Parking zone? Topik apakah ini? Dalam imvu ada parking zone? Hehehehe..... imvu bukan virtual world yang sama macam real world. Ada application lain yang nampak sebegitu sama dengan dunia sebenar tetapi tidak di imvu. Korang perlu ada ruang yang korang boleh hias dengan macam-macam item untuk menarik perhatian user lain untuk masuk dan habiskan masa di situ. Jadi sebenarnya room tulah parking zone mereka yang suka parking id.
Samada korang mendengar muzik melalui playlist yang ada pada bottom ruang chat korang ataupun memilih untuk mendengar music streaming daripada flash widget yang ada dalam room. Ada creator suka letak flash widget pada furniture seperti couch. Jadi ada masa bila korang memilih dot untuk duduk di sofa atau couch akan appear flash play yang boleh memainkan muzik. Tak boleh memilih jikalau ianya mp3 tetapi kalau ianya radio streaming, korang boleh pilih radio yang memainkan muzik mengikut citarasa korang.
Kalau real, bagi RM1k pon lom tentu I nak menari sorang diri kat stage cam tu.
Kalau korang perasan bila lepak ramai-ramai dalam public room sebegini mesti ada 1 atau 2 orang yang dari mula dia masuk sampai korang nak out daripada room tersebut, tak bersembang lansung atau interupt perbualan korang. Orang macam ni kami panggil 'penyelam berjaya'. Hahahahaha.... user yang begini yang suka 'parking' dalam room orang.
Kita faham jikalau sedang buat sesuatu yang jauh daripada skrin dan keyboard, tapi takan sepanjang masa? Kita pon faham kalau sedang create (orang yang tengah create pon ada masa interupt dan take five berbual seketika bersama rakan-rakan). I selalu away juga sebab ada masa I akan berada di website mencari info, ada masa I create item dan ada masa I menulis di sini. Biasanya kalau si dia online, I hanya di private chat.
Apa yang boleh dibongkarkan di sini, ada user cuma parking dalam room lain untuk berada room lain. Tujuannya untuk hide room location sebenar dia berada. Selain daripada kita boleh check location seseorang itu melalui profile card (dp) mereka (bagi mereka yang show location) kita boleh juga view room info untuk melihat siapa yang berada dalam room tersebut. Ataupun orang sebegini sengaja parking id mereka di public room tetapi sebenarnyer berada di private chat.......sebab apa berbuat demikian? fikir sendirilah ye.
Kalau orang lain mungkin tiada masalah untuk tinggalkan avi dalam room orang ataupun room sendiri. Sebab ada certain daripada kita memang ada habit tidur dan biarkan avi mereka default dalam public room. Alasan dengar radio atau mp3, (kalau berada dalam private chat room pon boleh layan. Dulupun I kerapkali berbuat demikian akibat mengantuk sangat, dan tertido. Namun sekarang I cuba mengelakkan untuk berbuat begini setelah si dia mengingati I keburukan berbuat demikian. Kepada yang concern akan niat jahat user lain suka hack avi yang default dalam public room, mereka akan putuskan untuk boot saja avi default yang parking dalam public room mereka sebelum mereka offline.
Korang perlu noted akan keupayaan certain user yang merupakan hackers. Ada antara hackers ini keupayaan mereka hacking avi default yang berada seorang diri dalam public room. Perkara ini pernah berlaku dan imvu mungkin sudah membendungnya. Cuma harus diingat, imvu membendung menggunakan programming, sedangkan programming mudah pula hackers breaking dan mencipta programme baru yang dapat mengatasi security yang imvu letakkan. Salah seorang moderator imvu ada menyatakan bahawa 'there is no cheat and hack in imvu', melainkan mereka yang bangang mendedahkan email atau id mereka kepada orang lain yang belum tentu kenal dan dipercayai.
Kalau vip member tak perlu risau avi korang kena molest sebab vip members ada shield. Tapi kepada yang tiada vip, takan korang nak tinggalkan avi korang default dalam public room kemudian masuk avi lain buat macam-macam caption kat avi korang. Seumpama dicabul.... huhuhuhuuuuuu.... kecuali kalau ada furniture seperti yang ER1 buatkan untuk kami yang tidak benarkan apa caption pun dilakukan, mungkin avi korang selamat dari segi itu.
Ini cuma pandangan dan cerita I sahaja.... tak setuju tak mengapa. Setiap orang ada pandangan sendiri. Korang boleh beri pandangan korang dalam kotak komen dibawa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan