(*photo diambil daripada IMVU fan page & IMVU The Hottest Avi fan page)
Amboiiii .... tajuk yang tak boleh blah ni. Kepada newbie mesti nak groom avi korang supaya cantik seperti kitaorang. Korang nak style macam mana agaknya?.... kawai? gothic? emo? poyo?.... rockers? hippi? hip hop?.... super star? diva?.... nak pelik lagi.... steampunk style memang nampak cool tapi i lom lagi meet avi dengan steampunk style melainkan dalam photostream. Style underworld macam lycan, vampire, furries, goddess, demon, pocong.... pon ada... adeiiii... super heroes pon ada jugak. Tapi selalunya dalam custome party macam halloween party. Cuma I nak ingatkan jangan pakai semua accessories sampai kb korang cecah 10k.... tu memang nak jadi mangsa boot. Selalunya yang bawa heavy nie mereka yang suka bawa trigger. Dj & song trigger. Ada orang dia rasa dia diva sangat dengan kb yang sampai 10k tu.... lantak dialah... kb yang sampai 10k serupa macam bawa 1 room masuk room lain. Hahahahahaaaa....
Agak-agak korang nak tak lepak dengan dia nie? Ada rasa tak boleh tido selepas tu? Ngeh ngeh ngeh....
Apapun style yang korang pilih untuk puppet (avi) sebenarnya mengambarkan diri master kepada puppet tu. Sedar atau tidak itulah yang sebenarnya. Kalau ada 10 id sekalipon, korang tetap hias avi korang ikut cara korang ... bukan cara orang lain dan setiap kita ni ada signature tersendiri. Meniru gaya orang lain buatkan korang tak pernah suka dengan penampilan avi korang. Korang akan asyik ubah dan ubah dan masih tak berpuas hati. Tapi bila korang jumpa identiti avi korang, korang ada signature korang sendiri. Itulah keistimewaan tersendiri avi korang yang membezakan avi korang dengan avi orang lain.
Ini I, jadi vampire sekali pon kena maintain jelita. Ngeh ngeh ngeh...
My photostreamer's friend, chevondalink. Minat dia sama dengan I, kami suka snap photo close up macam ni. Dan hasil snap dia sangat menarik dan photogenic.
Macam biasa... photo ini daripada auntiepjl yang selalu buat kelainan.
Nak jadi mermaid pon boleh..... asalkan korang happy
Gaya seorang Diva
Santa fit dah.... belum tengok santa buka baju lagi nie....
mafia pon ada.... tembak kang
Cute kan?
Ni ape eh? devil?....
James bond 007 - oleh kerana male agak limited dalam imvu nie. Pantang jumpa handsome macam ni pasti menjadi rebutan aweks. Jadilah kes sailang kawan semata-mata berebutkan sorang male.
Ops... jangan lupa pemilihan default avatar untuk avi korang. Ada bermacam style default avatar available dalam shop. Gaya model? celeberity? goddess? creature? alien? daripada price yang murah sehinggalah yang paling mahal mencecah 25k. Tentulah avi yang mahal sebegitu biasanya costume made atau lebih berkualiti berbanding yang cheap price. Recommended brand tuk avi yang pada harga yang agak economy skit ialah TheFactory. Group TheFactory menghasilkan banyak default avatar yang menarik. Ada default avatar yang dorang ambil daripada celebrity dan supermodel yang internationally famous. Dalam masa yang sama ada size yang korang rasa sesuai dengan avi korang, small, regular, huge dan giga. Giga default avatar yang paling tinggi. Korang boleh beli scaler untuk besarkan lagi avi korang.
Medusa
Pemilihan skin juga sebahagian daripada basic avi korang. I suka skin yang agak sawo matang atau skin seperti Jenifer Lopez, cewahhhh! I rasa skin I yang sebenar pon lebih kurang macam tu. Kalau nk cerah pon taklah putih melepak kot. Kalau skin yang freaky untuk costume pon, I pilih yang still nampak lawa gak... boleh gitu?
Skin adalah part yang paling ketara untuk bentuk character avi korang. Dan... membezakan avi korang dengan avi orang lain. Bila sudah ada signature macam ni, bila korang snap photo korang. Orang sudah tahu itulah avi korang. Terutama sekali kalau snap photo ramai-ramai...
Boleh agak yang mana satu I?
Fairy
dulu kala...
koniciwa...
ada gaya steampunk skit
Warrior
Nyonya manis...
Bagi I meskipun hanya dalam virtual world yang kita barangkali takan jumpa pon user lain in real. Kita tetap perlu menghormati orang lain dan menjaga adap kita. I segan dengan otai-otai IMVU yang sudah joined imvu sejak 2004 lagi. Walaupun daripada overseas sebab mereka sangat mesra dan berbudi bahasa. Cara mereka nak educate youngster zaman sekarang supaya menjaga cara percakapan dalam imvu. I tak pernah nampak lagi kalangan mereka yang bercakap kasar atau kesat dalam public room atau pulse atau photostream walaupun tengah marah. Nak buat macam mana...lain padang lain rumput... lain orang lain ragamnya... hurmmmmmmmmm