Ahad, 19 Januari 2025

#IMVU Newbie Masuk Chat Now, IMVU Bukan Sekadar "Game Only"

Assalammualaikum & selamat sejahtera🎕🎕🎕

Hi korang!

Happy New Year 2025, korang!

Sebelum ini sis kongsi bagaimana korang nak sign up jadi ahli komuniti IMVU dan bersosial dalam online. Boleh recap kat "Menjadi Komuniti IMVU dan Avatar". Secara ringkas IMVU adalah rangkaian sosial dalam 3D environment dimana korang boleh set rupa avatar korang dan masuk dalam chatroom untuk mencari kenalan online. Komuniti IMVU terbahagi 2 kategori, pengguna awam (General Audience/GA) dan 18 tahun ke atas (Access Pass/AP). Platform awam atau general audience (GA) had umur yang dibenarkan mendaftar adalah seusia 13 tahun (di bawah pantuan ibubapa) dan ke atas. Manakala pengguna Access Pass (AP) pula lebih kepada dewasa 18+. Asal usul pengguna AP sebenarnya dari pengguna GA gak. Untuk melayakkan ID korang mendapat status AP atas alasan sudah "dewasa", korang perlu membeli token Age Verification untuk sahkan umur sudah 18 tahun ke atas bagi membolehkan korang membeli token AP kerana hanya pengguna yang sudah sahkan umur meraka 18 tahun ke atas saja yang dibenarkan membeli token ini. Walaupun sudah melanggan VIP,  ID korang masih perlu ada Age Verification untuk melayakkan korang berstatus AP.

Dalam post "Menjadi Komuniti IMVU dan Avatar", sis dah kongsi bagaimana nak sign up dan setup avatar tapi sis belum kongsi pasal chatroom yang korang boleh teroka dan bertemu kenalan baru dalam talian. Sis citer serba ringkas Mobile app, platform paling mudah nak akses. Pastikan peranti korang menyokong versi terkini IMVU supaya korang dapat melihat bagaimana ruang 3D chatroom melalui Mobile app. Dari dashboard app, tap kat ikon Chat 🗪 untuk kat chatroom dan korang akan nampak katalog chatroom begini:-

All | My Rooms| Events | Favorites | Recent |Live Rooms | Recommended | Chat Room| Chat Now

Ahli komuniti yang baru daftar akan auto ke Chat Now untuk beberapa hari sebelum korang boleh terokai chatroom yang lain. Jika korang tak nak masuk Chat Now lagi, boleh riki-riki chatroom awam yang dibuka oleh komuniti IMVU. Skrol menaik untuk mencari room yang korang nak cuba atau taip kat kanta🔍 kata kunci nama chatroom, contoh korang cuba taip "Malaysia". Katalog akan menunjukkan senarai chatroom yang berkaitan dengan Malaysia. App mobile bukanlah satu-satunya cara nak akses IMVU. Jika zaman dulu hanya mereka yang mempunyai PC/laptop saja yang boleh layan IMVU. Pada masa itu pengguna perlu install chat software (dulu dipanggil Client dan ditukar kepada Classic) yang merupakan satu-satunya platform akses IMVU. Kini IMVU menyediakan multiple app untuk akses IMVU agar pengguna boleh akses bila-bila masa dan di mana saja walaupun hanya membaca mesej dan melihat Feed. Berikut adalah app yang boleh digunakan oleh komuniti IMVU untuk akses chatroom:- 

  • Mobile app
  • Desktop app
  • NEXT web portal 
  • Classic app
IMVU ada 2 web portal iaitu, NEXT dan Classic Website. Interface NEXT sama dengan Dekstop, malah sekarang korang juga boleh akses chatroom dan deco ruang 3D melalui browser saja. Classic website pula biasanya diakses oleh komuniti lebih senior dan juga berstatus Creator. Namun tiada akses direct ke chatroom melalui website ini tetapi masih boleh mencari dan melihat info chatroom.

Chat Now 

Di Chat Now, korang hanya masuk ke chatroom IMVU Hangout yang disediakan oleh IMVU untuk pengguna yang baru saja daftar menjadi ahli komuniti. Klik ikon Chat 🗪, skrin akan automatik paparkan IMVU Hangout. Klik butang "Chat Now" korang akan masuk ke Hangout room. Sebelum itu visual akan paparkan latihan ringkas cara pengguna nak teroka room. Selepas itu barulah keadaan room dipaparkan. Avatar korang dah dress up sebelum ini akan loading di landing spot 🔻. Belek-belek lah dulu Hangout room kerana ada landing spot yang mempunyai trigger dan action yang korang boleh cuba seperti menari dan aksi bermain mesin arcade. Oleh kerana avatar tidak bergerak dalam room, korang boleh alih-alih kedudukan avatar ke landing spot lain. Cuma perlu gerakkan mouse, ikon landing spot akan muncul dan pilih kat mana korang nak pindahkan avatar dan klik. Avatar akan berpindah kat spot yang korang pilih. 

Jika korang nak snap gambar avatar korang dalam room, boleh baca dalam post, Episode 6: Kegunaan Kamera dan Tips Snapshot tips mengemudi arah dalam chatroom kerana ia sangat berguna untuk permainan snapshot. Bila masuk Hangout room ni, jarang akan berseorangan tetapi korang akan dapati ada saja ID yang keluar masuk. Di sinilah korang akan bertemu dengan pengguna baru yang lain. Berikut ialah paparan katalog chatroom melalui Dekstop:-

Featured | Recommended | My Rooms | Favorites | Recent | Chat Now | Live Rooms | Chat Rooms

Ada sedikit berbeza interface bahagian Chat Mobile dan Dekstop. Di Dekstop tiada tab "Event" dan dalam Mobile pula tiada tab "Featured". Korang jangan risau kerana semuanya sama saja bila nak cari chatroom. Korang boleh pilih nak cuba Live Room atau Chat Room. Selalunya sis akan pergi kat Chat Rooms mencari chatroom untuk snapshot. Kalau nak masuk chatroom sama, boleh tengok balik kat Recent. Jika tak nak chatroom hilang dari list Recent, sis letak Favorite.

Pengguna baru daftar akan auto ke "Chat Now" bila tap Chat 

Di IMVU Hangout sebenarnya ada "Greeter" yang akan masuk dan lepak bersama newbies. Setiap chatroom akan ada seorang Greeter dalam satu-satu masa. Greeter adalah ahli komuniti yang sudah senior tetapi mereka ini bukan staff ataupun sukarela. Mereka cuma perlu ada dalam room untuk bersosial dengan newbie. Mereka ini ada pengetahuan untuk dikongsi dengan newbie tetapi terhad kepada apa aktiviti yang mereka lakukan selama menggunakan IMVU. Greeter takan perkenalkan diri mereka adalah Greeter dan sepatutnya mesra alam kerana perlu mingle dengan newbie. Ada juga Greeter yang akan greet newbie dengan skrip😅 sampai korang sangka akaun bot yang welcome korang. Disebabkan kebanyakan yang masuk dalam Hangout room ini silent mode, main kat pintu keluar masuk... Greeter akan bantu buat ice breaking supaya newbie boleh berinteraksi dan bersosial sesama sendiri.  

Hangout Room di Chat Now yang dibuka untuk pengguna baru

Katalog Chatroom

Senarai chatroom dalam bentuk katalog
Taip je apa-apa kat carian untuk mencari room

Chatroom awam dibuka oleh komuniti yang mempunyai slot Public Room. Setiap chatroom memberikan suasana 3D yang berbeza. Ada yang sama tetapi dekorasi dan susunan perabot, landing spot dan vibes berbeza. Korang boleh tinjau katalog chatroom di bahagian Featured, Recommended, Live Rooms dan Chat Rooms. Jangan lupa membaca description sebelum akses chatroom yang biasanya pemilik room atau "host" akan letakkan info dan juga peraturan yang perlu pengguna patuhi jika ingin berada dalam sesuatu room. Hos akan ambil dari kalangan rakan taliannya menjadi moderator atau mod. Hos dan mod boleh menggunakan budi bicara mereka menendang keluar sesiapapun dari room. Dan jika pengguna yang ditendang keluar ingin masuk semula room tersebut terpaksa tunggu selepas 20 ke 30 minit.

Maklumat chatroom akan dipaparkan disebelah kanan
Korang boleh nampak info pemilik room (Host), Bahasa yang digunakan
Dan juga berapa jumlah pengguna ketika itu

Setiap chatroom hanya benarkan maksimum 10 avatar masuk dalam satu-satu masa. Jika room didapati penuh (cukup 10 avatar), hos ataupun mod (moderator) boleh tarik lebih ramai pengguna secara manual masuk ke dalam chatroom. Cuma bila terlalu ramai, room akan jadi berat dan lagging. Dulu, hos akan tetapkan had KB avatar yang dibenarkan masuk chatroom untuk kurangkan masalah lagging. Sekarang kebanyakan yang online guna app Mobile tiada KB avatar kecuali yang menggunakan app Classic. Dari app Classic juga boleh semak berapa KB setiap avatar bawa. Tips nak kurangkan isu lagging, elakkan pakai bodylight. Sis tahu ada yang pakai bodylight sebab nak hilangkan crease kat leher avatar tapi korang boleh beli yang tiada bodylight. Jika nak lebih ramai audience dalam chatroom, sis suggest guna Live Room.

Hos chatroom boleh set maksimum 10 avatar atau kurang dari itu masuk ke chatroom beliau. Pilih mana-mana chatroom yang ada penghuni yang korang rasa korang boleh nak mingle around. Di katalog, setiap room akan tunjukkan status berapa ID/avatar didalamnya. Korang boleh buka lihat maklumat sebelum masuk ke ruang 3D. Profil room akan paparkan maklumat berikut:-

  • Nama room
  • Host (pemilik room)
  • Language (Bahasa perantaraan yang digunakan untuk berkomunikasi)
  • Description (Apa-apa info room dan juga peraturan yang Hos letakkan)
  • Occupancy (berapa ID pengguna dalam room)
  • Moderator (Berapa dan siapa Mod yang dilantik oleh Hos)
  • Products in this room (Maklumat item yang diletakkan dalam ruang 3D)

Status occupancy menunjukkan dalam room ini ada 5 orang

Korang boleh tengok Moderator (Mod) room hanya dalam Dekstop
Ramai betul mod room ni😳

Korang kena berani gamble bila nak masuk mana-mana chatroom yang dibuka oleh komuniti IMVU. Salah satu sebab ialah setiap chatroom ada kelompok mereka sendiri. Jika korang tak berapa yakin nak berkomunikasi dengan komuniti antarabangsa, korang cari chatroom yang dihoskan oleh komuniti IMVU tempatan. Taip je kat carian perkataan "Malaysia", nanti berlambak chatroom yang dihoskan oleh komuniti IMVU dari Malaysia dipaparkan. Selain dari Malaysia korang boleh juga cuba chatroom dari komuniti serumpun kita, Singapore, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei. 

Ikon 🗨 sebelah kanan, chatbox untuk pengguna berbual-bual.

Gambar di atas sis snapshot suasana dalam chatroom sendiri, CurHeart. Spot viena berdiri ada landing spot avatar akan di-upload masuk. Sis pakai avatar hidup tapi tak boleh bergerak sendiri, jadi nak pilih untuk duduk kat mana-mana kerusi atau sofa, sis akan guna cursor cari dulu landing spot kat perabot. Dalam room di atas atau mana-mana room yang korang masuk melalui Dekstop, sebelah kanan ada ikon Chat🗨, Inventory 👕, Shop 🛍 dan Camera📷. Chat🗨 untuk korang berbual-bual dan boleh nampak notifikasi ada pengguna masuk dan keluar, serta kod trigger yang digunakan untuk avatar buat aksi.  Bukan setakat hanya meletakkan avatar dalam room dan chatting di ruang chat, bahkan pengguna boleh bersosial dalam room menggunakannya. Kat Chat, jika korang klik kat ikon smiley, korang boleh guna emoji dan action untuk berinteraksi menggunakan avatar. Ketika dalam room tiba-tiba korang rasa nak tukar pakaian avatar, klik je kat inventory untuk pilih pakaian atau Shop, jika korang nak membeli apa-apa item baru. 

Snapshot bersama kawan-kawan satu aktiviti yang gemar dilakukan dalam chatroom

Walaupun tidak mempunyai slot untuk buka chatroom awam, newbie masih boleh beli room untuk private chat dan simpan dalam inventory. Korang boleh beli empty room dan perabut untuk hias sendiri atau beli bundled room dan perabut yang sudah siap disusunkan oleh Creator. Pilih je mana-mana room korang nak guna, invite kawan atau pasangan online jika korang nak private chat hanya dengan beliau. Tapi kalau korang nak gak bukak chatroom awam supaya kawan-kawan talian korang boleh masuk sendiri dan lepak beramai-ramai (Max 10 orang), perlu beli slot room yang agak mahal harganya kalau ikut duit kita. Sis rekemen langgan VIP Tiers paling murah (RM21.99), korang dapat buka 1 chat room awam. Nak tahu pasal VIP Tiers boleh baca di sini, #IMVU Episode 4: VIP Tiers 


Salah satu trigger yang seronok digunakan bersama kawan-kawan online ialah menari


Ada macam-macam cara nak berhibur dalam IMVU, contohnya chatroom "clubbing" untuk korang nak berjimba-jimba dalam talian bersama-sama dengan pengguna IMVU yang lain. Ya berjimba dalam talian, anggaplah cara berjimba-jimba yang selamat😉.  Tak ada arak, dadah atau pil khayal, cuma layan lagu-lagu rancak dan buatkan avatar menari seolah-olah korang yang sedang berseronok. Dalam talian kemain avatar korang dress up avatar dengan pakaian terpaling glamour. Realiti korang kat rumah ada yang pakai baju tidur kelawar, singlet dan seluar pendek je. Yang perempuan mungkin muka tengah pakai masker 🤣. Ada beberapa pilihan jika korang nak dengar lagu dalam talian, dalam chatroom. Jika korang dalam classic, korang sebenarnya boleh beli lagu dan buat playlist mainkan dalam room. Kena ada minimum 2 orang dalam room untuk membolehkan playlist dimainkan. Atau dengar MP3/Radio dari perabot yang ada widget/playlist/youtube dalam room yang korang boleh dengar walaupun hanya seorang diri dalam chatroom. Pendek kata duduk rumah saja pun tak bosan sebab online IMVU.

Kopi panassss...tiup skit kasi sejuk

Sangkaan IMVU adalah online gaming

Pengguna yang baru muatturun app Mobile mungkin menyangkakan app ini adalah permainan talian seperti SIMs atau PUBG. Rupanya tidak seperti yang disangkakan. Avatarnya pun hanya setempat dan tidak boleh navigate jalan sendiri seperti avatar dalam permainan talian. Namun bagi komuniti IMVU yang sudah lama dan masih lagi dalam talian, IMVU merupakan platform bersosial dengan kawan-kawan, pasangan dan keluarga dalam talian dari serata dunia. Tidak hanya berbual melalui chatbox, boleh menggunakan avatar dan chatroom untuk melakukan aktivti bersama-sama kawan-kawan dalam talian. Aktiviti yang korang boleh cipta atau buat permainan sendiri.

Seperti sis, hobi snapshot dan strim fashion 

Ada yang berikan feedback, IMVU ni membosankan...padahal ada pelbagai aktiviti dalam talian yang boleh dilakukan seperti snapshot, strim fashion, creating dan banyak lagi. Hasil carian Google, IMVU antara 10 app teratas yang paling banyak dimuatturun dan 5 app sosial teratas yang paling ramai pengguna berbelanja di U.S. *Berdasarkan nilai matawang, harga credit IMVU murah di U.S berbanding Malaysia. Murah juga bagi pengguna IMVU di Singapura dan juga Brunei untuk berbelanja. IMVU tidak membosankan kerana ada yang sanggup berbelanja untuk avatar dan chatroom.

Game Only

"Game only"... Slogan kata yang sis tak suka sebab ada yang ambil kesempatan guna ini sebagai alasan mainkan perasaan dan jiwa orang lain. Namun ia adalah peraturan kepada yang mahukan permainan dalam IMVU. Apakah aktiviti yang boleh pengguna main dalam IMVU? Salah satu permainan yang menarik ialah Role Play Gaming (RPG). RPG ialah aktiviti dimana seseorang atau sekelompok orang memainkan watak atau individu tertentu dalam senario atau situasi yang diadaptasi dari imaginasi sendiri, filem-filem dan drama siri yang diminati serta novel dari pelbagai genre seperti sains fiksyen, sejarah, aksi dan pengembaraan, animasi, fantasi, seram, misteri dan banyak lagi. Melalui chat kita hanya menyampaikan watak dan jalan cerita dalam bentuk karangan atau skrip dibaca dan digambarkan oleh pembaca dalam fikiran mereka. Tetapi dalam IMVU, watak dan jalan cerita dapat disampaikan dalam visual membuatkan RPG lebih seronok dan menghiburkan. Pemain RP boleh pakaikan avatar dengan pakaian custom watak yang dimainkan dan menggunakan chatroom yang sesuai dengan genre pilihan untuk mainkan situasi RPG sama ada secara solo atau berkelompok. Sesuai sangat kalau RPG dimainkan dalam Live Room, boleh dapat vibe...vibe teater atau opera.

Apa yang korang patut tahu tentang RPG dalam IMVU

Kat sini sis kongsi garis panduan dari IMVU kepada yang suka RPG. Paling penting korang seronok melakukannya dan tahu bezakan fantasi dan realiti. Tak perlu in-character sepanjang masa walaupun avatar korang memakai pakaian kostum RP. Tiada paksaan melakukan situasi yang diminta dan korang boleh menolak jika tidak mahu meneruskannya.  Jika korang menyertai RPG secara berkelompok dan mempunyai chatroom untuk bermain. Syarat-syarat dan peraturan akan dimaklumkan oleh hos chatroom yang pemain perlu patuh dan jangan buat hal. Tiada toleransi dengan unsur-unsur buli dan keganasan. Korang boleh tentukan bagaimana korang nak mengelakkan situasi sama ada sebahagian dari cerita atau membalas dalam watak watak yang dimainkan. Korang boleh maklumkan kepada kumpulan roleplay, di luar dari watak yang dimainkan bahawa korang tidak mahu ia berlaku. Pilihan terakhir, tinggalkan chatroom jika korang tidak mahu teruskan RP korang.


Peringatan ketika menjiwai watak, korang seharusnya tahu membezakan fantasi dan realiti. Sebaiknya elakkan mencampuri watak RP yang dimainkan dengan peribadi sebenar korang sehingga menjejaskan diri dan kehidupan sendiri dan juga orang lain. Selain dari RPG, aktiviti kegemaran ramai ialah cabaran pakaian atau OC yang dikelolakan oleh komuniti dan juga IMVU sendiri. Tema harian dan mingguan akan diumumkan oleh staff IMVU melalui Discover dan maklumat terperinci cabaran disiarkan di FB dan Instagram mereka (sebab caption Feed/Discover terhad). Menarik cabaran ini ialah menang hadiah jika berjaya terpilih top 10. Sama seperti RPG tiada paksaan kepada komuniti yang sahut cabaran ini. Pilih apa-apa pakaian dalam inventori dan gunakan chatroom yang dirasakan sesuai dengan tema. Snap seberapa banyak gambar, siarkan di Feed sendiri dan letakkan apa-apa caption yang menarik. Nak extra miles, kongsi gambar yang korang snap di akaun instagram tagged IMVU dan letakkan hashtag tema cabaran. 


Contoh bila korang post gambar WOC/DOC kat IG. 

Modal dan kos atas diri sendiri sama ada korang nak keluarkan belanja atau gunakan apa yang ada dalam inventory korang. Korang boleh tahu gambar masuk Discover dengan notifikasi "like" berkali-kali masuk atau banyak komen L4L, F4F, C4C dan kalangan kawan-kawan Feed akan ucapkan tahniah dalam komen. Kenapa ucap tahniah walaupun tak menang apa-apa? Memang orang akan ucapkan tahniah kat korang sebab gambar korang berjaya masuk Discover. Bukan senang-senang gambar nak masuk Discover. Tak menang tapi dapat gambar masuk Discover pun dah bahagia dah. Impak dari Discover bilangan follower korang akan meningkat minggu tu. Jika konsisten setiap minggu gambar masuk Discover korang akan dapat lebih ramai follower. Jika korang Creator yang aktif, membantu jugak untuk jualan Shop korang. Ada juga ahli komuniti yang anjurkan WOC sendiri dan menawarkan hadiah yang tak kurang menarik juga. Macam-macam lagi aktiviti cabaran yang dianjurkan oleh komuniti yang berkemampuan menawarkan hadiah.    

Sis masuk cabaran pakaian tema 40an menang tempat ke 3

Lagi aktiviti yang menyeronokkan ialah acara bulanan atau musim. IMVU akan anjuran acara tertentu yang boleh disertai oleh komuniti di Live Room. Room akan dibuka oleh hos yang merupakan influencer atau duta IMVU. Ada segmen-segmen tertentu sepanjang acara seperti kuiz dan snapshot. Siapa yang snap gambar dan letakkan caption hashtag acara pada waktu itu, gambarnya berpeluang masuk Discover. Cabarannya ialah menunggu giliran nak masuk dalam ruang 3D. Terpaksa tunggu sesiapa keluar dulu jika ruang 3D tengah penuh. Berebutlah waktu tu. Kekadang sis joined gak kalau tak mengantuk🥱. Maklumlah time zon tak sama, sis pun dah tua-tua ni tidur awal. 

Seperti yang sis beritahu, pada permulaan korang mungkin rasa bosan sikit. Bila sudah biasa dengan selok belok IMVU dan mempunyai ramai-ramai kawan talian, korang sudah selesa dalam kelompok tertentu dan ada chatroom yang selalu korang masuk. Bertambah seronok dapat kawan-kawan talian yang sekepala boleh berbual pelbagai topik, bergossip dan lakukan aktiviti dalam talian bersama. 


Berkongsi chatroom dengan pasangan

Bagi mereka yang mencari pasangan atau bercinta jarak jauh, IMVU adalah salah satu platform pilihan. Maka tak hairan ada saja yang berpasangan dan berkahwin dalam talian. Tak kurang juga yang suka tukar-tukar pasangan dan berskandal dalam talian. Bagi pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh, IMVU adalah tempat untuk bertemu dengan pasangan mereka dalam talian. Selain dari dapat chatting dalam talian, avatar berguna untuk pasangan beromantis dalam chatroom. Selain dari chatroom awam, korang juga boleh beli token "Shared Room" dan memberi akses kepada pasangan korang. Cara ini membolehkan korang dan pasangan meletakkan perabot dari inventori masing-masing. Atau nak lebih official, beli token "Marriage" korang akan dapat chatroom bersama sekali dengan token tukar nama, boleh pautkan profil korang dengan pasangan, dan dapat lencana yang boleh diletakkan di profil untuk menunjukkan yang korang dah kahwin dalam talian. Serta marriage announcement di mana korang boleh blast mesej kepada friendlist korang untuk ishtihar perkahwinan dalam talian korang. Namun jika hubungan tidak berhasil dan korang ingin tamatkan status "Married" boleh pilih "divorce". Selepas korang pilih "divorce" atau "stop sharing" jika "shared room", keseluruhan kemudahan ini akan dibatalkan. Nak pakai balik, kena beli token atau slot sekali lagi. 

Risiko bercinta dalam talian ni, avatar tidak mengambarkan rupa sebenar pemiliknya. Korang tak boleh harap rupa sebenar pasangan talian korang seelok avatarnya. Kekadang perangai pun sangat berbeza dengan dalam talian. Korang mungkin tertarik dengan avatar seseorang, tetapi bila dapat lihat rupa sebenar, tidak seperti yang diharapkan. Korang nak cari pasangan dalam talian, pandang avatar atau rupa sebenar? Dan korang ambil perkara ini serius atau hanya nak bermain-main?


Romantis

Jika korang nak tahu, dalam IMVU pengguna boleh beromantis dengan pasangan dalam taliannya. Ada banyak chatroom 3D yang sediakan perabot bersama aksi dan trigger untuk pengguna beromantis dengan pasangannya. Komuniti GA boleh menggunakan perabut-perabut biasa yang ada aksi-aksi romantis yang tidak keterlaluan bersama-sama pasangan mereka. Manakala komuniti AP menggunakan perabut-perabut "adult" yang dibenarkan bukan saja boleh beromantis malah boleh berintimasi bersama pasangan mereka. Korang juga boleh jadikan hubungan cinta dalam talian lebih rasmi dengan membeli Pakej Marriage. Dengan pakej Marriage, korang akan dapat token Change Name dan Shared Room, Lencana status Married, kat profil korang akan tunjukkan korang berkahwin dengan siapa. Jika korang tak nak teruskan "Marriage" boleh bercerai... Info lanjut, boleh baca kat sini,  What is Marriage Package?

Pengguna GA bolehlah guna aksi romantik macam ni dengan pasangan taliannya  

Apapun tujuan korang bersosial, IMVU tak kecuali menjadi target scammer, hacker, pervert, pedo dan macam-macam lagi jenis orang yang mengambil kesempatan atas orang lain. Paling kerap berlaku ialah cyberbully yang IMVU sendiri tidak akan toleransi. Berhati-hati memilih kawan/ pasangan dalam talian, jangan terperdaya dengan sesuatu yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Semoga info sis kongsi manfaat kepada korang yang layan IMVU.

Sumber maklumat

*IMVU insider - Hey, do you roleplay?

*Community Center - What is Marriage Package?

*Sumber gambar - screenshot dan galeri akaun IMVU dan IG @vienaxia


Selasa, 29 Oktober 2024

#IMVU - Creator Sambilan, Strategi Promosi dan Trigger untuk Gambar Avatar Fotogenik

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hai, korang👋👋👋 Dah nak penghujung tahun 2024, baru terasa nak mengomel. Sebenarnya sis ada post ngomel yang ringkas kat platform lain, IG story dan Tiktok. Sekali sekala nak ngomel ringkas, sis post la kat IG story atau Tiktok🤭. Ringkasan kehidupan tahun ini, sis kena campak ke department lain, struggle dengan skop dan jadual kerja yang berbeza. Bak kata KJ kalau orang tutup rezeki kita, percayalah Allah akan buka pintu rezeki lain untuk kita. Sis fikir yang baik-baik saja dan berserah kepada Allah. Lagipun dengan keadaan sekarang, apa-apapun boleh jadi sama ada kita dah jangka atau luar jangkaan kita. Semoga kita semua di Nusantara ini sentiasa dibawah rahmat lindungan Allah SWT, dilimpahi rezeki dan sentiasa diberkatiNya... Aamiin 



Penstriman dan Peragawanan Atas Talian 

Sis masih lagi aktif online IMVU sekarang cuma dah jarang sangat masuk chatroom. Masih lagi aktif sebagai professional virtual model ataupun fashion streamer, bekerja dengan creator dari U.S.A, kakak omputih. Sedar tak sedar dah lebih 3 tahun sis bekerja dengan dia.  Ada gak agent modeling agensi approach offer join agensi dia tapi sis tolak atas sebab-sebab tertentu. Pertama, bukan local agensi, sis nak bekerja dengan local creator. Kedua, sis bekerja dengan kakak omputih ni creator level 10, dengan dia pun seminggu 3 atau 4 outfit sis perlu stream dan dibayar credit. Ketiga, sis cuba mengelak dari bekerjasama dengan creator lain yang kakak omputih tak nak associates. 




Keempat, ada perkara melukakan hati yang menyebabkan sis serik nak join modeling agensi sebenarnya. Dalam banyak perkara sis dapat belajar daripadanya dan sangat berterima kasih, menyertai agensi modeling was a bad experience for me. Penyelamat sis adalah kakak omputih, creator sis bekerja sekarang. Sis ambil serius jugak online friendship walaupun sis tahu some of my friends cannot be trusted dan bila ceburkan diri dalam fashion stream, sis buat kerja dengan professionalism. Mungkin sis masih baru dalam stream dan modeling masa itu dan belum ada professionalism tetapi sis willing to learn from zero walaupun my age older than you guys. Semua itu sis betul-betul dapat dari creator sis bekerja sekarang (sis gelarkan dia kakak omputih).  

Sis masih sediakan perkhidmatan freelance stream and modeling cuma dah lama tak dapat job dari mana-mana creator lain. Kalau perlukan khidmat sis, boleh DM kita bincang lebih lanjut. Walaupun follower below 3.2k tapi sentiasa ada potential buyer membeli setiap kali sis buat stream. 




Creator Sambilan

Sejak aktif semula takan nak tinggal terus creating dan hanya buat job streaming? Ok... sis ada create tapi tak lah serancak korang yang produce item weekly basis tu. Sebenarnya sis sudah mulakan create dengan eksperimen beberapa jenis item. Sesiapa yang follow Instagram dari 2018 mungkin pernah nampak sis kongsi eksperimen cuba remake kebaya dan beberapa item lain kat IG story. Remake kebaya tu sampai sekarang tak siap😥 Sis mintak maaf sangat sebab kekangan masa nak polish balik skill sis. Sekarang ini sis baru dapat ingat balik cara buat texture mata dan rambut. Remake outfit kebaya KIV dulu🙏. Sis derive item yang senang-senang je yang tak perlukan sis habiskan masa untuk buat opacity map dan texture. Kemudian sis terfikir kenapa tidak jadikan triggers yang sis pakaikan pada viena untuk aktiviti snapshot, produk sendiri? Nanti sis kongsi trigger apa yang sis guna untuk snapshot yang sempurna menggunakan apa-apa posepack😉 

Strategi Jual Produk Sendiri Tanpa Perlu Buat Promosi 

Sebelum itu sis nak kongsi, bagaimana sis pasarkan catalog sendiri tanpa perlu beria buat promosi. Ini kelebihan jika akaun IMVU korang berstatus creator tak kisah sama ada korang veteran atau subscribe VIP. Sis akan pakai item yang tiada rupa fizikal yang boleh dipakaikan bersama outfit yang diberikan oleh creator. Sis tak perlu pun kongsi info produk sis dalam caption atau comment. Apa penting ialah user melihat feed sis, mereka ingin tahu lebih lanjut item yang sis pakai bukan saja produk yang sis stream tetapi item lain yang avatar sis pakai bersama outfit stream. Menyelam sambil minum air, sis dapat tempias sales daripada streaming produk creator. Cara mudah user nak tengok catalog sis adalah dengan menyemak kad profil IMVU. Dalam profil setiap creator akan dipaparkan "Creator Shop" di mana user boleh akses terus catalog shop kita.

Tap kat "All" untuk pergi ke catalog creator


Cara kedua ialah membenarkan user melihat maklumat outfit. User boleh melihat produk sis melalui maklumat outfit. Sis guna cara ini supaya potential shopper boleh akses shop melalui Feed, short-cut ke shop untuk window shopping atau membeli-belah. Korang mesti sudah mula faham kenapa penting fashion streamer (model) menghasilkan gambar-gambar yang sempurna dan fotogenik. Gambar yang sempurna dapat menarik perhatian user untuk menjengah shop untuk membeli-belah.

Cara nak tengok outfit dari Feed kat Dekstop/NEXT


Cara nak tengok outfit dari Feed kat Mobile app 

Cara ketiga adalah format kebiasaan yang digunakan oleh streamer untuk promosi produk creator iaitu letak link dalam caption atau comment. Hanya klik link produk, korang boleh terus melihat produk, mencuba dan mungkin membelinya. Kebelakangan ini, banyak akaun bots tinggalkan komen berulang menyebabkan link produk yang dikongsi dalam komen tidak dapat dilihat lagi oleh user. Ketika sis tulis post ni, sis terfikir dan mula syak motif akaun bots beramai-ramai tinggalkan komen seolah-olah macam user dapat masuk Discover🤔. Memula sis rajin block tapi makin lama makin banyak dan menyemak sampai comment rakan sendiri pun sis susah nak response. Untuk pastikan user masih boleh melihat link produk yang sis stream, sis letak jugak link produk utama kat caption. 


Aktiviti WOC Dan Polisi Terkini Discover

Nak selit skit pasal WOC. Sis makin jarang join WOC (Weekend Outfit Challenge apatah lagi DTOC (Daily Theme Out Challenge), bila betul-betul free baru sis cuba nasib. Ada satu fakta sis dapat tahu pasal Discover, selama ini feed user berpeluang tampil dalam Discover sekali setiap 5 hari. Kalau feed korang dapat masuk sebelum tema WOC bermula, contohnya feed korang masuk Discover hari Jumaat, jangan harap feed korang berjaya masuk lagi Discover masa WOC berlansung disebabkan oleh 5 hari tu. Sis dapat info ini dari Discord IMVU, Manager IMVU ada kongsi polisi, peraturan dan cara pemilihan. Dorang tu sedar je ramai users complaint payah sangat masuk Discover. Jadi dorang longgarkan skit kepayahan nak masuk Discover tu dengan feed boleh tampil sekali setiap 3 hari. Tapi kena gap 5 hari untuk feed sekali lagi masuk Discover. Patutlah sekarang IMVU buat DTOC. Feed random dah susah nak masuk Discover sekarang, korang kene ikut tema harian yang IMVU akan post kat feed waktu tengah malam. Korang bolehlah rancang awal minggu target Discover DTOC dan hujung minggu WOC. Ada peluang korang masuk Discover lebih dari sekali dalam seminggu. Untuk kekal adil dan seimbang dalam proses pemilihan feed/gambar, IMVU tetapkan user mesti patuh gap 5 hari selepas feed berjaya masuk Discover dan benarkan feed tampil maksimum 4 kali dalam sebulan. 

Lagi kemaskini polisi dan peraturan untuk Discover, iaitu pemilihan Pemenang WOC. Kononnya staff bertanggungjawab dalam pemilihan kurang mengenali users dan lebih fokus kepada gambar yang dihantar untuk WOC. Dorang akan elak memilih pemenang WOC yang sama dalam tempoh 4 minggu, tapi mungkin ada pengecualian yang dibuat menyebabkan adanya pemenang yang sama berturut-turut. Sis boleh simpulkan dorang mungkin pilih gambar terbaik dan terpaling fotogenik yang ikut peraturan. Dan dorang mungkin akan tengok jugak undian likes.  Ini cuma pandangan sis, mungkin antara dua ini yang dorang akan ambil kira untuk masuk top 10. 


Gambar Virtual Fotogenik

Citer pasal gambar fotogenik, dalam 3D pun boleh snap gambar-gambar yang fotogenik. Inilah aktiviti kegemaran sis dari mula layan IMVU ni. Yang membuat sis ada hobi snap gambar dalam chatroom ialah suasana 3D chatroom tu sendiri terutama sekali chatroom yang berlatar belakangkan nature. Avatar IMVU direka tak berjalan-jalan sana sini dalam chatroom walaupun korang masuk dalam chatroom bersaiz giga. Dia cam... tak main la avatar berjalan-jalan, buat penat je. Avatar kita loncat je dari spot ke spot lain, dah sampai. Jimat masa, gitu😆. 


Dalam gambar ni nampak macam ada user lain,
tapi sebenarnya hanya sis je dalam room ni.


Dalam post Episod 6 sis ada kongsi penggunaan kamera IMVU. Dalam mobile korang boleh navigate arah dengan jari korang atau dalam PC/laptop, korang boleh menggunakan mouse (jika tiada touch screen). Lain maksud, untuk melihat room kita tidak bergantung kepada pergerakan avatar. Park je avatar kat satu spot, korang navigate ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan atau drag jari/mouse. Ini yang memberikan kita kebebasan untuk mencari sudut-sudut snapshot dan hasilkan gambar-gambar fotogenik sama seperti gambar dunia sebenar. 

Gambar fotogenik termasuklah kesempurnaan aksi avatar dalam snapshot. Namun tak semua aksi posepack boleh digunakan samada disebabkan pakaian atau trigger aksi itu sendiri. Bagaimanalah sis nak atasi isu kalau aksi yang sis nak guna menyebabkan glitch pada outfit? Inilah cabaran sis hadapi ketika mula-mula bergiat dalam fashion stream. Sis jumpa beberapa controller atau adjuster yang ada juga disyorkan oleh modeling agensi lama sis dulu. Controller inilah yang bantu sis baiki aksi posepack yang mengalami glitch jika digunakan ketika snapshot. 

Contoh gambar sebelum dan selepas sis laraskan tangan avatar


Kepada yang tertanya-tanya apa itu "controller" dan kenapa sis perlu menguasai mende ni? "Controller" ialah trigger yang lebih spesifik kepada anggota tertentu. Ia berguna untuk korang laraskan kepala, tangan dan kaki. Contohnya kepala, selalu error terjadi bila avatar pandang ke arah lain dan kadang-kadang  kat leher avatar ada glitch, sis akan gunakan [V] Head Poses untuk laraskan kepala atau leher. Bila dah mahir dengan trigger ni, sis gemar gunakannya untuk laras kepala avatar pandang ke arah kamera seperti gambar di bawah ini.



Wajah avatar korang boleh tambahkan dengan trigger ekspresi untuk memberi sedikit kelainan dalam gambar. Asyik muka default je, tahulah awak tu model kerjanya beraksi. Nak jugak kepala yang sama ada ekspresi lain. Sama ada korang menggunakan app lain untuk generate facial ataupun top edit dan upload semula ke Feed,  sis guna [V] Facial Triggers dan juga [V] Smile + Kiss Trigger yang berikan ekspresi wajah avatar. Kalau guna trigger expression IMVU tak sempat nak snap, cepat sangat tukar balik ke default. Dengan adanya kedua-dua trigger ini, sis boleh cipta pelbagai ekspresi wajah untuk snapshot. 



Bahagian anggota atas, sis gunakan "controller" bahu, lengan dan tangan serta jari berasingan. Ini kerana aksi-aksi tertentu yang berlaku glitch hanya perlu dilaraskan sedikit saja untuk nampak sempurna. Jika boleh betulkan aksi dengan hanya laraskan kedudukan lengan, sis akan gunakan trigger 254 Arm Triggers. Ambil masa jugak la sis nak hafal kod trigger lengan ni. Jika hanya perlu laraskan bahu, sis gunakan [V] Shoulder Pose Assist dan 20 Gesture Pack untuk laraskan tangan yang memegang sesuatu, contohnya tas tangan. Well..., sis ada juga "controller" jari tau, [V] Fingers Posepack untuk laraskan jari-jemari


Bahagian anggota bawah pun sis guna "controller" kaki, Leg Controller. Dalam 1 pack "controller" ini boleh laraskan peha, betis dan pergelangan kaki. Ini adalah trigger paling jimat bagi sis kerana all in one trigger untuk kaki. Malangnya sis tak dapat derive jadikan produk sendiri😔. Tak mengapa, sis ada "controller" kaki lain untuk korang, [V] Leg Controller boleh usha shop sis, vienaxia.

Gambar ini sebenarnya ada glitch.
Sis laraskan peha, betis dan buku lali kaki untuk dapatkan aksi berbeza

Kepada yang mencari-cari "controller" tetapi tak pasti kegunaannya, sis harap dengan perkongsian ini dapat berikan idea kepada seni fotografi virtual korang. Selain dari menggunakan controller, bodylight juga berguna untuk snapshot tetapi sis tak galakkan korang menggunakannya dalam chatroom jenis "ambiance" kerana menjejaskan efek cahaya dalam room tersebut. Terpulang kat korang kalau nak pakai jugak, sis pun pakai  [V] 5 Way Ambient Light untuk dapatkan efek cahaya pada tubuh avatar bergantung kepada jenis room yang sis guna.   


Lagi satu tips ialah menggunakan "filter" latar depan atau latar belakang. Dalam shop banyak jual filter latar depan yang korang boleh guna untuk memberikan efek dalam snapshot. Ia umpama gambar "unedited" sebab korang guna filter secara lansung dari chatroom. Dengan aksi sempurna avatar menggunakan controller + bodylight/filter... gambar korang akan nampak lebih menarik dan fotogenik. 


Sis pakai filter sinaran mentari

Pemilihan chatroom juga memainkan peranan dalam menghasilkan gambar virtual fotogenik. Chatroom IMVU bukan setakat untuk berbual-bual saja, malah korang boleh menggunakan avatar untuk menunjukkan reaksi atau melakukan sesuatu bersama rakan-rakan bual mahupun hanya secara solo. Nowadays, sis gunakan chatroom lebih kepada fashion stream dan juga random snapshot. Sis syorkan korang cari chatroom jenis "ambiance", suasana pencahayaan yang lembut. Elakkan avatar korang dari memakai bodylight jika masuk dalam room jenis ini kerana boleh menjejaskan efek "ambiance" di dalamnya. Jika room adalah produk studio (+imvu), terbaik korang masuk room menggunakan mobile atau dekstop app/web NEXT. 

Korang boleh susun "furniture" dan hias room mengikut citarasa sendiri. Kepada pengguna mobile, korang belum boleh lagi menggunakan manual untuk setup atau hias chatroom sendiri dalam app. Namun jika korang ada laptop, boleh lakukannya melalui dekstop app/web NEXT atau classic app. Ya, sekarang user sudah boleh setup interior chatroom sendiri melalui dekstop app/web NEXT. Cipta suasana dalam room agar kelihatan lebih hidup dalam gambar virtual korang. Contoh, chatroom bandar atau pekan dalam gambar di bawah ini, sampai sekarang sis tak habis setup lagi sebab agak besar walaupun bukan giga room. Tapi untuk tujuan snapshot, sis akan setup suasana latar belakang di sudut yang diingini je dulu. 

 


Patung NPC Pembantu Hidupkan Suasana 

Perfect idea untuk user yang lone ranger macam sis, jarang-jarang nak berkolaborasi tetapi perlukan avatar lain dalam room untuk menampak ada keramaian atau aktiviti di latar belakang. Sis menggunakan patung NPC yang pelbagai aksi. Letaklah patung duduk berbual ke, patung ibu dan anaknya, patung couple berjalan dan macam-macam lagi untuk hidupkan suasana dalam room itu. Selain patung NPC, ada juga creator yang buat patung crop dari avatar IMVU menggunakan plain canvas. Patung crop dibuat dalam bentuk 2D dan boleh snap dari satu arah saja. Apapun bergantung kepada kreativiti jurufoto untuk mencipta suasana.



Dah dapat idea untuk aktiviti snapshot korang? Semoga korang dapat lagi satu perkara yang korang boleh lakukan ketika online IMVU. Kepada peminat snapshot dan virtual photography, semoga tips yang sis kongsi ni berguna untuk korang. Semoga manfaat! 


Khamis, 28 September 2023

#IMVU - Tiada Tips Mudah Masuk Discover (tips dan alat berguna untuk snapshot)

 Assalammualaikum & selamat sejahtera korang!


Kalau korang tanya tips nak "Feed" masuk Discover... sis minta maaf sangat🙏 Sis tak ada tips yang mudah. Sis sendiri pun "struggle" gak nak dapatkan gambar masuk Discover😓. Cam sis pernah citer dalam post sebelum ini, Chapter Baru Dalam IMVU - Episod 1: Feed dan Discover. Sis sangka pulun "Feed" masuk Discover ni satu aktiviti yang menyeronokkan. Sebenarnya tidak... 😭 Tak seronok lansung bila kita pulun snapshot banyak-banyak 🤢 namun 1 gambar pun tak lepas masuk Discover. Tak memasal sis jadi stress pasal mende lara ni. Kita online IMVU bukan untuk stresskan diri. Kenapa payah benau gambar nak masuk Discover? Apa yang tak kena? Kualiti gambar sis dengan gambar user lain dalam Discover nampak sama. Sis cuba beri kelainan snapshot, Viena dah tunggang terbalik sis kerjakan dengan pelbagai gaya dan aksi🥴. Ada satu ketika sampai 2 minggu berturut gambar sis tak berjaya masuk Discover. Sampai sis pernah report isu ini kat Customer Support IMVU. Kita nak sertai cabaran WOC, patutnya pilihlah salah satu gambar peserta masuk Discover, betul tak?😂😂😂 Sis dah habis ikhtiar dah la tu sampai report kat CS, bagi feedback dalam Community Center dan artikel. Pehtu fikir balik, sis dah berjaya masuk Discover sebelum ni kenapa sis beriya sangat? Sis stop masuk WOC, ambil tempoh bertenang dulu dan fokus kepada promo strim.

Awal penglibatan sis dalam virtual modeling

Sebab itulah sis bagitau tiada tips mudah untuk gambar kita terpilih masuk Discover. Sis tak tau lah ilmu apa yang dipakai user yang beratus kali masuk Discover. Ke dia menipu sebenarnya? Maksud sis menipu tulis kat caption atau tagline profile dia dah Discover 329 kali. Sis dah jumpa sorang letak tagline Discover 100 kali tapi tak pernah post sekeping gambar pun😂. Tapi kan... WOC lah waktu yang sesuai untuk korang menyerlahkan avatar korang, kumpul lebih ramai pengikut, menjadi popular dalam dunia IMVU, menggunakan bakat dan kepandaian korang snap gambar. Kepada yang baru nak mencuba nasib masuk Discover, boleh klik kat pautan ini, How To Be Featured On Discover dalam Community Center IMVU. Korang boleh tahu apa yang boleh dan tak boleh post kat Feed kita. Kalau korang malas nak singgah Community Center tu, sis kongsi skit info sis ambil dari topik ini untuk rujukan korang. Gambar snapshot kita hendaklah mengandungi perkara berikut:

  • Pencahayaan, warna, ciri yang berbeza
  • Ciri yang jelas dan tiada gangguan (glitch)
  • Latar belakang yang menarik
  • Pakaian yang sedang trending dari katalog 
  • Resolusi imej yang baik, pastikan tiada piksel atau pecah juga elak kesilapan
  • Aksesori yang menyeronokkan seperti barang kemas, topi, tudung, dsb.
  • Gaya rambut yang hebat
  • Postur dan sudut badan yang baik, tanpa bahagian yang tidak seimbang

WOC - Weekly Outfit Challenge merupakan peraduan menggunakan #IMVUWOC_ yang diadakan oleh IMVU untuk pengguna yang suka bergambar dengan pakaian yang mereka beli dari Shop. Tema setiap minggu berbeza dan ada masa dibuat semula sempena musim dan perayaan di U.S.A (Summer, Spring, Autum, Winter, Halloween, Xmas, Thanks Giving dll). Top 10 akan dipilih, juara WOC dapat "grand prize"   

Waktu WOC berlansung, kita akan bersaing dengan user lain. Info yang sis dapat dari staff IMVU (hasil aduan tak puashati gambar tak dapat masuk Discover😂), Top 10 WOC diplih berdasarkan jumlah undian likes paling banyak, undian like tertinggi akan dinobatkan sebagai juara WOC. Barulah sis faham kenapa juara WOC kekadang nama yang sama. Korang kalau tak malu boleh kempen habis-habisan suh kawan-kawan dan follower korang likes gambar WOC yang berjaya masuk Discover. Mana tau korang masuk top 10? 😆


Kononnya team Discover ni akan melihat terperinci gambar kita samada layak atau tidak masuk Discover. Gambar yang gempak belum tentu dipilih masuk Discover jika tidak menepati kriteria. Biasanya jika bukan waktu WOC berlansung, gambar dipilih secara rawak oleh staff IMVU untuk penuhkan Discover. Kalau korang nak tahu, boleh dikatakan 95% user VU termasuklah korang sebenarnya handal snapshot tau. Namun yang betul-betul handal pun belum tentu dapat masuk Discover setiap masa. ThePrecious user IMVU dengan "Feed" paling gempak pun dah jarang dapat masuk Discover. Kawan-kawan "Feed" sis pun bukan biasa-biasa, ramai yang handal snapshot. Sis banyak "study" gambar dorang untuk pertingkatkan kualiti "Feed" sis. User tertentu yang sangat kerap masuk Discover biasanya samada dia influencer atau ambassador IMVU. 

Sebenarnya ada faktor-faktor tertentu yang mungkin penyebab gambar kita tak dapat masuk Discover. Walaupun staff IMVU pilih gambar secara rawak tetapi mereka masih ambik kira kriteria yang melayakkan gambar masuk Discover. Hasil eksperimen dan kajian sis dengan adik-adik VU, sis kumpul beberapa faktor yang patut kita elak kalau nak gambar kita terpilih masuk Discover tidak kira waktu atau luar waktu WOC:-

  • Elak spam gambar yang sama (lebih baik korang snapshot pelbagai pose dalam chatroom sama, tapi ada je yang buat macam ni dapat masuk Discover)
  • Elak guna bodylight (pendapat sis ya, sebab bodylight akan efek suasana dalam chatroom. Sis perasan gambar sis dorang pilih yang tak pakai bodylight). Menurut IMVU guna bodylight dalam public room diangap "rude". Korang seharusnya elakkan memakai bodylight bila masuk public room untuk snapshot
  • Kalau boleh elak pakai item ada logo dari jenama-jenama terkenal. Korang boleh baca dalam artikel ni, Unauthorized Use of Gucci brand
  • Elak post gambar yang diedit. Untuk WOC IMVU hanya pilih gambar korang snap terus dari Chatroom. Kecuali untuk cabaran TopEdit, user boleh upload gambar yang diedit semula. Meniru atau repost topedit user lain tidak dibenarkan
  • Elak post gambar yang menunjukkan simbol-simbol pemujaan dan juga item larangan yang tak sesuai dilihat oleh audience bawah umur seperti senjata, arak dan rokok
  • Elak post gambar yang menunjukkan keganasan seperti pakaian yang penuh dengan darah

Feed dan Discover masuk dalam kategori General Audience (GA). Hanya chatroom, avatar dan pakaian GA sahaja yang dibenarkan. Oleh itu, gambar-gambar yang ke arah "nudity" sama sekali tidak akan dipilih masuk Discover, malah "red flag". Maksudnya kalau korang pakai pakaian yang terlalu seksi sampai nak tersembul tu, staff IMVU skip terus😅. Lagi satu gambar pasangan yang terlalu intim contoh aksi/pose macam nak beromen kat public tidak sesuai menjadi tontonan audience bawah umur, sekilas pandang je staff IMVU terus skip. Kalau ada audience flag gambar-gambar sebegini, staff IMVU akan remove terus dari Feed kerana dianggap "inappropriate picture". Pesanan mesra dari sis, simpan saja gambar-gambar beromen korang dalam galeri, korang masih boleh kongsi gambar geli-geli sesama korang kat Socmed lain (IG/FB). 


IMVU ada gak kongsi video panduan masuk Discover melalui youtube. Korang boleh tonton kat pautan yang sis kongsi di atas. Apapun korang perlu jadi kreatif dengan permandangan dalam chatroom dan perspektif sendiri. Sis sendiri tak selalu dapat Discover, nak cakap gambar yang dipilih masuk Discover tu gambar yang terbaik,... sis rasa gambar sis yang dorang pilih tu biasa je tapi mungkin gambar tu saja yang menepati kriteria Discover🙄 Dari video IMVU di atas, sis simpulkan 5 tips utama yang boleh kita jadikan panduan. 

  • Kalau boleh snap dalam room yang beresolusi tinggi (gambar lebih vibrant). Korang search chatroom +imvu. Kalau snapshot dalam Classic pun masih boleh guna chatroom +imvu. Korang akan nampak perbezaannya dengan chatroom bukan +imvu
  • Guna kreativity untuk ekspresi wajah yang menampakkan emosi avatar bila close-up. 
  • Jika snapshot berduet atau kawan-kawan, tampilkan adegan berinteraksi (menampakkan ada cerita dalam gambar) 
  • Snap aksi beranimasi seperti berjalan, berlari, menari atau sebagainya memang susah, dan sis akui sebab sis memang suka snap gambar aksi, mencabar seumpama jurugambar sebenarnya nak cuba snap gambar kereta F1 berlumba. Tapi hasilnya gambar nampak hidup dan ada 1001 cerita. 
  • Glitch... bukan saja faktor gambar kabur atau piksel pecah malah kesilapan pada pose avatar juga perlu dielakkan.

Tips yang lain IMVU sangat suka kita snapshot bersama kawan-kawan dalam chatroom. Menunjukkan kita sedang berhubung dan bersosial. Peluang gambar masuk Discover lebih besar. Tapi pastikan gambar korang ada suasana, adegan dan ekspresi yang memberikan cerita pada gambar. Ya, IMVU mencari kelainan pada setiap gambar korang dan mengambil kira perinci pose dan aksi.  

Glitch

Apa itu glitch? Glitch dalam IMVU merujuk kepada kesilapan yang menjejaskan gambar. Kualiti gambar seperti kabur atau berpiksel dan kualiti pose/aksi pula seperti avatar, pakaian dan aksesories serta trigger. Semua ini antara sebab kenapa sukar gambar kita dapat masuk Discover.

Sembang pasal glitch, cabaran sis masa mulakan streaming dan modeling adalah glitch. Oleh kerana agensi modeling sis menetapkan format bingkai dan perlu letak logo. Gambar-gambar yang sis upload ke Feed selepas masukkan frame dan logo akan selalu glitch. Mungkin sebab sis tengok dari Mobile app. Dalam galeri gambar elok saja. Bagi sis isu perkata biasa berlaku setiap minggu, nak... nak waktu WOC. Motif kan? Waktu ini jugak la IMVU nak buat penyelenggaraan. Kalau sebab sambungan internet perlahan atau peranti, boleh la diterima kannn. Nak buat cam ne kalau pakai peranti grapiknya tak mencapai keperluan? Korang sebenarnya boleh semak peranti yang sesuai untuk app IMVU kat sini, IMVU Compatibility Guide.

Gambar kabur dan berpiksel berlaku kemungkinan disebabkan oleh grafik peranti, post atau muatnaik gambar ketika sambungan internet perlahan atau putus-putus atau waktu IMVU sedang buat penyelanggaraan. Bagaimana pula gambar cantik, grapik padu, beresolusi tinggi tapi masih ada glitch? Glitch berlaku pada pakaian ketika buat pose tertentu. Itulah dugaan sis bila nak guna pose yang lain dari biasa. Ada pose cantik tetapi tidak sesuai dengan pakaian kerana glitch. Lepas tengok video sis kongsi kat atas, temubual staff IMVU, Zoey dan Creator Vumaru, kita dah tahu faktor gabungan avatar, pakaian dan aksesori, pose serta sudut snapshot juga punca glitch yang menyebabkan gambar tidak dipilih masuk Discover. Kerana itu sis sarankan bila korang post gambar WOC, pelbagaikan snapshot. Bermain dengan posepack, aksi dan trigger yang korang ada.  Mana tau dalam banyak-banyak gambar, salah satu diplilih masuk Discover? Untuk sudut dan navigasi dalam chatroom, sis ada kongsi panduan dalam post sebelum ini, Episode 6: Kegunaan Kamera IMVU dan Tips Snapshot

Modeling Tools

Dalam penstriman promo pun, Creator akan menekankan isu glitch ni. Tugas model strim outfit yang sempurna. Glitch akan memberi kesan kepada jualan katalog, boleh jadi user tak berminat nak beli disebabkan mereka nampak glitch pada outfit. Sis perlu berhati-hati dalam pemilihan avatar, aksi dan sudut snapshot. Gaya modeling sis jadi terhad. Disebabkan ini juga, kebanyakan model yang ada skil editing lebih senang snap hiresnobg dan edit gambar streaming dorang. 

Contoh glitch pakaian dan pose.
Korang nampak tak tangan Viena tembus pakaian?😌

Bagi model yang ada skil editing, boleh guna kelebihan ini untuk strim promo. Sedangkan model macam sis yang hanya snapshot lansung dari chatroom, sis perlu fikirkan sesuatu yang boleh bantu sis atasi glitch. Bagaimana sis nak baiki pose yang glitch? Dengan adanya alat yang boleh selaras bahu, tangan dan kaki, sis boleh baiki pose Viena yang glitch. Bukan sahaja glitch, sis juga boleh ubahsuai gaya sendiri dalam posisi yang sama. Cuba lihat 2 gambar sis kongsi kat bawah. 


Posisi yang sama tapi gaya berbeza. Bermain dengan posepack kepala, bahu, triggers lengan, ekspresi muka, sis dapat cipta gaya dan ekspresi sendiri Viena dalam chatroom ini.

Jika korang model atau penstrim seperti sis korang pasti mencari alat-alat ini untuk selaraskan pose avatar korang bagi mendapatkan hasil snapshot yang sempurna. Sebelum ini setiap kali sis snap gambar, bila pose ada glitch... sis terfikir tak ada cara ke nak "adjust"?Setelah aktif lebih 2 tahun sebagai profesional virtual model, sis berani kongsi dengan korang rahsia sis menghasilkan gambar-gambar strim promo yang cantik dan fotogenik (kononnnn) Kat sini sis kongsikan "tools" yang sis dan kawan model sis sering gunakan dalam snapshot😏Jangan risau, jika korang masih baru dalam agensi modeling, agensi akan beri panduan dan rujukan alat sama seperti sis guna untuk streaming. Terpulang kepada korang nak menggunakannya atau mengharap posepack yang korang beli:-

Female







Neck Fix Pro (ada masa leher avatar perlukan ini untuk gambar yang sempurna)

Glam Glow (Sesuai digunakan dalam chatroom yang gelap)

[V] Fingers posepack (ada masa sis perlukan posepack ini untuk selaras jemari avatar) 




Male

*Male sis jarang guna untuk penstriman tetapi sis kongsi yang mana sis tahu dan lebih kurang sama dengan sis guna kat Viena




Leg controller dari Creator Triggers sis tak syorkan sebab agak berat korang nak guna dalam Desktop atau Mobile. Tapi korang boleh riki sendiri dalam katalog, Triggers dan lebih banyak pilihan alat korang boleh cari dalam katalog Sinderella atau  Miaka618. Sis sangat hargai kalau korang support katalog sis gak, vienaxiaAlat-alat yang sis syorkan di atas sangat berguna kepada sis dalam penstrimen fashion dan juga "outfit challenge". 

Waktu sesuai buat WOC

Masa sesuai post gambar WOC yang biasanya sis berjaya, waktu pagi antara 8.00 am ke 9.00am, petang antara 5.00 pm ke 7.00 pm dan tengah malam 12.00 am ke 2.00 am. Korang perlu peka dengan Feed IMVU. Dalam tempoh WOC, IMVU akan bagi isyarat mereka akan mula memilih gambar WOC dengan upload poster promo kat feed dorang pada waktu tertentu lebih kurang dengan waktu yang sis syorkan. Waktu ini paling terbaik korang buat WOC. Jangan lupa re-post gambar WOC korang di platform IG, letakkan pautan gambar korang, hashtag# tema WOC dan @IMVU dalam kapsyen korang dan tagged IMVU. Staff IMVU juga akan pilih gambar WOC dari Instagram berdasarkan hashtag tema WOC. Selain dari WOC, peka dengan Quest dan hashtag# lain seperti #VU_ 


Tak semestinya waktu WOC je gambar korang berpeluang masuk Discover. Antara hari Rabu, Khamis dan Jumaat, adalah waktu sesuai korang buat penstriman bebas tanpa apa-apa tema. Tak kira samada korang hanya snap gambar bersama kawan-kawan ataupun korang buat promo strim, untung nasib, gambar korang dapat masuk Discover. Kebaikan untuk promo strim, bila dapat masuk Discover, kita boleh expose produk Creator kepada audience IMVU serata dunia sekaligus membantu tingkat jualan catalog. Selalukan aktif post snapshot korang dengan kreativiti tersendiri, ikut panduan dan tips yang dikongsi, korang pasti akan dapat peluang masuk Discover bila-bila masa. Semoga maanfaat!