Salam sejahtera korang!
Sis dalam IMVUverse |
Kalau korang go through post lama sis, korang akan jumpa post sis citer pasal room sis, Axia White. Lepas sis uninstall client (sekarang dipanggil classic) public room sis pun closed jugak. So korang dah tak jumpa dah room lama sis tu. SIs terfikir juga nak open balik room tu untuk kawan-kawan lama sis yang tetiba online balik. Fikirkan balik, better sis open room baru. Walaupun sis dah tak subscribe VIP, sis masih ada 2 slot room. Jadi... boleh la sis open public room untuk korang lepak2 di kala sendu tiada kawan-kawan lain online.
Room lama sis, siap ada frame besar avi sis ๐ Nampak tak dari dulu memang suka modeling? |
Tema room sis dulu black/white/grey. Environment plak, bright white, room terang benderang. Biasanya dalam room dulu mesti ada spot group/solo/couple dance. Nak dengar lagu plak optional, samada dengar dari playlist vu korang atau widget mp3/radio/Youtube ataupun voice box (vb) ๐.Voice box biasanya user yang jadi DJ la suka guna, bawa ke sana... ke sini, ke sinun. Macam sis dulu, DJ playlist, sis hanya spin lagu dari playlist vu. Kalau connection korang smooth, boleh enjoy dengar playlist vu sis sambil menari kat dance spot dan berborak dengan kawan2. Widget pun ok, korang boleh dengar playlist dalam room, dance dan dalam masa yang sama korang boleh borak2 dengan user lain.
Kalau vb... DJ yang spin lagi mungkin busy skit susun trigger lagu nak enter dalam chat box. Kalau korang tengah borak2 trigger yang dia masukkan tu agak menganggu. Tapi jangan risau, just sis yang rasa begitu. Dengarnya sekarang bleh autoplay. Good for those yang suka guna trigger lah... hurmmmmm kita bukan nak sembang pasal vb pun kan. Citer pasal room baru sis๐
Konon nak pilih room dari inventory
Nak open balik room lama macam dah outdated. Dalam inventory sis, sebenarnya ada lebih kurang 200 room termasuk yang sis dah sorok. Sorok??? Macam mana sis sorok? Boleh sorok room ke? New user yang guna Dekstop NEXT atau Mobile app mungkin tak tahu kita boleh sorok item lama yang kita tak pakai dari inventory app korang. Kalau dalam classic korang right click kat item akan tayang nama item tu dan ada hyperword "Hide". Korang click kat "Hide" tu kalau nak hide item yang korang tak nak pakai. Bila dah hide... korang takan nampak dah dalam inventory app korang... haaaa mesti korang tertanya plak macam mana nak dapatkan balik item yang korang sorok tu? Mana tau tetiba terasa nak pakai balik untuk theme challenge kape ke....
Korang sebenarnya boleh manage item korang yang banyak giler tu kat web inventory. Item yang korang sorok akan disimpan dalam web inventory korang. Kat web inventory korang boleh tukar status "Hide" kepada "Show" dan item akan muncul semula sebagai recent item dalam inventory app korang. Korang boleh view sendiri kat sini . Tak silap sis. sekarang ni kalau korang subscribe VIP Diamond dan pengguna iPhone, korang boleh manage inventory direct dari mobile app korang. Android pulak coming soon katanya.
Ini web inventory sis. Item zaman batu semua tu sis sorok la |
Head sis time memula online balik IMVU |
Room Baru - Curheart
Untung buat baik dengan orang, dapat room sponsored... Maceh Mino! |
Bagi sis, rezeki kita ditolak, musuh pun jangan kita cari, adik vu nak sponsor room sis terima. Adik vu sis, Mino sponsor bundled room dari shop Whims. Room bundled biasanya didatangkan bersama set furniture khas untuk room tersebut tapi korang boleh jugak add on furniture yang korang suka. Selepas banyak perkara berlaku dan hasil perbincangan dengan adik-adik vu sis namakan room sis, CurHeart. Kenapa CurHeart? Sebab hasil pemerhatian kitaorang pengunjung baru yang masuk tak segan silu citer masalah peribadi dorang kat kitaorang yang totally stranger. Sis tak sure la motif user tersebut, mungkin nak compare room sis dengan room lain? Attention seeker mungkin? Boleh jadi pengaruh jugak. Pape room sis stay natural. Sesiapa saja boleh masuk walaupun korang bermusuhan. Kami just being professional. Pesanan sis, bila berdepan dengan user macam ni, korang perlu hati-hati selalu. We never know their actual attention
Korang boleh visit room sis kat link ni, CurHeart (pastikan korang ada akaun IMVU la kalau nak tengok room๐) Tak ada akaun, download mobile dari App Store, then korang daftar akaun, dress up avatar korang. Lepas masuk Chat Now, belajar ape patut dari Greeter, then boleh la pilih tengok room sis
CurHeart |
Moderator
Tadi sis ada mention room sis ada moderator kan? Siapa moderator ni? Setiap room yang available dalam section "Chat" boleh dikatakan semuanya ada moderator (mod). Room owner akan letakkan seberapa banyak mod dia suka untuk room tersebut. Biasanya dia letak geng2 dia lah. Apehal nak letak stranger? Korang boleh check senarai Moderator room melalui Dekstop dan Website NEXT. Kenapa moderator diperlukan untuk sesuatu room? Fungsi moderator acting on behalf owner room semasa ketiadaan beliau. Moderator ada authority nak boot atau kick user yang ada dalam room sekiranya mendapati user tersebut tidak patuh rules yang ditetapkan dalam room. Walau bagaimanapun, mod tak ada akses nak ubah-ubah decoration dalam room.
Korang boleh view siapa moderator room kat Dekstop app atau Wesite NEXT |
Sebagai pengunjung room, mana-mana room korang masuk, respect moderator room. Moderator yang rajin dia akan greet korang dengan ayat, "Selamat datang" atau "Welcome". Kalau dia senyap, mungkin dia away from keyboard (AFK). User ada macam-macam peel, macam tu jugak moderator. The positive side, peranan moderator menjaga keharmonian room dan pastikan pengunjung room patuh dengan rules yang ditetapkan. Moderator akan boot user yang buat hal atau harrasment kepada user lain yang berada dalam room tersebut. Contohnya... katakanlah... korang bergaduh, masing-masing bertahan taknak keluar dari room tu. Tetiba korang kena kick dari room, wtf! Korang tak salah, yang salah sekor lagi tu. Korang tak puas hati korang check room tu nak tau sape yang tinggal... tapi korang dapati room dah empty. Moderator sudah kick semua user dalam room. Tagune punya moderator... sedangkan dia adil dah tu, kick semua sekali ๐
Ya, kalau korang tak respect moderator room, senang je... dia pun belum tentu suka korang dan dia boleh boot korang dari room. Setiap kali kena boot dari room, korang dilarang masuki room tu selama 20 minit. Selepas 20 minit baru boleh masuki room tu kalau korang nak confront dengan user yang ada dalam room tersebut.
The negative side, moderator mungkin salahguna kuasa atas kepentingan sendiri. Just nak boot orang yang dia tak suka yang berkemungkinan masuk room. Kes2 terpencil macam ni korang boleh report kat room owner. Kita akan korek motif kejadian yang berlaku. Ini kerana sis tak set rules nak lepak dalam room sis, jadinyer... mod sis akan guna authority berdasarkan budibicara dorang sendiri. Time sis ada, dorang ikut budibicara sis.
Dekorasi
Walaupun sis dapat sponsored bundled room datang dengan set furniture. Ada masa lapang, sis akan deco semula room and tukar-tukar furniture. Sebab tu bila korang masuk room sis sentiasa berubah. Yang tak berubah rutin kita orang bila ramai-ramai dalam room, mesti ajak snap gambar kat entrance atau staircase. Kat entrance memula orang rasa pelik, pesal nak berdiri mengadap dinding? Bila tengok feed baru dorang faham.
Kat enterance ni senang, masuk2 terus posing |
Staircase pun favorite spot snap2 |
Dalam room ni sis tak letak couple pose ye. Selain dedikasi untuk kawan-kawan lama dan newbie Malaysian masuk lepak, room ni for solo, duet and group but not couple. Korang masih boleh cuba nasib cari pasangan kat dalam room ni. Dan sis percaya bila korang dah ada pasangan, korang dah tak lepak dah kat dalam room ni. Sama macam korang jumpa geng baru, korang lepak room geng baru dah nanti. Tinggallah sis sorang2 dalam room, bila bosan je masuk. Tak ade orang masuk, sis pun keluar....uhuks
Previous decoration |
Antara deco sis buat untuk photostream. Tapi room ni susah nak masuk Discover |