Assalammualaikum & selamat sejahtera korang!
Kalau korang tanya tips nak "Feed" masuk Discover... sis minta maaf sangat🙏 Sis tak ada tips yang mudah. Sis sendiri pun "struggle" gak nak dapatkan gambar masuk Discover😓. Cam sis pernah citer dalam post sebelum ini, Chapter Baru Dalam IMVU - Episod 1: Feed dan Discover. Sis sangka pulun "Feed" masuk Discover ni satu aktiviti yang menyeronokkan. Sebenarnya tidak... 😭 Tak seronok lansung bila kita pulun snapshot banyak-banyak 🤢 namun 1 gambar pun tak lepas masuk Discover. Tak memasal sis jadi stress pasal mende lara ni. Kita online IMVU bukan untuk stresskan diri. Kenapa payah benau gambar nak masuk Discover? Apa yang tak kena? Kualiti gambar sis dengan gambar user lain dalam Discover nampak sama. Sis cuba beri kelainan snapshot, Viena dah tunggang terbalik sis kerjakan dengan pelbagai gaya dan aksi🥴. Ada satu ketika sampai 2 minggu berturut gambar sis tak berjaya masuk Discover. Sampai sis pernah report isu ini kat Customer Support IMVU. Kita nak sertai cabaran WOC, patutnya pilihlah salah satu gambar peserta masuk Discover, betul tak?😂😂😂 Sis dah habis ikhtiar dah la tu sampai report kat CS, bagi feedback dalam Community Center dan artikel. Pehtu fikir balik, sis dah berjaya masuk Discover sebelum ni kenapa sis beriya sangat? Sis stop masuk WOC, ambil tempoh bertenang dulu dan fokus kepada promo strim.
Awal penglibatan sis dalam virtual modeling |
Sebab itulah sis bagitau tiada tips mudah untuk gambar kita terpilih masuk Discover. Sis tak tau lah ilmu apa yang dipakai user yang beratus kali masuk Discover. Ke dia menipu sebenarnya? Maksud sis menipu tulis kat caption atau tagline profile dia dah Discover 329 kali. Sis dah jumpa sorang letak tagline Discover 100 kali tapi tak pernah post sekeping gambar pun😂. Tapi kan... WOC lah waktu yang sesuai untuk korang menyerlahkan avatar korang, kumpul lebih ramai pengikut, menjadi popular dalam dunia IMVU, menggunakan bakat dan kepandaian korang snap gambar. Kepada yang baru nak mencuba nasib masuk Discover, boleh klik kat pautan ini, How To Be Featured On Discover dalam Community Center IMVU. Korang boleh tahu apa yang boleh dan tak boleh post kat Feed kita. Kalau korang malas nak singgah Community Center tu, sis kongsi skit info sis ambil dari topik ini untuk rujukan korang. Gambar snapshot kita hendaklah mengandungi perkara berikut:
- Pencahayaan, warna, ciri yang berbeza
- Ciri yang jelas dan tiada gangguan (glitch)
- Latar belakang yang menarik
- Pakaian yang sedang trending dari katalog
- Resolusi imej yang baik, pastikan tiada piksel atau pecah juga elak kesilapan
- Aksesori yang menyeronokkan seperti barang kemas, topi, tudung, dsb.
- Gaya rambut yang hebat
- Postur dan sudut badan yang baik, tanpa bahagian yang tidak seimbang
WOC - Weekly Outfit Challenge merupakan peraduan menggunakan #IMVUWOC_ yang diadakan oleh IMVU untuk pengguna yang suka bergambar dengan pakaian yang mereka beli dari Shop. Tema setiap minggu berbeza dan ada masa dibuat semula sempena musim dan perayaan di U.S.A (Summer, Spring, Autum, Winter, Halloween, Xmas, Thanks Giving dll). Top 10 akan dipilih, juara WOC dapat "grand prize"
Waktu WOC berlansung, kita akan bersaing dengan user lain. Info yang sis dapat dari staff IMVU (hasil aduan tak puashati gambar tak dapat masuk Discover😂), Top 10 WOC diplih berdasarkan jumlah undian likes paling banyak, undian like tertinggi akan dinobatkan sebagai juara WOC. Barulah sis faham kenapa juara WOC kekadang nama yang sama. Korang kalau tak malu boleh kempen habis-habisan suh kawan-kawan dan follower korang likes gambar WOC yang berjaya masuk Discover. Mana tau korang masuk top 10? 😆
- Elak spam gambar yang sama (lebih baik korang snapshot pelbagai pose dalam chatroom sama, tapi ada je yang buat macam ni dapat masuk Discover)
- Elak guna bodylight (pendapat sis ya, sebab bodylight akan efek suasana dalam chatroom. Sis perasan gambar sis dorang pilih yang tak pakai bodylight). Menurut IMVU guna bodylight dalam public room diangap "rude". Korang seharusnya elakkan memakai bodylight bila masuk public room untuk snapshot
- Kalau boleh elak pakai item ada logo dari jenama-jenama terkenal. Korang boleh baca dalam artikel ni, Unauthorized Use of Gucci brand.
- Elak post gambar yang diedit. Untuk WOC IMVU hanya pilih gambar korang snap terus dari Chatroom. Kecuali untuk cabaran TopEdit, user boleh upload gambar yang diedit semula. Meniru atau repost topedit user lain tidak dibenarkan
- Elak post gambar yang menunjukkan simbol-simbol pemujaan dan juga item larangan yang tak sesuai dilihat oleh audience bawah umur seperti senjata, arak dan rokok
- Elak post gambar yang menunjukkan keganasan seperti pakaian yang penuh dengan darah
Feed dan Discover masuk dalam kategori General Audience (GA). Hanya chatroom, avatar dan pakaian GA sahaja yang dibenarkan. Oleh itu, gambar-gambar yang ke arah "nudity" sama sekali tidak akan dipilih masuk Discover, malah "red flag". Maksudnya kalau korang pakai pakaian yang terlalu seksi sampai nak tersembul tu, staff IMVU skip terus😅. Lagi satu gambar pasangan yang terlalu intim contoh aksi/pose macam nak beromen kat public tidak sesuai menjadi tontonan audience bawah umur, sekilas pandang je staff IMVU terus skip. Kalau ada audience flag gambar-gambar sebegini, staff IMVU akan remove terus dari Feed kerana dianggap "inappropriate picture". Pesanan mesra dari sis, simpan saja gambar-gambar beromen korang dalam galeri, korang masih boleh kongsi gambar geli-geli sesama korang kat Socmed lain (IG/FB).
IMVU ada gak kongsi video panduan masuk Discover melalui youtube. Korang boleh tonton kat pautan yang sis kongsi di atas. Apapun korang perlu jadi kreatif dengan permandangan dalam chatroom dan perspektif sendiri. Sis sendiri tak selalu dapat Discover, nak cakap gambar yang dipilih masuk Discover tu gambar yang terbaik,... sis rasa gambar sis yang dorang pilih tu biasa je tapi mungkin gambar tu saja yang menepati kriteria Discover🙄 Dari video IMVU di atas, sis simpulkan 5 tips utama yang boleh kita jadikan panduan.
- Kalau boleh snap dalam room yang beresolusi tinggi (gambar lebih vibrant). Korang search chatroom +imvu. Kalau snapshot dalam Classic pun masih boleh guna chatroom +imvu. Korang akan nampak perbezaannya dengan chatroom bukan +imvu
- Guna kreativity untuk ekspresi wajah yang menampakkan emosi avatar bila close-up.
- Jika snapshot berduet atau kawan-kawan, tampilkan adegan berinteraksi (menampakkan ada cerita dalam gambar)
- Snap aksi beranimasi seperti berjalan, berlari, menari atau sebagainya memang susah, dan sis akui sebab sis memang suka snap gambar aksi, mencabar seumpama jurugambar sebenarnya nak cuba snap gambar kereta F1 berlumba. Tapi hasilnya gambar nampak hidup dan ada 1001 cerita.
- Glitch... bukan saja faktor gambar kabur atau piksel pecah malah kesilapan pada pose avatar juga perlu dielakkan.
Tips yang lain IMVU sangat suka kita snapshot bersama kawan-kawan dalam chatroom. Menunjukkan kita sedang berhubung dan bersosial. Peluang gambar masuk Discover lebih besar. Tapi pastikan gambar korang ada suasana, adegan dan ekspresi yang memberikan cerita pada gambar. Ya, IMVU mencari kelainan pada setiap gambar korang dan mengambil kira perinci pose dan aksi.
Glitch
Apa itu glitch? Glitch dalam IMVU merujuk kepada kesilapan yang menjejaskan gambar. Kualiti gambar seperti kabur atau berpiksel dan kualiti pose/aksi pula seperti avatar, pakaian dan aksesories serta trigger. Semua ini antara sebab kenapa sukar gambar kita dapat masuk Discover.
Sembang pasal glitch, cabaran sis masa mulakan streaming dan modeling adalah glitch. Oleh kerana agensi modeling sis menetapkan format bingkai dan perlu letak logo. Gambar-gambar yang sis upload ke Feed selepas masukkan frame dan logo akan selalu glitch. Mungkin sebab sis tengok dari Mobile app. Dalam galeri gambar elok saja. Bagi sis isu perkata biasa berlaku setiap minggu, nak... nak waktu WOC. Motif kan? Waktu ini jugak la IMVU nak buat penyelenggaraan. Kalau sebab sambungan internet perlahan atau peranti, boleh la diterima kannn. Nak buat cam ne kalau pakai peranti grapiknya tak mencapai keperluan? Korang sebenarnya boleh semak peranti yang sesuai untuk app IMVU kat sini, IMVU Compatibility Guide.
Gambar kabur dan berpiksel berlaku kemungkinan disebabkan oleh grafik peranti, post atau muatnaik gambar ketika sambungan internet perlahan atau putus-putus atau waktu IMVU sedang buat penyelanggaraan. Bagaimana pula gambar cantik, grapik padu, beresolusi tinggi tapi masih ada glitch? Glitch berlaku pada pakaian ketika buat pose tertentu. Itulah dugaan sis bila nak guna pose yang lain dari biasa. Ada pose cantik tetapi tidak sesuai dengan pakaian kerana glitch. Lepas tengok video sis kongsi kat atas, temubual staff IMVU, Zoey dan Creator Vumaru, kita dah tahu faktor gabungan avatar, pakaian dan aksesori, pose serta sudut snapshot juga punca glitch yang menyebabkan gambar tidak dipilih masuk Discover. Kerana itu sis sarankan bila korang post gambar WOC, pelbagaikan snapshot. Bermain dengan posepack, aksi dan trigger yang korang ada. Mana tau dalam banyak-banyak gambar, salah satu diplilih masuk Discover? Untuk sudut dan navigasi dalam chatroom, sis ada kongsi panduan dalam post sebelum ini, Episode 6: Kegunaan Kamera IMVU dan Tips Snapshot.
Modeling Tools
Dalam penstriman promo pun, Creator akan menekankan isu glitch ni. Tugas model strim outfit yang sempurna. Glitch akan memberi kesan kepada jualan katalog, boleh jadi user tak berminat nak beli disebabkan mereka nampak glitch pada outfit. Sis perlu berhati-hati dalam pemilihan avatar, aksi dan sudut snapshot. Gaya modeling sis jadi terhad. Disebabkan ini juga, kebanyakan model yang ada skil editing lebih senang snap hiresnobg dan edit gambar streaming dorang.
Contoh glitch pakaian dan pose. Korang nampak tak tangan Viena tembus pakaian?😌 |
Bagi model yang ada skil editing, boleh guna kelebihan ini untuk strim promo. Sedangkan model macam sis yang hanya snapshot lansung dari chatroom, sis perlu fikirkan sesuatu yang boleh bantu sis atasi glitch. Bagaimana sis nak baiki pose yang glitch? Dengan adanya alat yang boleh selaras bahu, tangan dan kaki, sis boleh baiki pose Viena yang glitch. Bukan sahaja glitch, sis juga boleh ubahsuai gaya sendiri dalam posisi yang sama. Cuba lihat 2 gambar sis kongsi kat bawah.