Dalam banyak-banyak texture yang korang download daripada web, mesti korang pon teringin juga nak edit texture yang korang download tu menjadi texture korang yang unik. Walaupun kalangan korang memang jarang menggunakan aplikasi paint.NET, tapi tips yang I nak kongsikan ini sebenarnya menarik. Sekiranya dalam PC atau lappy korang sudah ada paint.NET. Korang download plugin yang sesuai untuk tips ini.
Kali ini I nak share bagaimana nak buat lace texture. Selain daripada lace yang korang download daripada Web, korang boleh ambil corak-corak tertentu untuk dijadikan lace. Pastikan paint.NET korang sudah mempunyai tools dibawah ini:-
- Alpha Mask (klik untuk download plugin)
Mula sekali, katakanlah korang sudah ada corak yang korang guna untuk dijadikan lace seperti diatas. Resize single design kepada size yang kecil, sekecil yang korang inginkan. Kemudian guna selection tool, highlight semua dan copy.
Kemudian open new canvas dan resize ikut size yang korang inginkan. Tuangkan warna untuk background, kemudian add new layer. Tuangkan warna berlawanan dengan warna backrgound. I gunakan teknik gradient untuk membezakan backgorund dan new layer.
Ingat tak tadi kita ada copy single design? Jangan paste lagi. Korang pergi ke Effect>Alpha Mask. Ikut arahan contoh dalam gambar diatas. Klik ok.
Ini hasilnya |
Ini hasil yang sebenar tanpa background. |
Pilih apa-apa warna untuk background |
Korang boleh upload lace yang korang hasilkan dalam create mode. Harap tips yang simple ini dapat memberikan korang idea untuk menghasilkan catalog imvu. Korang boleh pelbagaikan kreativiti korang dengan menggunakan teknik alpha mask ini.
Salah satu clothing I pulished menggunakan lace yang dihasilkan menggunakan teknik Alpha Mask dan Opacity Map |
SELAMAT MENCUBA!
*Post updated 23/07/2020