Ini appearance Viena dalam IMVU. Virtual Doll sis freehair dan seksi avatarnya Kerjaya beliau dalam IMVU sebagai Profesional Model dan Streamer, ahakssss |
Sis nak sembang pasal high resolution yang baru ini IMVU update, recall balik mesti ada antara korang jadi murung kejap sebab tak boleh load furniture dalam chatroom. Ada yang tak boleh load avatar dalam app. Tabahlah ye korang, sis pun ada juga mengalami isu yang sama. Mungkin berpunca dari penyelenggaraan semua aplikasi IMVU. Biasa la bila ada penyelenggaraan tu mesti ada selingan isu technical. Kebiasaanya kalau obvious sangat sis akan skodeng Community Center IMVU, semak jika ada maintenance atau isu teknikal terkini.
Kita tak nak citer pasal maintenance IMVU, kalau korang perasan IMVU Desktop kini dalam high resolution 2.0, korang boleh set HiDPI terkini dengan Anti-Liasing dalam Dekstop dan IMVU studio (creator app) untuk mengalami suasana beresolusi tinggi ini. Based on notification IMVU hantar, kita kini boleh alami high resolution ni dengan mengemaskini setting HiDPI kepada Best Quality (2.0x), maksudnya 2 kali ganda dari resolution sedia ada la kot, dan enable Anti-Liasing. Make sure laptop korang pakai graphic card terbaik untuk gaming, korang boleh enjoy la kelebihan ni especially kepada korang yang suka snapsot, editing dan recording video atau live streaming tu.
Sis dapat notification dari IMVU.Inc dan juga IMVU Creator |
Sis dah check kat dalam phone android sis takde setting ni, sape2 yang pakai phone iOS boleh check handphone korang, kot2 la ada. Kalau korang memang guna IMVU Dektop (Beta), korang boleh semak kat bahagian setting. Setting kat mana, sis? Ok kanak-kanak... sis tau mesti ada yang tak tau kat mana setting tu, dia reti login masuk chatroom, chatting dan snapshot sehala je...😅Tapi tetiba kali ni dia baca blog sis dia berminat nak tahu🤔. Korang boleh ikut step sis bagi ni:-
- Buka je IMVU Desktop korang tu, klik kat DP korang atas sekali sebelah kanan
- Klik kat icon Gear - Setting
- Skroll ke bawah sampai jumpa "ADVANCED", kat situ korang akan nampak Render Scale (HiPDI), Anti-aliasing (HiDPI) dan Canvas smoothing (HiDPI)
- Korang boleh set Render Scale (HiDPI) kepada Best Quality (2.0x) yang IMVU syorkan untuk mengalami suasana dalam Resolusi Tinggi.
Kepada Creator yang baru berjinak nak guna IMVU Studio dan nak tahu kat mana nak set HiDPI dan Anti-liasing, boleh ikut step ini : -
- Login IMVU studio macam biasa, korang klik kat 3 lines atas sebelah kiri (bukan 3 lines "pakeda" ye adik2), klik kat "Preferences"
- Korang akan nampak "IMVU Studio Preferences", kat situ korang boleh Render Scale (HiDPI) kepada Best Quality 2.0x. Yang lain semua sudah auto enable
- Semua sudah set, korang boleh tutup "Preferences"
- Sudah set korang boleh belek-belek item yang korang nak derive
Keyboard Shortcuts For Mac
- Better Performance (0.5x) - [Ctrl-Opt-1]
- Balanced (1.0x) - [Ctrl-Opt-2]
- Better Quality (1.5x) - [Ctrl-Opt-3]
- Best Quality (2.0x) - [Ctrl-Opt-4]
- Anti-Aliasing toggle - [Ctrl-Opt-A]
- Canvas Smoothing toggle - [Ctrl-Opt-S]
Keyboard Shortcuts For Window
- Better Performance (0.5x) - [Ctrl-Alt-1]
- Balanced (1.0x) - [Ctrl-Alt-2]
- Better Quality (1.5x) - [Ctrl-Alt-3]
- Best Quality (2.0x) - [Ctrl-Alt-4]
- Anti-Aliasing toggle - [Ctrl-Alt-A]
- Canvas Smoothing toggle - [Ctrl-Alt-S]
Sis guna room imvu+ dan particle dari Shop 4u sebagai sampel perbandingan. |
Dari segi perbandingan:-
- Ada animation effect sis hanya boleh nampak dan captured guna camera Classic tetapi tidak dalam Desktop dan Mobile sebelum ini. Contoh 2 snapshot kat bawah ni sis snap dalam room sama yang mana sebenarnya sis letakkan particles colorful. Dalam Classic (snapshot no.2) particle warna warni dan walaupun dapat captured guna camera tapi tak glow. Manakala dalam mobile (snapshot no. 1, sis kerap guna mobile masa ni) particles hanya warna putih tapi dapat captured particles glowing.
Walaupun IMVU dah upgrade high resolution dia, dalam Classic tiada perubahan |
Sebelum ini dalam Mobile particles warna putih |
Sejak IMVU upgrade high resolution, particles dah nampak warna-warna dalam Mobile |
Hasil snapshot particles dalam Desktop. Particles warna-warni glow tapi tak bersinar. Mungkin disebabkan oleh particles ni product lama way back 2010. |
- Kekadang sis akan guna portable Filter untuk snapshot tapi dalam Classic tak function sepenuhnya, sis syak berpunca dari bugs atau error kat opacity effect, bukan salah mesher sepenuhnya kerana hasil product tertakluk kepada ciri-ciri creating tools yang disediakan oleh IMVU dalam Studio app atau Create Mode. Selalunya bila sis nak guna filter dalam Classic, ade je tak kene dengan appearance Viena. Kening botak la... atau anak rambut hilang la, kekadang baju pun hilang kalau view di sebalik transparent furniture seperti window glass. Kalau GA ok lagi tapi kalau pakai skin AP, nampak betul-betul naked gaisss! Error macam ni tak berlaku dalam Desktop dan Mobile app.
- Pergerakan "pan" lagi best dalam Desktop berbanding dalam Classic dan mobile yang limited. Setakat ini "pan" ke kanan dan ke kiri, ketiga-tiga app sama, boleh panning sampai 360⁰. Tapi bila "tilt" dalam Classic dan Mobile limited especially bila sis cuba nak tilt ke bawah. Dalam Desktop korang boleh tilt ke bawah sehingga 180⁰ darjah. Wow!😲Sis kagum kejap pasal sis jarang sangat masuk room guna Dekstop. Bila sis try snapshot dalam Desktop baru-baru ni, seronok plak. Korang tengok sis snapshot dari bawah. Kalau dalam Classic limit 120⁰ je, dalam mobile lagi kesian sis tak boleh tilt ke bawah lansung tau, sedih!.
Ini sis cuba "tilt" 90⁰ ke bawah. |
- Macam mana dengan kamera dalam Dekstop? Sebelum ini sis memang tak happy guna camera dalam Dekstop, glitch terlalu kerap. Tapi itu dululah masa memula IMVU launch Dekstop app. Lagi satu, bagi sis Desktop ni berat sis nak open sambil-sambilan sebab dia umpama korang buka Classic app + NEXT web.
- Yang mana satu lebih convenience? Sebagai user Pro-Classic, sis setuju Dekstop sekarang lebih baik tapi bab convenience sis masih selesa guna Classic sebab:-
- Sis boleh guna key Shift, Ctrl dan Arrow untuk rotate, pan dan tilt dalam room. Simple!
- Senang decorate room sambil snapshot - sis tak decorate sangat time streaming tapi sis guna kelebihan ini nak reposition spot untuk dapatkan angle yang sis nak. Dalam Desktop korang terpaksa buka page lain untuk decorate room dan rasanya tak boleh nak snapshot dari situ
- Senang usha item dalam inventory dan shop. Sama macam decorate, sis suka wear and unwear item masa buat snapshot. Dalam classic sis senang nk cari, pakai dan tukar appearance Viena dalam chatroom. Sis boleh recognize item yang sis nak pakai melalui cover catalog. Dalam Desktop dan Mobile terpaksa check 1 by 1 nak check which is leceh!
- Senang nak buka link website item yang dipakai dari inventory untuk tujuan rate dan reviews
- Sis boleh check snapshot dalam gallery selain dari buka IMVU Web Classic. Gallery tak available dalam Desktop dan Mobile. Korang boleh tengok je balik gambar korang kat feed korang.
- Classic app nak dikatakan ringan tak jugak. Sebab dalam Classic kbps avatar bawak kalau terlalu besar boleh menyebabkan Classic app jadi berat dan lagging. Dalam Classic korang boleh tahu kbps setiap avatar. So bila hangout dalam chatroom owner room terpaksa letak rules limit kbps avatar supaya bila ramai room tak lag teruk. Mobile app pula bergantung kepada model telefon korang guna sebab ada yang komplen telefon cepat panas dan bateri cepat habis. Desktop similar dengan Mobile.
Kenapa perlu sis buat eksperimen dan bandingkan antara 3 platform IMVU ni? Disebabkan sis aktif modeling dan streaming. 3 Platform ini berguna untuk sis buat snapshot product yang dihantar oleh Creator untuk stream ke public. Tak semua product function dalam cl Semua product boleh stream dari Classis tapi tak sesuai stream product imvu+. Sis ada kelebihan stream product imvu+ sebab device android sis support effect product imvu+. Kalau korang nak tau product imvu+ ada ciri-ciri rendering yang tiada dalam classic. Maksud ciri-ciri "rendering" ialah ciri-ciri lebih realistik, product imvu+ boleh memantulkan cahaya secara dinamik, ada sistem particle baru dan byk lagi yang boleh nampakkan sesuatu item yang korang pakai lebih relatistik
Outfit imvu+, korang boleh nampak dress sis pakai ada releksi cahaya |
Outfit dari Shop Kayo0123. Korang boleh nampak blazer yang Viena pakai ada refleksi cahaya |