Rabu, 8 Februari 2023

Menjadi komuniti IMVU dan avatar

Salam sejahtera, korang! ๐Ÿ‘‹๐Ÿ˜Š

Happy New Year 2023! ๐ŸŽ‰ Maaf le sis tak dapat post lebih awal sebabkan masa dan kekangan kerja. Sis doakan kita semua dalam keadaan selamat dan semoga Allah SWT lindungi kita dari malapetaka dan penyakit merbahaya. 

Image by Rochak Shukla on Freepik

Sis nak share satu (1) fakta ringkas, aplikasi IMVU antara "avatar-based social network" yang berkembang pesat semenjak tercetusnya virus Covid19. Tambahan plak IMVU dah ada dalam mobile app, memudahkan lagi pengguna untuk berada dalam talian bila-bila masa dan di mana-mana asalkan peranti bersambung dengan liputan internet (iklan ulangan). Dalam post sis yang lepas (Episode 6: Kegunaan Kamera IMVU dan Tips Snapshot) sis ada citer serba ringkas pasal penampilan avatar. Topik kali ini sis kupas skit pasal avatar sebab avatar mewakili korang dalam chatroom dan bersosial sesama user lain. Kepada yang random reader yang terbaca blog sis dan berminat, this is it! Walaupun sis tak encourage korang layan 3D social networking IMVU ni tapi korang boleh je nak explore. Mula-mula mungkin boring skit sebab belum jumpa geng. Bila dah dapat jumpa geng yang ngam mesti korang tergedik-gedik nak online lepas tu. Sis nak tanya... korang percaya tak kalau sis bagitau avatar menjadi daya penarik selain dari cara korang berkomunikasi? Well... korang berminat nak explore kena "sign up" dulu ๐Ÿ˜†

Korang boleh jadi avatar perawan yang anggun atau jejaka yang kacak
Siapa agaknya korang dalam IMVU? 

"Sign up account"

Nak explore IMVU korang perlu jadi sebahagian dari komuniti IMVU yang pelbagai. Pendaftaran dibuka kepada pengguna seawal umur 13 tahun. Bagi pengguna yang berusia bawah umur, pendaftaran dan aktiviti di bawah pengawasan ibupada (katanya la).  Manakala pengguna berusia 18 tahun ke atas, korang "enter at your own risk". Platform rangkaian sosial seperti aplikasi IMVU bukan sekadar menggunakan avatar untuk bersosial, malah boleh membantu korang perbaiki cara berkomunikasi dan mengubah corak pandangan terhadap beberapa perkara, korang juga boleh berekspresi, berfantasi dan berkarya dengan cara korang sendiri (entah berapa kali ulang statement ni ๐Ÿ˜œ). 

Roleplay

Oleh kerana aplikasi IMVU lebih kepada rangkaian social, permainan yang boleh dimain dalam aplikasi ialah roleplay. Korang nak jadi apa dalam IMVU ni? Lelaki kaya budiman yang miang atau lelaki kasanova yang mengikis? Perempuan boleh jadi terpaling naif tapi perangai slut habis. Apasaja watak korang ingin avatar korang tampil. Secara solo atau dengan kawan-kawan. Ada juga yang buat group untuk roleplay yang besar berdasar filem fantasi, drama bersiri, komik atau animasi. Malah korang boleh berimaginasi hidup berkeluarga bersama pasangan virtual anda. Korang ajaklah sesiapa jadi mak ayah, anak-anak, cucu, sepupu bagailah. Roleplay macam ni mesti korang suka sebab mengingatkan zaman kanak-kanak riang zaman 90an ke atas, kita suka main masak-masak dengan kengkawan masa tu, betul tak? Itu baru roleplay, belum jumpa user perangai pelik dan menyeramkan. Jangan risau, selalunya korang akan bertemu dengan user yang normal macam sis.  

Batas pergaulan (diedit semula @02.04.2023)

Pengguna IMVU paling muda sesusia 13 tahun ke atas. Pengguna berusia 18 tahun ke atas merupakan golongan dewasa. Walaupun komuniti IMVU yang universal memberi kebebasan kepada kita dalam bersosial dalam dunia virtual, masih ada keraguan... Keraguan dengan siapa sebenarnya kita bergaul atau berhubung. Keraguan pada batas usia, jantina dan "affinity" seseorang pengguna itu tulen atau rekaan semata.  

Ini hanya pendapat sis, platfrom IMVU ada juga mainkan peranan sebagai salah satu bentuk media yang digunakan untuk kempen menormalisasikan LGBT. Korang akan nampak IMVU cenderung meraikan bulan "pride" LGBT yang selalunya diadakan pada bulan Jun sempena menghormati Pemberontakan Stonewall 1969 di Manhattan. 

Imaginasi dan Fantasi (diedit semula @26.02.2023)

Bersosial dalam virtual membolehkan korang menggunakan avatar sebagai medium untuk korang berimaginasi dan berfantasi. Chatroom tidak terhad kepada hanya berbual, korang boleh gunakan avatar korang untuk beraksi dan berimaginasi. Dari sudut sensual... korang tidak berfantasi secara solo, korang boleh berfantasi bersama dengan pasangan online samada dalam bentuk roleplay atau hubungan sebenar.  

Mobile app IMVU, korang boleh download dari app Stores

General Audience (GA) dan Access Pass (AP)

Pengguna IMVU terbahagi kepada dua (2), General Audience (GA) dan Access Pass (AP). Pengguna GA terbuka kepada semua lapisan umur. Jangan fikir orang muda je layan IMVU ni, dik... Aplikasi IMVU dah wujud pada alaf 2000an lagi tau, tak hairan jika korang terserempak dengan user yang berusia sebaya ibu ayah korang. Korang tak yah terkejut sangat la bila jumpa orang tua cam sis masih duk online IMVU ni.     

Bercakap tentang kebebasan bersosial dengan sesiapa saja tanpa ragu-ragu, IMVU ingin memupuk kepercayaan dan keselamatan kepada komunitinya terutama sekali apabila platform sosial ini melibatkan pengguna bawah umur. Oleh itu IMVU menawarkan token pengesahan umur yang boleh dibeli oleh pengguna dewasa untuk mengesahkan pemilik akaun adalah seorang dewasa dan berusia 18 tahun ke atas. Ini sangat membantu korang membezakan pengguna bawah umur dan pengguna dewasa walaupun akaun korang hanya GA. 

Pengguna AP pula asalnya dari pengguna yang sudah mengesahkan umur mereka. Dengan memiliki status AP, pengguna dapat mengakses kemudahan chatroom, outfit dan produk orang "dewasa". Dari sudut bersosial, pengguna AP berada di hierarki tersendiri kerana akses dan kelebihan yang dimiliki. Pengguna AP boleh akses semua jenis chatroom kecuali chatroom yang dihadkan kepada pengguna berstatus VIP oleh pengguna VIP. Nak balas dendam, pengguna AP boleh buka chatroom dan hadkan hanya kepada pengguna AP, malah pengguna GA VIP pun tak dapat masuk. 

Pengguna tak kira AP atau GA boleh melanggan token VIP secara bulanan (korang boleh baca kat sini, Episode 4: VIP Tiers). Oleh kerana ada juga pengguna IMVU mengadakan hubungan secara atas talian sebagai pasangan, mereka boleh membeli token "Marriage Certificate" sebagai tanda komitmen dengan hubungan. Namun, pasangan boleh menamatkan komitment sekiranya tidak ingin lagi meneruskan perhubungan, nak tau lebih lanjut boleh baca kat dalam IMVU community center ini,  FAQ About Marriage Package. Lain-lain token korang boleh tengok kat Credits dan Upgrades dalam Dekstop atau Website NEXT. 

Rangkaian sosial menggunakan avatar sebagai medium berinteraksi seperti IMVU ada sisi gelapnya tersendiri. Sebagai pengguna veteran IMVU, sis ingatkan korang sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku. Nak lari dari masalah dunia realiti tetiba terjebak dalam dunia virtual plak... Boleh buat kita gelisah, hilang fokus dan kemurungan. Kalau boleh elak, cuba elak ye adik2. Komitmen di dunia realiti lebih penting. 

Avatar

Apa itu avatar? Definisi avatar dalam dunia metaverse adalah fizikal yang mewakili kita berinteraksi di alam maya. Sama dengan permainan atas talian lain, pengguna memilih karekter pemain mewakili diri dalam permainan. Satu (1) bentuk fizikal untuk korang tetapkan rupa dan penampilan mewaliki diri korang dalam alam maya. Kita boleh reka rupa paras avatar mengikut rupa sebenar kita atau "customize" rupa seperti ikon atau selebriti kita minat. Dalam bahasa mudah, pengguna diberikan patung yang boleh korang pakaikan wajah, rambut, pakaian, kasut dan aksesori untuk tampil sebagai diri korang untuk bersosial dalam dunia virtual  Ketika "sign up", daftar sebagai pengguna IMVU korang akan mendapat 2 jenis patung, iaitu patung perempuan dan lelaki. Salah satu jantina patung ini akan menjadi profil utama korang.      

Avatar Noob (basic) 

Avatar asas (selepas ini sis panggil avatar noob) diberikan wardrobe persalinan lengkap dari kepala sehingga ke kaki bersama 1 ruang sembang peribadi (chatroom) dan credit percuma (promo credit) untuk belajar membeli belah dalam "Shop". Berbelanja dengan bijak, korang boleh gunakan promo credit untuk naiktaraf avatar noob korang dari masa ke semasa. 

Mari kita kaji skit pasal avatar IMVU, avatar noob yang korang dapat sebenarnya dipakaikan dengan kepala untuk bentuk wajah, rambut yang pelbagai gaya, warna kulit, warna iris atau lens mata, pakaian atas (singlet) dan bawah (seluar panjang), kasut dan aksesori perhiasan diri. Kiranya IMVU bagi korang satu (1) set avatar noob lelaki dan perempuan. Untuk tujuan bereksperimen... kat app Mobile korang , tap kat bahagian Wearing, korang boleh lihat senarai item yang dipakaikan pada avatar korang. Bingkai warna putih akan kelihatan pada setiap item yang dipakai oleh avatar. Kalau korang "remove" semuanya, maka hanya tinggal avatar dalam keadaan default. Avatar default mengenakan pakaian t-shirt dan seluar pendek warna hijau bagi perempuan. Dan berseluar hitam bagi lelaki.  


Female default 

Male default 

Ciri-ciri avatar "default" ialah ada pergerakkan sendiri semasa berdiri dan duduk, ada auto ekspresi iaitu senyum dan responsive pada avatar lain apabila user berbual antara satu sama lain. Tiada rupa paras dan bentuk tubuh yang khusus. Kalau korang cari kat dalam shop pun sama juga kecuali yang ditambahbaik oleh Mesher. Penambahbaikan yang dibuat dari segi saiz kepala, tangan dan kaki. 

Koleksi female avatar sis yang memacam gaya.
Sis ada juga koleksi male avatar

Dari koleksi avatar yang sis ada, sis klasifikasikan avatar default kepada berikut:-

Animated

Avatar jenis ini ada persamaan dengan avatar yang diberikan oleh IMVU semasa  korang sign up sebagai ahli komuniti. Ada pergerakkan semasa berdiri dan duduk, ekspresi senyuman dan responsive pada avatar lain apabila penggunanya berbual antara satu sama lain. Tiada rupa paras dan bentuk tubuh yang khusus kecuali ditambahbaik oleh Mesher. Ia sama tapi tak serupa. Ciri-ciri istimewa, avatar beranimasi didatangkan dengan mode supermodel atau selebriti dan dimasukkan dengan pek aksi dan animasi. Ada juga avatar yang nampak lebih realistik kerana dimasukkan dengan animasi bernafas macam manusia.

*Rujukan: Sis selalu usha catalog Creator Sinderella, shop dia ada memacam jenis avatar dengan range harga 520cr hingga 10kcr. Korang click link ni, Ravish cuba avatar ini. Untuk avatar yang ada posepack animasi walk/dance korang boleh tengok avatar ni, Animated  

Static

Sis dapati adik-adik VU suka sangat pakai avatar yang static. Nak senang citer, avatar jenis ini sebijik macam patung display kat dalam butik pakaian. Takde pergereakan atau ekspresi kape ke... Ciri-ciri lain yang sis boleh bagitau avatar jenis ni ialah cuma ada 1 pose berdiri dan duduk. Avatar yang basic macam ni dijual dengan harga yang murah sebab tiada pek gaya, aksi atau animasi.  

*Rujukan: Korang boleh usha shop sis vienaxia, sis ada derive 1 avatar static, korang boleh cuba kat link ni, Formal Lady. Sis ada 1 avatar yang didatangkan dengan posepack, boleh cuba kat link ni, Model Poses + Sits

 
Lain-lain jenis avatar korang akan jumpa seperti cosplay, robotic atau makhluk pelik. Ada juga avatar yang datang bersama item sampingan. Banyak lagi avatar yang boleh korang survey bergantung pada tema yang korang nak avatar korang tampil 

*Rujukan: Kalau korang nak cari avatar yang lain dari biasa atau pelik, sis rekemen Creator tempatan, AvatarShop. 


DNA(Body) 

Korang sudah ada avatar default untuk mulakan langkah mencipta pesonaliti avatar yang berbeza dari biasa, cewahhh. Kita mula dari scratch untuk bagi korang bayangan skit macam mana IMVU pakaikan item asas pada avatar default membentuk avatar noob. 

Avatar default female (GA)
Tiada ton kulit (skinless)


Korang tengok avatar dalam keadaan default (gambar di atas) sis mulakan dengan memilih DNA (body) avatar dulu. DNA avatar terdiri dari pada "Head" untuk bentuk wajah, "Eyes" untuk lens mata, "Eyebrows" untuk kening? ๐Ÿค”, "Hair" untuk gaya rambut ๐Ÿ˜ dan "Skin" untuk ton kulit๐Ÿฅฐ. 
  • Head 
Bahagian Head atau dalam bahasa Melayunya "kepala" ๐Ÿ˜†lebih kepada bentuk wajah. Pilih bentuk wajah yang korang inginkan, bentuk bujur atau tajam atau bersegi (jawline). Tips yang sis boleh share kat sini, korang pilih head bersama ton skin untuk lihat hasil rupa head yang korang pilih. Within credit promo yang korang dapat sis syorkan korang cari head dalam julat harga 1000cr ke bawah dulu.    

Kalau korang perasan kat inventory, bahagian "Head"

Oleh kerana sis tak aktif agak lama, sis dah ketinggalan dengan produk head terkini yang sering digunakan oleh Creator untuk create Head. Tak silap sis, jenis bentuk muka dibahagikan kepada kategori "Zell" dan "Joy" (Hasil carian info di portal discussion setakat ini sis jumpa 2 jenis ini saja). Kedua-duanya kategori ini mempunyai ada ciri-ciri struktur wajah yang berbeza. Head zell lebih kepada oval-shape (bujur ⬯) dan Joy pula heart-shape atau berlian (rahang lebar dan dagu lebih tajam๐Ÿ’“). 

*Nota kaki - head untuk male sis tak pasti macam mana kategori tapi sis pilih jawline head, strukur wajah gentlement macam celebrity Johnny Depp.

sis tak aware pasal Joy Head sehinggalah sis menulis post ni.
Sis banyak beli Zell Head anyskin
 

Kita sudah dapat petunjuk skit nak pilih bentuk wajah, membujur ataupun menajam. Kebanyakan head sama macam avatar default tanpa warna kulit (skinless) dan head jenis ini korang boleh padankan dengan mana-mana warna kulit (anyskin). Dalam masa yang sama ada head yang siap dengan warna skin tertentu, jenis ini sis sarankan korang beli skin dari shop Creator yang sama korang beli head, biasanya ada skin yang khusus. Kalau tak ada, korang terpaksa cari sendiri dan padankan dengan ton skin head yang korang pilih. 


Sample Mesh Head dari shop

Terdapat satu lagi jenis head yang sis rasa korang mesti berminat nak tahu iaitu Mesh head. Istimewa head jenis ini ialah direka mirip wajah manusia. Creator akan hasilkan Mesh head anyskin yang meniru wajah supermodel atau selebriti terkenal atau sesiapa saja (meniru bentuk mata, kening, hidung dan bibir). Satu lagi Mesh head, creator hasilkan dengan meniru sebijik keseluruhan wajah manusia. Jenis ini sama seperti head yang menggunakan skin tertentu dimana ia dihasil berdasarkan warna asal skin wajah manusia. Istimewa mesh head jenis ini korang boleh pakai head berwajah selebriti terkenal yang korang suka seperti Kardashian sisters, Lisa Blackpink, Micheal Jackson atau watak dari filem box-office seperti Aquaman, Captain Jack Sapprow dan sebagainya. Untuk mesh head jenis ini juga, creator akan buka tempahan kepada user yang ingin menggunakan wajah sendiri. Custom-made head ni agak pricy, tapi kena ambil kira kreativiti dan masa yang digunakan.  

Hanya sekadar pendapat peribadi, sis tak "fan" sangat dengan mesh head sebab padanan skin sangat terhad. Sis sama seperti kebanyakan user yang sukakan Zell head kerana sis boleh guna banyak ton skin dengan pelbagai jenis solekan wajah. Penting bagi sis untuk tujuan penstriman dan tanggungjawab sis memperlihatkan keseluruhan skin GA termasuklah solekan pada wajah yang dibuat oleh Creator. 
  • Skin 
Sis ada share tips mencari head dan skin bersama kan? Cara ini menyenangkan korang memilih ton warna kulit yang sesuai. Ton kulit ikut "origin" atau asal usul korang dari mana. Dan kita semestinya dari Benua Nusantara, sis letakkan warna sawo matang sebagai benchmark ton kulit orang asian. Jangan risau, tak ada siapa nak marah kalau avatar korang putih melepak dengan  mata sepet macam awek korea walaupun dunia nyata ton kulit korang sawo matang, hidung kembang dan mata bulat. Sis cuba nak create Viena as a pan-asian look alike lady, tapi ended up jadi macam rupa omputih la plak, suka pakai lens mata biru plak tu๐Ÿ˜†. Janji lawa, betul tak?

Dan sis ada bagitau gak, skin yang dibuat bersama dengan pelbagai gaya solekan, khusus untuk user female yang sangat suka dengan solekan. Sis banyak buat koleksi skin yang sama dengan gaya solekan berbeza untuk maintain rupa Viena, tapi kekadang sis pakai juga warna skin lain. Untuk male user, jangan risau, bro. Skin yang dihasilkan oleh user male pun boleh tahan herlok, tetiba ade 6 pax padahal realiti kau boroi kan? Jangan emosi, tak salah pun nak berimaginasi memiliki tubuh badan yang sado atau jambu macam artis Korea. Kekadang boleh jadi inspirasi jugak.  

*Fakta menarik, jika korang berstatus Access Pass (AP) korang boleh akses barangan "adult" yang terdiri dari avatar tanpa seurat benang (bogel) menampakkan bahagian sensor. Sama juga jika korang menggunakan avatar GA dan memakai skin produk AP. Walau bagaimanapun avatar atau skin male tidak menonjolkan bahagian sulit lelaki. 
  • Eyes
Sudah pilih "Skin", korang pilih pula mata untuk avatar. Bentuk mata mata bergantung kepada head yang dipakai. Jadi korang tak yah risau pasal bentuk mata, fikirkan warna lens yang sesuai dengan head dan ton skin korang. 

Contoh produk "Eyes" dalam Shop melalui Mobile app 


Produk "eyes" dari 2012 sis menggunakan tekstur sendiri
The product works with certain head
 

*Fakta tentang dunia IMVU sis - tekstur mata salah satu tekstur sis sempat belajar sehingga mahir. Ada beberapa produk mata dari shop sis masih ok dipakai tetapi bergantung kepada "Head
"
  • Eyebrow 
Biasanya head korang beli siap dengan bentuk mata dan kening. Tak berapa penting tapi... pendapat sis la kan... bentuk kening pun main peranan jugak. Korang boleh pakai kening sedia ada pada head avatar atau add-on Eyebrow untuk berikan kelainan skit pada struktur rupa head korang. Sis tak pasti tetapi kadang-kadang saja user nak beli kening produk Eyebrow. Sis suka produk eyebrow sekarang nampak lebih realistik.   
  • Hair
Sekarang avatar korang sudah ada rupa unik, samada korang berjaya mencipta mirip rupa sendiri atau meniru mana-mana rupa Selebriti/Idola korang. Kita pilih rambut pula, sis suka rambut takat atas bahu, beralun dan warna coklat. Korang plak, suka gaya rambut yang macam mana? Ada pelbagai tekstur, warna dan gaya potongan dan dandanan rambut korang boleh pakaikan pada avatar korang. Malah user lelaki kalau korang suka avatar korang berkepala botak pun tak kisah. Cuma... jarang-jarang sis bertembung dengan avatar kacak berkepala botak ni. Rare breed kot ๐Ÿคญ 

Tips yang boleh sis kongsi untuk pemilihan gaya rambut, korang pilih stail rambut selepas korang dress up avatar. Bagi sis cara ini lebih mudah sama macam korang menonton series make over, akhir sekali stylish akan gayakan rambut dia kan? Terpulang kat korang nak mula yang mana satu, kalau ikut cara sis, fitting lebih kurang akhir sekali pilih stail rambut. 

Salah satu produk hair yang rasanya masih sesuai dipakai lagi

*Fakta tentang dunia IMVU sis - Produk rambut menjadi produk utama shop sis dulu selepas sis discover cara nak buat tekstur. Dari tekstur rambut ke tekstur mata dan seterusnya tekstur yang lain sebelum sis ambil keputusan stop online penghujung 2012. Dalam bab pembuatan tekstur sis masih amatur

Clothing

Korang sudah setup DNA avatar untuk digunakan setiapkan online, masa untuk korang menggayakan avatar dengan pakaian dan aksesori. Sis galakkan korang pilih produk terkini kerana adanya imvu+. Bahagian "Clothing" terbahagi kepada 4 kategori iaitu Top, Bottom, Shoe dan Accessories. 

Viena pakai Top dan Bottom

"Top" adalah  bahagian dari paras pinggan ke atas. Kesemua jenis pakaian akan berada di bahagian ini. Namun bahagian "Bottom" iaitu paras pinggang hingga ke bawah, korang akan dapati pakaian seperti skirt dan seluar. Korang bebas buat padanan pakaian atas dan bawah tak kisah dari shop mana korang beli. Gunakan konsep mixed dan matched. Korang boleh cuba-cuba pakaian di ruang fitting dalam Inventory korang ataupun Shop.

Bahagian Top - T-Shirt, Singlet atau Blouse 

Korang akan jumpa gown dan dress (full) macam ni banyak dalam kategori Top

Bahagian Bottom biasanya seluar dan skirt

Bahagian "Accessories" pula untuk apasaja perhiasan untuk tubuh avatar yang boleh dipakai untuk kelihatan lebih menyerlah seperti anting-anting, rantai, gelang, jam tangan, topi atau cincin, make up dan yang sewaktu dengannya. Tidak terhad kepada perhiasan diri, ada pelbagai add-ons masuk dalam kategori ini seperti bodylight, filters, scaler... ahhhh  banyak giler la item dalam kategori ini yang korang tak sangka ada dijual dalam Shop. 

Accessories - Subang dan Nails 

Rantai labuh

Topi dan bag

Tak mampu pakai latest iPhone, pakai dalam IMVU pun jadik arrr

Bahagian "Shoe" pula sudah tentulah untuk kaki avatar korang. Korang jangan emosi dengan avatar default berkaki lebar dan tak cantik tu. Ada bermacam-macam jenis dan rekaan kasut dan juga kaki untuk repair kaki avatar tu. Ahaaaa...cam magic gak la bila dah pakaikan kasut, kaki avatar korang auto herlokkkk. Creator memang sengaja jual item berasingan supaya kita membazir membeli belah dalam shop. Tapi itulah yang seronok, lagi banyak item korang beli lagi banyak stail korang boleh buat.

Shoe - pelbagai rekaan

Korang perasan tak ada bahagian "Miscellaneous" dalam inventory korang? Kalau korang beli apa-apa, kemudian cari tak jumpa kat top, bottom, shoe dan accessories. Korang semak kat dalam miscellaneous ni, mesti jumpa. Kecuali item yang IMVU tarik dari shop atas sebab-sebab tertentu, item tersebut akan dipadamkan dari inventory korang. Jangan risau korang akan dapat refund untuk item yang kena banned tu. 

Avatar male - Credit to account @ArraixDoe

Dari kepala sampai ke kaki, item user male tak kurang hebatnya, asalkan korang lelaki pandai stylo milo avatar korang jadi kacak, tampan, bergaya dan unggul... sis percaya korang mampu tarik perhatian user perempuan sebagaimana user perempuan menarik perhatian ramai user lelaki. Best man win!  

Outfit 

Untuk pengetahun korang definisi "outfit" dalam IMVU ialah apa-apa item yang korang pakaikan pada avatar korang (DNA/Body dan Clothing). Sekarang korang sudah berjaya setup penampilan Avatar korang lengkap dengan DNA/Body dan Clothing bersedia masuk ke mana-mana chatroom dan mula bersosial. Andai kata korang nak tukar pakaian avatar korang, tak perlu reset balik kepada avatar deafult, korang hanya perlu tukar, ganti atau tambah saja dari koleksi item korang ada dalam inventory. Sebelum korang nak tukar pakaian,  korang boleh save outfit korang dan lihat semula dalam Saved Looks nanti.

Tips yang sis boleh kongsi kat sini, selepas sis dress up Viena sis akan save outfit. Cara ini bantu Viena bersiap dengan mudah. Contohnya jika korang dapat invitation party atau ceremony dengan tema pakaian tertentu, korang boleh siapkan avatar korang dengan outfit tema yang dimaklumkan dan simpan kat Saved Looks. Bila tiba waktu event berlansung, korang masuk chatroom, boleh terus upload outfit untuk tema event tu. Tak perlu korang ambil masa pakaikan item satu persatu. 

Saved Looks sangat berguna bagi sis yang selalu buat streaming, sebab boleh sis boleh standby dulu outfit. Sebab yang lain, menjimat masa sis mencari-cari balik item dalam inventory. Cuma upload semula outfit yang sis nak guna, kemudian  add/remove item yang mana patut. Simple!

Outfit sis simpan kat "Saved Looks"
Sis boleh pakai semula bila-bila masa sis nak

Lagi satu (1) tips yang boleh sis share kat sini, korang buat satu (1) set DNA/Body tetap untuk mudah korang tukar ganti pakaian dan aksesori avatar korang dan simpan dalam Saved Look. Kadang-kadang akibat kita asyik tukar dan tambah itu ini, avatar jadi berat dan mungkin korang terpaksa mula semula, korang boleh terus ambil balik kat Saved Looks dan dress up semula avatar. Oleh kerana sis modeling untuk beberapa Creator sebelum ini, sis buat beberapa set avatar DNA/Body yang siap dengan poses dan tiggers untuk tujuan penstriman dan set untuk bersantai. 

P/s : veteran user macam sis ni, outfit dari 2010 pun tak habis lagi delete, outfit baru semakin bertambah...hmmm...  Perlahan-lahanlah sis delete outfit sis yang lama2 tu. Kekadang berguna jugak yang lelama tu untuk buat snapshot verses ๐Ÿ˜

Profile 

Korang juga boleh pilih salah satu outfit yang korang simpan dalam Saved Looks untuk profil, outfit yang korang pilih akan dipaparkan dalam kad profil dalam bentuk 3D. Kad profil ni kiranya korang punya ID sebagai salah seorang komuniti IMVU. User boleh melihat penampilan avatar korang dari situ. Jika korang ada beli apa-apa token untuk status seperti VIP, Host Live Room, Marriage dan Access Pass, lencana status korang dipaparkan pada sebelah kanan skrin profil. Kalau korang user senior yang menyertai program Greeter, lencana Greeter akan paparkan dengan jumlah berapa ramai newbie korang sambut dan berkomunikasi. Jika korang tak aktif lansung dalam chatroom "Hangout", lencana Greeter tak dipaparkan. Lencana Creator dipaparkan jika korang menyertai program Creator. Dan ada info yang memaklumkan status Creator korang. Sis Veteran Creator, sebabkan tidak aktif Level Creator tidak ditunjukkan, selalunya Level sis antara 2 atau 3 je. Manakala Level 10 adalah level Creator tertinggi, status ini berdasarkan konsisten seseorang Creator menghasilkan produk dan juga rating sales beliau. 

Ada lagi beberapa bahagian dalam profil kita boleh semak iaitu About, Posts, Followers dan Following. Kalau profil sendiri korang boleh nampak bahagian Friends. Bahagian "About" korang boleh semak maklumat ringkas peribadi user seperti umur, jantina, region (Location), Ada ruang iklan (merata IMVU letak iklan). User yang jadi Creator, status Creator dan akses ke catalog dipaparkan juga dalam bahagian ini. Status chatroom mana user tengah lepak. Korang boleh edit dan paste ringkasan tentang diri korang dalam Bio dan Interest, sis cuma letak info sis model untuk Creator mana, hobi dan aktiviti sis. Affinity user, jenis perhubungan  dan tujuan korang berada dalam IMVU dan akhir sekali info sejak bila korang menjadi ahli komuniti. Korang perasan kannn ada "EDIT" pada kad Profil di mana user boleh edit privacy mereka. Korang boleh pilih nak sorok atau tayang info korang. 


Profil Viena

Tap(ketik) bahagian Posts plak, korang dapat lihat feeds. Selain dari Feed, korang boleh tengok feed user lain kat sini terutama sekali jika user tersebut tiada dalam circle korang. Dari sini korang pun boleh tahu juga seseorang user tu aktif atau sendu. Korang boleh like dan tinggalkan comment pada feed, terpulang... User yang aktif korang boleh nampak feed terkini bila dia post..., adakah dia sejenis kera sumbang macam sis suka snapshot sorang2 atau dia sentiasa berkepit dengan pasangan atau selalu hangout dengan kawan-kawan ataupun join mana-mana event/party. Bahkan melalui Dekstop dan Web, korang boleh tahu lokasi chatroom user tersebut snapshot. Kalau dia enable pulak TAG, korang boleh usha outfit dipakai dalam gambar dan beli kat Shop jika berkenan. Tapi kalau jenis yang tak post apa-apa kat feed, kita susah nak perdict skit, namun masih boleh tahu dia sedang online atau offline melalui tanda titik hijau kat DP...






Hampir sama dengan konsep instagram, korang ada Followers dan Following. Melalui kad profil user boleh semak korang ni ramai tak followers dan siapa yang follow. Begitu juga Following, user boleh semak siapa korang follow. Melalui Followers dan Following, kita boleh mengetahui seseorang itu dalam lingkungan kenalan kita atau tidak. Tips add/follow friends yang sis boleh kongsikan ialah korang boleh pilih hanya nak follow saja atau nak add dalam friendlist korang. Bila korang add seseorang, automatik korang follow dia. Dan dalam friendlist pulak, korang boleh pilih unfollow user tanpa unfriend. Kot la korang rasa nyampah tengok feed kenalan korang yang suka spam or post gambar disturbing atau status yang tidak menyenangkan, tapi korang tak sampai hati nak unfriend dia, korang boleh unfollow dulu supaya korang tak perlu tengok feed dia lalu kat timeline Feed korang. Dia bukan tau korang unfollow dia pun kecuali dia rajin nak semak sekor...sekor followers dia yang beriban tu. Jangan risau korang masih boleh diam-diamtengok feed dia melalui kad profil. 

Klik kat "See All Product" korang boleh la skodeng shop sis.

Jika korang Creator macam sis, kad profil akan paparkan catalog Shop korang untuk user akses. User boleh usha shop Creator dengan tap kat "See All Products". Kira macam jalan pintas korang nak tengok item terkini dari Shop Creator favorite melalui Profil Creator.    

Fakta menarik - kad profil diatas adalah profil yang korang boleh semak melalui Mobile dan Dekstop app juga Website NEXT. Manakala kad profil Classic app dan website pula terhad kerana tiada feed tetapi korang boleh tengok album user jika dia ada buka album untuk public view 

Mengubahsuai avatar
 
Bentuk badan avatar deafult sis dah story dah dengan korang. Bentuk badan avatar bergantung kepada outfit yang dipakai sebab jenis-jenis pakaian Mesher buat bersama bentuk badan. Saja sis bagitau supaya korang tak hairan bila beli baju bila pakai tetiba nampak tertalu menonjol. Try dulu apa-apa outfit korang berkenan sebelum beli.  Sis nak story dengan korang waktu sis mula-mula kembali aktif online. Faham-faham je lah bila terlalu lama tak online dalam virtual, avatar perlukan upgrade. Selama sis tak aktif, sis masih login akaun melalui website classic jika ada notifikasi sales masuk melalui e-mel. 

Viena dari 2012.

Sampailah IMVU launch webpage NEXT, force semua user login melalui website melalui NEXT, dan IMVU launch Mobile app. Sis start aktif semula, usha Feed dan Discover, usha akaun kawan-kawan lama... nampaknya sis je ni aktif balik, hmmmm. Skodeng shop, checking on avatar... kot...kot la dah boleh jalan-jalan macam avatar "Second Life"๐Ÿ˜. Avatar default semua masih sama je tiada perubahan ketara sangat. Cuma ada la avatar yang bersaiz "Huge" dan "Giga" dah tak sesuai bagi sis untuk pakai lagi sekarang. Belek-belek pakaian dan aksesori... Lalu sis buat housekeeping simpan item lama dalam web inventory. Masa untuk makeover Viena!

*Second Life - juga rangkaian sosial menggunakan avatar sama macam IMVU tetapi avatar di sana lebih realistik, boleh melakukan pergerakan seperti online gaming lain, pendek citer avatar dia rajin berjalan, avatar IMVU malas, loncat je dari spot ke spot lain๐Ÿ˜‚  

Penampilan awal Viena ketika mula kembali aktif 

No way sis nak bawa Viena jumpa user lain dengan rupa yang outdated. Berdasarkan survey, sis dapati head avatar sangat la berbeza dari 7...8 tahun lalu. Kening mata, ton kulit, lens mata nampak lebih realistik sekarang. Nampak gaya head sis totally outdated, perlukan head baru. No more smokey eyes ☹... Mencari head yang sesuai ni bukan senang ye adik-adik, yang mana rasa berkenan simpan dulu dalam wishlist, kemudian test 1 by 1... tak sesuai cari lagi, simpan lagi dalam wishlist kemudian test 1 by 1 sampai la dapat yang sis rasa sesuai. Awal-awal sis cultural shock dengan price head yang mahal walaupun sis ada banyak credit, sis tetap kedekut nak berbelanja besar. Sis ada jumpa juga yang murah dan herlok. Sis berjaya upgrade head dan ton skin. Sis masih pakai lens mata dari catalog eyes sis sendiri.


Upgrade head dan skin, sis dapat gift blusher dari user misteri.
Head ni sangat affordable bagi sis tetapi end up Creator-nya kena DMCA hold 

 
  • Scaler
Walaupun sis aware adanya scaler sebelum sis stop layan IMVU dulu, sis tak terfikir nak menggunakanya sebab sis sudah ada avatar bersaiz besar dari avatar normal. Sis cuma start guna banyak scaler bila aktif semula disebabkan oleh ukuran "standard" model yang diperlukan untuk modeling. 

Amende scaler ni, sis? Scaler adalah alat halimunan yang mengubah saiz dan bentuk badan avatar... hehehe. Scaler masuk dalam kategori Accessories. Kegunaan scaler untuk tambah/kurang saiz avatar atau bahagian anggota tertentu avatar seperti kepala, bahu, lengan, dada, pinggang, pinggul dan kaki. Korang boleh usha catalog dari Shop Scaler. Kesemua produk dari shop ini sangat murah, serendah 499cr je. Korang boleh pilih nak resize avatar terus atau pilih bahagian anggota tertentu yang korang nak selaraskan semula. Jika korang rasa leceh nak beli setiap satu scaler untuk anggota badan yang korang nak resize walaupun harga produk murah, korang boleh cari pek combo ikut size yang korang nak.

  • RLS, RL & RLL
Selain dari menggunakan scaler, pakaian juga memainkan peranan untuk bentuk badan avatar yang korang inginkan. Sesetengah Creator akan hasilkan produk pakaian yang sama dengan saiz dan bentuk badan berbeza sesuai dengan kehendak user. Apa itu RLS, RL dan RLL? Memula sis pun tak sure amende RLS, RL dan RLL semua ni, yang sis pasti ada kene mengena dengan saiz pakaian avatar female. Rupanya RLS, RL dan RLL adalah singkatan Real Lola Small, Real Lola dan Real Lola Large. 

Siapa Lola? Sis pun tak tau tetapi mungkin Mesher menggunakan bentuk badan seorang wanita bernama Lola sebagai pengukur bentuk badan kurus, normal dan besar, dan ukuran boobs, pinggang, pinggul dan peha. Pakaian saiz RLL mungkin besar dan lebar, RL pula saiz normal, manakala RLS sesuai dengan user yang suka avatar dia kelihatan keding (slim). 
  • Long Legs
Produk Longlegs digunakan untuk memanjangkan kaki anda. Bolehlah avatar korang kelihatan seperti seorang model berkaki panjang seperti Karlie Kloss or Bella Hadid. Korang nampak feed user gambar snapshot kaki dia panjang semacam tu, dia mesti menggunakan scaler long legs. Cuma satu saja kekurangan produk ini ialah korang dapat panjangkan kaki avatar tetapi dalam masa yang menyebabkan upper body dan size avatar korang menyusut lebih kecil. Korang boleh repair size dengan memakai scaler avatar bersaiz lebih besar (130%/140%)

Viena menggunakan long legs
Kaki nampak lebih panjang

Tak semua pakaian dapat disesuai dengan scaler yang dipakai, malah tak sync dengan spot pada perabut dengan tepat. Walaupun tak penting, bagi sis yang mahukan kesempurnaan dalam snapshot, dapat avatar sync 90% dengan perabut pun jadilah, sis boleh guna controller atau adjuster dan manipulate tools navigator.
 
Kesimpulan

Kesimpulannya korang dah boleh berdikari sekarang, dah tahu tips nak setup avatar cantik-cantik. Sis percaya korang lebih handal mixed and match outfit untuk menyerlahkan fizikal avatar korang. Lebih mudah bagi korang yang sign up akaun baru nak setup avatar korang kalau nak banding akaun sis yang dah berusia 13 tahun ni. Dengan info asas yang sis share kat sini, sekurang-kurangnyat korang tak blur sangat lepas berjaya "sign up". Kena rajin membaca dan mastered dengan app yang korang guna. Segala info korang boleh cari kat dalam Community Center IMVU atau korang boleh je bertanya dengan user sudah lama. Tapi dorang tak layan, korang boleh tanya sis.  

Selepas korang dress up avatar, korang leh mulakan langkah bersosial 
IMVU akan perkenalkan hangout room tuk korang "ice breaking" ngan user baru lain
Lam room ini de seorang Greeter iaitu sukarelawan user senior
Jika korang ada sebarang kemusykilan tentang IMVU korang leh tanya dia

Bab bersosial sis mintak maaf sebab sis ni introvet... sis prefer isolate Viena dari bersosial yang tak tentu hala dan fokus kepada penstriman. Adalah beberapa perkara yang sis tak bersetuju dengan konsep IMVU ni, sis letakkan prinsip sebagai pengguna yang tak boikot dan tak menyokong... sis tak melarang dan sis juga tak menggalakkan. Cara korang bersosial tak kiralah korang GA atau AP, korang layan IMVU atas risiko dan tanggungjawab sendiri.  

Sebelum sis akhiri coretan yang beberapa kali edit ni, sis harap korang tak buat perangai mintak exact link head atau skin yang user lain tengah pakai sebab terlalu spesifik. User tu akan anggap korang biadap ye. Cuba fikir, pepenat dia cari DNA yang sesuai dengan citarasa dia, takan dia sesenang nak share ngan korang? Takan la dia nak benarkan user lain duplicate sebijik rupa dia? No way! Sis sendiri pun tak selesa kalau korang tanya direct cam tu. Korang nak avatar korang jadi korang ke jadi sis? Haaaaaaa.... Cara terbaik kalau korang terdesak sangat nak tahu user tu pakai head atau skin apa, korang bertanya Creator yang boleh disyorkan sebagai rujukan korang. Dapat nama Creator, korang boleh cari dan mungkin jumpa yang lebih sesuai untuk avatar korang.  

Sis akhirnya kongsi gak camne nak sign up sebagai IMVU user kan???... Pembaca-pembaca liar ๐Ÿ˜‚ yang mungkin berminat nak layan IMVU, silakan. Enter at you own risk. Owh, lupa nak share link website IMVU, korang boleh klik kat sini, IMVU untuk daftar dan menjadi sebahagian dari komuniti. Boleh lepak room Curheart sis sementara nak cari chatroom yang lebih meriah. Sudi lah korang add atau follow akaun IMVU sis, @vienaxia dan jika ada sebarang pertanyaan, PM terus dengan soalan. Setakat PM "Hai" sis tak layan tau. Semoga maanfaat! ❤

Khamis, 15 Disember 2022

Episode 6: Kegunaan Kamera IMVU dan Tips Snapshot

Assalammualaikum & selamat sejahtera,

Koranggg... korang dah baca ke post sis yang lepas? ➤ Episode 5: Alami Dunia IMVU Dalam Resolusi Tinggi. Sis nak citer kelakar menyayat hati sebelum kita continue sembang. Episod lepas sis citer sis save content yang melalut untuk episode ni kan? Memang betul sis save tapi sis tak buat back up. Sis punya luangkan masa nulis dan susun content sis kat laptop. Waktu petang sementara sis nunggu hubby sis habis solat sebab kami berdua plan nak keluar beli barang dapur, sis pun open la kejap draft kat dalam browser phone sis. Bila open kat situ, mode writing dalam HTML, jadi sis nak tukar la kepada Compose View. Nak tau tak ape yang berlaku? Suddendly error dan all content dalam ni HILANG???๐Ÿ˜ฑ. Yang kurang ajar sangat tu, sis cuba undo balik tapi tak ada dah sebab different device๐Ÿ˜ต Sis pun semak kat community center blog ni dengan harapan ada cara nak recover balik content yang hilang tu, rupanya ada jugak blogger lain yang mengalami situasi sama macam sis. Feedback yang sis dapat once hilang draft tu memang takleh recover balik, google anggap salah writer sendiri kenapa tak buat back up kat mana-mana. Solution yang terpaksa blogger terima ialah re-write draft, (dia ingat senang ke nak tulis balik content exactly macam sebelumnya?) Sedih weiii๐Ÿ˜ญ Tapi nak buat macam mana kan, terpaksalah sis start from scratch๐Ÿ˜Œ

Termenung kejap bila content draft hilang tak dapat recover balik

Sambungan dari Episode 5, sis sebenarnya nak kongsi penggunaan kamera dalam chatroom kat korang. Tapi sebelum itu sis nak kongsi cara bagaimana nak explore 3D client IMVU. Menurut IMVU, 3D client dorang adalah cara yang menakjubkan untuk bertemu, berbual dan bermain dengan community dari seluruh dunia. Sis masih rasa 3D Social Network IMVU ni menakjubkan bila adanya mobile app, kita dah boleh online IMVU kat mana kita berada dan bila-bila masa selagi peranti kita dapat liputan internet. 

Sambil menghirup kopi Wonda panas2 sis mencari ilham.    

Korang pun dah sedia maklum, IMVU dekstop sekarang dalam resolusi tinggi, bermakna visual 3D dalam chatroom korang semakin nampak lebih realistik (katanya). Masuk room cantik-cantik takan tak nak explore interior dan landscape? Penat owner room habiskan masa hias dan susun perabut. Korang boleh explore visual 3D dalam chatroom menggunakan alat pengemudi (navigator tools) sama macam game 3D lain. Disebabkan avatar IMVU sejenis virtual doll, korang tak boleh expect ia bergerak sendiri ke satu tempat ke tempat lain dalam chatroom, tak main jalan-jalan ni, dia klik je terus kat situ๐Ÿ˜‚. Dalam chatroom IMVU terdapat tapak (spot) di mana avatar boleh diletakkan.  Semasa korang masuk ke chatroom, avatar korang akan landing kat entrance dulu. Korang klik kiri mouse atau tap pada skrin, simbol seakan pin lokasi muncul untuk korang pilih kat mana korang nak pindahkan avatar korang dari enterance. 

Alat pengemudi (Navigator tools)๐Ÿงญ

Korang memerlukan navigator untuk mencari spot dan juga meneroka visual 3D dalam chatroom. Julat pergerakan mendatar sehingga 360⁰ membolehkan korang melihat sekeliling visual dari pusat tumpuan di mana avatar korang diletakkan. Jangan salah faham, bukan pergerakan avatar tetapi pergerakan kamera. Dengan menggunakan navigator, korang boleh drag menggunakan mouse/touch screen untuk explore visual chatroom dari titik tetap. Kat sini sis share diagram sis cilok dari Creator Education Center website, gambaran bagaimana kita melihat visual.  

Kedudukan korang di camera.01.01.root๐ŸŽฅ yang melihat skrin.
Manakala camera.01.01.root.Target ๐ŸŽฏ pula titik tetap yang menjadi pusat tumpuan (camera taget). 
Dan kotak kecil line warna hijau bersepah kat lantai tu adalah standing atau sitting spot avatar
 
 

Di dunia sebenar, lebih kurang macam ni korang pandang skrin laptop korang kan?
Kedudukan Viena mewakili 
camera.01.01.root๐ŸŽฅ

Masuk je chatroom fokus paparan bermula kat entrance spot di mana avatar korang landing. Dari enterance korang boleh pindah avatar ke spot lain dalam room. Dah nampak visual takan tengok satu hala je? Mesti la nak tengok keseluruhan visual 3D chatroom. Contohnya, korang masuk chatroom Curheart sis. Korang mesti nak tengok sis dekorasi dan susunan perabut terkini dalam chatroom itu. Luas mana chatroom itu? Ada banyak tak standing dan sitting spot? Apa konsep perabot diletakkan untuk blend dengan suasana chatroom? Dan macam-macam lagi.  

Dalam mobile dan dekstop version, navigator tool ๐Ÿงญ tidak dipaparkan pada skrin. Bermakna korang kena pepandai sendiri gerakkan mouse atau touch screen device korang. Tetapi yang sebenarnya navigator tools tu ada je dan korang tak sedar korang menggunakannya. Korang ingat tak (mobile dan desktop user) lepas pertama kali korang download IMVU app, apabila korang cuba masuk chatroom, keluar  tutorials ajar kita macam mana nak rotate, zoom dan pan? "Pan" bukan kuali tu ye ๐Ÿ˜… Itulah tools korang nak navigate camera target. Lepas praktis guna tools, IMVU expect korang dah faham dan pandai menggunakan tools ini. Andai kata korang sudah lupa cara nak guna, korang masih boleh tengok semula tutorials tu dengan tap kat dots tepi belah kanan, cari Watch Tutorial atau Play Tutorial untuk recap balik. Alang-alang sis menulis topik ni, mari kita recap balik tutorial tu dan kegunaannya untuk snapshot:-


Tap kat "Watch Tutorial" yang sis highlight tu.
Dalam mobile app pun sama jugak

Sis tak perlu nak explain bangang kat korang sebab korang mesti dah tahu aplikasi IMVU ni ada kamera korang boleh guna untuk snap gambar avatar dan visual 3D dalam chatroom. Korang boleh snapshot untuk dijadikan gambar profile atau kongsi di Feed dan Media Social korang untuk tatapan kawan2 dan follower korang atau simpan je dalam galeri. Ada tiga (3) langkah yang diajar kepada user IMVU untuk navigate kamera dalam chatroom iaitu:-
  • How to Rotate
  • How to Zoom
  • How to Pan
Ada dua kaedah korang boleh guna navigator tools ini, samada guna mouse atau trackpad. Mouse macam biasa samada korang kena klik telinga kanan atau kiri, senang. Trackpad pula touch screen,  cara ini sesuai untuk mobile user, korang hanya menggunakan jari menyentuh skrin device untuk navigate arah dalam room. 

How to rotate - Menggunakan mouse๐Ÿ–ฑ️, tekan telinga kiri (jangan lepaskan) dan gerakkannya. Korang boleh drag (gerakkan) camera target ke kanan atau ke kiri ke atas atau ke bawah. Biasanya pergerakkan ini hanya dapat dilakukan secara sehala (tetapi akan berubah apabila dapat combine dengan tools pan). Cara ini boleh bantu korang nak usha spot dalam chatroom yang terpaling tepi atau jauh. Drag je. Bagi tujuan snapshot pula, sis selalu guna tool rotate ni bila sis nak alih camera target dari tertumpu pada avatar. Sis akan drag camera target jauh dari avatar. Biasanya sis guna kaedah ini jika nak snap gambar room atau objek 3D atau avatar user lain dalam chatroom.   

Kotak kat tengah akan tunjukkan pergerakan yang terhasil bila korang drag mouse


Sampel kat sini sis nak snap particle tanpa ada avatar.
Sis akan guna tool rotate, drag camera target berpindah ke posisi particle ini

How to zoom - korang mesti dah tahu fungsi tool ni tapi sis nak citer jugak. Korang boleh zoom-in (dekat)๐Ÿธ+ dan zoom-out (jauh)๐Ÿธ- untuk melihat visual chatroom dan avatar korang. Gunakan scrolling wheel kat mouse korang, tolak wheel mouse ke depan untuk melihat visual lebih dekat dan tolak ke belakang wheel mouse untuk melihat jauh. Konsep sama boleh digunapakai jika korang tak nak guna scrolling wheel dengan cara klik telinga kiri mouse dan drag mouse ke depan nak zoom-in dan undur mouse ke belakang nak zoom-out. Disebabkan oleh titik tetap pusat tumpuan biasanya kat avatar, korang zooming macam mana pun akan berbalik kepada avatar korang.   


Dalam snapshot, sis akan zooming dekat betul-betul muka Viena (kalau boleh) untuk snapshot close up atau portrait. Gambar close up merupakan signature snapshot 3D sis kerana sis kerap snap gambar-gambar sebegini. Kalau korang usha feed sis ada banyak juga gambar-gambar close up untuk accessories. Ada masa sis akan zoom jauh dari avatar untuk memperlihatkan visual dalam chatroom dan selalunya sis snapshot untuk streaming product room dari Creator. Macam mana sis boleh lakukan snapshot close up "lari" dari pusat tumpuan di standing spot avatar? Sis akan kongsikan rahsia ini dengan korang nanti. Sabar...

Close up - Sis nak bagitau close up ni tak semua user tahu caranya.
Korang boleh guna tips sis share nanti

Wide shot - Sis gunakan zoom out untuk dapatkan objek lain masuk dalam gambar ni

How to pan- cara nak guna tool ini, korang tekan telinga kanan mouse dan drag. kongsep sama tapi tak serupa dengan tool rotate. Sis dah cuba re-watch tutorial dan dapati function tekan telinga kanan mouse dan drag tak berfungsi. sebaliknya korang kena tekan balik kiri mouse untuk guna tool pan. Sebenarnya ada tool sis rasa tak ditunjukkan dalam Watch/Play Tutorial iaitu How To Tilt. Dan sis rasa IMVU dah update tutotial dia untuk kedua tool ini dalam satu cara - How to pan. 


 
Dalam post sebelum ini sis pernah sebut perkataan "pan" dan "tilt"? Mungkin korang tak familiar dengan perkataan "pan" (bukan kuali tu ye), sis sendiri pun tak familiar. Selepas sis buat search kat google baru sis tahu istilah pan dan tilt digunakan untuk pergerakan kamera dalam senimatografi. Pergerakan kamera menggunakan tools ini sama tetapi tak serupa dengan tool rotate. "Pan" adalah pergerakan kamera secara mendatar, manakala "tilt" pula pergerakan kamera secara menegak. Kedua-dua pergerakan ini fokus kepada titik tetap yang menjadi pusat tumpuan sama macam korang tengok visual dalam chatroom. 

Konsep pergerakan kamera dalam senimatografi.
Sumber gambar dari nescotjoshvonwyk.wordpress.com

Untuk snapshot, sis suka guna tool pan ini untuk dapatkan shot pandangan dari tepi, belakang, atas dan bawah tanpa ubah titik tetap. Maksud sis, dari spot avatar sis tak perlu nak ubah titik tumpuan ke arah lain. Dari spot sedia ada sis gerakkan kamera mengelilingi avatar (pan) atau gerakkan kamera ke atas untuk mendapatkan pandangan dari atas atau gerakkan kamera ke bawah untuk dapatkan pandangan dari bawah. Sis share kat sini gambar pandangan atas dan bawah:-

Snapshot pandangan dari atas


Snapshot pandangan dari bawah

Ada isu teknikal skit bila korang dah klik telinga kanan mouse, fungsi tool pan tak menjadi. Tapi korang jangan risau isu teknikal ni boleh diatasi dengan sedikit perubahan penggunaan kiri dan kanan telinga mouse. Korang boleh cuba tips berikut:-

Tips atas isu teknikal tool pan
  • Klik telinga kanan mouse, kemudian tukar klik telinga kiri mouse dan hold dalam 3 saat.
  • Kemudian cuba gerakkan mouse skit, tengok pergerakannya ikut sama tak macam sampel kotak dalam tutorial How to pan
  • Sepatutnya korang dah boleh guna tool pan dengan klik telinga kiri sama macam tool rotate

Dengan tool pan korang boleh gerak secara mendatar 360⁰ mengelilingi avatar korang. Manakala tool tilt iaitu pergerakan menegak korang boleh capai range sehingga 90⁰ keatas. Hanya dalam Desktop version korang boleh capai range pergerakan 90⁰ ke bawah. Jadi, range tool tilt dalam Desktop mampu mencapai sehingga 180⁰ . Manakala dalam Mobile version, tiada range untuk tilt  ke bawah, bermakna range tool tilt dalam Mobile hanya sekitar 90⁰ sahaja ๐Ÿ˜Œ. 

Korang perasan tak bila korang sudah boleh guna tool pan, tool rotate pulak tak menjadi. Korang tak boleh nak drag titik tetap (pusat tumpuan kamera). Payah jugak korang nak explore room. Bila korang cuba drag, fungsi lebih kepada panning 360⁰ saja. Korang boleh atasi isu teknikal kedua ni dengan klik telinga kanan mouse. Telinga kanan mouse akan berfungsi sebagai tool rotate selepas itu. Ada nampak perbezaan tak dengan tool pan? Beza skit sebab pergerakan rotate "bebas" tidak takluk pada titik tetap. 

Rumusan penggunaan tool navigator bagi tujuan snapshot, tool rotate membolehkan kita mengalih titik tetap kamera, manakala tool "pan" pula membolehkan kita memilih arah kamera ke titik tetap. Kalau korang nak tau, tool pan merupakan tool favorite sis kerana ia berikan hasil snapshot dari perspektif berbeza. Takde la sis snap gambar sehala je. Sis dapat snap sisi objek dari pelbagai arah menggunakan tool "pan" ni. Pendek citer, kena jadi kreatif bermain dengan tool dan kamera ๐Ÿ“ธ. Ok, selain dari 3D social networking, bolehlah anggap IMVU online gaming berinteraksi ๐Ÿ˜†

Tips snapshot

Sis sebenarnya segan nak kongsi dengan korang tips snapshot yang sis selalu praktik. Nak bandingkan skill sis dengan korang, rasanya korang lagi hebat. Sambil nulis topik ini pun sis cari info kat google dan juga Discussion IMVU Creator dan Community Center. Kat Discussion portal sebenarnya banyak maklumat korang boleh dapat. Ia lebih kurang sama macam forum, korang boleh create topic dan community akan kongsi pendapat mereka. Kat blog sis ni, sis hanya translate skit info ke dalam bahasa Melayu rojak yang santai๐Ÿ˜† yang mudah faham. 

Pilihan chatroom

Sis syorkan korang carilah chatroom yang berlogo imvu+, dengan setting HDPi best quality 2.0x dan anti-aliasing gambar snapshot korang lebih sharp. Meskipun begitu, hati-hati dengan glitch sebab hasil snapshot bergantung pada peranti korang guna. Cam sis citer sebelum ini, sis ada cuba snap gambar menggunakan tablet Samsung arwah kak sis (al-fatihah buat kakak) keluaran 2018 tak silap sis dan hasil gambar kurang memuaskan. Yang pasti selama sis snap gambar dalam Classis app tiada masalah dengan glitch.  

Korang ada pilihan nak snapshot dalam public atau private chatroom. Public chatroom korang boleh cari chatroom yang best dalam featured atau recommended chatroom. Kalau korang nak support chatroom tempatan, korang taip je Malaysia kat search box. Banyak juga chatroom yang cantik-cantik hasil interior yang kreatif dari user Malaysia. Sambil korang snapshot korang boleh chat dengan user lain yang masuk, malah boleh snapshot bersama. Dapat la kawan...  
  
Sis plak lebih suka snapshot in private chatroom, sebab dah kurang bersosial pun ye tetapi kat private chatroom dalam Classic, sis boleh arrange interior ringkas, dalam masa yang sama adjust standing port (kita ada furniture standing port yang boleh ditambah dalam chatroom). Kalau sis malas nak deco chatroom, sis beli je furnished room imvu+ dari shop, senang dikkk. Tak payah memikir nak letak perabut macam mana. Please..., jangan tanya sis ada berapa room sekarang ye, dah capai angka 200 dah ๐Ÿ˜‚. 

Saiz chatroom yang sesuai? Chatroom ada pelbagai saiz ikut tema dan konsep. Banyak kategori room korang boleh explore. Tak ada sekatan melainkan owner chatroom set limit berapa user boleh masuk room dalam satu-satu masa. Ada juga owner chatroom yang hanya benarkan AP user atau VIP sahaja masuk chatroom. Kalau korang tak ada AP atau VIP, tak payah usaha nak masuk room tu, banyak lagi chatroom cantik-cantik lain korang boleh masuk

Room ni bagi sis agak besar jugak. Sesuai korang nak snap gambar permandangan

 
Pilihan Furniture 

Untuk kawan-kawan dan adik-adik yang juga suka interior dan landscape, sudah pasti korang suka menghias dan mengatur perabut (furniture) dalam chatroom. Untuk pemilihan perabot sis tak spesifik kepada product imvu+ tetapi disyorkan menggunakannya kerana boleh "blend" dengan refleksi cahaya dalam room. Walau bagaimanapun mod menghias (decorate) chatroom tiada dalam Mobile app. Jadi kalau korang nak menghias chatroom, korang perlu log masuk Dekstop atau Classic app. Pun begitu, korang masih boleh melihat koleksi room dan furniture korang dalam inventory. 

Room ni bukan imvu+ tetapi masih beri efek rendering. 
Jadi sis letak je perabot imvu+ dalam room ni

Sebagai Mobile user, sis rekemen korang beli furnished atau bundled room sebab korang tak perlu fikir dah macam mana nak menghias chatroom. Furnished atau bundled room dah datang dengan hiasan yang disusun oleh Creator/Mesher. Furnished room lengkap dengan dekorasi dan perabot tidak boleh diubah kerana Mesher dah kunci setiap posisi furniture dalam room tersebut. Namun jika korang beli bundled room, pakej room + furnitures, korang boleh ubah posisi furniture mengikut citarasa korang. Tiada masalah jika korang rasa nak tambah perabut lain dalam semua jenis room  

Saja sis share balik room ni sebabnya chatroom ni jenis Furnished room.
Segala interior dalam room ini Mesher yang susun dan dorang lock terus.


Penampilan avatar

Mungkin korang expect sis akan bagitau penampilan avatar korang perlu begitu dan begini atau ada standard beauty (amboi!) korang kene ikut barulah diterima oleh community... Tidak sama sekali adik-adikku sayang... Korang BEBAS nak grooming avatar korang mengikut adunan, citarasa dan konsep korang sendiri. Jangan risau kay... sebab ada user virtual role-play, avatar dorang ikut gaya karekter yang dorang main. Tak kira apa avatar korang nak pakai, ia datang dalam keadaan default. Korang pilih rupa paras avatar (bentuk muka (head), rambut, mata dan kulit), kemudian korang boleh mengenakan pakaian ikut suka hati korang. Seronok kan macam main tukar-tukar baju anak patung, cuma ini hanya virtual. Ya, pada awal korang akan anggap avatar hanya virtual doll, tetapi lama kelamaan bila korang sudah attach dengan avatar yang korang cipta, avatar tu adalah korang dalam dunia virtual. So... korang bawak karekter yang macam mana? Player or Lover? ๐Ÿ˜ Sis pilih Lone Ranger ๐Ÿ˜†

Handsome tak?

Sini kita sembang santai je, sis tak payah story mori sangat penampilan avatar sebab korang dah memang pandai stail avatar korang kot. Betul tak? Kalau ada yang meniru stail avatar korang, jangan panas, itu tandanya korang ada follower. Lagipun certain item seperti rupa (head), rambut, pakaian user lain akan sama dengan korang. Kalau korang nak lain dari yang lain korang request custom made dengan Creator. Takpun korang topup VCoin beli NFT item. 

Disebabkan sis model (cewahhh), outfit apa yang sis share kat feed adalah mix dan match yang dicadangkan sebab "clothing line" sesetengah Creator dari kepala sampai hujung kaki. Korang boleh beli bundled atau secara berasingan dan korang boleh juga buat padanan outfit menggunakan item dari Creator yang berbeza. Takde masalah. Sis belum dengar lagi citer Creator attack user sebab pakai outfit dia dengan item dari Creator lain. Kalau ada tolong inform, boleh sis avoid shop dia, gile! ๐Ÿ˜ฎ


Penampilan yang ringkas Viena. 

Aksi dan Ekspresi

Korang perasaan ada sesetengah feed user gambar-gambar dorang penuh aksi dan expresi selain dari senyum? Sesetengah room dan furniture sudah datang dengan aksi dan animasi korang boleh main dan snapshot. Tapi kalau korang nak menggunakan aksi sendiri, korang boleh add on triggers/poses kat outfit korang. Biasanya triggers/poses dijual dalam pack minimum antara 5 ke 10 jenis aksi (pose pack). Pose pack disimpan di bahagian Accessories, kadang2 disimpan di bahagian Miscellaneous dalam inventory korang. 

*outfit - Dalam IMVU outfit adalah apa yang korang pakaikan pada avatar korang. Korang boleh simpan dan Saved Looks. Bila korang tukar penampilan korang boleh pakai semula outfit yang korang dah simpan kat situ 

Kepada newbie yang masih belum familiar tools dalam chatroom. Selain dari tool navigator korang guna nak kemudi avatar korang ke sana sini, ada tool actions and triggers korang boleh guna kat avatar korang bila dalam chatroom. Hmmm... mesti ada yang tak tau lagi ni. Betul-betul fresh main IMVU eh...  Ok kanak-kanak, sis akan ajarkan korang cara nak guna triggers, pegang phone masing-masing login IMVU, pastikan avatar siap pakai pose pack. Masuk je mana -mana chatroom ikut cara berikut:
  • Tap kat chatbox korang selalu guna untuk chatting dengan user lain tu. 
  • Tap kat ikon smiley๐Ÿ™‚
  • Kat ikon smiley ๐Ÿ™‚ tu ada dua (2) lagi ikon iaitu action ๐ŸŽฌ dan baju ๐Ÿ‘•▶
  • Kita skip ikon action tu, korang tap kat ikon Baju ๐Ÿ‘•▶

Chatbox korang bila tap kat ikon smiley keluar begini.
Kalau korang nak chat balik, tap je kat ikon keyboard ⌨

  • Rujuk screenshot kat bawah ni, korang follow je nombor sis letak bermula dari 1: tap kat ikon ๐Ÿ‘•▶. 2: pilih kod pose/trigger, kat situ sis plih e0. 3: Lepas pilih kod pose tu akan masuk dalam chatbox korang, tap ikon send ➤. Dan akhir sekali, 4: kod pose/trigger korang berjaya dihantar akan dipaparkan kat chatbox dengan mesej "performed xx". Avatar korang akan pose ikut kod pose/trigger yang dihantar ke chatbox


Langkah sama juga dalam Desktop, korang klik kat Triggers. List kod aksi dari pose pack korang pakai akan muncul kat bahagian ni. Klik kat kod aksi pilihan dan klik send. Mesej "performed xx" akan dipaparkan dalam chatbox dan dalam yang sama Avatar korang akan buat aksi ikut kod pose yang dihantar. Kenapa sis suka guna triggers berbanding action? Action tu kejap benau aksinya dik, tak sempat nak bukak kamera... dah balik ke default. Memang susah korang nak snap gambar ketika guna action melainkan orang lain yang snap.

Tips mudah, kalau korang dah hafal kod aksi pose pack korang, dalam Dekstop dan classic korang boleh taip terus kod aksi dalam chatbox dan enter, senang dikkk...

Kegunaan Filters dan Lights 

Lebihkan kreativiti korang dengan bermain dengan filter dan light dalam chatroom. Ada tiga (3) jenis filter:-. 
  • Camera filter ๐Ÿ‘‰ Tersedia dalam Mobile app. Walau bagaimanapun filter jenis ini tiada dalam Dekstop dan Classic
  • Furniture filter ๐Ÿ‘‰ Korang boleh letakkan furniture filter seakan cermin kaca lutsinar dalam chatroom
  • Portable filter ๐Ÿ‘‰ Salah satu accessories korang boleh add-on dalam outfit korang dan guna sama macam pose pack
Kebanyakan user termasuk sis suka menggunakan portable filter sebab boleh pakai kat outfit kita, boleh digunakan dalam semua platform IMVU dan lepas snap gambar boleh terus posted kat feed dengan filter yang digunakan.  


Snapshot sis menggunakan portable filter

Lights pula ada dua (2) jenis, furniture (embiance light) dan accessories (bodylight). Lighting furniture biasanya owner chatroom sendiri letakkan dalam room untuk menambah efek cahaya dalam chatroom dia. Sis jarang letakkan dalam public chatroom sebab adik2 vu sis suka room malap. So kalau rasa gelap sangat chatroom tu, snap gambar pun nampak samar2 je, korang boleh la pakai portable light atau bodylight untuk terangkan chatroom tu. Sis suka pakai bodylight macam dalam gambar dibawah, spot light kecik ๐Ÿ˜†, bodylight lima (5) hala dan bodylight berputar. Kalau korang pakai bodylight berputar, kena sabar skit bila snapshot. Sabar seperti seorang jurufoto profesional National Geography nak tangkap gambar nature

Snapshot yang menggunakan efek Bodylight embiance


Amaran manja dari sis, berhati-hati pakai bodylight ni bila masuk dalam room yang ada user lain. Fungsi bodylight bukan setakat menerangkan chatroom. Apa yang boleh bodylight lakukan ialah mendedahkan avatar dan room dengan cahaya yang terang yang mungkin  menjejaskan efek cahaya dan bayang2 dalam chatroom. Too bright tak ok jugak untuk mata kan? Risiko korang akan hadapi, user lain akan berasa tak selesa, menyebabkan IMVU app jerking atau hang. Dorang akan mintak korang remove bodylight korang atau jika ada moderator chatroom, dia akan boot korang tanpa amaran ๐Ÿ˜“. 

Dalam snapshot, penggunaan bodylight boleh dimaafkan. Korang cuba elak pakai bodylight yang terang benderang,  pakai bodylight yang lebih rendah. Atau korang boleh pakai bodylight lima (5) hala macam sis suka pakai. Korang boleh snap gambar dengan refleksi cahaya dari pelbagai arah bergantung kepada posisi avatar diletakkan. 



Lain-lain tips, untuk snapshot close-up, mahirkan penggunaan tool rotate dan cara nak drag titik tetap supaya korang boleh zoom lebih dekat camera target. Gunakan tool pan untuk korang tentukan posisi yang korang rasa nampak fotogenik. Beri kelainan perspektif pada hasil snapshot korang dengan bermain dengan tool "pan" dan "tilt". Berhati-hati menggunakan pelbagai pose pack dan elakkan kemunculan defect yang menjejaskan kualiti snapshot. Kualiti snapshot terjejas tidak hanya kerana faktor gambar glitch, faktor pakaian, penggunaan filter, light dan aksi tak sesuai juga boleh menjejaskan kualiti snapshot apabila defect kelihatan ketara.

Memacam idea snapshot korang boleh buat secara solo, duet, berkumpulan bersama kawan-kawan virtual korang, malah snap gambar objek dan permandangan tanpa avatar juga. Cara korang persembahkan hasil snapshot korang itu jugak salah satu faktor korang boleh dapat follower dan sudah pasti bila gambar korang berjaya masuk Discover, korang dapat gain lebih ramai follower dan jadi salah seorang player IMVU Malaysian yang femes. Sis harap perkongsian ini dapat berikan korang banyak idea snapshot. Semoga manfaat untuk aktiviti virtual korang....