Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada korang semua. Sempena 1st Ramadhan kita berpuasa ini, I nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Semoga kita semua mendapat pahala dan ganjaran dunia dan akhirat. Apa yang dapat I pesan di sini kepada kawan-kawan dan juga kepada diri sendiri, kita harus jaga budi bicara dan tutur kata. Jangan hanya menahan diri hanya ketika berpuasa dan menunjuk 'belang' ketika selepas berbuka atau ketika tidak berpuasa. Anggaplah bulan ramadhan ini (tidak kira masa dan tempatnya) tempoh kita penuh kesabaran dan penuh dengan sifat rendah diri.
Selamat berpuasa kawan-kawan!
Kadang-kadang kita memang berniat untuk mengelakkan pembaziran tetapi bila dah nampak makanan..... itu sedap... ini sedap... sini menarik... sana tertawan... sinun telan airliur... hahahahaha. Walau bagaimanapun sentiasalah beringat 'membazir adalah amalan syaitan'... jadi apabila membeli juadah untuk berbuka sebolehnya kita pastikan juadah yang kita beli itu dapat kita habiskan. Kalau tak sedap tu.... nak buat macam mana... next time pangkah aje la gerai tu... hehehehe.
elakkan pembaziran ya kawan-kawan!
Sepanjang I berkongsi cerita dan info dengan kawan-kawan, harap kawan-kawan tak ambil hati sekiranya ada topik yang ditulis dalam blog ini agak sensitive. Pun begitu alhamdulillah atas sokongan kawan-kawan yang sudi meluangkan masa membaca blog I ini. I mohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat berkongsi banyak topik dan aktiviti-aktiviti dalam IMVU kerana I tidak lagi online IMVU. Harapan I semoga blog ini dapat menghubungkan I dan kawan-kawan semua.
gambar-gambar avatar untuk blog I sekarang pon I guna yang mana I simpan dalam folder ataupun guna google image search.
I rasa rugi kalau tak share sedikit pengetahuan yang I ada mengenai create dengan kawan-kawan. So... I buat tutorial asas sebagai panduan untuk mereka yang baru belajar create. Create bukan hanya korang derive dengan menukar texture dan warna product yang korang pilih tetapi korang juga boleh buat texture korang sendiri sekiranya mahir menggunakan applikasi/perisian yang umum korang ketahui. Setakat yang I dapat kongsi dengan korang harap dapat membantu korang menghasilkan texture sendiri. Maklumlah.... I pon bukan professional users untuk graphic and design, sekadar boleh sahaja.
Antara texture rambut yang pernah I hasilkan, merupakan texture yang paling mudah dihasilkan!
Walaubagaimanapun tentu ada diantara kita lebih selesa mencari dan download daripada image search atau beli daripada developer texture seperti 4u. Tapi kalau mencari lebih kepuasan kalau kita dapat buat texture kita sendiri untuk catalog kita, lebih hebat lagi kalau korang mahir dengan seni graphic dan dapat menghasilkan 3d product sendiri. I sangat bangga kalau ada developer mesh daripada kalangan Malaysian user.
Antara koleksi texture yang ada dalam simpanan I. Sebenarnya banyak lagi texture rambut dalam simpanan I.
Kalau ada yang berminat ingin mendapatkan texture ini, boleh inbox account fb I, www.facebook.com/viena.axia atau email ke noraz3000@gmail.com.
ini pula koleksi texture yang I buat sendiri untuk wallpaper, ceiling & floor.
Sebenarnya I bercadang nak jual texture kalau ada permintaan. Since I pun dah retire daripada IMVU, jadi kepada new creator yang berminat untuk mendapatkan koleksi texture dalam simpanan I ni, bolehlah request.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan