Perghhhhhh.... tajuk kali ni memang tak boleh blah ni... Heheheheeee sebelum apa-apa I mohon maaf terlebih dahulu kepada sesiapa yang bakal terasa dengan apa yang I tulis di sini. Pun begitu kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran atas semua ini. Ada dalam post sebelum ini I mentioned tentang statement 'imvu only'. Mari kita bersembang pasal ini pula.
Hi!, kita bertemu lagi rancangan 'IMFU', saya aronexcell2013 host anda.
Kepada yang baru terjebak layan imvu ni, dah lebih kurang seminggu korang layan imvu. Pandai itu ini sikit, dapat kawan pun ramai. Tak kira yang korang jumpa dan mereka yang korang add secara random. Tengok kawan-kawan lain couple macam best.... kemudian korang tiba-tiba korang rasa bosan kerana korang single. Mulalah teringin ada pasangan. Apakah ciri-ciri yang korang inginkan?
asik duduk je lenguhlah, niarap jap
Kalau korang nak tahu memang banyak love affairs dalam imvu. Daripada local affairs, states affairs hinggalah international affairs. Cuma orang-orang yang terpilih sahaja yang mendapat jodoh dalam imvu. Memang romantic kalau dapat jodoh dalam ni tetapi korang janganlah mengharap perkara indah seperti itu boleh berlaku dalam hidup korang ye. Ingat tu adik-adik.....
Lenguh tengkuk plak....
Kenapa perlu ada pasangan dalam imvu ni? Tengok mereka tu (yang couple dalam imvu), Lepak bersama... kemana-mana room pun bersama... dp (display profile) pon gambar romantik yang sama (remark dah berpunya kalau tak faham status dp). Paling best sekali dapat mengadakan majlis perkahwinan, jadi suami-isteri virtual. I pernah menyediakan beberapa room untuk wedding ceremony tetapi kebanyakannya international. Kepada yang kaki creating pula, create bersama... kongsi idea... buat business bersama. Untuk korang user biasa dapat couple dengan creator, beruntung sebab apapun item yang Creator buat mesti akan 'gift' kepada couple mereka. Untunglah.....
Hirup udara petang yang indah di laman...
Kepada yang tidak begitu serious couple dalam imvu ini. Bila putus mereka boleh berkawan biasa dengan ex- mereka. Rasa seperti ex- dia tu saja memahami dia, bila ada masalah mengadu pun kat ex-. Ada orang boleh terima ada orang tak boleh terima dan biasanya bila ex- sudah ada couple baru sudah pasti couple dia tetap rasa cemburu dengan hubungan baik tersebut. Dalam bab ini kita tak bolehlah nak bengang dengan yang mencemburui keakraban kita dengan ex- tu, sepatutnya kita kenalah faham juga sebab cemburu tu tandanya sayang... ngeh ngeh ngeh... Jadi sebab tu juga, rasanya lebih elok tidak lagi memanggil ex- tu dengan panggilan manja lagi. Hormatilah sensitiviti sesama kita.
Tengah refer balik statistik imvu dulu.
Jangan lupa kepada kenyataan yang harus kita terima bahawasanya user lelaki sangat limited dalam imvu, cuma 38%. Daripada 38% itu mungkin 18% merupakan lelaki yang sudah berkahwin. Tinggal 20% yang mungkin cuma 5% saja yang single. 5% user lelaki yang single ini mungkin jadi rebutan 30% user wanita yang single. Itupun kita tak tahu status sebenar mereka, mungkin sudah berpunya sebenarnya tetapi bukan daripada kalangan imvu user. Ini cuma teori berdasarkan laporan statistik imvu ye. Jangan ambil bulat-bulat pulak. Hurmmmmmm...........ada yang kembang hidung kalau baca post kali ini....
Tulah... malas nak cakap apalah!
Memilih pasangan dari kalangan user yang korang tak pasti statusnya bukanlah satu idea yang baik. Meskipun ada daya saing untuk menjadi couple seseorang..... best woman win... masih juga bukan idea yang bernas. Sebelum ini pun I pernah ingatkan kepada korang pasal perkara ini. Korang mungkin inginkan pasangan dan kalau boleh korang dapat couple dalam alam maya (virtual world) ini, korang mengharap ia boleh bawa sampai ke alam nyata. I faham perasan yang macam tu, tetapi jangan aspect orang lain sama pandangan dengan korang. Tak salah untuk menyukai seseorang tetapi jangan mengharap ianya berbalas. Jangankan jodoh... perasaan pon tak boleh dipaksa... jangan take for granted bila orang menolak hajat kita. Anggap Allah belum temukan yang terbaik buat kita. Sampai masa jumpa juga.
Mari ronda naik bot ni
Jadi I tidak menggalakkan korang mencari pasangan dalam imvu. Tapi suka hati koranglah, hal korang. Silap langkah akan memakan diri. Maklumlah walaupun hanya dalam imvu masih tetap melibatkan hati dan perasaan. Korang sendiri tahu bagaimana rasa kecewa dan tertipu sebab dipermainkan.
ahhhh.... tengok tv lagi bagus la....