Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Hai, korang👋👋👋 Dah nak penghujung tahun 2024, baru terasa nak mengomel. Sebenarnya sis ada post ngomel yang ringkas kat platform lain, IG story dan Tiktok. Sekali sekala nak ngomel ringkas, sis post la kat IG story atau Tiktok🤭. Ringkasan kehidupan tahun ini, sis kena campak ke department lain, struggle dengan skop dan jadual kerja yang berbeza. Bak kata KJ kalau orang tutup rezeki kita, percayalah Allah akan buka pintu rezeki lain untuk kita. Sis fikir yang baik-baik saja dan berserah kepada Allah. Lagipun dengan keadaan sekarang, apa-apapun boleh jadi sama ada kita dah jangka atau luar jangkaan kita. Semoga kita semua di Nusantara ini sentiasa dibawah rahmat lindungan Allah SWT, dilimpahi rezeki dan sentiasa diberkatiNya... Aamiin
Penstriman dan Peragawanan Atas Talian
Sis masih lagi aktif online IMVU sekarang cuma dah jarang sangat masuk chatroom. Masih lagi aktif sebagai professional virtual model ataupun fashion streamer, bekerja dengan creator dari U.S.A, kakak omputih. Sedar tak sedar dah lebih 3 tahun sis bekerja dengan dia. Ada gak agent modeling agensi approach offer join agensi dia tapi sis tolak atas sebab-sebab tertentu. Pertama, bukan local agensi, sis nak bekerja dengan local creator. Kedua, sis bekerja dengan kakak omputih ni creator level 10, dengan dia pun seminggu 3 atau 4 outfit sis perlu stream dan dibayar credit. Ketiga, sis cuba mengelak dari bekerjasama dengan creator lain yang kakak omputih tak nak associates.
Tap kat "All" untuk pergi ke catalog creator |
Cara nak tengok outfit dari Feed kat Dekstop/NEXT |
Cara nak tengok outfit dari Feed kat Mobile app |
Nak selit skit pasal WOC. Sis makin jarang join WOC (Weekend Outfit Challenge apatah lagi DTOC (Daily Theme Out Challenge), bila betul-betul free baru sis cuba nasib. Ada satu fakta sis dapat tahu pasal Discover, selama ini feed user berpeluang tampil dalam Discover sekali setiap 5 hari. Kalau feed korang dapat masuk sebelum tema WOC bermula, contohnya feed korang masuk Discover hari Jumaat, jangan harap feed korang berjaya masuk lagi Discover masa WOC berlansung disebabkan oleh 5 hari tu. Sis dapat info ini dari Discord IMVU, Manager IMVU ada kongsi polisi, peraturan dan cara pemilihan. Dorang tu sedar je ramai users complaint payah sangat masuk Discover. Jadi dorang longgarkan skit kepayahan nak masuk Discover tu dengan feed boleh tampil sekali setiap 3 hari. Tapi kena gap 5 hari untuk feed sekali lagi masuk Discover. Patutlah sekarang IMVU buat DTOC. Feed random dah susah nak masuk Discover sekarang, korang kene ikut tema harian yang IMVU akan post kat feed waktu tengah malam. Korang bolehlah rancang awal minggu target Discover DTOC dan hujung minggu WOC. Ada peluang korang masuk Discover lebih dari sekali dalam seminggu. Untuk kekal adil dan seimbang dalam proses pemilihan feed/gambar, IMVU tetapkan user mesti patuh gap 5 hari selepas feed berjaya masuk Discover dan benarkan feed tampil maksimum 4 kali dalam sebulan.
Gambar Virtual Fotogenik
Citer pasal gambar fotogenik, dalam 3D pun boleh snap gambar-gambar yang fotogenik. Inilah aktiviti kegemaran sis dari mula layan IMVU ni. Yang membuat sis ada hobi snap gambar dalam chatroom ialah suasana 3D chatroom tu sendiri terutama sekali chatroom yang berlatar belakangkan nature. Avatar IMVU direka tak berjalan-jalan sana sini dalam chatroom walaupun korang masuk dalam chatroom bersaiz giga. Dia cam... tak main la avatar berjalan-jalan, buat penat je. Avatar kita loncat je dari spot ke spot lain, dah sampai. Jimat masa, gitu😆.
Dalam gambar ni nampak macam ada user lain, tapi sebenarnya hanya sis je dalam room ni. |
Dalam post Episod 6 sis ada kongsi penggunaan kamera IMVU. Dalam mobile korang boleh navigate arah dengan jari korang atau dalam PC/laptop, korang boleh menggunakan mouse (jika tiada touch screen). Lain maksud, untuk melihat room kita tidak bergantung kepada pergerakan avatar. Park je avatar kat satu spot, korang navigate ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan atau drag jari/mouse. Ini yang memberikan kita kebebasan untuk mencari sudut-sudut snapshot dan hasilkan gambar-gambar fotogenik sama seperti gambar dunia sebenar.
Gambar fotogenik termasuklah kesempurnaan aksi avatar dalam snapshot. Namun tak semua aksi posepack boleh digunakan samada disebabkan pakaian atau trigger aksi itu sendiri. Bagaimanalah sis nak atasi isu kalau aksi yang sis nak guna menyebabkan glitch pada outfit? Inilah cabaran sis hadapi ketika mula-mula bergiat dalam fashion stream. Sis jumpa beberapa controller atau adjuster yang ada juga disyorkan oleh modeling agensi lama sis dulu. Controller inilah yang bantu sis baiki aksi posepack yang mengalami glitch jika digunakan ketika snapshot.
Contoh gambar sebelum dan selepas sis laraskan tangan avatar |
Kepada yang tertanya-tanya apa itu "controller" dan kenapa sis perlu menguasai mende ni? "Controller" ialah trigger yang lebih spesifik kepada anggota tertentu. Ia berguna untuk korang laraskan kepala, tangan dan kaki. Contohnya kepala, selalu error terjadi bila avatar pandang ke arah lain dan kadang-kadang kat leher avatar ada glitch, sis akan gunakan [V] Head Poses untuk laraskan kepala atau leher. Bila dah mahir dengan trigger ni, sis gemar gunakannya untuk laras kepala avatar pandang ke arah kamera seperti gambar di bawah ini.
Wajah avatar korang boleh tambahkan dengan trigger ekspresi untuk memberi sedikit kelainan dalam gambar. Asyik muka default je, tahulah awak tu model kerjanya beraksi. Nak jugak kepala yang sama ada ekspresi lain. Sama ada korang menggunakan app lain untuk generate facial ataupun top edit dan upload semula ke Feed, sis guna [V] Facial Triggers dan juga [V] Smile + Kiss Trigger yang berikan ekspresi wajah avatar. Kalau guna trigger expression IMVU tak sempat nak snap, cepat sangat tukar balik ke default. Dengan adanya kedua-dua trigger ini, sis boleh cipta pelbagai ekspresi wajah untuk snapshot.
Bahagian anggota atas, sis gunakan "controller" bahu, lengan dan tangan serta jari berasingan. Ini kerana aksi-aksi tertentu yang berlaku glitch hanya perlu dilaraskan sedikit saja untuk nampak sempurna. Jika boleh betulkan aksi dengan hanya laraskan kedudukan lengan, sis akan gunakan trigger 254 Arm Triggers. Ambil masa jugak la sis nak hafal kod trigger lengan ni. Jika hanya perlu laraskan bahu, sis gunakan [V] Shoulder Pose Assist dan 20 Gesture Pack untuk laraskan tangan yang memegang sesuatu, contohnya tas tangan. Well..., sis ada juga "controller" jari tau, [V] Fingers Posepack untuk laraskan jari-jemari
Bahagian anggota bawah pun sis guna "controller" kaki, Leg Controller. Dalam 1 pack "controller" ini boleh laraskan peha, betis dan pergelangan kaki. Ini adalah trigger paling jimat bagi sis kerana all in one trigger untuk kaki. Malangnya sis tak dapat derive jadikan produk sendiri😔. Tak mengapa, sis ada "controller" kaki lain untuk korang, [V] Leg Controller boleh usha shop sis, vienaxia.
Gambar ini sebenarnya ada glitch. Sis laraskan peha, betis dan buku lali kaki untuk dapatkan aksi berbeza |
Kepada yang mencari-cari "controller" tetapi tak pasti kegunaannya, sis harap dengan perkongsian ini dapat berikan idea kepada seni fotografi virtual korang. Selain dari menggunakan controller, bodylight juga berguna untuk snapshot tetapi sis tak galakkan korang menggunakannya dalam chatroom jenis "ambiance" kerana menjejaskan efek cahaya dalam room tersebut. Terpulang kat korang kalau nak pakai jugak, sis pun pakai [V] 5 Way Ambient Light untuk dapatkan efek cahaya pada tubuh avatar bergantung kepada jenis room yang sis guna.
Lagi satu tips ialah menggunakan "filter" latar depan atau latar belakang. Dalam shop banyak jual filter latar depan yang korang boleh guna untuk memberikan efek dalam snapshot. Ia umpama gambar "unedited" sebab korang guna filter secara lansung dari chatroom. Dengan aksi sempurna avatar menggunakan controller + bodylight/filter... gambar korang akan nampak lebih menarik dan fotogenik.
Sis pakai filter sinaran mentari |
Pemilihan chatroom juga memainkan peranan dalam menghasilkan gambar virtual fotogenik. Chatroom IMVU bukan setakat untuk berbual-bual saja, malah korang boleh menggunakan avatar untuk menunjukkan reaksi atau melakukan sesuatu bersama rakan-rakan bual mahupun hanya secara solo. Nowadays, sis gunakan chatroom lebih kepada fashion stream dan juga random snapshot. Sis syorkan korang cari chatroom jenis "ambiance", suasana pencahayaan yang lembut. Elakkan avatar korang dari memakai bodylight jika masuk dalam room jenis ini kerana boleh menjejaskan efek "ambiance" di dalamnya. Jika room adalah produk studio (+imvu), terbaik korang masuk room menggunakan mobile atau dekstop app/web NEXT.
Korang boleh susun "furniture" dan hias room mengikut citarasa sendiri. Kepada pengguna mobile, korang belum boleh lagi menggunakan manual untuk setup atau hias chatroom sendiri dalam app. Namun jika korang ada laptop, boleh lakukannya melalui dekstop app/web NEXT atau classic app. Ya, sekarang user sudah boleh setup interior chatroom sendiri melalui dekstop app/web NEXT. Cipta suasana dalam room agar kelihatan lebih hidup dalam gambar virtual korang. Contoh, chatroom bandar atau pekan dalam gambar di bawah ini, sampai sekarang sis tak habis setup lagi sebab agak besar walaupun bukan giga room. Tapi untuk tujuan snapshot, sis akan setup suasana latar belakang di sudut yang diingini je dulu.
Patung NPC Pembantu Hidupkan Suasana
Perfect idea untuk user yang lone ranger macam sis, jarang-jarang nak berkolaborasi tetapi perlukan avatar lain dalam room untuk menampak ada keramaian atau aktiviti di latar belakang. Sis menggunakan patung NPC yang pelbagai aksi. Letaklah patung duduk berbual ke, patung ibu dan anaknya, patung couple berjalan dan macam-macam lagi untuk hidupkan suasana dalam room itu. Selain patung NPC, ada juga creator yang buat patung crop dari avatar IMVU menggunakan plain canvas. Patung crop dibuat dalam bentuk 2D dan boleh snap dari satu arah saja. Apapun bergantung kepada kreativiti jurufoto untuk mencipta suasana.