Rabu, 15 September 2021

#IMVU "Your Account Has Been Placed On Hold" - Apa Korang Perlu Buat?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera!


Hi, korang! Khusus buat rakan-rakan VU dan korang yang masih sudi singgah blog sis. Maaf sesangat sebab dah lama tak kemaskini Blog #IMVU ni.  Harap post yang lama-lama tu masih berguna untuk rujukan terutama sekali tips dan tutorial buat texture. Sejak kembali aktif banyak benau perubahan yang berlaku pada platfom IMVU yang perlu geng-geng otai cam sis sesuaikan. Avatar dengan room kita kene upgrade geng! 


By the way, andai ada topik berkaitan IMVU yang menarik dan sesuai, sis akan kongsi dalam blog ni. Sis cuba kemaskini post yang lama jika ada kelapangan, tapi bila fikir balik... kalau korang dah baca takan nak baca semula. Bagus gak kalau ada pembaca baru baca kannn. Sebelum sis teruskan, ada satu fakta nak kongsi dengan korang. Kepada user lama, jika akaun VU korang adalah "Content Creator" daftar sebelum 10hb May 2012... akaun korang berstatus Grandfathered atau "Veteran Creator". Tak caya semak profile korang. Manakala bagi pengguna biasa, korang mungkin dianggap veteran jika sudah daftar lebih dari 2 tahun. Percayalah ada akaun VU dari 2006 yang masih aktif.    

"Your Account Has Been Placed On Hold"

Bila kembali aktif VU ni, dapat gak la jumpa kengkawan lama. Rupanya dorang pun dah lama tak online. Ada diantara kengkawan sis mendapati akaun dorang kene hold sebab jarang online lebih dari setahun kot. Dia pelik kenapa boleh login akaun... ada baki kredit yang banyak tapi tak boleh buat apa-apa pun transaksi, hanya boleh belanja kredit promo saja. Akaun sis tidak mengalami isu seperti ini kerana walaupun sis tak aktif dulu. Sis masih login account sis kat website classic sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Sis memang cecuri login sekali sekala untuk ambil syarat login sehingga tiba-tiba IMVU paksa pengguna login VU melalui webpage baru, NEXT. Itu cara sis nak pastikan akaun Viena kekal aktif. Sis sangka kalau tak login lansung dalam tempoh tertentu, VU akan deactivate dan padam terus akaun. Jadi sis cuba"maintain" akaun Viena dengan hanya login VU melalui website. Biasanya sis semak income sales yang masuk dan ada masa sis akan masuk Community Center untuk baca apa-apa info terkini. Namun kekangan buat sis tak aktif nak menulis untuk blog VU sis ni😌. 

Korang jangan panik bila login semula keluar mesej akaun korang kene hold, korang sebenarnya masih boleh login ke Classic Client/Desktop Version/Mobile App seperti biasa. Cuma korang tak dibenarkan membuat sebarang transaksi pembelian atau pindah kredit. Korang tak boleh menggunakan baki kredit yang tinggal kecuali kredit promo. Korang hanya boleh menggunakan kredit promo untuk membeli-belah dalam katalog.

Kenapa akaun kena hold? 

  • Terlalu lama tak login, bila korang tetiba login semula. IMVU terperanjat 😂 Gurau je
  • IMVU akan auto-hold akaun jika tak pernah login lebih dari tempoh tertentu. Sis tak dapat sahkan samada akaun lama tak login lebih dari 12 bulan atau 24 bulan. 
  • Atas sebab keselamatan, bila akaun sendu login semula, IMVU bertindak "hold" akaun ni sehingga dapat pengesahan dari pemilik akaun, bahawa yang login akaun tersebut adalah orang yang sama.
  • Lain-lain sebab keselamatan, IMVU nak mengatasi isu akaun-akaun yang kena "hack".
Bagi akaun noob (Guest_XXXX) yang suci murni. Maksud sis account noob yang tak buat apa-apa. Selepas beberapa tempoh IMVU delete terus. Akaun macam ni, korang try login macam mana pun, guna nama ID atau email, try reset password ke ape ke, korang takan dapat login sebab akaun dah tak wujud. Korang boleh register semula dengan nama sama, itupun kalau orang lain tak guna nama tu. 

Since sis pernah ada experience salah 1 account sis kene placed on hold (account ini sis bagi kepada seseorang untuk simpan, so dia simpan betul la tu, dah lama tak login kan) dan ada juga tolong beberapa kawan lama yang mengalami isu sama. Jadi, sis nak berkongsi langkah-langkah yang perlu korang buat jika isu sebegini terjadi pada akaun korang. Bagaimana nak mohon staff IMVU lepaskan akaun VU korang dari terus kena "hold":-

  • Korang kena send help ticket kepada IMVU melalui "contact us" untuk request release account dari status hold. Contact us ni ada kat bahagian Community Center. IMVU dah bagi link direct ke situ dalam mesej yang popup bila korang login.

  • Lebih baik pemilik akaun sendiri yang hantar tiket aduan sebab staff IMVU "prefer" berurusan dengan pemilik akaun. 

Klik kat hyperword "contact us" untuk send help ticket
  • Korang perlu berikan maklumat berikut kepada staff IMVU bagi tujuan pengesahan. Staff IMVU hanya nak pastikan korang adalah pemilik akaun sebenar
Avatar Name:
Registered Email address:
Date of Birth: 
Payment Transaction Method:


*Korang boleh semak maklumat akaun korang kat website profile korang. Melalui NEXT korang boleh semak profil dan transaksi pembelian terakhir korang buat. Pastikan korang ingat alamat E-mel pertama korang guna untuk pendaftaran akaun jika pernah tukar sebelum ini. 
  • Lepas korang klik "contact us" link akan bawa korang ke browser - website Community Center bahagian Contact Us atau Help untuk submit help ticket korang. 
  • Korang perlu klik button "submit a case" untuk submit help ticket


  • Isi online form sebelum dapat berinteraksi dengan staff IMVU. Memandangkan account korang bukan VIP, responding dari mereka mungkin ambil masa 48 jam bergantung kepada timezone antara USA dengan Malaysia.




  • Lepas korang isi online form di atas, klik submit. Korang akan dapat nombor rujukan help ticket korang. Notification akan dihantar ke email korang nanti untuk korang follow up semula dengan staff IMVU. Pastikan E-mel korang guna untuk account IMVU ni masih aktif 
  • Jika staff IMVU perlukan maklumat lanjut, mereka akan response dan minta korang berikan maklumat lanjut untuk pengesahan lanjut. 
  • Kalau tak ada apa-apa isu dengan account korang. Dalam masa 24 hingga 48 jam tu, korang boleh cuba login semula akaun, jika tiada mesej keluar bagitau akaun kena hold maknanya permohonan korang Staff IMVU dah luluskan. Korang dah boleh guna baki kredit, belanja atau "transfer" serta buat transaksi pembelian kredit, VIP, Marriage atau AP secara  online seperti biasa 
Sample status help ticket yang tengah pending

Kes tertentu, IMVU perlukan maklumat lanjut sampai dorang puas hati dengan pengesahan yang kita berikan. Barulah dorang bebaskan akaun tersebut untuk buat segala transaksi. Berhati-hati jika korang menggunakan akaun yang pemilik asalnya orang lain. Sebab sebenarnya policy IMVU tak benarkan jual beli atau tukar pemilikan akaun yang sewaktu dengannya. Perbuatan jual-beli account sama seperti melanggar syarat dan terma IMVU. Hati-hati k... simpan segala info penting untuk memudahkan korang berurusan dengan khidmat pelanggan IMVU. Sekiranya korang kantoi, IMVU akan bagi amaran kat korang supaya tak cuba login terus menerus account tersebut, kalau korang login jugak account yang kena hold tu akan permenantly disabled terus. 

Harap info di atas dapat bantu korang yang menghadapi isu seperti ini, kalau korang masih ada kemusykilan dan nak tanya lebih lanjut berkenaan dengan topik ini, boleh DM inbox IMVU sis - https://go.imvu.com/av/vienaxia

Terima kasih, semoga bermanfaat 

Isnin, 13 Julai 2020

IMVU Live Room


Hah saja nak berkongsi idea dgn korang yang suka buat event tapi tak dapat invite semua join room. Max 10 orang boleh masuk room, yang lain terpaksa invite tapi tak boleh terlalu ramai nnt room berat, lagging, hang, disconnect dsb. Actually imvu ada "Live Room", dengan max 100 viewers (nampak ada room viewer lebih dari 100). Nak aktifkan LR korang kene belilah token LR

Public Room, hanya max 10 orang dalam satu-satu masa. Ape bende kenduri 10 org je hadir kan? Dengan Live Room, ada 2 subset iaitu Presenters dan Viewers membolehkan lebih ramai menyertai room untuk chatting bersama kawan2 tanpa perlu masuk room. Live Room (LR) available utk user iOS, Android & Mac Beta client. 

Sis citer dengan ringkas, sape yang ada dalam room adalah presenters. Bila korang masuk LR, korang berada luar room sebagai viewers. Korang tak masuk room tapi boleh tengok apa yang berlaku dalam room. Viewers dan presenter boleh berinteraksi dalam chat box tapi viewers tak boleh send action atau trigger. Korang boleh buat experiment masuk mana2 LR

Sis screenshot LR. Korang nampak ikon "mata" tu? Ada nombor di situ menunjukkan jumlah viewers. Ada 1 room tu ada lebih dari 100 viewers, sis anggap jumlah viewers unlimited. 

Kite test 1 LR. Room ni full tau. Tapi viewers 200 lebih ye. Dorang tengok apa gamaknya? Bila masuk sis tak berada dalam room tetapi sis masuk sebagai viewers yang melihat room. Kalau nak masuk room, check ikon sebelah kiri, kalau grey macam di atas, room penuh tapi kalau menyala atau berwarna, korang tab baru boleh masuk room. Memandangkan room ni full sis tak dapat masuk.


Korang boleh berinteraksi atau chat bersama walaupun tak masuk dalam room.

Tab ikon kat chat box, pilih kalau korang nak tgk chat semua orang atau presenters je. 

Kenape sis rekemen kat korang LR? Sebab korang suka buat kenduri kahwin! Hahahaaaa. Dengan LR korang boleh invite seberapa ramai yang korang suka. Dorang boleh join LR guna mobile app. Yang hadir kalau nak bergambar dgn pasangan boleh masuk ikut turn, betul tak? Hahaha. Sepanjang LR aktif, korang boleh la buat party, ajak ramai2 join tgk persembahan ke. Up kat feed korang, macam korang up wedding invitation korang. Viewers pun boleh snap gambar dan share kat feed. 

Alang2 membazir duit beli marriage token, belilah token LR 1 dalam RM21 sebulan. Tapi token LR ni monthly charge macam token VIP, dan akan renew dlm masa 24 jam sebelum tempoh tamat. Charge dikenakan pada korang melalui google play account. Jadi sebelum abis bulan kalau korang x nak subcribe kene set off auto-renew. Kalau tak off nnt bil jalan tiap2 bulan.

Sumber dari imvu discussion, baca artikel penuh di sini - http://im.vu/help865




Khamis, 20 Jun 2019

IMVU NEXT DAN MOBILE APPS PART II

IMVU MOBILE APP

Hai, korang. Sambungan dari reviews pada IMVU "NEXT". Selain dari client dan NEXT korang dah boleh online 3D dan chatting menerusi mobile app! Wahhhhh... sebab inilah I boleh "ter" online balik tau. Kalau tidak sebelum ni, I login website just nak keep account active and check sales.

DOWNLOAD APPLICATION

Korang boleh download IMVU Mobile app daripada app store korang. Pastikan device korang menggunakan android version 4.4 ke atas bagi. Untuk iOS, sesetengah Website recommended iOS version berikut untuk penggunaan yang optimum (rujuk Website soft.112)

iPhone 5s
iPad Air
iPad mini 2
iPod Touch (6th generation)

Memandangkan I ni pengguna android, dulu, kini dan selama,... kite citer version android je lah ye. Sebelum ini I pakai phone Redmi Note3 android version lollipop. Ikutkan version lollipop, android version 5.0 penggunaan optimum dia, I dapati view avi dalam 3D. Malangnya phone I tak support 3D. So boleh view dalam 2D je. I pernah test menggunakan phone Lenovo, grafik cantik dan boleh view dalam 3D. Sekali lagi malang, phone lenovo rosak. During this time, I mampu online kat NEXT saja. I pun memang jarang masuk mana-mana room nak chatting.

Korang boleh download IMVU Mobile dari Play Store. Nampak tak feedback I pasal tak dapat view dalam 3D 
Tak susah nak search, just type IMVU terus jumpa app dia. Jangan confuse dengan IMVU2go plak, sebab IMVU2go tu old application. Kalau korang download jugak, dia akan inform korang download version baru yang di atas.


Interface login mobile lebih kurang sama dengan NEXT. Korang boleh register guna akaun Facebook atau email. Nak login ke akaun sedia ada, klik LOG IN bawah sekali.

HOME 🏠

Interface HOME Mobile App lebih kurang sama dengan NEXT
Skroll ke bawah shortcut semua lebih kurang sama dengan NEXT. Selain dari short kat HOME korang boleh klik icon sebelah icon HOME 🏠

Korang akan dapati interface mobile app (Mobile) lebih kurang sama dengan NEXT. Sebenarnya interface NEXT baru je upgraded follow sama macam interface Mobile ni. Yang lebih kat NEXT korang boleh tengok room dan item furnitures korang. Icon dan shortcut semua sama saja. Kepada kawan-kawan I yang baru tahu adanya Mobile, korang boleh cuba download ke phone korang dan explore. Nanti kite boleh lepak sama-sama 



Kalau new account, first time login korang akan dapat free credit untuk korang belanja beli items. Jadi gunakan credit sebaik  mungkin nak upgrade avatar noob korang. Newbie sekarang untung tau, awal-awal dah dapat avatar dengan avatar basic skin, clothing, accessories dan DNA yang cantik. So kalau korang register new account, tak banyak sangat yang perlu korang buat nak polish avi korang. Untuk Maymay, daddy dia cuma spend beli avatar, head dan skin. Dia boleh melawa dengan Clothing, Accessories dan DNA lain yang sedia saja.

*DNA rujuk kepada avi Body part- terdiri daripada hair, eyes, eyebrows, heads, skins
*Maymay sebenarnya adalah seekor kucing tabby betina

FEED 📰

Sama juga seperti NEXT korang boleh update Feed story korang melalui Mobile. Bukan hanya gambar-gambar 3D, malah macam-macam gambar korang boleh upload asalkan bukan pornography atau abusive dan harassment, hokay?!! Sama juga korang boleh check Feed Story friendlist korang kat Following dan IMVUians lain kat Discover.

Feed yang dapat banyak Likes akan naik kat Discover dulu 

Feed korang akan dihujani dengan feed story friendlist

Di bawah I buat screen-recording Feed. Perhatikan kemana dot putih klik. Jika phone korang boleh 3D, untuk 1st timer, ada instruction macam mana korang nak move around dalam room 3D. Ikut instruction sampai berjaya dan selepas to korang boleh explore room percuma IMVU bagi untuk korang snap gambar 3D dan post ke Feed


Masa recording untuk demo Feed, tetiba avi dalam 3D tak upload plak. Tak pasti sama ada app problem atau isu internet. Sebab I baru uninstall dan reinstall Mobile app ni. Atau mungkin disebabkan oleh anti virus yang I gunakan untuk smartphone I.

CHAT 💬

Dulu kita hanya boleh chatting 3D dalam client, dengan adanya Mobile korang boleh chatting 3D kat mana korang suka, tak perlu nak mengadap PC atau laptop. Cuma korang tak boleh open banyak-banyak room menggunakan Mobile, hanya terhad 1 room sahaja. Giler open banyak-banyak room guna phone? Mau meletup plak phone korang tu. 

You can enter any room from any country you like. English is the main language for communication

Kat CHAT, korang boleh pilih mana-mana room. Korang boleh set Favorites untuk room yang korang suka masuk. Dan korang boleh tengok semula room yang korang pernah masuk kat Recent. Chat Now khas untuk newbie nak berkenalan. I ada upload screen recording ke Chat Room biasa dan Chat Now IMVU




Hurm, I sangkakan masuk Chat Now room ni boleh beramah mesra dengan newbies. Bila masuk krik...krik...krik sokmo. Mungkin newbies fikir macam mana nak buat avi dorang bergerak atau berjalan kot. Nak kata tak tahu macam mana nak chatting...takan lah. Senyap je dorang kan?

*avi - avatar

INBOX 💹

Next to Chat icon, Inbox korang boleh check PM/mesej/notifikasi yang masuk inbox korang. Lebih kurang pm box. Korang boleh berbalas mesej dengan rakan korang.




Korang boleh berbalas-balas emoji kepada rakan korang. Emoji akan generate berdasarkan avi korang dan rakan korang. Contoh macam dalam video ni, bila Maymay hantar emoji 'Solo'. Avi dia yang akan appear.

SHOP👜

Nak shopping item korang boleh tab kat Go Shopping atau tab kat icon Shop hujung sekali selepas icon inbox korang. Sama macam NEXT korang boleh try dulu outfit sebelum beli atau masuk dalam wishlist korang kalau nak beli kemudian. Dah cukup credit bolehlah check wishlist dan beli item yang korang dah aimed tu.



Berbanding dengan NEXT, dalam Mobile korang tak dapat nak view Rooms dan Furniture korang. Even kat shop pun korang hanya dapat view item untuk avi korang je. Kalau ada features untuk Rooms dan Furniture app akan lebih berat kot. Tapi online kat Mobile lebih kepada santai je

So kawan-kawan yang dah lama tak on9 kot teringin nak online tapi malas nak download client, boleh download app kat phone korang. 


Ahad, 9 Jun 2019

IMVU NEXT DAN MOBILE APPS

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang baru dan yang masih visit my Blog. Maaf, rasanya dah bertahun jugak lah I tak post something for this blog. I pon dah lama jugak lah tak check it out "what's new" kat website IMVU. Sampailah IMVU forcing login to IMVU NEXT?

NEXT amende plak IMVU ni? I always prefer login to IMVU Classic Website so I can view my products and sales. Lagi pun sebelum ni tiap kali I masuk ke NEXT nak cuba chatting, ada network issue (Sebab guna PC kat Office, guna Windows XP dulu dan internet access limited. But later on lepas PC upgrade Windows7 guna IP baru, I dah boleh enter Chat Room). So, I nak buat review skit pasal IMVU "NEXT" untuk kongsikan dengan korang. Seperti biasa depan PC korang open browse ke Homepage IMVU (click hyperlink tu). Bila korang login masuk ke Website, akan bawa terus ke NEXT instead of IMVU Classic Website. 

New login page


My interface
Jangan panik, korang masih boleh view IMVU Classic Website. Klik kat DP korang kat atas hujung sekali dan klik kat IMVU Classic Website. New page akan popup ke Website lama IMVU
Amende DP tu? DP stand for Display Profile - gambar kecik kat atas sekali tu. Klik kat situ dan IMVU Classic Website untuk view Homepage korang

IMVU Classic Website. Z0BIA masih rajin update Pulse. Kalau skodeng Everyone, location kat Malaysia, macam dah shutdown terus. No one there
Ini rupa IMVU Classis Website. Ada beberapa tab kat atas tapi I tak screenshot sekali. Bagi senior IMVUian macam I ni, mungkin ada yang masih rajin view Website lama dan update Homepage seperti I sebab lebih macam-macam kami nak tengok berbanding NEXT.

Korang boleh nampak kat IMVU Classic Website berbeza dengan NEXT. Kalau nak tengok Homepage korang sendiri, Klik kat nama ID korang atas sekali sebelah kiri, kalau nak semak akaun details plak klik je kat Account dan kalau nak Download apps atau software, klik Download dan macam-macam lagi. 


NEXT - HOME

The best way nak view NEXT, korang browse guna PC atau laptop. Kat mobile pun boleh tapi tak best sebab korang nampak avi (avatar) korang dalam 2D je. Kalau Tab, I tak sure plak sebab tak guna, mungkin boleh mungkin tak boleh.
My interface
Kat HOME korang boleh lihat ada beberapa features yang korang boleh klik. Klik Go Shopping untuk ke Shop beli items untuk avi (avatar) korang. Start Chatting kalau nak chatting dengan kawan-kawan. Klik Free Credits tu bukan klik terus dapat eh, korang boleh pilih macam mana nak earn free credit. Tengok video ke, buat survey ke, download apps ke dan macam-macam lagi.

Shop interface. Korang boleh filter spesifik item yang korang nak beli

Free credit interface
Kat Free Credit, korang boleh pilih nak cara nak earn free credit. Boleh buat review video, buat survey, downloads apps dan macam-macam lagi untuk dapatkan credit percuma. Ada IMVUian yang ambil jalan mudah, add friend bila dapat accept terus pm mintak gift. Tak salahlah dia cuba nasib, tapi dia tak fikir ke IMVUian lain yang ada credit tu guna duit sendiri nak beli credit? Sis tak emo, cuma orang bercakap kita dengar pun tak best.

Sebelum ni feature My Rooms belum ada, sekarang sudah ada. So korang dah boleh masuk rooms dalam inventory korang kat website. Cuma mungkin ada intermittent skit la. Make sure sambungan internet korang tip top. Memandangkan I dah lama tak online sebelum, bila masuk semua rooms basic, tak ada furnitures. So kalau nak publish room kena deco lah. Nak deco kenalah online client.


Klik kat tanda "+" kalau korang nak purchase new room.

Korang boleh klik kat Friends kalau nak view friendlist korang. Siapa yang tengah online korang boleh klik kat DP dorang check status location dorang. Korang boleh tahu dorang berada di room mana. Ada yang jenis hide location tu, korang takan nampak dia ada kat room mana. Friendlist I pun dah hampir 200, siapalah dorang tu kan. I kenal dan jumpa 2 ke 3 kerat je. Yang berbalas-balas pm pun bagus juga, cuma belum berpeluang nak hang out dengan dorang. Nanti kita lepak sama-sama ye...muah ciked gugerls!

Skroll ke bawah skit ada lagi features.

Klik Discover and Get inspired, korang boleh view IMVUians lain yang active up Feed story dari seluruh dunia. Semua budget FeederFamous laaa. Wah kannn... Macam mana boleh dapat follow dan like beriban-riban tu sis tak tau. Kalau korang nak up Feed sendiri, klik Post to Feed. Korang nak change outfit avi korang, klik je Dress Up. Klik People Search kalau nak add friend

Setiap hari korang boleh menang credit (minimum 15cr), Emoji atau Item kat Daily Spin Ready. Dan bawah sekali korang boleh check followerlist korang.

NEXT - FEED

Sebelum ni, kalau nak layan 3D kite kene download client kan? Sekarang kite dah boleh view avatar kite dalam 3D di NEXT je. Sebelum ada Feed, susah kami nak share gambar-gambar yang kami snap dengan kawan-kawan. Kami terpaksa bagi link atau upload gambar ke medium lain kalau nak share dengan kawan-kawan. Dulu I pernah wrote topic Photostream or Beta Peacock Test. Bagi yang tak baca post lama I tu, untuk pengetahuan korang I terlibat dalam project photostream IMVU yang dipanggil Beta Peacock Test. Mula-mula sekali bahagian Feed wujud. Geng-geng pioneer yang terlibat semua bukan biasa-biasa, kebanyakkan senior yang mula-mula join IMVU, staff, moderator, creator dan developer. Kami tak la hadap sangat sebab sebelum FeederFamous muncul, gambar-gambar kami sesaja yang menghujani photostream, boleh kata gempak-gempak jugak lah kesemua yang terlibat tu.

Keadaan asal photostream atau kini lebih dikenali sebagai Feed atau Discover. 

Kat FEED, menggunakan browser korang hanya boleh post gambar 2D atau upload gambar background. Selain itu, boleh post test macam instagram. Tapi instagram tak boleh upload atau post gambar guna PC browser kan? NEXT boleh. Korang akan dapat likes dan kawan-kawan boleh tinggalkan komen kat situ exactly macam instagram. Buat masa sekarang belum ada 60 minutes video macam instagram. But still it's fun! Dapat likes dari IMVUian yang lain. Dapat share gambar dengan kawan-kawan. Thanks to us the pioneer, you guys sudah ada FEED nak sharing gambar-gambar 3D korang dengan kawan-kawan lain.

Following korang dapat tengok post dari friendlist dan following/follower korang. Klik kat Discover, korang boleh tengok FEED bukan dari friendlist/follower. Kalau korang nak update post sendiri pegi kat anak panah tu.
Discover


Korang hanya boleh post gambar 2D saja di NEXT. Pilih atau upload background, pilih Poses. Korang boleh tambah Scribble dan Filters untuk adjust warna graphic gambar korang 

Kalau korang nak tengok post sendiri atau orang lain, klik DP > Post. Korang boleh skodeng berapa banyak post seseorang itu dah up. Rujuk gambar bawah ni. Korang boleh guna cursor kalau nak belek-belek avi (sorry, sis malas nak upload video kat post ni).

Ini profile my friend, RoseKarya. Kat bahagian Post korang boleh skroll kebawah kalau nak tengok gambar-gambar atau post dia sebelum ni. Comel kan?

Tapi korang mesti nak post gambar 3D korang dari room yang korang lepak, gambar dengan pasangan atau kawan-kawan kan? Kalau korang nak up gambar 3D kenalah login client atau mobile apps. I perhatikan FeedarFamous suka edit gambar dan post kat FEED story. IMVU akan adakan photo of the week dengan #IMVUWOC #TopEditTuesday dan lain-lain "#". Gambar terbaik akan dipilih dan pemenangnya akan diumumkan. Hadiah apa yang dorang dapat? May be credit, may be item or badges. Biasanyer dapat badges kot

NEXT - INVENTORY

Korang boleh akses INVENTORY outfit korang di NEXT. Nak update outfit avi korang, anytime and anywhere you want. Korang boleh juga login NEXT kat phone browser tapi masih dalam 2D. I tak berapa suka sebab tak nampak cover catalog pada setiap item. Kalau nak tengok details item kena klik kat item. Best korang login NEXT kat lappy atau PC saja.

Inventory banyak giler hair, sebab dulu i suka create hair texture guna paint.NET

Kat INVENTORY korang, bolehlah tengok outfit yang korang save kat Looks. Atau korang nak try apa-apa outfit ke, klik kat All/Woman/Men. Korang boleh tengok koleksi avatar korang kat Avatars. Takat update avi korang, tak de masalah. Korang nak semak apa yang korang pakai kat avi, boleh semak kat Wearing (hujung sekali). From head to toe termasuk VB and trigger korang boleh semak. Dah mudah sekarang.

Sebelum ni korang hanya boleh tengok item outfit korang saja. Terkini korang dah boleh tengok item furniture korang dalam INVENTORY NEXT (Rooms & Furniture). Kalau account lama macam I memang belambak la items kannn. Creator plak tu. Uhukssss.... Korang boleh tengok saja, belum boleh buat decoration atau publish room lagi. Kalau korang nak deco dan publish room, kenalah login client

Rooms

Salah satu room dalam Inventory dan I create sendiri textures
*client - IMVU Software

NEXT - SHOP

Kat IMVU Classic Website, korang masih boleh shop tapi kalau nak try terus kena login client. Kat NEXT korang boleh try outfit dan beli bila berkenan. Features sekarang, korang dah boleh shop Rooms & Furniture jugak. Boleh semak Wishlist korang kat sini... my wishlist memang sama banyak dengan inventory sebab ada item I save dalam wishlist untuk creating.


Korang boleh filter kat categories jenis item yang korang nak. Korang boleh juga filter by Creator atau price

Alaa... tak yah la nak jakun sangat. Takat korang muda belia pasti boleh explore NEXT ni. Lebih mudah korang download IMVU mobile app dalam telefon korang...

NEXT - CHAT

Sebelum ini korang boleh join room dan chating di CHAT NEXT. Public Room dan Chat Now tapi problem teknikalnya, kerap lagging dan frequent disconnection. Jadi, IMVU discontinuance CHAT buat sementara waktu sehinggalah diberitahu nanti. Buat masa ni, korang tak boleh la nak join mana-mana room melalui NEXT. Kena login client atau IMVU Mobile Apps

Ini terjadi bila korang cuba nak masuk room kat CHAT. Popup mesej suruh korang download IMVU App
Selain dari NEXT, IMVU perkenalkan IMVU Mobile App menggantikan IMVU2go. Pastikan Smartphone korang guna android version 4.4 ke atas. Korang boleh rujuk Basic Troubleshooting Steps for IMVU Mobile.

Jumaat, 21 April 2017

IMVU Forum Kini Berubah Kepada IMVU Discussion

Hola! Apakhabar kawan2? Dah lama I tak update blog ini. Sorry, semenjak dua menjak ni I dah jarang open google account ni, jadi susah sikit nak update blog. But, I dah buat some adjustment kat sini. Insha Allah, mungkin lepas ni rajin la skit kot.

Untuk pengetahuan korang, kepada yang suka baca forum IMVU kalau korang perasan IMVU dah transfer IMVU Forum kepada Discussion. Korang boleh semak kat bahagian support Buat sementara ni, Korang masih boleh baca topik-topik di Forum sebab IMVU belum shutdown Forum mereka lagi. Ini mungkin disebabkan permintaan terhadap topik-topik penting terutama sekali tips and tutorials yang disumbangkan oleh senior Developers dan Creators sedang dikumpulkan semula untuk diterbitkan semula. Tapi nampaknya mereka tak berminat dengan Discussion yang dibangunkan oleh IMVU. 

I sendiri dapat tahu lewat berita tak best ni, walaupun tak aktif menggunakan client. I masih juga buka Forum IMVU untuk membaca topik semasa dan juga tips menggunakan aplikasi grafik seperti paint.net (aplikasi kegemaran) gimp & photoshop. Lewat sebulan  I baru baca mesej daripada ex-moderator forum memaklumkan hal ini dan meminta I untuk transfer tutorials yang I pernah post kat dalam forum IMVU ke forum community baru yang dibangunkan oleh Keef. Pendek cerita I dijemput untuk menyertai Forum community IMVU di website lain - Pixel Pusher Community. Kecil tapak tangan, nyiru kutadahkan. I terus daftar untuk jadi ppcommunity members.

Pixel Pusher Community (ppcomunnity) diasaskan oleh pioneer IMVU - Keef. Keef merupakan antara pioneer developer + creator IMVU. Joined IMVU since 2005. Merupakan moderator forum dan pernah menjadi ketua moderator forum. Selain itu beliau juga bekas panel IMVU’s Content Creator Counsel (kebanyakan Creator tutorials ikut gaya Keef), panel IMVU’s Access Pass Council and the Customer Advisory Board dan juga mengetuai getting IMVUs Creator Help Room up and running. I dapati kebanyakan yang joined community ni terdiri daripada moderator, ex-moderator, ex-IMVU staff dan well known developers + creators. 

Memikirkan tips yang I kongsikan kat forum IMVU dulu tu sememangnya berguna untuk sesiapa saja yang berminat nak guna aplikasi Paint.NET. Rasa bertuah pun ada sebab bukan sebarang geng yang invite I joined community ni. Walaupun terasa macam alahai apalah sangat tutorial yang I sumbangankan tu?!!  Tapi to be part of them is some level!

Untuk sertai community ni, perlu dapatkan approval dari Keef sendiri dan rasanya dia ada beberapa orang moderator yang kendalikan forum dari semasa ke semasa. Setakat ini I dah buka topik Tips and Tutorials using Paint.NET untuk peminat aplikasi tersebut dan dah update beberapa tutorials untuk rujukan. Semoga ia berguna untuk kawan-kawan nanti. Jadi kepada yang ingin menjadi ahli ppcommunity boleh visit ke website ini > pixelpushercommunity

Berkenaan dengan Discussion, mungkin korang tercari-cari kat mana nak join, boleh click kat sini help.imvu.com (sama dengan support page sebenarnya). Korang boleh create korang punya colum Discussion sendiri atau boleh sertai mana-mana community. (Rasanya lepas ni, IMVU group pon akan dimansuhkan untuk menggalak users menggunakan Discussion ni). I belum habis explore lagi Discussion tu. Macam malas nak ambil port pun ye jugak (Sombong pulak kan sebab joined ppccommunity masih dapat main-main dengan BBCode). Ah, bila ada kelapangan nanti I check it out discussion tu ye.

Enjoy!

Selasa, 30 Ogos 2016

Varsha Meninggalkan IMVU (last 19th August 2016)

Maaf agak terlewat untuk berkongsi berita sedih ini dengan korang yang di IMVU. Just hari ni terfikir nak check it out any interesting topic untuk dikongsikan kat sini. Then, I ternampak announcement khas dari Varsha (boleh click kat sini > http://bit.ly/2bFtCic)

Untuk pengetahuan korang, Varsha dah bersama dengan IMVU since 01-02-2010. What? I joined IMVU since 14-01-2010. Beza beberapa hari je. Kiranya I dan Varsha sebaya la gitu. Bagaimanapun Varsha umumkan yang beliau tidak lagi bersama dengan IMVU selepas 19-08-2016. Varsha was one of IMVU manager. Dialah yang selalu announce client new version release kat Forum. Apa-apa update dan isu mengenai IMVU client akan dimaklumkan oleh Varsha kat Forum - IMVU News, Announcement and Release Notes.

Anyway, I nak beritahu dengan korang, Varsha tidak lagi bersama IMVU selepas ini kerana beliau akan bekerja di salah sebuah biotech company. Seriously tak sangka yang sebenarnya beliau ni sebenarnya lebih kurang macam seorang scientist (she is Molecular Biologist). Actually we will always meet rare and unexpected people in IMVU world, right? Btw, kat sini I share screenshot ucapan dari Varsha untuk tatapan korang

Walaupun I tak berapa kenal dan rapat dengan Ms. Varsha but I think she's wonderful person and pretty too. Gonna miss her announcement after this. Btw, I wish congratulation and good luck to her for better and bright future. Hope she will keep in touch with us

Morally, bukan kita... kita yang biasa-biasa ni je akan tinggalkan IMVU akhirnya. Dorang yang part of the company and team juga sampai masa akan pergi untuk kebaikan dan masa depan. Bagaimanapun IMVU if without those ugly people, was a wonderful place to gain good friendship.


Selasa, 9 Ogos 2016

Kisah Lappy Rosak



I pernah mention lappy I rosak dalam previous post. I memang sayang sangat dengan lappy ni - HP Pavillion tx 2000. I rasa plus dari sebelum lappy ni jadi milik I (I beli dari Kay Akademi Fantasia- masa tu dia belum masuk lagi), usia lappy ni dah hampir 10 tahun rasanya. Dan I beli dari beliau dengan hasil komisyen as a sales executive kat CIMB masa tu. Biasalah I memang selalu bawa kemana-mana lappy I ni. Berapa kali jatuh? mestilah berisiko rosak. I pernah tukar hard disk sebab dah crack. Thanks to encik suami, masa tu dia masih boyfriend I (tak mau share sangat kisah kami, dia tak suka :p)

Kalau nak tahu dengan lappy ini lah, I download IMVU client. Sanggup kemana-mana pun bawa lappy sebab nak online. Flash back memory, gathering dengan Yoyogonzales, good friend masa memula online IMVU kat De'Palma, Bangi. Sama-sama online IMVU sambil makan kue tiaw goreng. Dah kahwin dan beranak pinak dah pak cik tu. Hahaha... alhamdulillah. 

My lappy ni datang dengan Window Vista... with AMD processor. Masa I beli lappy ni, tengah syok layan CSI New York. I saw scene, dorang ada pegang laptop yang touch screen brand HP. Sebab tu lah I beli dari Kay. Harga yang I effort nak beli. Time tu kalau nak beli lappy macam tu yang baru, mahal. Since pakai Vista, agak heavy dan mungkin RAM adalah salah satu penyebabnya. So my plan, kalau ada budget lebih nak change to Window 7 and tambah RAM. If I able to bought new lappy or if encik suami nak bagi lappy dia pada I... I nak simpan lappy ni buat kenangan. 

My avi dulu complete, dengan status AP, Age verification, VIP and Creator. Except menjadi creator, I tak mahir guna creator apps walaupun dah download. Then, bila dah dapat ilmu create, I dah mula suka create tapi???? ada isu skit dengan IMVU masa mula2 jadi creator tu. Baru nak pandai guna creating apps tiba-tiba IMVU launch create new version. Ntah kenapa, lappy I tak boleh support new version. Several time uninstall and reinstall. Few times trial still failure submit creation. Time remaja gitu, bila tak puas hati habis I marah-marah kat forum in Malay..sebab tak ada solution untuk problem I. Confident dorang tak faham Malay kononnya. Sekali kena kaunseling dengan AuntiePJ, she advise me supaya menjaga budi bicara dan tak patut guna harsh words kat moderator. I nyesal jugak sebab behave badly to moderator forum. I mohon maaf dan mengadu masalah tak dapat nak utilise create mode baru. Dalam masa yang sama I cuba jugak figure out why I can't submit creation. Rupa-rupanya anti virus I yang guna very protective, dah block certain IMVU create mode programme. Masa tu I suka pakai anti virus bitdefender. Memang sangat okay untuk lappy I ni. So, I terpaksa sacrifice by changing anti virus. Nak create punya pasal. Barulah dapat submit creation I.

Sehinggalah the day I decided to stop login to client and installed it. I dapat kerja kat call centre Telekom Malaysia. Then, memang kuranglah masa untuk online. I online pon layan facebook dan game online lain yang tidak melibatkan social chat. I berpindah dari Taman Desa kat Jalan Klang Lama ke Mutiara Damansara. After 1 year tinggal situ, I get married and my husband move in teman I tinggal sini. Nak jadikan cerita, few times lappy I tergolek. Tiba-tiba on tapi blank screen. Time ni financial kami lil bit tight. So, kalau nak waste money untuk repair lappy I rasa macam tak berbaloi sebab boleh guna duit untuk perkara yang lebih penting. Nasib baik I ada back up note book I menang cabutan bertuah masa kat BNYCT gathering kat Royal Chulan. Tapi itu pun rosak jugak... ntah macam mana adapater dia rosak. Jadi tak boleh on lansung.

Encik suami suspect chipset overheat. Sebab bila on, I masih boleh check BIOS. Nak tak nak, I terpaksa simpan lappy ni dalam almari sementara. Boring plak, rumah dah ada UniFi tapi tak ada lappy nak surfing. Encik suami bagi je guna lappy dia... tapi kalau dia pon jenis mengadap jugak??? Kesian plak kat dia. Dah kat setahun rosak. I fikir nak scrap je and beli desktop untuk senang buat kerja kat rumah. Dalam masa yang sama, I sayang nak let go lappy ni. Lagi pun segala pictures, video, apps, art & music I simpan dalam hard disk. Dah pernah cuba on tapi still blank screen. Sekali tu try... and try sampai tak boleh on lansung. Alamak rosak terus ke apa ni? Bila nak hantar repair?

Amende la plak ni. Sebelum ni ingat screen pun rosak sebab tak keluar pape. Tetiba kuar macam ni, ada harapan lagi ke ni?

Kelmarin I kuarkan semula lappy ni and told my husband I nak try on one last time. If still can't, then I give up. Bila on, kuar;

Checksum error.
Press <F5> to load Cmos default value.
Press <F6> to continue.

I took my chance by pressing <F6> to continue. Then  window starting. I forgot my admin password. Tapi dapat recall balik. Dapatlah I open window. check masih boleh open apps and access internet. able to surfing tapi slow and jerking. Anti virus expired January 2016...aptb

Happy tau bila tengok lappy ni dapat on semula dan still berfungsi dengan baik walaupun slow skit. 


Encik suami pun tak sangka. Then dia cakap nanti kita hantar service. Dia tak sure pasal error checksum. Sekali lagi tadi I took my risk press <F5> plak and restart lappy. Alhamdulillah, masih boleh on dan enter window. I dah check google, masalah  pada battery kat CMOS dalam motherboard. Suggestion tukar battery tersebut. I rasa sebab overheat. Harap I dapat hantar lappy pergi service secepat mungkin. Yahooooo!

*Nickname for laptop - lappy.