Bermacam-macam situasi yang wujud dalam dunia Virtual IMVU. Walaupun ada masa kebanyakan user marah dan tak berpuas hati dengan policy yang senantiasa diubah bagi mengadaptasi peredaran masa ataupun demi keuntungan maksimum yang IMVU mahukan. Namun tetap ada yang masih menjadi pengguna setia IMVU, tetap juga menghasilkan product sebagai seorang Creator. Itulah cara mengekspresi diri dalam IMVU untuk mengisi masa lapang.
Baru-baru ini, IMVU melancarkan program Creator Showcase di mana IMVU secara volunteer memilih 1 creator pada setiap bulan untuk menjadi icon dalam program tersebut. Untuk percubaan pertama, mereka telah memilih Developer bibirasta sebagai icon pertama untuk bulan March. Cuma I tak pasti samada Creator Showcase ini user biasa dalam imvu dapat view atau tidak. Tetapi untuk creator, IMVU biasanya update di Creator News dalam Create Mode. Menurut info yang I baca IMVU sendiri yang akan memilih siapa yang mereka ingin jadikan icon untuk bulan tersebut dan mereka sendiri yang akan hubungi creator tersebut, tidak perlu memohon. Dan IMVU akan melakukan promosi ini untuk Creator secara percuma!
Cuma saringan untuk dipilih menjadi icon tersebut, dalam pemilihan beribu-ribu Creator yang wujud baik yang dah menjadi legend, veteran, senior atau pun golongan creator dikalangan VIP members bila tahun pula kita creator akan terpilih kan........... apa pun I wish goodluck to us. Dan I pasti bangga sangat kalau ada Creator Malaysia yang terpilih nanti.
Eh Mr AddActor jadi host pulak kali ni?
Menurut pendapat Developer 4u yang merupakan juga antara supplier texture terbesar dalam IMVU, dia tidak setuju jikalau Creator Showcase ini dapat dilihat oleh user biasa sekiranya IMVU mempromosi icon developer yang hanya menghasilkan mesh kerana feedback user yang tidak mengetahui tentang mesh akan menyebabkan feedback yang negative kepada icon tersebut. I rasa I agree juga dengan dia, kalau untuk bantu Meshers mempromosi mesh mereka dikalangan Creator I pon menyambut baik kerana tak perlu bergantung kepada Mesher yang sama saja. Lebih yakin untuk derive daripada Mesher yang diiktiraf oleh IMVU berbanding dengan rasa was was kerana bimbang kita tak sengaja derive mesh curi.
Ini antara image gif yang digunakan untuk mempromosi bibirasta. Quote daripada beliau sebagai icon untuk showcase pertama ini:-
"I enjoy what I make, and I like that the people have a good time with my creations :). I care about answering all my messages, although sometimes it takes a little time, right now I am a little disconnected, because I am studying modeling and 3D animation, but very soon I will return with new projects :)" –bibirasta
Kepada yang ini view product bibirasta, korang boleh klik saja pada nama beliau.
Pendapat Creator FabStyle pula, memang ternyata idea yang bagus tetapi dia concern dengan penilaian yang dilakukan untuk memenuhi criteria menjadi icon untuk Creator Showcase yang berdasarkan jumlah product, jumlah sales, jenis product dan juga country. Kalau pasal jumlah sales, I rasa I senasiblah dengan beliau kerana jumlah sales I tidaklah begitu rancak berbanding yang lain. Cuma at least ada juga yang membeli. Dia juga tertarik dengan cadangan IMVU untuk accomplished Creator atau untuk pendatang baru dalam dunia Creator, mungkin juga terpilih. Well guys.... peluang ada... pastikan korang create item terbaik dan menarik!
dari semasa ke semasa I pon akan follow Creator Showcase untuk share bersama-sama korang. Jadi jangan lupa the next icon in Creator Showcase coming soon!