapa Creator untuk buat promosi catalog terkini dorang. Korang nak berada dalam 3 ke... 4 ke... 5 agensi ke..., ikut sukati korang lah. Jangan sampai tak boleh managed plak. Kang tak pasal-pasal korang kena buang dari agensi sebab tak bagi komitment 100%. Pendirian sis stay dalam 1 agensi modeling, tapi sis tak rekeman korang ikut cara sis ni. Sebab cara macam ni, korang kena pastikan korang berada dalam agensi yang betul-betul aktif associate dengan Creator. 

Lagi satu sis nak bagitau pasal modeling ni. korang jadi macam instant kopi 3 in 1. Koranglah model, koranglah photographer dan koranglah yang buat segala editing sebelum streaming. Maknanya kalau ada skill editing tu macam bonus personaliti korang. Pendek citer, korang adalah manager, photographer dan editor kepada avatar korang. 

Soalan cepumas?! ๐Ÿ™‹‍♀️ Kena beli sendiri outfit dari catalog creator untuk buat streaming ke? Beli sendiri tu inisiatif korang nak praktis streaming. Biasa yang sis buat, Creator akan gift korang latest collection atau outfit untuk korang streaming. Kadang-kadang dorang tak gift tapi transfer credit dan mintak korang guna credit tersebut beli outfit yang korang assign korang untuk streaming. Korang perlu aware dengan intsruction yang Creator tetapkan untuk streaming catalog dorang. Setiap creator lain peel dorang ye.

Sis share ni skit je korang. Actually banyak mende lagi korang boleh buat sebagai Producer. Korang boleh jadi Event Consultant, Hosting Live Room, Videographer dan macam-macam lagi. Atau korang pilih hanya bersosial dalam IMVU...

Nota kaki:-

*vu - singkatan IMVU 

*Grandfathered Creator - ID Creator sebelum 08.05.2012   

*Catalog - Setiap Shop ada catalog untuk vu user tengok dan pilih item yang dia nak beli

*Sumber maklumat dan fakta dari IMVU discussion, IMVU Creator Center, Wikipedia dan General Google Search, metajuice 

Khamis, 28 Julai 2022

#IMVU Episode 2 : Dunia Maya & Rangkaian Sosial dalam talian - Fesyen, TopEdit dan WOC

SOSIAL

Salam sejahtera, korang! Sambung dari episode Feed dan Discover. Sebelum itu sis nak bagi peringatan kat korang, IMVU ini platform social networking dan online virtual world. Janganlah dok up status komplen IMVU ni boring, yang boring tu ko dik. Orang lain tak boring, dorang ada aktiviti dorang sendiri selain daripada chatting. Sebab itu bila korang masuk room...room tertentu korang akan dapati chatters dalam room tu hanya park avatar dorang.


Ada yang tanya IMVU ni game apa? Sebelum download app korang tak baca dulu ke info? Download dengan bongoknyer ke cam ne? Sis tak boleh brain dengan spesis macam ni. Sis nak download game Soduko pun baca info dulu tau. So kepada yang terbaca blog sis dan tertanya-tanya ape mende IMVU ni, marilah sis bagitau korang sebelum korang bertindak nak download app. IMVU adalah platform social networking dimana korang boleh chatting dalam bentuk virtual 3D. Korang guna avatar 3D yang mewakili korang dalam virtual bertemu dan bersosial dengan orang lain. 

DUNIA MAYA ATAS TALIAN

Korang boleh baca post sis sebelum ini, macam mana korang nak setup avatar korang dan masuk room untuk bersosial. Kang sis ulang-ulang cerita yang sama korang bosan nak baca lagi blog sis. Blog sis ni pun boleh tahan sendu nak dapatkan audience Malaysia ๐Ÿ˜‚sebab sis tak dapat nak share link di FB dan IG (Mungkin sis dah patut buka akaun TikTok kot). 

Ringkasannya, IMVU ni ruang chatting dalam bentuk alam maya. Korang boleh masuk mana-mana room untuk bersosial dan dapat kawan-kawan baru. Dalam masa yang sama korang boleh sulam dengan permainan dan imaginasi korang sendiri. Contoh game yang common dalam ni ialah roleplay. Maka korang tak perlu hairan ada users yang "main masak-masak" dalam IMVU ni... Korang pepandai bawa diri ok. Enter at your own risk 

Room sis, CurHeart 

VIRTUAL FASHION 

Korang akan rasa eager nak upgrade avatar korang bila tengok avatar orang lain yang lebih cantik dan bergaya. Tambahan plak korang masuk shop try clothing, accessories, skin, head dan body scaler semua tu. Ia tak diberikan percuma, korang perlu ada credit untuk beli item dari shop. Tak mampu simpan dulu dalam wishlist korang, untung nasib ada orang akan hadiahkannya kat korang. 

Orang perempuan mestilah suka dress up avatar dia lelawa, banyak giler pakaian dan aksesories untuk user female tau. Rambang mata weiii, korang akan jumpa item yang sama tetapi pelbagai warna, corak dan harga. Korang boleh jumpa design clothing sama macam real item. Design dan branding dalam shop tertakluk kepada hakcipta terpelihara USA. Sis syorkan korang set "latest product" kalau nak tengok item terkini atau set "best match" ikut carian korang. Kalau korang pandai pilih head and skin, mungkin korang boleh setup rupa avatar mirip wajah korang.  

Setup based on my real appearance
Setup avatar based on my RL appearance

Cerita pasal dress up... Fesyen dalam IMVU beri peluang kepada pengguna-pengguna VU yang berbakat menggunakan platform ini untuk express bakat dorang dengan buat item sendiri dan jual dalam shop. Dorang yang create dan jual item dalam shop dipanggil Creator atau Producer. IMVU dah nampak mende boleh bawa platform dorang pergi jauh dalam dunia virtual world. Ada pembuat mesher dapat hasilkan item berdasarkan real fashion terutama sekali pakaian dan aksesoris. Kalau korang nak tahu IMVU lantik Model fashion sebenar sebagai Duta 3D chatting untuk promote virtual fashion. Sis tahu perkara ni sebab sis tertonton siri Asian Next Top Model. Salah satu prize jadi Duta IMVU. Masa tu sis masih lagi status "Hiatus", rasa cam bangga jugalah sebagai user IMVU ๐Ÿ˜Ž. Sekali sekala IMVU akan colaborate dengan fashion designers atau invite influencer atau celebrity untuk event dorang. 

Korang boleh snap dan post gaya korang dalam Feed. Feed korang boleh kongsi gambar dengan friends dan follower korang. Kat Feed juga Creator atau Producer gunakan untuk promosi item dari shop dorang. IMVU hanya benarkan gambar menggunakan product GA (General Audience) post dalam Feed. Ini kerana user GA dari usia 11 tahun ke atas. Manakala product AP (Access Pass) adalah terhad kepada user ada AP. Product AP khas untuk user 18 tahun ke atas yang ada token AP. Creator/Producer yang jugal item AP menggunakan social media Instagram, Facebook dan Twitter untuk promosi product dari shop dorang

Pakai top AP

Pakai outfit GA 

*Kedua-dua gambar sama seksi tapi salah satu AP, gambar yang related dengan AP tak dibenarkan masuk feed IMVU. IMVU awal-awal lagi sudah buat sekatan. Korang akan dapat mesej sebelum berjaya post jika korang pakai item AP atau dalam room ada item AP atau user dalam room sama pakai item AP. Gambar ini disekat tetapi dibenarkan save dan simpan dalam galeri album korang. Biasanya yang adult, dorang tetap nak share kat feed sebab percaya audience dan follower mereka adalah user dewasa 18+. 

Model/Streamer akan buat promosi dari mana-mana Creator yang ambil dorang untuk buat streaming dan post pakaian/aksesories/room/furniture dll kat Feed. Korang akan nampak kat timeline feed korang ada user yang akan kongsi link shop supaya senang user/audience nak shop terus jika berkenan. Korang boleh follow akaun-akaun model atau user yang buat streaming ini buat reference korang. Follow la sis @vienaxia, mana tau ada yang korang suka dan berkenan ๐Ÿ˜

Contoh sis streaming outfit dari Creator Fancywendy.
Sis akan letak dalam caption sis stream dari shop/creator mana.
Oleh kerana Caption ada limitation, sis share shop link dalam comment

Berfesyen dengan berbelanja dan peroleh credit 

Sudah pasti fesyen-fesyen baju yang korang nampak user lain pakai atau share kat feed akan membuatkan korang rasa nak berbelanja dalam shop demi nak upgrade dan styling avatar korang. Korang boleh beli credit untuk berbelanja dalam shop atau kalau tak mampu beli credit korang boleh kumpul promo credit dengan spin daily. If lucky korang menang maksimum 200cr, if not paling cikai 30cr. Ada masa korang menang emoji, sis tak berapa suka sangat guna emoji. Kalau stranger pm guna emoji, rasa cam ssexual harrassment kat avatar kite pun ada sebab emoji akan generate trigger dari avatar penghantar dan penerima PM. Paling best, korang menang item macam clothing, shoe dan accessories. Items female paling best sebab cantik-cantik. Tapi kalau male... sis nampak outdated skit. 

Antara item sis menang spin daily, sunglasses, dress and handbag

Selain dari itu korang boleh peroleh credit percuma dengan buat survey atau main online game lain. Dah menang credit, boleh la shopping dalam shop. Kadang-kadang orang gift kita, korang letak item korang tak dapat beli dalam wishlist. Nanti ada yang pemurah akan gift kat korang dari wishlist korang. Follow account heavy gifter atau rajin buat shout out, korang boleh jugak earn gift atau credit.

Korang boleh earn gift/cr/vcoin/cash dengan menjadi streamer atau model macam sis bergantung kepada cara pembayaran. Selain dari creator/producer dan streamer/model, image editor pun jadi permintaan untuk TopEdit. 

TopEdit sis simple je, guna filter lebih kurang ๐Ÿ˜‚


TopEdit

Digital art sudah semakin meluas dengan adanya gadget seperti tablet. Ada banyak editing app korang boleh guna untuk edit gambar-gambar digital boleh dikongsi kat Feed. Pastikan art korang bukan copy atau curi dari orang lain, itu kesalahan besar! Setiap hari selasa IMVU akan adakan top edit challenge #TopEditTuesday. Kalau korang ada kemahiran editing digital image dan photo, korang boleh buat income kat sini. Ada yang sanggup bayar upah orang yang boleh edit gambar digital mereka. TopEdit akan dipilih oleh staff IMVU untuk masuk Discover. Korang boleh tengok kat Discover, mana-mana feed yang terpilih masuk.

Kalau WOC, IMVU biasa pilih pemenang top 10. Korang kena follow SosMed IMVU nak tengok feed pemenang. Sis tak pasti IMVU ada pilih pemenang atau tak untuk TopEdit ni. Biasanya IMVU akan post TopEdit yang dia judge paling terbaik kat Feed dan akaun SosMed dorang (Twitter/Facebook/IG). TopEdit nampak lebih senang nak masuk Discover berbanding dengan Weekend Outfit Challenge (WOC) 

Discover dan Weekend Outfit Challenge (W.O.C)

Setiap hujung minggu IMVU akan adakan pulak WOC (Weekend Outfit Challenge). Waktu Malaysia tepat 12.00am Sabtu, IMVU akan post tema untuk minggu tersebut. Contoh 2 minggu lepas (16.07.2022), tema #IMVUWOC_UnderThePalmTrees, korang kene post feed bertemakan palm tree. Feed yang terpilih masuk IMVU akan post dalam Discover. 

Hasil kajian sis dapati voting system dibuat nak pilih pemenang WOC ni. Selepas berjaya masuk Discover, korang kene tunggu sampai WOC tamat pada tarikh yang dimaklumkan. Biasanya WOC tamat pada hari Selasa 12.00am. Paling tinggi vote dialah pemenang utama, dan selebihnya pemenang-pemenang honorable mention... Pemenang akan menerima hadiah cr atau vcoin atau token VIP bergantung kepada hadiah yang dorang tawarkan, setiap minggu tak sama. 

WOC minggu lepas paling senang sekali tapi haram 1 pun feed sis tak dapat enter challenge. 

Korang boleh post sebanyak mana yang korang mahu kat Feed korang dengan caption #IMVUWOC_abc. Staff IMVU kononnya akan filter menggunakan hashtag tema minggu tersebut. Hanya 1 Feed saja yang masuk Discover, kalau korang jenis bertuah, lebih dari 1 Feed masuk Discover. Lebih bertuah lagi, setiap kali streaming dapat masuk Discover kalau korang ikut rules dan tips yang IMVU kongsi dalam Discussion, tajuk "How do I Get On Discover Section of the Feed".

Korang just jangan putus asa kalau nak feed korang dapat masuk discover. Kat youtube IMVU dan youtuber lain ada share tips dan tricks macam mana nak masuk discover yang korang boleh guna. Korang kena rajin participate event yang IMVU buat "to get notice", follow influencer atau user yang selalu associate dengan dorang. Biased dan discrimination tu kat mana-mana tetap berlaku walaupun IMVU kononnya support LGBTQ, world peace dan universal kononnya.