Assalammualaikum dan selamat sejahtera!
Hi, korang! Khusus buat rakan-rakan VU dan korang yang masih sudi singgah blog sis. Maaf sesangat sebab dah lama tak kemaskini Blog #IMVU ni. Harap post yang lama-lama tu masih berguna untuk rujukan terutama sekali tips dan tutorial buat texture. Sejak kembali aktif banyak benau perubahan yang berlaku pada platfom IMVU yang perlu geng-geng otai cam sis sesuaikan. Avatar dengan room kita kene upgrade geng!
By the way, andai ada topik berkaitan IMVU yang menarik dan sesuai, sis akan kongsi dalam blog ni. Sis cuba kemaskini post yang lama jika ada kelapangan, tapi bila fikir balik... kalau korang dah baca takan nak baca semula. Bagus gak kalau ada pembaca baru baca kannn. Sebelum sis teruskan, ada satu fakta nak kongsi dengan korang. Kepada user lama, jika akaun VU korang adalah "Content Creator" daftar sebelum 10hb May 2012... akaun korang berstatus Grandfathered atau "Veteran Creator". Tak caya semak profile korang. Manakala bagi pengguna biasa, korang mungkin dianggap veteran jika sudah daftar lebih dari 2 tahun. Percayalah ada akaun VU dari 2006 yang masih aktif.
"Your Account Has Been Placed On Hold"
Bila kembali aktif VU ni, dapat gak la jumpa kengkawan lama. Rupanya dorang pun dah lama tak online. Ada diantara kengkawan sis mendapati akaun dorang kene hold sebab jarang online lebih dari setahun kot. Dia pelik kenapa boleh login akaun... ada baki kredit yang banyak tapi tak boleh buat apa-apa pun transaksi, hanya boleh belanja kredit promo saja. Akaun sis tidak mengalami isu seperti ini kerana walaupun sis tak aktif dulu. Sis masih login account sis kat website classic sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Sis memang cecuri login sekali sekala untuk ambil syarat login sehingga tiba-tiba IMVU paksa pengguna login VU melalui webpage baru, NEXT. Itu cara sis nak pastikan akaun Viena kekal aktif. Sis sangka kalau tak login lansung dalam tempoh tertentu, VU akan deactivate dan padam terus akaun. Jadi sis cuba"maintain" akaun Viena dengan hanya login VU melalui website. Biasanya sis semak income sales yang masuk dan ada masa sis akan masuk Community Center untuk baca apa-apa info terkini. Namun kekangan buat sis tak aktif nak menulis untuk blog VU sis ni😌.
Korang jangan panik bila login semula keluar mesej akaun korang kene hold, korang sebenarnya masih boleh login ke Classic Client/Desktop Version/Mobile App seperti biasa. Cuma korang tak dibenarkan membuat sebarang transaksi pembelian atau pindah kredit. Korang tak boleh menggunakan baki kredit yang tinggal kecuali kredit promo. Korang hanya boleh menggunakan kredit promo untuk membeli-belah dalam katalog.
Kenapa akaun kena hold?
- Terlalu lama tak login, bila korang tetiba login semula. IMVU terperanjat 😂 Gurau je
- IMVU akan auto-hold akaun jika tak pernah login lebih dari tempoh tertentu. Sis tak dapat sahkan samada akaun lama tak login lebih dari 12 bulan atau 24 bulan.
- Atas sebab keselamatan, bila akaun sendu login semula, IMVU bertindak "hold" akaun ni sehingga dapat pengesahan dari pemilik akaun, bahawa yang login akaun tersebut adalah orang yang sama.
- Lain-lain sebab keselamatan, IMVU nak mengatasi isu akaun-akaun yang kena "hack".
- Korang kena send help ticket kepada IMVU melalui "contact us" untuk request release account dari status hold. Contact us ni ada kat bahagian Community Center. IMVU dah bagi link direct ke situ dalam mesej yang popup bila korang login.
- Lebih baik pemilik akaun sendiri yang hantar tiket aduan sebab staff IMVU "prefer" berurusan dengan pemilik akaun.
Klik kat hyperword "contact us" untuk send help ticket |
- Korang perlu berikan maklumat berikut kepada staff IMVU bagi tujuan pengesahan. Staff IMVU hanya nak pastikan korang adalah pemilik akaun sebenar
Date of Birth:
- Lepas korang klik "contact us" link akan bawa korang ke browser - website Community Center bahagian Contact Us atau Help untuk submit help ticket korang.
- Korang perlu klik button "submit a case" untuk submit help ticket
- Isi online form sebelum dapat berinteraksi dengan staff IMVU. Memandangkan account korang bukan VIP, responding dari mereka mungkin ambil masa 48 jam bergantung kepada timezone antara USA dengan Malaysia.
- Lepas korang isi online form di atas, klik submit. Korang akan dapat nombor rujukan help ticket korang. Notification akan dihantar ke email korang nanti untuk korang follow up semula dengan staff IMVU. Pastikan E-mel korang guna untuk account IMVU ni masih aktif
- Jika staff IMVU perlukan maklumat lanjut, mereka akan response dan minta korang berikan maklumat lanjut untuk pengesahan lanjut.
- Kalau tak ada apa-apa isu dengan account korang. Dalam masa 24 hingga 48 jam tu, korang boleh cuba login semula akaun, jika tiada mesej keluar bagitau akaun kena hold maknanya permohonan korang Staff IMVU dah luluskan. Korang dah boleh guna baki kredit, belanja atau "transfer" serta buat transaksi pembelian kredit, VIP, Marriage atau AP secara online seperti biasa
Sample status help ticket yang tengah pending |